Tuesday 28 October 2014

Penyakit G6PD,adalah mutasi gen yang boleh diwarisi.

Bayi G6PD


Ramai para ibu dan bapa,risau setelah anak mereka telah didiagnosis mengalami G6PD,malah ada yang tertanya-tanya "apa itu G6PD?,dan"bagaimana boleh terjadi?."Apa puncanya?".

Ramai yang menganggap kaum wanita,adalah punca utama menyebabkan bayi mempunyai G6PD seperti fahaman bagi segelintir masyarakat terhadap isu penyakit kuning/jaundis,terutama berkaitan dengan pemakanan ibu semasa hamil atau selepas bersalin dan menyusukan bayi.

Tidak kurang juga,ada diantara anda khususnya ibu mengandung,mengambil sikap tidak peduli akan perihal kandungannya,tentang pentingnya menjaga kesihatan semasa mengandung,terutama keperluan zat makanan/
vitamin.Anda harus peka,ibu hamil terpaksa berkongsi zat pemakanan dengan bayinya.  Adalah penting anda memastikan keperluan zat makanan yang cukup untuk kesihatan anda dan bayi yang dikandung.
Dan setelah bayi dilahirkan adalah penting,memberikan susu badan kepada bayi,kerana susu ibu/susu badan mempunyai elemen  yang kuat untuk kesihatan bayi terutama untuk mengelak tempoh penyakit kuning yang panjang.

Apa itu G6PD?

G6Pd adalah sejenis enzim dalam sel darah merah iaitu Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase.Sejenis penyakit yang merujuk kepada kekurangan enzim G6PD.
G6PD adalah enzim yang bertanggunjawab untuk mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi kerana sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke tisu di seluruh badan.

Kekurangan enzim G6PD biasanya berlaku pada lelaki dan ia adalah disebabkan penyakit genetik.
Jika sel darah merah tidak cukup enzim G6PD,ia tidak akan mampu bertahan melawan kepada kes jangkitan yang teruk atau terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang,ubat gegat dan ubat-ubatan tertentu yang diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah atau dipanggil hemolisis.

Pesakit mungkin menghidap hemolitic anemia jika sel darah merah musnah berterusan dengan lebih cepat daripada badan dan boleh menggantikannya.

Pesakit G6PD dikatakan tahan kepada penyakit demam malaria kerana kuman malaria tidak boleh hidup dalam sel merah pesakit G6PD.

Apa punca G6PD?

Penyakit ini berpunca dari mutasi gen G6PD.
Gen G6PD inimemberi arahan untuk menghasilkan enzim Glucose-6-Proshate-Dehydrogenase.
Enzim ini berfungsi melindungi sel darah merah dari kesan molekul bahaya dipanggil spesis reaktif(SOR) dari terkumpul hingga ke paras toksik di dalam sel darah merah.

Jadi ,jika berlaku mutasi di dalam gen G6PD sama ada struktur berkurang atau berubah,maka enzim ini tidak lagi dapat memainkan peranannya.

Akibatnya,spesis oksigen reaktif akan terkumpul dan merosakkan sel darah merah.

Penyakit G6PD ini tidak berjangkit walaupun kita bersentuhan dengan mereka yang menghidapnya tetapi ia boleh diwarisi secara genetik.

Kebanyakkan mereka yang mengalaminya tidak mempunyai tanda-tanda khusus.Tanda-tanda yang terjadi
sekiraanya sel darah merah pecah/hemolisis  termasuk:

1)Kelihatan teramat pucat,tidak bermaya(atau keletihan yang teramat)
2)Pening.
3)Degupan jantung yang laju.
4)Sukar bernafas
5)Sakit dada.
6)Jaundis(kekuningan)>boleh dilihat pada mata putih atau kulit,warna air kencing seperti air teh atau coca-
   cola.

Jika ini berlaku,dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup.Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya,ia tidak membawa kesan negatif  yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan
tumbesaran kanak-kanak.

Penyakit kekurangan enzim G6PD jarang membawa maut dan rawatan bagi kes hemolisis yang teruk adalah pemindahan darah kepada pesakit.

Penyakit ini tiada penawarnya,langkah terbaik ialah menghindari pengambilan makanan yang boleh mencetuskan hemolisis.

Untuk bayi yang baru lahir yang mengalami penyakit G6PD,bayi tersebut perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning(jaundis) yang tinggi dengan cepat,akibat daripada hemolisis berlebihan.

Bayi yang kuning(jaundice)perlu diletakkan di bawah lampu(fototerapi) untuk menurunkan tahap billirubin
dalam darah

Pesakit G6PD perlu pantang larang dalam mengambil makanan dan ubatan..Anda boleh rujuk halaman:Punca bayi kuning/jaundis dan bagaimana mengenalinya
dan:Kekurangan enzim G6PD dan kaitan dengan penyakit kuning(jaundice) .

 Halaman berikut mengandungi,beberapa perkara yang berkaitan G6PD dan terdapat juga kaedah atau pantang larang untuk mengelakkan jaundice terlalu tinggi serta pemakanan yang perlu dielakkan /diambil oleh pesakit G6PD.

Rujukkan:MyHealth,Portal.goy

#take note:Penyakit G6PD tidak boleh ambil makanan yang mepunyai sumber kekacang dan herba.

#Bagi ibu yang mementingkan kesihatan bayinya,haruslah menyokong pemberian susu badan sepenuhnya kepada bayi sehinggalah bayi/anak anda mencapai umur 2 tahun.Kerana tempoh ini,amat penting untuk melindungi kesihatan bayi anda,kerana antibodi anak amat lemah.

