Saturday 13 December 2014

Rahsia keropok lekor,lembut,gebu lagi sedap,"sebiji macam keropok lekor Terengganu"

 "Keropok Lekor"Terengganu memang tersohor dengan keenakkannya,malah tidak hairanlah setiap kali pulang ke kampung halaman ada sahaja yang inginkan ole-ole"keropok Lekor".

Permulaan bisnes membuat keropok lekor sendiri"homemade",tercetus idea kerana kurang persaingan di bandar ini.Awalnya,dalam tempoh percubaan menjual sendiri secara kecil-kecilan 6 tahun yang dulu,oleh kerana kesulitan,saya berehat untuk seketika.Ketiadaan bisnes ini,menjadi tanda tanya kepada para pelanggan setia saya.Tetapi kini saya "muncul kembali",atas permintaan ramai,sambil-sambil memasarkan keropok keping kepada peruncit.Malah tidak kurang juga,ada peminat yang inginkan saya berkongsi resepi"keropok lekor Terengganu".


Jom,mari saya kongsikan di sini:

Bahan-bahan untuk isi/keropok:

1. 1 kg isi ikan.
    >isi ikan mentah yang telah dibuang tulang & dikisar isinya @blender.

2. 600 gram Tepung sagu
    >tepung dikurangkan jika inginkan rasa ikan yang banyak @ lebih sedap jika tepung dikurangkan.
    apa yang cuba kongsikan resepi,adalah citarasa pilihan saya dan para pelanggan saya.

3. 50 gram tepung kanji.

4. Sedikit tepung Gandum (1 sudu @ 2 sudu).

6.Garam/perasa secukup rasa.

   *lebih kurang 45 gram utk 1 kilo
   *gula lebih kurang 25 gram
   *ajinomoto lebih kurang 7 gram

7. Ais 400 gram,untuk menguli@ air sejuk
  ( ais dipercayai,dapat mengebukan keropok)

Cara-cara:




1.Masukkan garam dalam dan perasa ke dalam isi ikan dan gaulkan sehingga rata serta cukup rasa.
2.Masukkan kesemua tepung dan gaul sebati.
3.Masukkan ais/air batu dan uli.
4.Taburkan sedikit tepung di atas permukaan/tempat untuk mengentel.

Keropok Lekor 008
5.Rebuskan air di dalam periuk besar.
   >tunggu sampai mengelegak,kemudian masukkan keropok yang telah di gentel dalam air mendidih.
6.Tunggu sampai keropok timbul ,baru diangkat dan ditoskan.




7. Keringkan air @ sejukkan,sebelum membungkus.
   >Bertujuan untuk mengelakkan cepat rosak,jika berniat untuk dipasarkan @ ole2(bagi perjalanan jauh)


8.Seeloknya,menggunakan proses vakum untuk tahan lebih lama dan sesuai disimpan dalam peti/frozen.

Terdapat 3 jenis keropok lekor yang menjadi pilihan ramai,sudah tentu anak jati Terengganu mengenalinya dan lebih meminatinya kerana mempunyai rasa ikan yang lebih.Contohnya seperti gambar di bawah;

a)keropok lekor besar dikenali k"keropok lekor Seberang Takir"
b)Keropok lekor sederhana besar"keropok lekor 008"/keropok lekor Marang.
c)Keropok Lekor kecil dikenali"keropok Losong"

Keenakkan rasa bergantung kepada pilihan isi ikan yang banyak dan segar.Walaubagaimanapun isi ikan mempunyai rasa yang berbeza.Oleh itu saya memilih isi ikan tambam,ikan parang @ sardin kerana ia mempunyai rasa yang lebih manis berbanding ikan lain.
Malah pilihan isi ikan,mempengaruhi warna keropok"lebih hitam ,lebih manis".

Bahan-Bahan untuk sos:


1.Cili giling.(1 kg)
2.Cili kering(diblender)(1 cekup)
3.Gula Melaka(lebih kurang 10 keping/kepingan kecil)
4.Gula(lebih kurang 2 senduk)
5.Garam(secukup rasa)
6.Air.(lebih kurang 1500ml)muatan 1 periuk sederhana besar
7.Air asam jawa (1 senduk asam jawa),dilecet-lecet diambil airnya
8.sedikit air tepung kanji(untuk memekat)

Masukkan semua bahan kecuali  air tepung kanji.Masakkan sampai pekat dan tambahkan perasa secukup rasa,dan akhir sekali masukkan air tepung kanji dan kacau sampai mendidih lagi hingga pekat dan  likat

Industri keropok lekor,bermula dari hobi pada awalnya,kini sedang berusaha untuk dikembangkan.Begitu juga industri keropok keping yang menjadi pilihan peruncit,pemborong mahupun mahupun pelanggan(orang perseorangan).Dijamin tidak gatal kerana,dibuat menggunakan isi ikan segar dan terpilih iaitu isi ikan parang dan tambam.

Kepada yang berminat yang berminat untuk mencuba produk kami/memborong,anda boleh menghubungi:

Atau memerlukan khidmat tunjuk ajar/tutorial sila hubungi:

En.Musdi:019 2148 693(call/whatsapp)
Pn Zurina:019 3518 273(call/whatsapp)

Friday 21 November 2014

Batik esklusif dari kilang:Murah berbaloi-baloi.





Batik Esklusif terus dari kilang,semestinya jimat berbaloi-baloi.Berita baik untuk pengemar/pencinta batik lukis.Mungkin anda berminat menjadi pemborong kepada produk hasil kraf kami,kerana menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding dipasaran.
Hasil kraf kami telah lama bertapakdan menjadi pilihan pemborong setia kami iaitu "Butik Nor Arfa Batik"di Alam Sentral dan juga butik-butik lain.Kami sedia mengambil tempahan untuk merekacipta hasil kraft/batik lukis mengikut citarasa pengguna..Selain,menjadi suplier tetap kepada butik,kami juga sedia menerima tempahan dari orang perseorangan,badan korporat,agensi kerajaan, serta institusi-institusi kewangan dan pendidikkan,berupa pakaian seragam/uniform.
Pilihan material bergantung kepada pengguna/pembeli/pemborong.Setiap Material mempunyai harga yang berbeza.Oleh itu,pihak kami sediakan maklumat berkaitan untuk memudahkan anda menilai.



