Friday 23 January 2015

Kebaikkan dan keburukkan asid askorbik(vitamin C)



Pengenalan

Asid askorbik juga merupakan vitamin C.Vitamin C terdapat dalam sumber tumbuhan seperti buah -buahan dan sayuran.Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia,oleh itu vitamin c perlu diambil dari luar melalui pemakanan.Vitamin C beserta "boflavanoid" mampu meningkatkan keberkesanan penyerapan vitamin C.
Vitamin C/asid askorbik penting untuk kesihatan badan manusia,terhadap fungsi imun tubuh dan mengalakkan pembentukkan sel,serta membantu proses pemulihan/penyembuhan lain-lain.

Vitamin C mudah rosak kerana sifatnya yang mudah larut air dan mudah dicernakan.Ia juga mudah musnah akibat beberapa faktor seperti terdedah kepada udara(oksidasi),penyediaan makanan iaitu vitamin C musnah kerana makanan di masak terlalu lama di atas api.
Tabiat merokok dan minum alkohol memusnahkan vitamin C dalam badan.Sebatang rokok boleh memusnahkan 50-100mg vitamin c.
Malah keadaan seseorang yang sentiasa "Stress" menyebabkan pengeluaran hormon lebih daripada biasa.Vitamin C penting untuk meransang pengeluaran hormon corticosteroid,adrenalin dan noradrenalin.Oleh itu keperluan untuk vitamin c meningkat,pengambilan bersama Vitamin B kompleks amat penting.
Pesakit kencing manis banyak kehilangan vitamin C kerana masalah kencing yang kerap.Ia berlaku akibat kecelaruan antara gula dan vitamin C.
Terdedah kepada cahaya matahari dan aktiviti yang meransang pengeluaran peluh yang banyak seperti atlet.Ia juga mudah musnah/kurang berkesan apabila mereka yang mengambil ubat-ubatan lain contohnya.
*Pengambilan ubat perancang
*Pengambilan ubat penahan sakit
*Pesakit yang sedang mengalami pemulihan seperti pesakit kanser.
 Di mana vitamin C bertindakbalas dengan ubat -ubatan menyebabkan kandungan vitamin c dalam tubuh berkurang.

#Pengambilan vitamin C bersama vitamin-vitamin lain seperti Vitamin B kompleks dan vitamin E digalakkan untuk memberi kesan yang lebih baik.
*vitamin C + vitamin B>meransang pengeluaran hormon corticosteroid,adrenalin dan noradrenalin berupaya menanggani "stress"
*vitamin C+ vitamin E>berupaya memberi kesan lebih synergik dalam proses penyembuhan luka,parut dan lain-lain aktiviti seperti bertindak sebagai agen anti-oksida/anti-penuaan.

Kebaikkan
1)Vitamin C tidak menyebabkan ulser gastrik,walaupun mempunyai enzim,tetapi ia boleh membantu
    Penyembuhan ulser.
2)Membantu pengeluaran toksin
3)Membentuk kolagen>meransang pembentukkan kolagen. di mana kolagen adalah sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.oleh itu ia mampu menghalang kedutan berlaku dengan cepat dan tisu otot dan kulit menjadi lembik.

4)Memperbaikki simptom pendarahan
5)Memerangi kanser
6)Mencantikkan kulit
7)Meningkatkan sistem imun badan.
8)Memperbaikki Insomnia
9)Mengekalkan kolestrol sihat
   >Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,mengekalkan kapilari darah yang sihat,menghindarkan arteriosclerosis,thrombus,menghalang pendarahan dalaman,hidung berdarah pendarahan serebral dan skurvi.

Keburukkan;
#tidak digalakkan di ambil dalam kadar yang tinggi kerana:

1)Dikhuatiri mendatangkan cirit -birit.
    Walaubagaimanapun,pengambilan vitamin C pada masa yang betul boleh mencegah berlakunya najis terlalu lembut atau cirit-birit,iaitu mengambil vitamin C selepas makan atau elak ambil sumber vitamin C bersama air,kerana serat buah-buahan telah mengandungi banyak air.

2)Boleh menjejaskan bacaan Ujian Darah.
   >Elak pengambilan vitamin C sebelum melakukan ujian.

3)Pengambilan Vitamin C yang tinggi tidak digalakkan iaitu sehingga 400mg sehari tidak digalakkan untuk mereka yang menghidap batu karang.Begitu juga pesakit buah pinggang.

4)Boleh bertindak ba;las dengan ubat-ubatan lain.
   >Menyebabkan vitamin kurang berkesan.Ubat-ubatan yang berinteraksi dengan vitamin Cseperti Aspirin,antibiotik dan pil perancang.
  >Ubat-ubatan seperti warfarin yang mencegah pembekuan darah.dan ubat-ubatan dari kumpulan tricylin anti-depress.


Anda mempunyai pilihan>> Banyak manfaat pengambilan sumber Vitamin C untuk kesihatan keseluruhannya mahupun pengambilan pil Vitamin C.Ia tidak memberi kesan mudarat apabila mengambil bersama ubat-ubatan lain kecuali diambil secara berlebihan.Ia cepat meneutralkan atau ubatan yg diambil kurang berkesan kerana buahan-itu sendiri mempunyai banyak air dan asid.Vitamin c juga pentig untuk proses pemulihan,mempertingkatkan sistem imun badan,sebab itulah kita perlukan Vitamin C.

Pn Zurina Binti Mohd Noor,
Distributor Shaklee Sah,ID 1092799.
SID Puchong Selangor.
No telefon:0193518273.(call/whatsapp)


No comments:

Post a Comment