Sekiranya anda seorang ibu yang bekerja,anda boleh meneruskan pemberian susu badan melalui kaedah "simpanan"/perahan susu badan.and berniat meneruskan:breastfeeding" dan dalam masa yang sama anda mempunyai masalah /penyakit G6PD atau bayi anda mempunyai penyakit ini.Anda boleh mengambil suplemen untuk menyokong penyusuan .

Sekiranya anda berminat untuk mengambil Set Penyusuan Shaklee"anda boleh mengambil suplemen berikut;
*vitalea
*vitamin C
*B complex
*Ostermatrix

Anda harus berhati-hati memilih pemakanan,dan mungkin anda memerlukan konsultasi.Jadi ,anda tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan iklan-iklan produk kesihatan tanpa mengetahui keperluan dan tahap
 kesihatan anda dan bayi.

#walaupun Set Penyusuan Shaklee ada banyak pilihan contoh"Set Penyusuan Bajet"(Alfalfa dan ESP),tetapi tidak sesuai bagi anda atau bayi anda mempunyai kekurangan enzim G6PD,mengambil produk tersebut,kerana:
>Alfalfa>bersifat herba
>ESP>Berasaskan bijirin/kacang soya

Oleh,suplemen di atas hanyalah cadangan,pengambilan pemakanan berkhasiat,minum air yang cukup,kerap memberi susu badan atau kerap memerah/mengepam susu dapat memperbanyakkan susu badan,malah pengambilan suplemen untuk membantu proses kelancaran air susu disamping membekalkan vitamin dan mineral serta menampung keperluan zat makanan,agar mencukupi untuk ibu dan bayi yang disusui.



Nukilan:Pn Zurina Bt Mohd Noor,SID shaklee.
No ID:1092799
No Telefon:0193518 273(call/whatsapp)
Sedia"COD" sekitar Puchong,Selangor.
Serta penghantaran  melalui khidmat POSLAJU DAN GEDEX,keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.









Monday 13 October 2014

Kenapa bayi kerap buang air besar,tandanya mengalami cirit-birit?



 Pada hari ini, saya ingin menjawab persoalan customer,seorang ibu muda.
1. Kenapa bayinya kerap berak,dan adakalanya muntah?
 2.Adakah cirit-birit yang dialaminya,berpunca dari vitamin yang diambilnya semasa pantang?

 Apa yang mengecewakan saya ,ibu muda ini mengambil keputusan drastik menghentikan pemberian susu    badan kepada bayinya atas nasihat suami"yang berpendapat,lebih mudah memberikan susu tepung"senang bila travel" dan makan tanpa perlu berpantang"yang boleh menjejaskan kualiti susu mahupun kesihatan bayi.

Tapi tak mengapalah,mungkin mereka ada sebab tersendiri.Dan kepada para pembaca khususnya bagi mereka yang bakal bergelar"ibu dan bapa",harus faham dan banyakkan membaca info-info kesihatan .

Untuk pengetahuan anda,susu badan mempunyai sumber protein yang tinggi dan mempunyai antibodi yang kuat untuk diberikan kepada bayi.Oleh itu para ibu disaran menyusukan bayi sejak awal kelahiran sehinggalah usia anak 2 tahun setengah.Ia penting,kerana susu ibu mempunyai elemen yang boleh mencegah pembiakkann mikro-organisma yang menyebabkan cirit-birit.Malah ia juga mempunyai DHA yang tinggi.Disamping EPA yang terkandung dalam susu ibu,mempunyai antibodi agar sistem pertahanan badan bayi kuat dan tidak mudah mendapat serangan penyakit.Ia penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak/minda anak serta sistem pertahanan badan menguatkan badan anak.

Untuk pengetahuan anda,vitamin shaklee adalah nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang,di sokong oleh DR Zubaidi,kerana ibu yang baru lepas bersalin memerlukan nutrisi yang cukup untuk memulihkan luka dengan cepat dan mengembalikan tenaga sepanjang proses berpantang.Vitamin tambahan diperlukan oleh ibu dalam pantang untuk mengantikan sumber protein dan mineral serta serat yang tidak dapat diperolehi kerana amalan berpantang(makanan),termasuk sumber zat besi dan kalsium.
ok,bab ini saya akan kongsikan dalam blog seterusnya"Nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang".

 Ramai ibu tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidap cirit birit kerana disebabkan oleh susu ibu sehingga menyebabkan pembuangan air besar secara kerap.

Ingin tahu,dan bagaimana nak pastikan anak anda mengalami cirit-birit:

Pembuangan air besar adalah normal bagi bayi ,ia bergantung bergantung sama ada bayi di beri susu badan atau susu formula.
*Susu badan:
  >Najis bayi yang menyusu badan bagi bayi yang baru lahir adalah agak kekuningan dan lembik atau cair,
    serta boleh berlaku sekerap 5 kali sehari.
  >Kadang-kadang,bayi boleh membuang air besar sebaik sahaja selesai menyusu badan,ini kerana perut
    bayi penuh di isi"susu".Susu akan meransang keseluruhan saluran usus bayi dan menyebabkan
    pembuangan najis.
  >Dalam masa sebulan,kebanyakkan bayi yang menyusu badan akan membuang najis 1 atau 2 kali sehari
    sahaja.

*Susu formula:
 >Pembuangan najis bayi yang diberi susu formula ialah sekali sehari.
 >Najisnya agak kental dan busuk.