Material/Price/meter:
1)Sutera>Rm 250/sepasang=4 meter 
2)Crep>Rm 270/sepasang=4 meter
3)Cotton>Rm 160/sepasang=4 meter  
#Walaubagaimanapun"harga boleh dirunding",,,                             


*Baju kurung/kain pasang
# Free size=4 meter
#Double XXL=4.5-5 meter (tambahan Rm 23.00 untuk 1 meter kain>sutera &crep)             
>Tambahan Rm 10.00 untuk 1 meter kain cotton

* Jubah,kaftan labuh,baju tidur:
#Free Size=3 meter
#Double XXL=3.5-4 meter(tambahan Rm 23.00 untuk 1 meter kain>sutera& Crep)
 >Tambahan Rm 10.00 untuk 1 meter kain cotton.

*Untuk aksesori tambahan 
Tambahan minimun sekurang-kurangnya Rm 20.00.
#Harga bergantung kepada saiz,kuantiti,material:
#Jadi Kami menggalakkan anda menambah sendiri,

#Tawaran harga jauh lebih rendah untuk pemborong,@pemborong pakaian beruniform/seragam bagi institusi pendidikkan,swasta dan lain-lain.(minimun 10 helai/pasang ke atas)

Pilihan warna & material mengikut citarasa anda.
Terdapat banyak pilihan.Sekiranya anda tidak mengemari design yang terdapat dalam ruangan ini.
Anda berpeluang,menghasilkan karya sendiri,@ memperolehi dari mana-mana sumber iaitu dengan menghantar gambar /Printskrin kepada kami untuk mengilhamkannya.

Design yang ditunjukkan hanya untuk tatapan,sekiranya anda berminat,anda boleh hubungi saya untuk tempahan.
 
Antara contoh design:
 Design/material batik crep.
 






Thursday 13 November 2014

Asid lemak membantu badan menyerap vitamin dengan lebih efektif dan menurunkan paras kolestrol.


Pengenalan:
Asid lemak kebiasaannya berasal daripada trigliserida @fosfolipid asid lemak yang tidak di ikat bersama molekul lain dikenali sebagai asid lemak bebas.Lemak penting sebagai sumber tenaga kerana menghasilkan ATP dalam kuantiti yang besar melalui proses metabolisme badan.Kebanyakkan sel menggunakan "glukosa"@ asid lemak untuk metabolisme.Secara khususnya jantung dan otot menggunakan asid lemak sebagai sumber metabolisme.
Menurut sumber Mymetro asid lemak mempunyai 2 jenis dan mempunyai peranan yang berbeza.Isu penggunaan lemak membimbangkan dan dianggap banyak memberi kesan negatif.Walaubagaimanapun ,tidak semua lemak itu berbahaya dan ia mempunyai peranan tersendiri yang sangat penting.
Lemak diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kulit,rambut dan membantu badan menyerap vitamin A,D,E,K(vitamin larut lemak).

Asid Lemak:
Kehadiran asid lemak,boleh meningkatkan lagi kadar serapan vitamin larut lemak,walaubagaimanapun asid lemak  tidak boleh dihasilkan oleh badan,kerana "badan kita tidak mempunyai enzim untuk sintesis asid lemak ini..Asid lemak terkandung dalam jenis lemak tak tepu.Atau dikenali asid lemak perlu .Asid lemak perlu dikategori sebagai lemak baik kerana boleh mengurangkan paras kolestrol buruk(LDL),trigliserida dan jumlah kolestrol keseluruhan.

Jom,saya jelaskan lebih terperinci :

Kenapa asid lemak penting?
Tubuh kita amat memerlukan asid lemak (omega-3,EPA dan DHA),kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri akibat tiada enzim untuk untuk melakukan sintesis asid lemak.Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan desaturose,tetapi mampu memanjangkan dan merombak asid lemak poli-tak tepu.

Terdapat 2 jenis sumber Asid Lemak:
1)Lemak Tepu/saturated
2)Lemak Tak Tepu/unsaturated

Lemak Tepu:
*Sumber lemak diperolehi daripada protein/lemak haiwan dan ia beku pada suhu bilik contoh    mertega,minyak sapi dan lemak pada daging.
*Lemak tepu juga terdapat daripada tumbuhan seperti minyak kelapa ,santan kelapa,isirong kelapa dan juga minyak kelapa sawit.
*Kandungan lemak tepu dipercayai boleh meningkatkan paras kolestrol dan sukar dicerna.

Lemak Tak Tepu:
Terdapat 2 jenis lemak tak tepu iaitu lemak poli tak tepu dan lemak trans.
Diperolehi daripada sumber haiwan dan tumbuhan :Lemak tak tepu juga dikenali"asid lemak perlu./Lemak poli tak tepu.

1)Lemak poli-tak tepu;
   Sumber lemak poli-tak tepu adalah daripada bijian kekacang dan ikan laut dalam.
 *contoh sumber bijian /kekacang seperti minyak bunga matahari,jagung,soya,sunflower,bijan menghasilkan
  asid lemak omega-6
  *Manakala Asid lemak omega-3,EPA &DHA,terdapat dalam ikan laut dalam seperti Salmon ,Tuna,
     Marcerel.
 *Asid lemak"perlu"ialah lemak yang tidak boleh dihasilkan oleh badan,dan ia dikategorikan sebagai lemak 
   baikkerana boleh mengurangkan paras kolestrol jahat (LDL),trigliserida dan jumlah kolestrol keseluruhan.dan berupaya meningkatkan paras kolestrol baik(HDL.

2)Lemak Trans:
   Terdiri daripada lemak trans semulajadi dan bukan semulajadi.:
*Lemak Trans semulajadi diperolehi daripada sumber protein seperti Daging lembu,kambing dan tenusu.Dimana bakteria yang wujud dalam perut lembu menghidrogenkan minyak dari makanan untuk menghasilkan lemak trans.

*Lemak Trans bukan semulajadi/Buatan:
Diperolehi sumber semulajadi@ telah melalui proses pembuatan seperti yang terdapat dalam daging burger,makanan segera,makanan bergoreng/pastri,serta makanan ringan..

