Tuesday 28 October 2014

Penyakit G6PD,adalah mutasi gen yang boleh diwarisi.

Bayi G6PD


Ramai para ibu dan bapa,risau setelah anak mereka telah didiagnosis mengalami G6PD,malah ada yang tertanya-tanya "apa itu G6PD?,dan"bagaimana boleh terjadi?."Apa puncanya?".

Ramai yang menganggap kaum wanita,adalah punca utama menyebabkan bayi mempunyai G6PD seperti fahaman bagi segelintir masyarakat terhadap isu penyakit kuning/jaundis,terutama berkaitan dengan pemakanan ibu semasa hamil atau selepas bersalin dan menyusukan bayi.

Tidak kurang juga,ada diantara anda khususnya ibu mengandung,mengambil sikap tidak peduli akan perihal kandungannya,tentang pentingnya menjaga kesihatan semasa mengandung,terutama keperluan zat makanan/
vitamin.Anda harus peka,ibu hamil terpaksa berkongsi zat pemakanan dengan bayinya.  Adalah penting anda memastikan keperluan zat makanan yang cukup untuk kesihatan anda dan bayi yang dikandung.
Dan setelah bayi dilahirkan adalah penting,memberikan susu badan kepada bayi,kerana susu ibu/susu badan mempunyai elemen  yang kuat untuk kesihatan bayi terutama untuk mengelak tempoh penyakit kuning yang panjang.

Apa itu G6PD?

G6Pd adalah sejenis enzim dalam sel darah merah iaitu Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase.Sejenis penyakit yang merujuk kepada kekurangan enzim G6PD.
G6PD adalah enzim yang bertanggunjawab untuk mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi kerana sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke tisu di seluruh badan.

Kekurangan enzim G6PD biasanya berlaku pada lelaki dan ia adalah disebabkan penyakit genetik.
Jika sel darah merah tidak cukup enzim G6PD,ia tidak akan mampu bertahan melawan kepada kes jangkitan yang teruk atau terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang,ubat gegat dan ubat-ubatan tertentu yang diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah atau dipanggil hemolisis.

Pesakit mungkin menghidap hemolitic anemia jika sel darah merah musnah berterusan dengan lebih cepat daripada badan dan boleh menggantikannya.

Pesakit G6PD dikatakan tahan kepada penyakit demam malaria kerana kuman malaria tidak boleh hidup dalam sel merah pesakit G6PD.

Apa punca G6PD?

Penyakit ini berpunca dari mutasi gen G6PD.
Gen G6PD inimemberi arahan untuk menghasilkan enzim Glucose-6-Proshate-Dehydrogenase.
Enzim ini berfungsi melindungi sel darah merah dari kesan molekul bahaya dipanggil spesis reaktif(SOR) dari terkumpul hingga ke paras toksik di dalam sel darah merah.

Jadi ,jika berlaku mutasi di dalam gen G6PD sama ada struktur berkurang atau berubah,maka enzim ini tidak lagi dapat memainkan peranannya.

Akibatnya,spesis oksigen reaktif akan terkumpul dan merosakkan sel darah merah.

Penyakit G6PD ini tidak berjangkit walaupun kita bersentuhan dengan mereka yang menghidapnya tetapi ia boleh diwarisi secara genetik.

Kebanyakkan mereka yang mengalaminya tidak mempunyai tanda-tanda khusus.Tanda-tanda yang terjadi
sekiraanya sel darah merah pecah/hemolisis  termasuk:

1)Kelihatan teramat pucat,tidak bermaya(atau keletihan yang teramat)
2)Pening.
3)Degupan jantung yang laju.
4)Sukar bernafas
5)Sakit dada.
6)Jaundis(kekuningan)>boleh dilihat pada mata putih atau kulit,warna air kencing seperti air teh atau coca-
   cola.

Jika ini berlaku,dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup.Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya,ia tidak membawa kesan negatif  yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan
tumbesaran kanak-kanak.

Penyakit kekurangan enzim G6PD jarang membawa maut dan rawatan bagi kes hemolisis yang teruk adalah pemindahan darah kepada pesakit.

Penyakit ini tiada penawarnya,langkah terbaik ialah menghindari pengambilan makanan yang boleh mencetuskan hemolisis.

Untuk bayi yang baru lahir yang mengalami penyakit G6PD,bayi tersebut perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning(jaundis) yang tinggi dengan cepat,akibat daripada hemolisis berlebihan.

Bayi yang kuning(jaundice)perlu diletakkan di bawah lampu(fototerapi) untuk menurunkan tahap billirubin
dalam darah

Pesakit G6PD perlu pantang larang dalam mengambil makanan dan ubatan..Anda boleh rujuk halaman:Punca bayi kuning/jaundis dan bagaimana mengenalinya
dan:Kekurangan enzim G6PD dan kaitan dengan penyakit kuning(jaundice) .

 Halaman berikut mengandungi,beberapa perkara yang berkaitan G6PD dan terdapat juga kaedah atau pantang larang untuk mengelakkan jaundice terlalu tinggi serta pemakanan yang perlu dielakkan /diambil oleh pesakit G6PD.

Rujukkan:MyHealth,Portal.goy

#take note:Penyakit G6PD tidak boleh ambil makanan yang mepunyai sumber kekacang dan herba.

#Bagi ibu yang mementingkan kesihatan bayinya,haruslah menyokong pemberian susu badan sepenuhnya kepada bayi sehinggalah bayi/anak anda mencapai umur 2 tahun.Kerana tempoh ini,amat penting untuk melindungi kesihatan bayi anda,kerana antibodi anak amat lemah.

Sekiranya anda seorang ibu yang bekerja,anda boleh meneruskan pemberian susu badan melalui kaedah "simpanan"/perahan susu badan.and berniat meneruskan:breastfeeding" dan dalam masa yang sama anda mempunyai masalah /penyakit G6PD atau bayi anda mempunyai penyakit ini.Anda boleh mengambil suplemen untuk menyokong penyusuan .

Sekiranya anda berminat untuk mengambil Set Penyusuan Shaklee"anda boleh mengambil suplemen berikut;
*vitalea
*vitamin C
*B complex
*Ostermatrix

Anda harus berhati-hati memilih pemakanan,dan mungkin anda memerlukan konsultasi.Jadi ,anda tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan iklan-iklan produk kesihatan tanpa mengetahui keperluan dan tahap
 kesihatan anda dan bayi.

#walaupun Set Penyusuan Shaklee ada banyak pilihan contoh"Set Penyusuan Bajet"(Alfalfa dan ESP),tetapi tidak sesuai bagi anda atau bayi anda mempunyai kekurangan enzim G6PD,mengambil produk tersebut,kerana:
>Alfalfa>bersifat herba
>ESP>Berasaskan bijirin/kacang soya

Oleh,suplemen di atas hanyalah cadangan,pengambilan pemakanan berkhasiat,minum air yang cukup,kerap memberi susu badan atau kerap memerah/mengepam susu dapat memperbanyakkan susu badan,malah pengambilan suplemen untuk membantu proses kelancaran air susu disamping membekalkan vitamin dan mineral serta menampung keperluan zat makanan,agar mencukupi untuk ibu dan bayi yang disusui.



Nukilan:Pn Zurina Bt Mohd Noor,SID shaklee.
No ID:1092799
No Telefon:0193518 273(call/whatsapp)
Sedia"COD" sekitar Puchong,Selangor.
Serta penghantaran  melalui khidmat POSLAJU DAN GEDEX,keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.









No comments:

Post a Comment