Najis cair yang berlaku dari masa kesemasa adalah normal.Namun bayi kemungkinan mengalami cirit-birit jika:
1.Selepas usianya mencecah sebulan dan mengeluarkan najis yang busuk,cair dan berlendir setiap kali
   menyusu.
2.Bayi mengalami demam atau berat badan menurun(harus dibawa berjumpa doktor).

Bagaimana cara nak merawat bayi cirit-birit?
1.Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simpton-simpton dan mengelakkan ternyahidrat.
2.Teruskan memberi susu dengan sempurnadan kerap.
3.Cuba beri air garam"rehidrasi"(oral rehydration salt solution @ORS)sedikit demi sedikit, beberapa kali
   dalam sejam.
4.Jangan berikan jus buah,air glukos atau minuman berkarbonat>gula yang tidak terserap akan menarik air
   ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit makin teruk.
5.Jangan berikan ubat anti cirit-birit kepada kanak-kanak lain
6.Jangan bawa ke pusat asuhan/taska>untuk elak jangkitan kuman /bakteria kepada kanak-kanak lain.
   >atau dibawa ke tempat"berenang"untuk tempoh 2 minggu seterusnya.

Punca cirit-birit
Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu merupakan jangkitan/infeksi usus.Ia menjejaskan lapisan dalaman usus.Lapisan yang terjejas akan mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan melaluinya terus tanpa menyerap sebarang nutrien.
Selain jangkitan/efeksi pada usus,cirit-birit juga disebabkan oleh:

1.Alergi/alahan>Terhadap susu @alergi terhadap makanan.
2.Susu (formula)>Tidak disediakam dengan sempurna.
3.Antibiotik>Pengambilan ubat tanpa kawalan.
4.Selsema.
5. Keracunan makanan.
6.Kekurangan enzim tertentu> (jarang berlaku)

## Kepada ibu di luar sana/para pembaca anda harus faham bertapa penting susu ibu kepada bayi anda .
    Dan seboleh-bolehnya susuilah bayi sehingga lengkap(sampai bayi/anak berusia 2 tahun lebih),kerana
    diperingkat ini keadaan bayi/anak belum cukup sistem pertahanan badannya dan tidak digalakkan di beri
    ubat-ubatan jika anak anda sakit kerana dibimbangi akan kesan sampingannya.Susu ibu mempunyai
    antibodi yang cukup kuat serta mempunyai elemen tertentu yang bersifat anti mikro-organisma,disamping
    memenuhi keperluan EPA dan DHA anak.

##>Saya menyokong sepenuhnya "Breasfeeding",walaupun bekerja.Malah saya sanggup berhenti kerja semata-mata untuk beri komitment kepada keluarga dan menyusukan anak sepenuh masa.Dan kini,saya mempunyai 6orang cahaya mata,kesemuanya sihat dan tiada masalah kesihatan.Dan saya amat bersetuju,
bahawa pendapat mengatakan"Susu ibu,menjadikan anak lebih bijak".
Sebagai ibu yang berpengalaman,saya menguruskan sendiri anak walaupun dalam pantang.Saya memahami karenah/ragam anak-anak.Kesemua anak-anak cepat berlajar/cepat mengikuti perkara-perkara baru sejak awal kelahiran lagi,malah tidak pernah dihantar ke pusat asuhan/taska didikkan,walaubagaimanapun tahap kebolehan membaca dan menulis serta pergaulan dan komunikasi amat baik berbanding kanak-kanak lain.

Anda mungkin berminat mengetahui artikel"Susu ibu menjadikan anak lebih bijak",dan mengikuti pemakanan berkhasiat untuk ibu mengandung.Dan inginkan konsultasi boleh hubungi terus ke no telefon saya atau mengikuti halaman blogspot saya.,
Artikel-artikel berkaitan:lawati halaman>http;//ciknabeautynhealth.blogspot/html-seperti:

*Khasiat/kepentingan susu ibu
*Vitamin shaklee nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang
*Susu Ibu menjadikan anak lebih sihat
*Omega Guard Shaklee,omega-3 terbaik di dunia
*Lahirkan generasi sihat dan genius dari peringkat awal lagi
*Set Breastfeeding
*kenapa susu badan merudun/menyusup
dan banyak lagi.

Pn Zurina bt Mohd Noor
SID Shaklee,ID 1092799,
No telefon:019 3518 273(call/whatsapp),
COD area Puchong dan Shah Alam,
Penghantaran guna khidmat poslaju dan Gedex. 



Sunday 12 October 2014

Omega Guard Shaklee,omega-3 terbaik di dunia.



Omega Guard-3

Omega-3 adalah nama yang diberikan kepada rantaian asid lemak politak-tepu yang panjang(mempunyai banyak ikatan).Asid lemak mempunyai minyak-minyak penting yang diperlukan untuk menjamin kesihatan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkannya sendiri.Malah ia juga boleh mengakibatkan kegagalan untuk berkembang,melainkan asid lemak ini hadir di dalam makanan yang diambil.Asid lemak boleh ditemui dalam ikan.Kajian nutrisi telah membuktikan bahawa minyak ikan amat kaya dengan asid lemak omega-3,asid lemak inilah yang melindungi ikan-ikan laut dalam kerana ia mempunyai takat beku yang rendah dan membantu memanaskan ikan-ikan ketika berada di lautan yang paling sejuk.Ikan-ikan ini semestinya mati kebekuan sekiranya ketiadaan lapisan lemak ini.
Oleh itu kita perlu mengambilnya dari makanan.Omega-3 dari asas tumbuhan,tidak boleh ditukar kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.
 Terdapat 2 jenis komponen utama asid lemak Omega-3 ialah minyak ikan diaktifkan secara biologikal-Asid Eicosopentaenoic(EPA) dan Asid docosahexaenoic (DHA) .EPA penting di dalam mengurangkan penyakit-penyakit kardiak dan peredaran darah.DHA pula penting untukperkembangan otak dan mata terutama kepada ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak.Kajian telah menunjukkan bahawa DHA membantu meningkatkan kepintaran dan fungsi mental.Ia mat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah
di dalam pembelajaran.