.Terdapat beberapa pendapat,yang menyarankan agar mengelakkan dari mengambil terlalu banyak "lemak Trans kerana dibimbangi meningkatkan risiko serangan jantung akibat peningkatan paras kolestrol,serta penyumbatan saluran darah,dan seharusnya mengelakkan @ tidak mengambil terus lemak trans dari sumber buatan(bukan semulajadi)untuk kesihatan yang maksimun.

Kajian membuktikan Pengambilan Asid lemak Omega-3,EPA &DHA,dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan/fungsi imun serta untuk kecerdasan/perkembangan otak manusia.

Manfaat Asid Lemak Omega-3:

1) Mencegah risiko penyakit jantung serta tekanan darah tinggi.

2)Menurunkan paras kolestrol>
     >minyak ikan Omega-3 berupaya meningkatkan kolestrol baik dan terbukti dapat menurunkan kadar
       trigliserida dan LDL dalam darah.

3)Mencegah Obesiti dan Diabetes
   >Minyak ikan omega-3 berupaya meningkat metabolisme badan di mana ia membantu menukar "glucose"/asid lemak kepada tenaga dengan cepat.

4)Meningkatkan kesihatan Otak
   >asid lemak omega -3 mampu meningkatkan kesihatan otak berupaya mempengaruhi perkembangan
     membran sel dalam sisitem neurologis di dalam otak.
  >Ia mampu meningkatkan daya ingatan dan mentasi penyakit"nyanyuk"/al zheimer.

5)Mengurangkan depresi/tekanan:

6)Anti-inflamasi:
   >mengatasi masalah penyakit kulit,keradangan sendi,Psoriasis,Asma.

7)Mengurangkan risiko pembekuan darah/Salur darah tersumbat.
   >mencegah masalah/risiko darah tinggi dan stroke.

8)Membantu penyerapan Vitamin.
   >Asid lemak omega-3,sangat membantu dalam hal penyerapan vitamin larut lemak(A.D,E,K),
   >Membantu mengatasi masalah kekurangan zat makanan/kekurangan berat badan.
   >meningkatkan kesihatan dan kecergasan terutama bagi kanak2 yang gemar makan"makanan ringan" serta
     kurang selera makan.

9)Meningkatkan perkembangan Anak:
  >Perkembangan mental & fizikal dengan lebih cepat.
  >sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu hamil.

Bagaimana Mencari minyak omega -3 terbaik?

Minyak ikan omega-3,fatty acid,EPA &DHA,shaklee.kerana melalui 3 tahap penyulingan proprietari,dan bebas toksik,Sumber minyak ikan laut dalam /Laut sejuk.
Minyak ikan ini,terbaik dan tulen,kerana dalam satu sajian  cadangan untuk dewasa ialah 3 capsule sehari .
*Omega-3 fatty acid  =330mg/per capsule
*EPA =180mg/per capsule
*DHA =120mg/per capsule

*untuk maklumat lanjut klik pada artikel berkaitan:
Omega Guard,minyak ikan terbaik di dunia
Mengapa minyak ikan omega-3 shaklee melalui 3 peringkat penyulingan proprietari

#Rujukkkan:International Union Of Pure Applied Chemistry 1997.

Oleh;Pn Zurina Bt Mohd Noor
*SID Shaklee,ID1092799.
*N0 Telefon:019 3518 273(call/whatsapp),untuk sebarang pertanyaan. 





Wednesday 12 November 2014

Mealshake mengandungi Maltodextrin dan tidak selamat?


Mealshake shaklee mengandungi vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran yang sihat.Malah ,ia merupakan sumber  serat protein terbaik,kerana dapat membekalkan kalsium harian yang diperlukan oleh badan.Malah Mealshake mempunyai indek glisemik rendah kerana glukos dilepaskan secara perlahan-lahan bagi kegunaan sel badan.

Sebelum kita mengatakan Mealshake mengandungi maltodextrin dan tidak selamat diminum,apakah anda faham ,"Apa itu Maltodextrin?.

Hasil rujukkan www.popsugar.com/fitness/What is Maltodextrin?>
Maltodextrin adalah bahan tambahan(additive)yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai "thickener @ filler".Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat kompleks yang biasa diestrak dari beras,jagung,kentang,barli dan gandum.Jadi maltodextrin bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal/kilang.Ia memang biasa ditemui dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee kerana ia diperlukan untuk membekalkan"glucose" dengan cepat ke dalam badan disifatkan mempunyai indeks glisemik tinggi..Walaubagaimanapun maltodextrin akan cepat diserap oleh badan dan ditukar menjadi glucose
di mana jika tidak digunakan oleh  sel badan ia akan bertukar mejadi lemak.

Lemak.,,
Anda tentu risau ,apabila saya mengatakan"apabila tidak diguna oleh sel badan ia akan bertukar menjadi lemak".Pembentukkan lemak tidak mudah berlaku,jika anda mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Tapi,satu peluang baik bagi mereka yang terlampau kurus dan ingin menambahkan berat badan atau menambahkan selera makan.

Saranan Pengambilan:
1)Jika anda ingin mengambil makanan yang mempunyai kandungan maltodextrin yang tinggi,ambillah selepas
   anda bersenam kerana badan memerlukan sugar @ glucose dengan cepat dan maltodextrin boleh           
   bekalkan kepada badan.

2)Ambil hanya 34g sehari =1/4 cup(untuk golongan dewasa/anak-anak yang sudah bersekolah>4 tahun ke
                                           atas.
  * Ramai yang keliru tentang kandungan gula  dalam mealshake kerana pada pelekat "ingredient"
     mealshake tertulis untuk serving per 100g..
  *Mealshake membekalkan 47.1g gula yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak,di mana jika kita mem-
    bekalkan 100g setiap hari.TETAPI panduan pada botol sudah tertulis:serving size yang dicadangkan 
    hanyalah 34g di mana ia mengandung cuma 16.0g gula.

