Sunday 11 December 2016

Batuk berkahak:Cara membuatkan anak memuntahkan kahak


Assaamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca...Ini anak bongsu saya Mohd Abid Amjad,lahir pada 15 haribulan 12 2016.Ketika ini berumur 11 bulan.Sering mengalami asma  ekoran batuk berkahak.

Sebenarnya saya serik,menanggani karenah anak yang kurang sihat dan terpaksa bermalam di hospital dengan ujian2 yang dilakukan terhadap anak(ujian darah)  termasuklah mengambil gas (salbutamol ) dan nebulizer dan ubatan  yang banyak merimaskan.Oleh itu saya telah mencuba pelbagai rawatan alternatif.Teknik menyapu minyak,melakukan wap mahupun ubatan terapi .Walaubagaimanapun tidak semua yang rajin kan ,termasuklah saya ni.He he he,,See,,banyaknya muntah kahak dibaju ibu.hasil teknik tepukkan dan pengambilan minyak ikan Omega Guard.

Sejak umur baby Abid 5 bulan sudah 2 kali masuk hospital sebab asma dan batuk berkahak/kuman pada paru-paru..Tapi kali ini,teguran daripada ahli keluarga yang perasan pasal perubahan adik Abid,,"dah lama adik tak sakit,tak masuk hospital dah'',,makin sihat adik,lama tak dengar ambil gas atau masuk hospital..
alhamdulillah..

Saya pun bersyukur juga,apa yang boleh dielak,saya elak ,saya ikhtiar.Sebelum ni cuba usahakan juga tapi tak berapa jalan dengan hanya mengharapkan ubatan hospital /klinik.Alhamdulillah,,kini sejak usianya meningkat saya mula memberikannya minyak ikan omega guard (omega 3)berbentuk kapsul lembut. Sebenarnya tak terlintas pun pasal minyak ikan ni,suatu hari Master saya share pasal kebaikkan minyak ikan omega guard Shaklee ni bagus untuk mencairkan kahak.Saya ingat,omega3 bagus untuk otak dan jantung jer serta saluran darah,maka saya pun start amalkan omega.dan itulah hasilnya.
Memang susah nak diberi macam ubatan sirap,tetapi dengan bentuk kapsul macam gula-gula dikemam dalam mulut dan digigit.Bimbang,permulaan takut dibuang/dimuntahkan saya pecahkan dalam nasi buburnya.

Dan langkah2/teknik lain juga turut saya praktikkan.


Antaranya:

1)Teknik awal menanggani pemasalahan pembawa wabak/virus batuk selsema.
   Dikalangan ahli @ anggota keluarga yang mengalami masalah demam selsema,batuk elakkan mendekatkan
   diri dengan baby atau ambil langkah berjaga-jaga agar wabak selsema tidak berjangkit kepada orang lain
   seperti mengambil ubat secepat mungkin.
>minum air kosong yang mencukupi,mencegah demam dan sakit tekak,kerana tanda-tanda awal kemungkinan demam batuk selsema adalah sakit tekak,ini tandanya anda kurang air.
>Elakkan baby dari menghidu asap rokok,persekitaran habuk dan debu khususnya baby /anak yang ada asma.

2)Sentiasa berwaspada kepada keadaan persekitaran,
Seperti cuaca sering berubah-ubah panas hujan senang menyebabkan kita mengalami demam batuk selsema ,begitu juga dengan baby.Jadi elakkan bayi terdedah kepada cuaca yang terlampau sejuk atau panas.
Elakkan bayi dimandikan terlalu lama dengan air sejuk dan seeloknya dimandikan pada waktu "Dhuha" iaitu ketika matahari sedang meninggi antara pukul 9 pagi ke atas.Selepas mandi pagi seeloknya disapukan minyak panas/urut seperti minyak asma,mastika @ sebagainya pada tapak kaki ,dada dan belakang.