Apa yang perbezaan Omega Guard Shaklee dengan Omega yang lain berada di pasaran?
Omega Guard Shaklee;

Shaklee Omega Guard diestrak dari ikan laut dalam(sejuk) seperti sardin,mackerel,herring,anchovies di perairan negara Jepun.Ia bukan dari hati minyak ikan.Omega guard adalah 3 kali lebuh tumpat dari ketumpatan hati inyak ikan lain yang berada di pasaran.Omega guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA,DHA,ALA,dan banyak lagi.Satu sajian OmegaGuard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.
Kebanyakkan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengestrak minyak ikan.akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien,malah tidak boleh menapis kandungan logamyang membahayakan kesihatan.Shaklee menggunakan ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan proprietari 3 molekul untuk mengestrakasid lemak Omega-3 yang paling tulen dan semulajadi,serta menyinkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenik,kadmium,dioksin dan PCB(polychlorinated biphenyl)-merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

Manfaat Omega Guard;

1.Asid lemak Omega-3
   >Merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.Oleh itu kita perlu 
     mengambilnya dari makanan.Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukar kepada EPA dan DHA
     secara berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca
     Andropos.Ia juganboleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan
     PMS,menjadikan kulit licin dan berseri(kemerah-merahan).

2.Mencegah penyakit saluran darah dan strok
  >EPA dan DHA boleh menentang thrombosis,tekanan darah tinggi(merendahkan tekanan darah),dan 
    kepekatan darah.
  >Bertindak sebagai pelincir saluran darah dan melancarkan peredaran darah.Oleh sebab itu ia efektif untuk 
    membantu mengekalkan tekanan darah normal,mencegah ketegangan di leher dan mencegah sakit kepala.
 >Merendahkan kolestrol>menghindar pembekuan darah di dalam badan dan membantu tahap trigliserida
   dan kolestrol LDL serta mengawal masalah obesiti.
>Mencegah artiriosclerosis,myocardial infraction
 >Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

3.Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
  >DHA adalah nutrien utama untuk otak,sistem saraf dan retina.Ia penting terutama pada 3 bulan terakhir 
    perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.Kandungan susu ibu mengandungi DHA yang 
    tinggi.
 >DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran,mencegah penyakit Alzheimer,memelihara
   penglihatan dan pendengaran  serta mencegah migrain.
 >Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

4.Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru,
   >Mengawal sistem imun seperti memperbaikki alahan kulit,psoriasis,demam hay,bronkitis,penyakit lelah,
     hepatitis,SLE(lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

5.Menentang kanser.
  >Kajian menunjukkan Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru,payudara,prostat dan kolon.Ia juga 
    boleh meningkatkan enterogastritis,meransang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu 
    pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

6.Memelihara fungsi-fungsi sendi(arthritis)
   >Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan.Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim
     yang membentuk tisu rawan.Ia memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

7.Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan.
  >Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan utuk menstabilkan emosi dan 
    membantu dalam perkembangan kesihatan mental,termasuk kemurungan,tekanan,kebimbangan(anxiety),
    neurasthenia,insomnia,autism,kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

# Amerika Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut dalam sekurang-kurangnya saiz kad
   permainan ()playing card) sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid omega-3 dapat
   membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

Cadangan:
Untuk penjagaan kesihatan: 2 kali sehari(2 hingga 4 kapsul),sebelum atau selepas makan.
Untuk sakit Tulang,kolestrol tinggi,tekanan darah tinggi: 2 kali sehari,2 kapsul setiap kali.

Siapa yang harus mengambil Omega -3(Omega-Guard EPA dan DHA) ini;
Minyak ikan omega-3 ini sesuai untuk semua golongan>kanak-kanak yang sedang membesar,orang dewasa,
orang tua,wanita mengandung(kecuali wanita mengandung trimester ke-3/atas nasihat doktor)remaja/Ini kerana ia memainkan peranan penting dan banyak memberi manfaat kepada semua.

# Anda mungkin berminat mengetahui pautan berikut:
*Bagaimana Omega-3 fatty acid membakar lemak dan kolestrol
*Bagaimana omega-3 yang kaya dengan EPA dan DHA boleh membakar lemak  
*Bakar lemak dan kolestrol
                 
Sumber : Amerika Public Health Assciation

Pn Zurina bt Mohd Noor
SID Shaklee,ID 1092799Puchong Selangor
No telefon:019 3518 273(call/Whatsapp)
COD area Puchong ,
Penghantaran keseluruh Malaysia,termasuk Singapura dan Brunei,
Khidmat Poslaju dan Gedex.  

Lahirkan generasi sihat & genius dari peringkat awal lagi.