3)Bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah atau 1 tahun ke atas>perlu mengikut kesuaian kerana
   size cadangan 34g untuk mereka yang dewasa/kanak yang sedang membesar,jadi ibu bapa perlu bijak.
  *Panduan diselaraskan mengikut kesesuaian umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman
    anak yang belum matang .
  * Ini kerana ,pakar nutrisi/pihak shaklee tidak pernah mengatakan"MEALSHAKE SELAMAT untuk
     kanak-kanak berumur 1 tahun."


Pihak shaklee tidak menyarankan kita mengambil 100g sehari,cuma 34g,jadi Adakah mealshake tidak selamat @ diri sendiri yang salah faham,atau tidak ikut panduan pengambilan yang betul.

*Rujukkan"What is Maltodextrin and Is Maltodextrin bad for you"

Untuk sebarang pertanyaan @ consultasi.hubungi saya:
*Pn Zurina Bt Mohd Noor,
* ID 1092799,Distributor Shaklee.
*No telefon:0193518273(call/Whatsapp)
*Cod;sekitar Puchong & dan penghantaran melalui POs keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.

   



Mealshake nutrien terbaik untuk anak anda.


Mealshake shaklee

Mengandungi 19 vitamin utama dam mineral tambahan.Ia menyediakan hidangan lengkap dengan asid amino
serta nutrisi mudah untuk diserap untuk kegunaan seharian.
Mealshake shaklee,adalah susu berasaskan tumbuhan semulajadi yang terdiri daripada buah-buahan,sayur-sayuran,kacang soya,lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.
Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga orang dewasa.
Mealshake mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobin,latoferrin,bacterialysin dan sebagainya.
Mealshake sesuai untuk semua golongan iaitu bayi berumur 1 tahun ke atas,pelajar @atau kanak-kanak yang sedang membesar,ibu mengandung,para atlet,pengamal sayuran(vegetarian),orang sakit,orang yang sibuk bekerja,kanak-kanak yang gemar makan makanan segera/kurang selera makan dan bagi mereka yang kekurangan zat makanan @ mengalami kekurangangan berat badan akibat kurang selera makan serta mengalami kekurangan zat makanan.

Manfaat Mealshake:
1) Nutrisi lengkap>menyediakan 20 jenis vitamin,mineral dan zat yang diperlukan oleh badan.Kekurangan  pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh.Malah Mealshake turut mengandungi protein soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2) Membekalkan nutrisi kepada sel tubuh>
   Mealshake kaya dengan protein(tidak mengandungi laktosa),membantu pembinaan sel-sel kulit,kuku,
   rambut,organ,darah,sistem imun badan dan lain-lain.

3) Membantu tumbesaran>
   Mealshake mengandungi asid folik,biotin,kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk 
   membina sel-sel tulang untuk proses tumbesaran.

 4) Mealshake juga mengandungi vitamin A,C,E,Zink,Selenium yang merupakan organ anti-oksida yang 
     bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5)Mengembalikan seri wajah>
    Mengandungi vitamin B yang lengkap dengan zat besi dan cooper yang cukup untuk membina sel-sel 
    merah yang sihat,sekaligus memberi kesan terhadap wajah dan kulit yang cantik.

6)  Detoksifikasi>
     Mealshake kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak dan sisa buangan dari perut dan
     usus..Malah ia juga membantu mengatasi masalah buasir.

7) Rasa yang lazat>
     Minuman yang lazat untuk diambil bersama frustos semulajadi.Ia membantu memberi tenaga segera
     disamping mengatasi masalah kekurangan vitamin dan mineral.
     Rasa yang lazat,secara semulajadi tanpa sebarang pewarna dan gula tiruan,ia sesuai dinikmati oleh semua
     golongan.


Mealshake sesuai dinikmati oleh semua golongan oleh itu setiap cadangan sajian harus disesuaikan mengikut keperluan:

1) Dewasa>2 sudu besar Mealshake boleh dicampur bersama minuman lain seperti ESP Atau Performance
                   Drink atau milo,dan lain-lain.Malah ia boleh dibancuh begitu sahaja.

2)kanak(berumur 1 tahun)>cukup hanya 1 sudu besar,boleh dibancuh dan diminum begitu sahaja atau
                                         dicampur bersama susu lain(susu tepung/susu formula @ jus),milo.

Mealshake,bermanfaat memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh badan.Kekurangan zat makanan,memberi kesan terhadap badan(kekurangan vitamin dan mineral) akibat kehilangan selera makan,atau sebagainya.Kebiasaannya,terhadap kanak-kanak yang terlampau aktif,kurang selera makan,gemar mengambil makanan ringan sehingga menjejaskan tumbesaran,malah tidak mengalami penambahan berat badan.

Nukilan:Pn Zurina Bt Mohd Noor.
*SID Shaklee/No,ID 1092799.
*Puchong,Selangor
*No Telefon:019 3518 273(call/whatsapp)

Sunday 9 November 2014

Mengapa minyak omega-3,DHA & EPA perlu melalui 3 peringkat penyulingan dikatakan penting untuk kesihatan dan kecerdasan otak?

Omega Guard Shaklee
Amecan Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang -kurangnya saiz kad permainan(playing card) sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3,ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Kebanyakkan ramai yang tahu mengenai khasiat/manfaat minyak ikan omega-3,kerana kaya dengan EPA &DHA,penting untuk kesihatan badan dan kecerdasan minda.Namun ramai yang keliru,kerana tedapat banyak pilihan,dan juga tahap kualitinya.Sudah tentunya anda,inginkan yang terbaik,di samping menjimatkan kewangan anda.

Sempena bulan promosi minyak ikan "Omega Guard Shaklee",;<Buy 6 free 1 @ buy 2 diskaun 5%>
. .
#Tahukah anda minyak ikan omega guard 3 kali lebih tumpat berbanding minyak hati ikan lain.
>merupakan minyak ikan paling tulen di dunia kerana mengandungi  rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak Omega-3 semulajadi EPA,DHA,ALA dan banyak lagi.Satu sajian Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905mg asid lemak-3 EPA dan DHA.
Lebih mudah iaitu 1 kapsul omega-3 shaklee = 2 @ 3(Pristin Omega-3 fish oil @ Kordels' Wild Salmon &fish oil).

