Monday 13 October 2014

Kenapa bayi kerap buang air besar,tandanya mengalami cirit-birit?



 Pada hari ini, saya ingin menjawab persoalan customer,seorang ibu muda.
1. Kenapa bayinya kerap berak,dan adakalanya muntah?
 2.Adakah cirit-birit yang dialaminya,berpunca dari vitamin yang diambilnya semasa pantang?

 Apa yang mengecewakan saya ,ibu muda ini mengambil keputusan drastik menghentikan pemberian susu    badan kepada bayinya atas nasihat suami"yang berpendapat,lebih mudah memberikan susu tepung"senang bila travel" dan makan tanpa perlu berpantang"yang boleh menjejaskan kualiti susu mahupun kesihatan bayi.

Tapi tak mengapalah,mungkin mereka ada sebab tersendiri.Dan kepada para pembaca khususnya bagi mereka yang bakal bergelar"ibu dan bapa",harus faham dan banyakkan membaca info-info kesihatan .

Untuk pengetahuan anda,susu badan mempunyai sumber protein yang tinggi dan mempunyai antibodi yang kuat untuk diberikan kepada bayi.Oleh itu para ibu disaran menyusukan bayi sejak awal kelahiran sehinggalah usia anak 2 tahun setengah.Ia penting,kerana susu ibu mempunyai elemen yang boleh mencegah pembiakkann mikro-organisma yang menyebabkan cirit-birit.Malah ia juga mempunyai DHA yang tinggi.Disamping EPA yang terkandung dalam susu ibu,mempunyai antibodi agar sistem pertahanan badan bayi kuat dan tidak mudah mendapat serangan penyakit.Ia penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak/minda anak serta sistem pertahanan badan menguatkan badan anak.

Untuk pengetahuan anda,vitamin shaklee adalah nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang,di sokong oleh DR Zubaidi,kerana ibu yang baru lepas bersalin memerlukan nutrisi yang cukup untuk memulihkan luka dengan cepat dan mengembalikan tenaga sepanjang proses berpantang.Vitamin tambahan diperlukan oleh ibu dalam pantang untuk mengantikan sumber protein dan mineral serta serat yang tidak dapat diperolehi kerana amalan berpantang(makanan),termasuk sumber zat besi dan kalsium.
ok,bab ini saya akan kongsikan dalam blog seterusnya"Nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang".

 Ramai ibu tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidap cirit birit kerana disebabkan oleh susu ibu sehingga menyebabkan pembuangan air besar secara kerap.

Ingin tahu,dan bagaimana nak pastikan anak anda mengalami cirit-birit:

Pembuangan air besar adalah normal bagi bayi ,ia bergantung bergantung sama ada bayi di beri susu badan atau susu formula.
*Susu badan:
  >Najis bayi yang menyusu badan bagi bayi yang baru lahir adalah agak kekuningan dan lembik atau cair,
    serta boleh berlaku sekerap 5 kali sehari.
  >Kadang-kadang,bayi boleh membuang air besar sebaik sahaja selesai menyusu badan,ini kerana perut
    bayi penuh di isi"susu".Susu akan meransang keseluruhan saluran usus bayi dan menyebabkan
    pembuangan najis.
  >Dalam masa sebulan,kebanyakkan bayi yang menyusu badan akan membuang najis 1 atau 2 kali sehari
    sahaja.

*Susu formula:
 >Pembuangan najis bayi yang diberi susu formula ialah sekali sehari.
 >Najisnya agak kental dan busuk.

Najis cair yang berlaku dari masa kesemasa adalah normal.Namun bayi kemungkinan mengalami cirit-birit jika:
1.Selepas usianya mencecah sebulan dan mengeluarkan najis yang busuk,cair dan berlendir setiap kali
   menyusu.
2.Bayi mengalami demam atau berat badan menurun(harus dibawa berjumpa doktor).

Bagaimana cara nak merawat bayi cirit-birit?
1.Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simpton-simpton dan mengelakkan ternyahidrat.
2.Teruskan memberi susu dengan sempurnadan kerap.
3.Cuba beri air garam"rehidrasi"(oral rehydration salt solution @ORS)sedikit demi sedikit, beberapa kali
   dalam sejam.
4.Jangan berikan jus buah,air glukos atau minuman berkarbonat>gula yang tidak terserap akan menarik air
   ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit makin teruk.
5.Jangan berikan ubat anti cirit-birit kepada kanak-kanak lain
6.Jangan bawa ke pusat asuhan/taska>untuk elak jangkitan kuman /bakteria kepada kanak-kanak lain.
   >atau dibawa ke tempat"berenang"untuk tempoh 2 minggu seterusnya.