Anak adalah anugerah yang terindah dikurniakanNYA,kehadirannya umpama penyeri dan pelengkap pasangan bahagia di alam rumahtangga.Anak ibarat kain putih bersih,dan ibu bapalah pelukis pencorak  utama peribadinya.Memilikki anak yang comel,sihat dan bijak menjadi kedambaan setiap ibu bapa.
 Harus diingat keluarga yang bahagia terbina di atas tapak ibu bapa yang beragama dan berakhlak mulia.Ibu dan bapa adalah teladan yang paling dekat dengan anak-anak.Keharmonian ibu bapa dan anak-anak yang
wujud atas dasar kasih sayang seperti yang dituntut oleh agama,akan dapat membina kehidupan yang
berbahagia.
Kaum ibu,semasa mengandung (khususnya yang beragama islam) perlu mengerjakan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan melakukan amalan-amalan baik ketika mengandung iaitu:

1.Banyak bertaubat>  atas segala dosa dan kesalahan kepada Allah S.W.T agar zuriat yang dilahirkan
                                     nanti menjadi insan yang bertaqwa.

2.Menutup aurat>Sesuai dengan ajaran islam>agar hidup lebih berkat.

3.Banyak membaca ayat-ayat suci al Quran:
   *Membaca surah al fatihah dan ayat kursi
   *Membaca surah yasin hingga akhir
   *Membaca surah al-taubah hingga akhir,
   *Membaca surah yusuf hingga akhir,agar memperolehi anak yang soleh,sihat,cantik dan sempurna.
   *Membaca surah Luqman hingga akhir,agar memperoleh anak yang taat.
   *Membaca surah Maryam hingga akhir untuk memperolehi anak yang sabar dan taat.
   *Membaca surah An-nahl ayat 78
   *Membaca surah Al A'raf ayat 189

4. Banyakkan membaca doa setiap kali selepas solat @ sambil mengusap-usap perut.
    >Mendoakan kebaikkan untuk anak:
   *Doa mendapat anak/zuriat yang soleh
   *Doa mendapat anak yang cerdik/pintar

Amalan baik untuk ibu semasa mengandung:
1.Menjaga adab dan perlakuan.
   >melatih diri agar banyak bersabar/mengawal emosi.

2.Menjaga kesihatan>:
  * pemakanan berkhasiat>anak sihat/cerdas
  *digalakkan ambil pemakanan sunah semasa mengandung>untuk kesihatan ibu dan dipercayai dapat
    membantu perkembangan minda/otak janin.
3.Melakukan aktiviti berfaedah.
   >Minat membaca semasa mengandung> dipercayai dapat mempengaruhi sikap anak setelah ia lahir(sedang
     membesar)
   >Jangan terlalu memanjakan diri(tidur)>kurang pergerakkan menyebabkan,badan kehilangan stamina
     ia juga boleh menyebabkan kenaikkan berat badan melampau.
      -dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan seperti GDM Ketika hamil.
      -kurang keregangan otot>menyebabkan ketegangan urat/betis/kekejangan otot,kesukaran untuk bersalin
        normal.
      -Gaya hidup yang kurang aktif/malas,boleh mempengaruhi sikap anak setelah lahir nanti, (nasihat/
        pengalaman orang tua.

Banyak lagi perkara-perkara yang harus diamalkan oleh sesorang isteri yang sedang hamil.Amalan-amalan  dan nasihat ini merupakan bimbingan kepada wanita yang mengandung agar keadaan fizikal dan emosi tetap stabil.Di samping itu ia membawa kebaikkan untuk dirinya dan terhadap anak yang dikandungnya.

Amalan yang baik,patut diamalkan juga oleh kaum bapa,banyakkan bertaubat,membaca al quran,berdoa(mendoakan kebaikkan untuk isteri dan anak),serta menjaga adab/perlakuan semasa isteri hamil mahupun selepas kelahiran anak.

Makanan untuk ibu mengandung;
Seiring dengan pertumbuhan bayi yang semakin membesar dalam kandungan,wanita hamil memerlukan pertambahan zat makanan.Makanan yang dimakan sepanjang hamil mempunyai fungsi penting dalam menjaga
kesihatan ibu dan janin.Keadaan janin semakin membesar memerlukan sumber protein yang cukup,seperti daging,ikan,telur dan kekacang.Penambahan protein dapat membantu pembentukkan baru jaringan baru anggota tubuh janin dan persediaan ibu menghadapi masa bersalin dan menyusukan bayi nanti.
Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral seperti sayur-sayuran dan juga sumber karbohidrat .
Kalsium pula diperlukan untuk pembentukkan tulang dan gigi.Penambahan zat besi juga diperlukan supaya ibu tidak mengalami masalah kurang darah ketika bersalin.
Makanan tambahan diperlukan seperti menambahkan sumber protein,kalsium,kalori dan vitamin agar
bersesuaian dengan tumbesaran janin.
Tambahan vitamin diperlukan utuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh ibu yang mengandung.Vitamin B complex dari sumber kekacang,Vitamin A yang banyak terdapat dalam kuning telur,susu,hati,sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau serta kuning kemerahan,dan Vitamin C dari sumber seperti buah dan sayuran .
 Protein susu mengandungi lemak,kalsium,fostat,zat besi,sodium,potassium serta vitamin c juga amat penting untuk ibu mengandung,sebaiknya pilihlah susu segar atau susu tepung tanpa krim.

# Haruslah dipastikan makanan "dari sumber yang halal" dan diredhai Allah,kerana barang yang haram yang masuk ke dalam tubuh akan menjadi darah daging.Ini akan mempengaruhi sikap dan fikiran kita,dan juga akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan janin di dalam kandungan.