# Tahukah anda,estrak minyak ikan dari ikan laut dalam /laut sejuk,mampu meningkatkan fungsi imun badan.
>ini kerana,kebolehan minyak ikan yang kaya dengan asid lemak tidak tepu,sepertimana yang terdapat dalam badan ikan laut dalam,yang berupaya hidup di dalam air yang tersangat sejuk,dan tidak beku.

Omega-3 Shaklee:

Minyak ikan omega-3,shaklee telah melalui 3 peringkat penyulingan proprietari bertujuan  mengestrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi disamping bertindak menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenik,kadmium,dioksin dan PCB(polychlorinated biphenyl-merupakan bahan kimia indstri yang sangat toksik).
Malah kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan yang sangat tinggi untuk mengestrak minyak ikan,tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien,malahtidak boleh menapis andungan logam yang membahayakan kesihatan.
Minyak omega-3,dihasil dari ikan laut dalam,seperti ikan cod,tuna di perairan negara jepun kerana ketumpatan minyak ikan dan jauh lebih selamat daripada pencemaran bahan berbahaya seperti di atas,malah mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi.Ini kerana,hasil penyelidikkan lanjut mengenai ikan air laut sejuk mengandungi asid lemak tidak tepu yang sagat tinggi iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah,menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukkan thrombus,merawat penyakit lelah dan alahan kulit.

Manfaat Untuk Kesihatan:

1.Mempunyai Asid lemak>Mempunyai asid lemak omega-3,dapat membantu rembesan prostalglandin
   dan berkesan menghalang prostetomegaly dan masalah membuang air kencing yang timbul daripada punca
   andropos.
 *juga membantu perubahan hormon wanita>mencegah PMS berlaku awal,serta melicinkan kulit dan
   nampak kemerah-merahan.

2.Mencegah penyakit saluran darah dan strok:
   >EPA dan DHA boleh menentang thrombosis ,tekanan darah tinggi dan kepekatan darah,serta melicinkan  saluran darah dan melancarkan peredaran darah.
  >membantu tekanan darah agar kembali normal.
  >Membantu merendahkan tahap kolestrol,serta menghindarkan pembekuan darah di dalam badan.
  >Membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL,mengawal masalah obesiti,
    mencegah arteriosclerosis,myocardial infraction.
  >Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

3.Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori;
   >DHA adalah nutrien utama untuk otak,sistem saraf dan retina.Susu ibu mempunyai kandungan DHA yang
   tinggi,berupaya meningkatkan fungsi imun bayi dan meningkatkan keupayaan ingatan  serta pembelajaran.
     (khususnya ibu yang menyusukan bayi)
>DHA mencegah penyakit alzheimer
>juga memelihara penglihatan dan pendengaran serta  mencegah migraine.

4.Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru;
  >Mencegah alahan kulit,psoriasis,demam,bronkitis,penyakit lelah,hepatitis,SLE dan buah pinggang.

5.Menentang/mencegah kanser:
  >kajian:omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru,payudara,prostat dan kolon.
  >juga boleh meningkatkan enterogastritis,meransang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu 
    pankreas pesakit kanser agar berfungsi lebih efektif.

6.Memelihara fungsi sendi(arthritis)
   >Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu tulang rawan.oleh itu ia boleh mencegah kemusnahan tisu
     tulang rawan.
  >Memelihara fungsi sendi dan mencegah penyakit gout.

7.Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan:
  >kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi
    dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental termasuk kemurungan,tekanan,kebimbangan
    (anxiety),neurasthenia,insomnia,autism,kanak-kanak hiperaktif dan penyakit shizophrenia.

Anda mungkin,berminat mengetahui lebih langjut mengenai Minyak ikan Omega Guard shaklee ini,
jadi sila klik di sini:

*Omega-3 terbaik di dunia
*bagaimana omega-3,EPA dan DHA membakar lemak dan kolestrol

Nukilan:Pn Zurina Bt Mohd Noor,
 *SID Shaklee,ID 102799
*Puchong,Selangor.
 *No telefon:O19 3518 273.


   

Tuesday 28 October 2014

Penyakit G6PD,adalah mutasi gen yang boleh diwarisi.

Bayi G6PD


Ramai para ibu dan bapa,risau setelah anak mereka telah didiagnosis mengalami G6PD,malah ada yang tertanya-tanya "apa itu G6PD?,dan"bagaimana boleh terjadi?."Apa puncanya?".

Ramai yang menganggap kaum wanita,adalah punca utama menyebabkan bayi mempunyai G6PD seperti fahaman bagi segelintir masyarakat terhadap isu penyakit kuning/jaundis,terutama berkaitan dengan pemakanan ibu semasa hamil atau selepas bersalin dan menyusukan bayi.

Tidak kurang juga,ada diantara anda khususnya ibu mengandung,mengambil sikap tidak peduli akan perihal kandungannya,tentang pentingnya menjaga kesihatan semasa mengandung,terutama keperluan zat makanan/
vitamin.Anda harus peka,ibu hamil terpaksa berkongsi zat pemakanan dengan bayinya.  Adalah penting anda memastikan keperluan zat makanan yang cukup untuk kesihatan anda dan bayi yang dikandung.
Dan setelah bayi dilahirkan adalah penting,memberikan susu badan kepada bayi,kerana susu ibu/susu badan mempunyai elemen  yang kuat untuk kesihatan bayi terutama untuk mengelak tempoh penyakit kuning yang panjang.

Apa itu G6PD?

G6Pd adalah sejenis enzim dalam sel darah merah iaitu Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase.Sejenis penyakit yang merujuk kepada kekurangan enzim G6PD.
G6PD adalah enzim yang bertanggunjawab untuk mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi kerana sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke tisu di seluruh badan.

Kekurangan enzim G6PD biasanya berlaku pada lelaki dan ia adalah disebabkan penyakit genetik.
Jika sel darah merah tidak cukup enzim G6PD,ia tidak akan mampu bertahan melawan kepada kes jangkitan yang teruk atau terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang,ubat gegat dan ubat-ubatan tertentu yang diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah atau dipanggil hemolisis.

Pesakit mungkin menghidap hemolitic anemia jika sel darah merah musnah berterusan dengan lebih cepat daripada badan dan boleh menggantikannya.