Punca cirit-birit
Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu merupakan jangkitan/infeksi usus.Ia menjejaskan lapisan dalaman usus.Lapisan yang terjejas akan mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan melaluinya terus tanpa menyerap sebarang nutrien.
Selain jangkitan/efeksi pada usus,cirit-birit juga disebabkan oleh:

1.Alergi/alahan>Terhadap susu @alergi terhadap makanan.
2.Susu (formula)>Tidak disediakam dengan sempurna.
3.Antibiotik>Pengambilan ubat tanpa kawalan.
4.Selsema.
5. Keracunan makanan.
6.Kekurangan enzim tertentu> (jarang berlaku)

## Kepada ibu di luar sana/para pembaca anda harus faham bertapa penting susu ibu kepada bayi anda .
    Dan seboleh-bolehnya susuilah bayi sehingga lengkap(sampai bayi/anak berusia 2 tahun lebih),kerana
    diperingkat ini keadaan bayi/anak belum cukup sistem pertahanan badannya dan tidak digalakkan di beri
    ubat-ubatan jika anak anda sakit kerana dibimbangi akan kesan sampingannya.Susu ibu mempunyai
    antibodi yang cukup kuat serta mempunyai elemen tertentu yang bersifat anti mikro-organisma,disamping
    memenuhi keperluan EPA dan DHA anak.

##>Saya menyokong sepenuhnya "Breasfeeding",walaupun bekerja.Malah saya sanggup berhenti kerja semata-mata untuk beri komitment kepada keluarga dan menyusukan anak sepenuh masa.Dan kini,saya mempunyai 6orang cahaya mata,kesemuanya sihat dan tiada masalah kesihatan.Dan saya amat bersetuju,
bahawa pendapat mengatakan"Susu ibu,menjadikan anak lebih bijak".
Sebagai ibu yang berpengalaman,saya menguruskan sendiri anak walaupun dalam pantang.Saya memahami karenah/ragam anak-anak.Kesemua anak-anak cepat berlajar/cepat mengikuti perkara-perkara baru sejak awal kelahiran lagi,malah tidak pernah dihantar ke pusat asuhan/taska didikkan,walaubagaimanapun tahap kebolehan membaca dan menulis serta pergaulan dan komunikasi amat baik berbanding kanak-kanak lain.

Anda mungkin berminat mengetahui artikel"Susu ibu menjadikan anak lebih bijak",dan mengikuti pemakanan berkhasiat untuk ibu mengandung.Dan inginkan konsultasi boleh hubungi terus ke no telefon saya atau mengikuti halaman blogspot saya.,
Artikel-artikel berkaitan:lawati halaman>http;//ciknabeautynhealth.blogspot/html-seperti:

*Khasiat/kepentingan susu ibu
*Vitamin shaklee nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang
*Susu Ibu menjadikan anak lebih sihat
*Omega Guard Shaklee,omega-3 terbaik di dunia
*Lahirkan generasi sihat dan genius dari peringkat awal lagi
*Set Breastfeeding
*kenapa susu badan merudun/menyusup
dan banyak lagi.

Pn Zurina bt Mohd Noor
SID Shaklee,ID 1092799,
No telefon:019 3518 273(call/whatsapp),
COD area Puchong dan Shah Alam,
Penghantaran guna khidmat poslaju dan Gedex. 



5 comments:

  1. Salam..ank saya bru berusia 45hari tetapi kerap berak..bila berak berwrne kuning,berbuih2 n cair..adekah cirit birit?ape y ptt sye buat?dia mnyusu bdn sepenuhnye

    ReplyDelete
  2. Salam..ank saya bru berusia 45hari tetapi kerap berak..bila berak berwrne kuning,berbuih2 n cair..adekah cirit birit?ape y ptt sye buat?dia mnyusu bdn sepenuhnye

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam.ank sy br brusia 18ari,krap buang air besar stiap kali mysusu.ap ptut sy buat..susu bdn spnuhnya,.bhye x utk ank sye

    ReplyDelete
  5. Salam.ank sy br brusia 18ari,krap buang air besar stiap kali mysusu.ap ptut sy buat..susu bdn spnuhnya,.bhye x utk ank sye

    ReplyDelete