Firman Allah S.W.T;
    
    "Hai orang-orang yang beriman,makanlah di antara rezeki yang baik-baiknyang kami berikan kepadamu dan bersyukur kepada Allah,jika benar-benar kepadaNYA sahaja kamu menyembah"

Melahirkan anak yang sihat dan cerdik bermula dengan amalan-amalan baik sejak awal kandungan lagi ,
Malah dalam islam,menyokong saranan menyusukan anak seharusnya sehinga bayi berumur 2 tahun setengah.Dan kajian membuktikan,bayi yang diberi susu badan (susu ibu),jauh lebih sihat daripada bayi yang diberi susu tepung serta bebas dari risiko penyakit @alahan-alahan kulit,serta jangkitan paru-paru.
Selain itu,susu ibu juga menjadikan anak lebih bijak dan cepat berlajar.

Sumber rujukkan:

Abu bakar jabir Al, jaza'iri,Keperibadian Muslimah

Dr Hamid Arshad,Kesihatan Wanita Masa Kini
Amalan-amalan semasa mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata.

oleh; Pn Zurina bt Mohd Noor,,
         SID Shaklee,ID 1092799 Puchong Selangor
         No telefon:019 3518 273(call/whatsapp)


   

Thursday 9 October 2014

kenapa gagal menurunkan berat badan setelah mengambil pil diet?



Kebanyakkan pengguna produk diet/slim,kecewa apabila gagal mencapai berat badan ideal dan menyalahkan produk yang digunakan semata-mata.Seharusnya anda perlu faham,kehadiran produk slim/diet hanya membantu proses penurunan berat badan.Oleh itu jangan terlalu bergantung produk semata-mata,kerana cara pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang di ambil pada masa yang tepat,tabiat/rutin harian yang sihat,di samping pengambilan air dan serat buah-buahan dan sayuran yang mencukupi mempengaruhi amalan berdiet anda untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Banyak sebab kenapa anda gagal mencapai berat badan ideal walaupun mengambil pil diet antaranya:

1)Tidak mengikut jadual pengambilan pil diet/tidak mengikut arahan @skip.
2)Gagal mengambil sarapan pagi atau sengaja tidak makan bertujuan untuk menurunkan berat badan.
3)Kegagalan menahan nafsu makan>Makan banyak dan kerap.
4)Tabiat pemakanan tidak sihat> Suka ambil makanan berkalori tinggi(makanan segera),snek,makanan manis(air bergas)
6)Malas melakukan aktiviti fizikal@ kekangan daripada melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
   >Akibat kesibukkan kerja @ situasi kerja yang membuatkan anda tidak aktif bergerak.
7)Tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat dengan betul
   >mengambil makanan berat ketika sarapan dan makan lewat malam.
8)Kurang/tidak gemar mengambil air kosong,buah-buahan dan sayuran.

Tips menurunkan berat badan dengan berkesan:

Formula untuk turunkan berat badan dengan cepat dan selamat dikongsi bersama YM Tengku Norihan(Pengasas/pemilik:Bodypower Fitness Centre):
*menitikberatkan hal pengambilan makanan,amat sesaui dengan istilah"makan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit"iaitu:

1)Makan pagi>hendaklah diambil selepas sejam bangun dari tidur.
>Ini kerana badan kita memerlukan bahan makanan untuk membakar bagi meningkatkan metabolisme erti kata lain(makanan diperlukan untuk ditukar menjadi tenaga)agar kita lebih fokus dan bertenaga.
>Pentingnya sarapan pagi untuk meningkatkan oksigen di dalam badan,paling penting adalah otak kita .Kecerdasan otak membuatkan kita berasa cergas,lebih fokus dan bertenaga dalam melakukan aktiviti harian.

2)Waktu rehat pukul 10 pagi:
   >Jika sarapan pagi anda di awal pagi iaitu jam 6.00 pagi @7.00pagi.makan diperlukan selepas 3-5 jam.
     size makanan yang ringkas cukup sekadar sebiji buah bersama segelas air kosong.Ia akan membuatkan
    badan anda bersedia untuk menerima makanan tengahari yang berat.Malah membuatkan rasa kenyang
    dan tidak terlalu lapar dan gelojoh mengambil makanan tengahari.

 3)Makan tengahari:
    >Digalakkan anda mengambil lebih lauk-pauk berbanding nasi,kerana nasi mempunyai kanji yang banyak.
      Sumber protein seperti ikan amat penting untuk pembinaan otot.
   >Size hidangan mengikut keperluan anda contoh lauk sebesar tapak tangan(dada ayam),dan nasi antara
     7-12 suap mengikut size tangan masing-masing.
   >Pastikan mengambil sayuran pelbagai warna kerana setiap sayuran mempunyai vitamin yang berbeza-
     beza,iaitu antara 10-16 sudu sayuran.

4)Makan petang>pukul 4-5 petang;
   >Mesti makan,kerana jarak makan tengaharidan makan malam adalah panjang,cukur sekadar sebiji buah
     bersama segelas air kosong.

5)Makan malam:
   >Jika makan petang,pastikan jarak antara3-4 jam untuk makan malam.
   >Cara yang berkesan lebih kurang sama dengan makan tengahari iaitu lebihkan lauk-pauk dan sayuran.

Tips-tips pemakanan sihat yang perlu diamal:

*Pastikan tidak mengambil makanan manis terlalu kerap>contoh minuman "3 in 1",minuman tin/bergas,kerana kebiasaannya mengandungi gula yang tinggi.

*Elak pengambilan ais semasa makan.
  >ada pendapat mengatakan ais boleh mengemukkan>kerana lemak makanan yang diambil semasa makan
    menjadi tepu dan sukar dibakar atau dicerna.Lama kelamaan lemak akan berkumpul dengan banyaknya.
  >hal ini hasil kajian yang dibuat ke atas mereka yang mengalami buncit/boroi yang gemar minum ais.