Pesakit G6PD dikatakan tahan kepada penyakit demam malaria kerana kuman malaria tidak boleh hidup dalam sel merah pesakit G6PD.

Apa punca G6PD?

Penyakit ini berpunca dari mutasi gen G6PD.
Gen G6PD inimemberi arahan untuk menghasilkan enzim Glucose-6-Proshate-Dehydrogenase.
Enzim ini berfungsi melindungi sel darah merah dari kesan molekul bahaya dipanggil spesis reaktif(SOR) dari terkumpul hingga ke paras toksik di dalam sel darah merah.

Jadi ,jika berlaku mutasi di dalam gen G6PD sama ada struktur berkurang atau berubah,maka enzim ini tidak lagi dapat memainkan peranannya.

Akibatnya,spesis oksigen reaktif akan terkumpul dan merosakkan sel darah merah.

Penyakit G6PD ini tidak berjangkit walaupun kita bersentuhan dengan mereka yang menghidapnya tetapi ia boleh diwarisi secara genetik.

Kebanyakkan mereka yang mengalaminya tidak mempunyai tanda-tanda khusus.Tanda-tanda yang terjadi
sekiraanya sel darah merah pecah/hemolisis  termasuk:

1)Kelihatan teramat pucat,tidak bermaya(atau keletihan yang teramat)
2)Pening.
3)Degupan jantung yang laju.
4)Sukar bernafas
5)Sakit dada.
6)Jaundis(kekuningan)>boleh dilihat pada mata putih atau kulit,warna air kencing seperti air teh atau coca-
   cola.

Jika ini berlaku,dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup.Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya,ia tidak membawa kesan negatif  yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan
tumbesaran kanak-kanak.

Penyakit kekurangan enzim G6PD jarang membawa maut dan rawatan bagi kes hemolisis yang teruk adalah pemindahan darah kepada pesakit.

Penyakit ini tiada penawarnya,langkah terbaik ialah menghindari pengambilan makanan yang boleh mencetuskan hemolisis.

Untuk bayi yang baru lahir yang mengalami penyakit G6PD,bayi tersebut perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning(jaundis) yang tinggi dengan cepat,akibat daripada hemolisis berlebihan.

Bayi yang kuning(jaundice)perlu diletakkan di bawah lampu(fototerapi) untuk menurunkan tahap billirubin
dalam darah

Pesakit G6PD perlu pantang larang dalam mengambil makanan dan ubatan..Anda boleh rujuk halaman:Punca bayi kuning/jaundis dan bagaimana mengenalinya
dan:Kekurangan enzim G6PD dan kaitan dengan penyakit kuning(jaundice) .

 Halaman berikut mengandungi,beberapa perkara yang berkaitan G6PD dan terdapat juga kaedah atau pantang larang untuk mengelakkan jaundice terlalu tinggi serta pemakanan yang perlu dielakkan /diambil oleh pesakit G6PD.

Rujukkan:MyHealth,Portal.goy

#take note:Penyakit G6PD tidak boleh ambil makanan yang mepunyai sumber kekacang dan herba.

#Bagi ibu yang mementingkan kesihatan bayinya,haruslah menyokong pemberian susu badan sepenuhnya kepada bayi sehinggalah bayi/anak anda mencapai umur 2 tahun.Kerana tempoh ini,amat penting untuk melindungi kesihatan bayi anda,kerana antibodi anak amat lemah.

Sekiranya anda seorang ibu yang bekerja,anda boleh meneruskan pemberian susu badan melalui kaedah "simpanan"/perahan susu badan.and berniat meneruskan:breastfeeding" dan dalam masa yang sama anda mempunyai masalah /penyakit G6PD atau bayi anda mempunyai penyakit ini.Anda boleh mengambil suplemen untuk menyokong penyusuan .

Sekiranya anda berminat untuk mengambil Set Penyusuan Shaklee"anda boleh mengambil suplemen berikut;
*vitalea
*vitamin C
*B complex
*Ostermatrix

Anda harus berhati-hati memilih pemakanan,dan mungkin anda memerlukan konsultasi.Jadi ,anda tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan iklan-iklan produk kesihatan tanpa mengetahui keperluan dan tahap
 kesihatan anda dan bayi.

#walaupun Set Penyusuan Shaklee ada banyak pilihan contoh"Set Penyusuan Bajet"(Alfalfa dan ESP),tetapi tidak sesuai bagi anda atau bayi anda mempunyai kekurangan enzim G6PD,mengambil produk tersebut,kerana:
>Alfalfa>bersifat herba
>ESP>Berasaskan bijirin/kacang soya

Oleh,suplemen di atas hanyalah cadangan,pengambilan pemakanan berkhasiat,minum air yang cukup,kerap memberi susu badan atau kerap memerah/mengepam susu dapat memperbanyakkan susu badan,malah pengambilan suplemen untuk membantu proses kelancaran air susu disamping membekalkan vitamin dan mineral serta menampung keperluan zat makanan,agar mencukupi untuk ibu dan bayi yang disusui.



Nukilan:Pn Zurina Bt Mohd Noor,SID shaklee.
No ID:1092799
No Telefon:0193518 273(call/whatsapp)
Sedia"COD" sekitar Puchong,Selangor.
Serta penghantaran  melalui khidmat POSLAJU DAN GEDEX,keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.









Monday 13 October 2014

Kenapa bayi kerap buang air besar,tandanya mengalami cirit-birit?



 Pada hari ini, saya ingin menjawab persoalan customer,seorang ibu muda.
1. Kenapa bayinya kerap berak,dan adakalanya muntah?
 2.Adakah cirit-birit yang dialaminya,berpunca dari vitamin yang diambilnya semasa pantang?

 Apa yang mengecewakan saya ,ibu muda ini mengambil keputusan drastik menghentikan pemberian susu    badan kepada bayinya atas nasihat suami"yang berpendapat,lebih mudah memberikan susu tepung"senang bila travel" dan makan tanpa perlu berpantang"yang boleh menjejaskan kualiti susu mahupun kesihatan bayi.

Tapi tak mengapalah,mungkin mereka ada sebab tersendiri.Dan kepada para pembaca khususnya bagi mereka yang bakal bergelar"ibu dan bapa",harus faham dan banyakkan membaca info-info kesihatan .