3)Teknik  menyapu minyak dan mengurut
   Sebenarnya teknik menyapukan minyak pada baby boleh dilakukan bukan sahaja waktu  selepas mandi pagi tapi boleh dilakukan pada bila-bila masa.Ini kerana batuk kahak banyak  menyerang pada waktu pagi dan malam menjelang pagi.Minyak di sapu  di iringi dengan urutan lembut.

a)Bahagian kaki disapu minyak dan diurut lembu secara memusar telapak kaki tengah.
b) Bahagian dada disapu penuh dibahagian dada kemudian  diurut lembut dari tengah ke tepi badan mengikut
    jari jemari ditekan perlahan-lahan ke dada baby menyusuri tulang -tulang rusuk/paru-paru hingga bawah       ketiak berulang kali.
c)Bahagian belakang pula di sapu penuh secara memusar kemudian diurut lembut juga dari tengah ketepi mengikut tulang rusuk/paru-paru hingga ke bawah ketiak.Bahagian belikat iaitu antara tulang bahu dan tengah belakang hendaklah diurut kerap secara memusar dengan ibu jari.

>Teknik mengurut dapat melegakan sakit di bahagian dada dan belakang serta dapat melonggarkan kahak yang melekat.Malah Sapuan minyak juga membantu.

4)Fisioterapi
 Kaedah fisioterapi dengan cara menepuk bahagian belakang badan.Kaedah ini diguna pakai semasa mendapakan rawatan asma di Hospital Columbia.
Di mana keadaan bayi ditelangkupkan badan,punggung ditinggikan seperti diletakkan atas bantal/riba manakala bahagian badan muka direndahkan.Kaedah menepuk dibahagian belakang dilakukan berulang kali bergantung kepada keadaan iaitu sekurang-kurangnya 50 kali.Di bahagian belakang teknik menepuk tertumpu kepada 3 bahagian iaitu tepi kiri kanan dan tengah.Ia dimulakan di bahagian tepi berulang kali,ketika ini posisi bayi hendaklah dibaring telangkup dengan posisi muka dan badan rendah serta badan mengiring ke kanan atau kiri dimulakan dahulu dan ditepuk iaitu posisi sasaran di bahagian tulang rusuk bawah ketiak..
Bahagian tengah yang akhir ditepuk dengan tapak tangan.tepukan adalah sederhana dan jari jemari kita harus dirapatkan dan tapak tangan melengkung .
>teknik menepuk juga salah satu cara untuk melonggarkan kahak.
>teknik ini dilakukan sebelum proses menyedut kahak.

5)Kaedah menepuk bahagaian belakang baby ketika sedang batuk.
 >Ketika baby/anak batuk seeloknya kepala/badan baby direndahkan/tunduk,kemudian lakukan tepukkan di
   belakang baby berulang kali sehingga batuknya berhenti.Jangan risau jika baby muntah,kerana tepukkan memang perlu untuk membuatkan baby memuntahkan kahak.

6)Teknik Mengewap.
   Meletakkan besen air panas bercampur hirisan lemon dan halia.
  >Posisi baby ditelangkupkan ke bawah muka menghadap besen berisi air panas.Bagi saya teknik ini untuk melegakan hidung tersumbat/selsema dan melegakan kahak pada paru-paru.
* Saya jarang sekali menggunakan kaedah ini kerana bimbang keselamatan baby yang kuat meronta,hanya menggunakan teknik di atas sahaja.

Bayi senang mendapat virus batuk,demam ,selsema mahupun jangkitan kuman pada paru-paru kerana antibodinya yang belum kuat.Oleh itu,elak dan berwaspada kepada keadaan persekitaran yang tidak selamat dan ambil langkah bijak sekiranya mengalami situasi begini.Mendapatkan rawatan di hospital adalah langkah terakhir,tapi anda haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal.Melihat cucukkan jarum ,ujian demi ujian darah dilakukan,mendengar raungan tangisan baby kesakitan sungguh meruntunkan jiwaku.



Sesiapa yang berminat nak tahu lebih langjut dengan Omega Guard Shaklee boleh hubungi saya:

Pn Zurina Binti Mohd Noor
Pengedar sah Shaklee,ID 1092799
SID Shaklee Puchong Selangor.
No tel:0193518273


No comments:

Post a Comment