*Makan makanan yang dibakar/dipanggang,direbus/dikukus.
  >Adalah lebih baik dan mempercepatkan penurunan berat badan.
  >JIka perlu mengoreng,hendaklah memilih minyak yang kurang kandungan kolestrol.

*Makan lebih banyak buah dan sayuran>3-5 kali sehari.

*Minum air kosong yang banyak mengikut size badan anda:
>Berat badan 50-60 kg = minum air sebanyak 2.5 liter sehari.
>Berat badan 61-70 kg = minum air sebanyak 3 liter sehari.
>Berat badan 71-80 kg =minum air sebanyak 3.5 liter sehari
>Berat badan 81-90 kg ke atas = minum air sebanyak 4 liter sehari.

Harus ketahui:
## pengambilan buah-buahan dan sayuran yang banyak,digalakkan kerana ia mempunyai protein dan serat yang tinggi .>ia amat penting untuk kesihatan sistem penghadaman,dan membantu proses detoks.
>buah-buahan dan sayuran juga membantu kesihatan kulit disaat anda kehilangan berat badan dan penyusutan berat badan sering memperlihatkan kekenduran dan kekeringan kulit.Bertujuan agar kesan penyusutan berat badan kepada kulit tidak ketara dan agar sentiasa tegang/anjal.

##Pengambilan air dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi juga amat penting dalam membantu sisitem penghadaman berjalan lancar>mempercepatkan proses detoks.
>juga bertujuan mengantikan jumlah air yang hilang akibat proses/amalan penurunan berat badan.
>untuk mengelakkan keletihan @ gejala dehidrasi.
>air yang juga,bertindak untuk elak kekeringan pada kulit.

6)Lakukan senaman 4 hingga 5 kali seminggu:
   >Lakukan selama 30 minit ke atas tanpa henti dengan intensif sederhana dan juga tinggi.
  >Kenapa 30 minit?<kerana lemak baru terbakar selepas 30 minit dan selepas 45 minit hingga sejam baru
    protein jahat dapat dibakar.Jika intensif secara perlahan,boleh dilakukan sampai 2 jam.

7)Lakukan senaman yang berlainan setiap hari;
   >Kerana setiap senaman tertumpu kepada bahagian -bahagian tertentu sahaja.Bertujuan untuk membina
     otot yang mantap.Ini kerana otot-otot badan jika dilakukan dengan pelbagai aktiviti yang berlainan akan
     mempercepatkan proses pembakaran kalori dan penurunan berat badan secara stabil.

8)Sila mengambil makanan tambahan/Vitamin ;
   >kerana di dalam masakkan dan jenis makanan yang kita makan belum mencukupi zat yang diperlukan
     sebenar oleh badan.

Adalah penting mendisiplinkan diri dalam mencari berat badan yang ideal,segala tips @ langkah menjadi panduan anda.Tidak ada jalan yang mudah yang cepat"short cut".
Jika berat badan anda turun secara mendadak dengan banyaknya dalm tempoh 1 minggu,2 minggu atau sebulan,anda mungkin akan kehilangan "muscle"(otot),kulit lembik dan kendur.Malah menyebabkan anda tidak bermaya,kurang fokus,pucat,cepat letih,kulit menjadi kering serta sistem ketahanan badan menjadi lemah.

##take note:Anda mungkin mengalami kegemukkan/pertambahan berat badan semula setelah menjalani program menurunkan berat badan.Ini kerana anda telah berhenti mengamalkan program diet secara sihat serta berhenti melakukan senaman
 >Tips-tips di atas amat berguna dipraktikkan secara berterusan agar kegemukkan tidak kembali yang dikenali "Gemuk yo-yo".Dan penting membina otot dan memelihara keanjalan kulit agar lemak/kolestrol tidak mudah terperangkap dalam kolon dan bawah tisu kulit.

## Anda mungkin berminat mengetahui rencana di bawah;

KLIKS>Berpuasa ke arah kesihatan yang baik
KLIKS>Kenapa dehidrasi menyebabkan anda gemuk dan sakit
KLIKS>Bagaimana omega-3 yang kaya dengan EPA dan DHA boleh membakar lemak dan kolestrol
KLIKS>Cara jadual makan Set Slim Bajet(Alfalfa +Lecithin)

Nukilan:Pn Zurina bt Mohd Noor
SID shaklee,ID 1092799
*No,Telefon:019 3518 273(call/Whatsapp)
*COD area Puchong Selangor
*Consultasi Percuma




Thursday 2 October 2014

Kesan kehilangan kolagen terhadap badan.





Apa itu kolagen?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia.Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan.Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur,kekuatan dan keanjalan kulit dan tisu badan.Kolagen disusun kepada 3 rantai polipeptida (monomer
protein) yang terpilih membentuk rangkaian Triplex Helix (pilihan ganda 3).Segmen kecil dari tiap-tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak1000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada kornea mata,salur darah,keratin(rambut,kuku)tulang rawan,sendi,gigi,hati,sum-sum tulang dan tisu seperti pada buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

Kesan kekurangan kolagen dalam badan:
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun.Kesan pengurangan mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudianSelepas umur 45-50 tahun badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada,Jadi semakin meningkat usia(tua),semakin banyak kolagen berkurang dalam badan.Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan,kesan kekurangan kolagen seperti dalam gambarajah diatas dan mencegah pelbagai jenis penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi),osteoporosis,arteiosclerosis.Malah kolagen juga digunakan dalm produk kosmetik dan pelembap kulit.
kesan kekurangan kolagen,jelas menunjukkan penuaan sedang berlaku akibat faktor usia yang semakin meningkat.Walaubagaimanapun beberapa faktor lain boleh mempercepatkan badan kehilangan kolagen atau mengalami kerosakkan kolagen dan seterusnya mempercepatkan penuaan berlaku.Antara faktor lain yang boleh merosakkan kolagen badan dan kulit seperti pancaran matahari,penggunaan bahan kimia(produk kosmetik),kekurangan air,kekurangan zat makanan(vitamin B dan C) ,pencemaran alam sekitar lain-lain.