Untuk pengetahuan anda,susu badan mempunyai sumber protein yang tinggi dan mempunyai antibodi yang kuat untuk diberikan kepada bayi.Oleh itu para ibu disaran menyusukan bayi sejak awal kelahiran sehinggalah usia anak 2 tahun setengah.Ia penting,kerana susu ibu mempunyai elemen yang boleh mencegah pembiakkann mikro-organisma yang menyebabkan cirit-birit.Malah ia juga mempunyai DHA yang tinggi.Disamping EPA yang terkandung dalam susu ibu,mempunyai antibodi agar sistem pertahanan badan bayi kuat dan tidak mudah mendapat serangan penyakit.Ia penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak/minda anak serta sistem pertahanan badan menguatkan badan anak.

Untuk pengetahuan anda,vitamin shaklee adalah nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang,di sokong oleh DR Zubaidi,kerana ibu yang baru lepas bersalin memerlukan nutrisi yang cukup untuk memulihkan luka dengan cepat dan mengembalikan tenaga sepanjang proses berpantang.Vitamin tambahan diperlukan oleh ibu dalam pantang untuk mengantikan sumber protein dan mineral serta serat yang tidak dapat diperolehi kerana amalan berpantang(makanan),termasuk sumber zat besi dan kalsium.
ok,bab ini saya akan kongsikan dalam blog seterusnya"Nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang".

 Ramai ibu tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidap cirit birit kerana disebabkan oleh susu ibu sehingga menyebabkan pembuangan air besar secara kerap.

Ingin tahu,dan bagaimana nak pastikan anak anda mengalami cirit-birit:

Pembuangan air besar adalah normal bagi bayi ,ia bergantung bergantung sama ada bayi di beri susu badan atau susu formula.
*Susu badan:
  >Najis bayi yang menyusu badan bagi bayi yang baru lahir adalah agak kekuningan dan lembik atau cair,
    serta boleh berlaku sekerap 5 kali sehari.
  >Kadang-kadang,bayi boleh membuang air besar sebaik sahaja selesai menyusu badan,ini kerana perut
    bayi penuh di isi"susu".Susu akan meransang keseluruhan saluran usus bayi dan menyebabkan
    pembuangan najis.
  >Dalam masa sebulan,kebanyakkan bayi yang menyusu badan akan membuang najis 1 atau 2 kali sehari
    sahaja.

*Susu formula:
 >Pembuangan najis bayi yang diberi susu formula ialah sekali sehari.
 >Najisnya agak kental dan busuk.

Najis cair yang berlaku dari masa kesemasa adalah normal.Namun bayi kemungkinan mengalami cirit-birit jika:
1.Selepas usianya mencecah sebulan dan mengeluarkan najis yang busuk,cair dan berlendir setiap kali
   menyusu.
2.Bayi mengalami demam atau berat badan menurun(harus dibawa berjumpa doktor).

Bagaimana cara nak merawat bayi cirit-birit?
1.Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simpton-simpton dan mengelakkan ternyahidrat.
2.Teruskan memberi susu dengan sempurnadan kerap.
3.Cuba beri air garam"rehidrasi"(oral rehydration salt solution @ORS)sedikit demi sedikit, beberapa kali
   dalam sejam.
4.Jangan berikan jus buah,air glukos atau minuman berkarbonat>gula yang tidak terserap akan menarik air
   ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit makin teruk.
5.Jangan berikan ubat anti cirit-birit kepada kanak-kanak lain
6.Jangan bawa ke pusat asuhan/taska>untuk elak jangkitan kuman /bakteria kepada kanak-kanak lain.
   >atau dibawa ke tempat"berenang"untuk tempoh 2 minggu seterusnya.

Punca cirit-birit
Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu merupakan jangkitan/infeksi usus.Ia menjejaskan lapisan dalaman usus.Lapisan yang terjejas akan mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan melaluinya terus tanpa menyerap sebarang nutrien.
Selain jangkitan/efeksi pada usus,cirit-birit juga disebabkan oleh:

1.Alergi/alahan>Terhadap susu @alergi terhadap makanan.
2.Susu (formula)>Tidak disediakam dengan sempurna.
3.Antibiotik>Pengambilan ubat tanpa kawalan.
4.Selsema.
5. Keracunan makanan.
6.Kekurangan enzim tertentu> (jarang berlaku)

## Kepada ibu di luar sana/para pembaca anda harus faham bertapa penting susu ibu kepada bayi anda .
    Dan seboleh-bolehnya susuilah bayi sehingga lengkap(sampai bayi/anak berusia 2 tahun lebih),kerana
    diperingkat ini keadaan bayi/anak belum cukup sistem pertahanan badannya dan tidak digalakkan di beri
    ubat-ubatan jika anak anda sakit kerana dibimbangi akan kesan sampingannya.Susu ibu mempunyai
    antibodi yang cukup kuat serta mempunyai elemen tertentu yang bersifat anti mikro-organisma,disamping
    memenuhi keperluan EPA dan DHA anak.

##>Saya menyokong sepenuhnya "Breasfeeding",walaupun bekerja.Malah saya sanggup berhenti kerja semata-mata untuk beri komitment kepada keluarga dan menyusukan anak sepenuh masa.Dan kini,saya mempunyai 6orang cahaya mata,kesemuanya sihat dan tiada masalah kesihatan.Dan saya amat bersetuju,
bahawa pendapat mengatakan"Susu ibu,menjadikan anak lebih bijak".
Sebagai ibu yang berpengalaman,saya menguruskan sendiri anak walaupun dalam pantang.Saya memahami karenah/ragam anak-anak.Kesemua anak-anak cepat berlajar/cepat mengikuti perkara-perkara baru sejak awal kelahiran lagi,malah tidak pernah dihantar ke pusat asuhan/taska didikkan,walaubagaimanapun tahap kebolehan membaca dan menulis serta pergaulan dan komunikasi amat baik berbanding kanak-kanak lain.

