Wednesday 21 January 2015

Arthritis penyakit keradangan sendi simptom mengalami penyakit Gout,Rheumatoid Arthritis dan Osteoarthritis

Arthritis
Pengenalan 
Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan ,kemerahan,bengkak dan kekejangan,Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah:
kerosakkan sendi,jangkitan kuman,penyakit yang diwarisi dan sebagainya.

Arthritis sering dihidapi golongan dewasa antaranya:

1)Osteoarthritis(OA)
2)Arthritis Rheumatoid
3)Arthritisnyang disebabkan oleh jangkitan kuman
4)Gout

Osteoarthritis
*Sering dialami oleh warga tua ,disebabkan oleh faktor usia yang telah lama kehilangan tisu kolagen,dan kemungkinan juga telah mengalami kehausan akibat penggunaan sendi yang kerap(terlalu banyak melakukan pergerakkan)
*Geseran sendi,akibat kekurang pelincir di bahagian sendi membuatkan warga emas mengalami sakit sehingga sukar menggerakkan sendi terutama pada bahagian lutut.Lebih banyak pergerakkan ,maka lebih menyakitkan bagi seseorang yang mengalami Osteoarthritis.

Rhematoid Arthritis(RA)
kebiasaannya dialami oleh kaum wanita,disebabkan daya tahan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri.Ia menyebabkan kekejangan di waktu pagi.Atau di kenali"Sentap mengkarung" @ "simpul biawak".Kekejangan mengambil masa yang agak lama untuk pulih,iaitu sekitar 1 hingga 2 jam,ia memerlukan bantuan seseorang untuk memicit @ mengurut pada bahagian belakang betis iaitu dibawah lipatan sendi lutut.Sendi-sendi yang terlibat adalah jari,pergelangan tangan dan kaki.

#terdapat pendapat pakar,penyakit sendi Rhematoid Arthritis(RA),ia berbeza dengan osteoarthritis kerana berlaku kerana kurang pergerakkan sendi dilakukan menyebabkan otot ligamen dibahagian sendi lutut umumnya menjadi" ketat" dan menyebabkan ia menjadi semakin sukar digerakkan.

Arhritis yang disebabkan jangkitan kuman
Arthritis yang disebabkan jangkitan kuman pada sendi,yang selalunya menyerang pada satu sendi sahaja.
Kebiasaan seseorang itu sering mengalami demam dan mengigil.

Gout
Kesakitan sendi berlaku disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi.Kebiasaan menyerang orang lelaki yang di pertengahan umur.Dan biasanya terasa sakit pada pangkal ibu jari.

Tanda-tanda Arthritis;

*Sakit sendi(tangan,pergelangan tangan,jari,punggung,tulang belakang dibahagian bawah)
*Sendi bengkak
*Kekejangan Sendi
*Kesukaran bergerak
*Sakit apabila bergerak
*Perubahan pada sendi
*Lutut berbunyi bagi pesakit osteoarthritis lutut
*Sakit apabila sekeliling sendi ditekan.

Faktor-faktor yang menyebabkan risiko  Arthritis:
1)Peningkatan usia
2)Badan terlalu gemuk>terlalu berisiko dan menyakitkan bagi pesaki ostearthritis lutu.
3)Sejarah keluarga,disebabkan keturunan atau ahli keluarga yang mengalami penyakit arthriris terutama bagi mereka yang mengalami osteoarthritis secara keseluruhan,gout dan sebagainya.
3)Aktiviti sendi yang terlebih fleksibel(hypermobile joints)
4)kecederaan berat akibat bersukan atau melakukan kerja berat seperti petani,peladang.
  >menyebabkan kehausan sendi atau osteoarthritis

Langkah 2 untuk merawat sendi:

1)cara rawatan
   a)cara ubatan
>memberi ubat penahan sakit(paracetamol)
>Memberi suntikkan berupa gel pelincir pada sendi        
 >ubat sapuan seperti salicyclate
>Ubat anti-radang diberi bagi meredakan sakit dan keradangan bagi pesakit arthritis rheumatoid dan ostearthritis.
>Bagi kes yang teruk,ubat boleh disuntik terus pada sendi yang sakit.
   #ubat-ubatan adalah bertujuan melegakan kesakitan,NAMUN atas faktor usia,warga emas tidak digalakkan diberi suntikkan ubat penahan sakit.
>Bagi arthritis rheumatoid,ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit(disease-modifying anti-rheumatic drugs)juga diber awal untuk mengelakkan kecacatan

b)Pembedahan
   >Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan,pembedahan adalah satu jalan penyelesaian ,dikenali pembedahan gantian sendi.

3)Langkah pencegahan tanpa ubatan(pencegahan awal)
  >pesakit harus peka tentang penyakit mereka.
  >Mengurangkan berat badan
  >Elakkan memberi tekanan pada sendi terutama pesakit osteoarthritis seperti elak duduk mencangkung,melakukan pergerakkan pantas/kerap.
  >memakai kasut yang menyerap hentakkan
  >Menanggani tekanan contoh apabila berlaku kekejangan otot,rehatkan otot dan bertenang sehingga otot pulih@ kekejangan berhenti.
  >Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri pada waktu sakit iaitu seimbangkan waktu rehat dan aktiviti.
 >Kerap bersenam kecuali pesakit osteoarthritis.Bersenam membantu melancarkan pengaliran darah untuk memastikan tulang dan otot kita kuat.Ia membantu pergerakkan sendi.
>Makanan seimbang>ia amat penting untuk mempunyai berat badan yang ideal dan mempunyai cukup zat pemakanan seperti sumber kalsium seperti produk tenusu atau susu amat penting untuk pembinaan tulang dan mencegah risiko osteoporosi(reput tulang).Namun pesakit gout perlu elakkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti daging,makanan laut.

>Pengambilan sulimen tambahan>untuk menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Sumber:MYhealth.

Lawati halaman berkaitan; 

osteoporosis tanda kurang kalsium
Advanced Joint Health Tablet suplimen kesihatan sendi
arthritis;penyakit keradangan sendi dan langkah kesihatan sendi tanpa ubatan dan suntikkan
Suplimen kesihatan Sendi:





Pn Zurina binti Mohd Noor.
Pengedar sah shaklee,ID 1092799
No telefon:019 3518 273(call/whatsapp)
Penghantaran keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei,
Cod sekitar kawasan Puchong,Shah Alam.

No comments:

Post a Comment