Tanda-tanda penuaan;
*Kulit kusam 
*Tidak bermaya/tidak bertenaga
*Tiada seri
*Kulit berkedut dan kendur
*Pigmentasi/bintik hitam
*Sakit badan dan sendi
*Mudah lupa
*kurang penglihatan/penglihatan semakin kabur
*Otot badan/kulit hilang keanjalan(payudara kendur)
*Rambut rosak/pecah,mudah gugur.
## tanda-tanda penuaan berlaku jelas menunjukkan persamaan yang berlaku akibat kesaan kekurangan kolagen.

Mengapa kita perlukan kolagen?
*Kerana kolagen berfungsi:
1.Menghasilkan asid amino penting seperti:
   *Lysin,prolm dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu 
     penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.
   *Hyroxprolin>memberikekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin disamping 
     melembapkan kulit.
   *Alami,prolin dan asparagin> Menstabilkan struktur,melembap,menegang,dan menganjalkan kulit,lantas 
     mengekalkan kecantikkan kulit serta menghalang penuaan.
   *Arigin>memudahkan tidur yang nyenyak dan menghasilkan pola tidur.
2.Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
3.Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dam kerosakkan oksidatif.
4.Menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
5.Menampung air dalam tubuh.
6.Meningkatkan penyerapan kalsium.
7.Meningkatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.
8.Meningkatkan isyarat induksi.
9.Menguatkan,menyihatkan rambut dan kuku.

Kesan kolagen ke atas badan;
*Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
*Memelihara kelembapan kulit
*Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan oto dan tulang
*Menguatkan otot dan tulang
*Memelihara/mencegah kelenturan sendi
*Mengurangkan keradangan/Inflammation
*Memberi tenaga
*Membantu pola tidur
*Memulih penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf.

## Terdapat banyak sumber kolagen dipasaran bagaimana  untuk memilih kolagen terbaik?

Kolagen terbaik diambil sebagai suplemen makanan.Kajian klinikal awal,pengambilan kolagen pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaikki penuaan kulit sebanyak 80%.Antara kolagen yang terbaik ialah:
*KOLAGEN IKAN DIHIDROLISIS.kerana:
*Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah ,selamat dan ideal bagi membantu meransang pertumbuhan 
  kolagen dalam kulit.
*Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan 
  pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal.
*Berat molekul daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap  berbanding kolagen  kompleks  yang lain seperti kambing,lembu,dan babi seberat 400 000.
*Menyediakan Predigested Collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
*Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian"Triple Helix",struktur bentuknya sama terdapat pada kolagen manusia.Ini merupakan penemuan penting pada abab ini.
*Memperbaikki konsentrasi hydropoxyproline(hypro)
* Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungin20 asid amino 
  termasuk 8 daripada 9 asid amino essential(tidak ada tryptophan)
*Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukkan kolagen dalam badan.Menyediakan 
  asid amino bebas dan peptida.
*Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu dan untuk 
  mengekalkan fungsi sel.
*Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan.
*Mengandungi asid aminoyang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukkan otot.Lebih banyak 
  otot tanpa lemak,meningkatkan kadar metabolisme.Ini akan mempercepatkan pembakaran lemak.
*Lemak yang terbakar menyebabkan orang merasai peningkatan tenaga .
*Mengadungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tisu penyokong pada 
  sendi.
*Menyediakan penampungan air dalam badan dan mengoptimunkan penghidratan.Kesannya melembapkan 
  dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
*Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ia penting untu memulihkan kadar protein selepas 
  latihan.
*Mempercepatkan proses pemulihan kecederaan.
*Membentuk dan menegangkan otot badan.
*Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk penuruan berat badan.
*Memelihara dan menguatkan kuku dan rambut
*Membantu menegangkan kulit disamping melambatkan penuaan.Ia memberi keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakkan tulang rawan.
*Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.

Sumber;Klinik keluarga

Formula baru yang ditemui dan penting dalam mengatasi penuaan berlaku degan cepat iaitu KOLAGEN IKAN DIHIDROLISIS dan gabungan asid amino penting,telah berjaya membuka mata pakar nutrisi SHAKLEE,menciptakan produk yang dapat memberi manfaat terhadap kolagen badan  iaitu:
1)Collagen Powder>kolagen dari sisik ikan merah bersama 7 bahan  organik utama.
2)ESP>Soy Energy Protein>kaya dengan asid amino penting,dan juga berfungsi sebagai kolagen/protein kepada badan.

Kliks> Shaklee Collagen Powder
 
 Kliks>ESP(Soy Energy Protein)


Nukilan:Pn Zurina bt Mohd Noor,,ID 1092799.
Dstributor shaklee,Cod area Puchong dan Shah Alam.
No telefon(call/whatsapp);)013 3158 377.
*Penghantaran keseluruh Malaysia,termasuk Brunei Dan Singapura.
* Khidmat Poslaju dan Gedex
*Konsultasi percuma.