Anda mungkin berminat mengetahui artikel"Susu ibu menjadikan anak lebih bijak",dan mengikuti pemakanan berkhasiat untuk ibu mengandung.Dan inginkan konsultasi boleh hubungi terus ke no telefon saya atau mengikuti halaman blogspot saya.,
Artikel-artikel berkaitan:lawati halaman>http;//ciknabeautynhealth.blogspot/html-seperti:

*Khasiat/kepentingan susu ibu
*Vitamin shaklee nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang
*Susu Ibu menjadikan anak lebih sihat
*Omega Guard Shaklee,omega-3 terbaik di dunia
*Lahirkan generasi sihat dan genius dari peringkat awal lagi
*Set Breastfeeding
*kenapa susu badan merudun/menyusup
dan banyak lagi.

Pn Zurina bt Mohd Noor
SID Shaklee,ID 1092799,
No telefon:019 3518 273(call/whatsapp),
COD area Puchong dan Shah Alam,
Penghantaran guna khidmat poslaju dan Gedex. 



Sunday 12 October 2014

Omega Guard Shaklee,omega-3 terbaik di dunia.



Omega Guard-3

Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak politak-tepu yang panjang(mempunyai banyak ikatan).Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yang diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri.Malah ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang,melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang diambil.Asid lemak boleh ditemui dalam ikan.Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak omega-3,asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan-ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk.Ikan-ikan ini semestinya mati kebekuan sekiranya ketiadaan lapisan lemak ini.
Oleh itu kita perlu mengambilnya dari makanan.Omega-3 dari asas tumbuhan,tidak boleh ditukar kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.
 Terdapat 2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 ialah minyak ikan diaktifkan secara biologikal-Asid Eicosopentaenoic(EPA) dan Asid docosahexaenoic (DHA) .EPA penting di dalam mengurangkan penyakit-penyakit kardiak dan peredaran darah.DHA pula penting untukperkembangan otak dan mata terutama kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental.Ia mat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah
di dalam pembelajaran.

Apa yang perbezaan Omega Guard Shaklee dengan Omega yang lain berada di pasaran?
Omega Guard Shaklee;

Shaklee Omega Guard diestrak dari ikan laut dalam(sejuk) seperti sardin,mackerel,herring,anchovies di perairan negara Jepun.Ia bukan dari hati minyak ikan.Omega guard adalah 3 kali lebuh tumpat dari ketumpatan hati inyak ikan lain yang berada di pasaran.Omega guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA,dan banyak lagi.Satu sajian OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.
Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengestrak minyak ikan.akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien,malah tidak boleh menapis kandungan logamyang membahayakan kesihatan.Shaklee menggunakan ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan proprietari 3 molekul untuk mengestrakasid lemak Omega-3 yang paling tulen dan semulajadi,serta menyinkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenik,kadmium,dioksin dan PCB(polychlorinated biphenyl)-merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

Manfaat Omega Guard;

1.Asid lemak Omega-3
   >Merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.Oleh itu kita perlu 
     mengambilnya dari makanan.Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukar kepada EPA dan DHA
     secara berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca
     Andropos.Ia juganboleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan
     PMS,menjadikan kulit licin dan berseri(kemerah-merahan).

2.Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  >EPA dan DHA boleh menentang thrombosis,tekanan darah tinggi(merendahkan tekanan darah),dan 
    kepekatan darah.
  >Bertindak sebagai pelincir saluran darah dan melancarkan peredaran darah.Oleh sebab itu ia efektif untuk 
    membantu mengekalkan tekanan darah normal,mencegah ketegangan di leher dan mencegah sakit kepala.
 >Merendahkan kolestrol>menghindar pembekuan darah di dalam badan dan membantu tahap trigliserida
   dan kolestrol LDL serta mengawal masalah obesiti.
>Mencegah artiriosclerosis,myocardial infraction
 >Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

3.Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
  >DHA adalah nutrien utama untuk otak,sistem saraf dan retina.Ia penting terutama pada 3 bulan terakhir 
    perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.Kandungan susu ibu mengandungi DHA yang 
    tinggi.
 >DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran,mencegah penyakit Alzheimer,memelihara
   penglihatan dan pendengaran  serta mencegah migrain.
 >Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

4.Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru,
   >Mengawal sistem imun seperti memperbaikki alahan kulit,psoriasis,demam hay,bronkitis,penyakit lelah,
     hepatitis,SLE(lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

5.Menentang kanser.
  >Kajian menunjukkan Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru,payudara,prostat dan kolon.Ia juga 
    boleh meningkatkan enterogastritis,meransang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu 
    pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6.Memelihara fungsi-fungsi sendi(arthritis)
   >Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan.Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim
     yang membentuk tisu rawan.Ia memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

7.Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan.
  >Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan utuk menstabilkan emosi dan 
    membantu dalam perkembangan kesihatan mental,termasuk kemurungan,tekanan,kebimbangan(anxiety),
    neurasthenia,insomnia,autism,kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

# Amerika Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut dalam sekurang-kurangnya saiz kad
   permainan ()playing card) sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid omega-3 dapat
   membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Cadangan:
Untuk penjagaan kesihatan: 2 kali sehari(2 hingga 4 kapsul),sebelum atau selepas makan.
Untuk sakit Tulang,kolestrol tinggi,tekanan darah tinggi: 2 kali sehari,2 kapsul setiap kali.

Siapa yang harus mengambil Omega -3(Omega-Guard EPA dan DHA) ini;
Minyak ikan omega-3 ini sesuai untuk semua golongan>kanak-kanak yang sedang membesar,orang dewasa,
orang tua,wanita mengandung(kecuali wanita mengandung trimester ke-3/atas nasihat doktor)remaja/Ini kerana ia memainkan peranan penting dan banyak memberi manfaat kepada semua.

# Anda mungkin berminat mengetahui pautan berikut:
*Bagaimana Omega-3 fatty acid membakar lemak dan kolestrol
*Bagaimana omega-3 yang kaya dengan EPA dan DHA boleh membakar lemak  
*Bakar lemak dan kolestrol
                 
Sumber : Amerika Public Health Assciation

Pn Zurina bt Mohd Noor
SID Shaklee,ID 1092799Puchong Selangor
No telefon:019 3518 273(call/Whatsapp)
COD area Puchong ,
Penghantaran keseluruh Malaysia,termasuk Singapura dan Brunei,
Khidmat Poslaju dan Gedex.