Saturday, 13 December 2014

Rahsia keropok lekor,lembut,gebu lagi sedap,"sebiji macam keropok lekor Terengganu"

 "Keropok Lekor"Terengganu memang tersohor dengan keenakkannya,malah tidak hairanlah setiap kali pulang ke kampung halaman ada sahaja yang inginkan ole-ole"keropok Lekor".

Permulaan bisnes membuat keropok lekor sendiri"homemade",tercetus idea kerana kurang persaingan di bandar ini.Awalnya,dalam tempoh percubaan menjual sendiri secara kecil-kecilan 6 tahun yang dulu,oleh kerana kesulitan,saya berehat untuk seketika.Ketiadaan bisnes ini,menjadi tanda tanya kepada para pelanggan setia saya.Tetapi kini saya "muncul kembali",atas permintaan ramai,sambil-sambil memasarkan keropok keping kepada peruncit.Malah tidak kurang juga,ada peminat yang inginkan saya berkongsi resepi"keropok lekor Terengganu".


Jom,mari saya kongsikan di sini:

Bahan-bahan untuk isi/keropok:

1. 1 kg isi ikan.
    >isi ikan mentah yang telah dibuang tulang & dikisar isinya @blender.

2. 600 gram Tepung sagu
    >tepung dikurangkan jika inginkan rasa ikan yang banyak @ lebih sedap jika tepung dikurangkan.
    apa yang cuba kongsikan resepi,adalah citarasa pilihan saya dan para pelanggan saya.

3. 50 gram tepung kanji.

4. Sedikit tepung Gandum (1 sudu @ 2 sudu).

6.Garam/perasa secukup rasa.

   *lebih kurang 45 gram utk 1 kilo
   *gula lebih kurang 25 gram
   *ajinomoto lebih kurang 7 gram

7. Ais 400 gram,untuk menguli@ air sejuk
  ( ais dipercayai,dapat mengebukan keropok)

Cara-cara:




1.Masukkan garam dalam dan perasa ke dalam isi ikan dan gaulkan sehingga rata serta cukup rasa.
2.Masukkan kesemua tepung dan gaul sebati.
3.Masukkan ais/air batu dan uli.
4.Taburkan sedikit tepung di atas permukaan/tempat untuk mengentel.

Keropok Lekor 008
5.Rebuskan air di dalam periuk besar.
   >tunggu sampai mengelegak,kemudian masukkan keropok yang telah di gentel dalam air mendidih.
6.Tunggu sampai keropok timbul ,baru diangkat dan ditoskan.




7. Keringkan air @ sejukkan,sebelum membungkus.
   >Bertujuan untuk mengelakkan cepat rosak,jika berniat untuk dipasarkan @ ole2(bagi perjalanan jauh)


8.Seeloknya,menggunakan proses vakum untuk tahan lebih lama dan sesuai disimpan dalam peti/frozen.

Terdapat 3 jenis keropok lekor yang menjadi pilihan ramai,sudah tentu anak jati Terengganu mengenalinya dan lebih meminatinya kerana mempunyai rasa ikan yang lebih.Contohnya seperti gambar di bawah;

a)keropok lekor besar dikenali k"keropok lekor Seberang Takir"
b)Keropok lekor sederhana besar"keropok lekor 008"/keropok lekor Marang.
c)Keropok Lekor kecil dikenali"keropok Losong"

Keenakkan rasa bergantung kepada pilihan isi ikan yang banyak dan segar.Walaubagaimanapun isi ikan mempunyai rasa yang berbeza.Oleh itu saya memilih isi ikan tambam,ikan parang @ sardin kerana ia mempunyai rasa yang lebih manis berbanding ikan lain.
Malah pilihan isi ikan,mempengaruhi warna keropok"lebih hitam ,lebih manis".

Bahan-Bahan untuk sos:


1.Cili giling.(1 kg)
2.Cili kering(diblender)(1 cekup)
3.Gula Melaka(lebih kurang 10 keping/kepingan kecil)
4.Gula(lebih kurang 2 senduk)
5.Garam(secukup rasa)
6.Air.(lebih kurang 1500ml)muatan 1 periuk sederhana besar
7.Air asam jawa (1 senduk asam jawa),dilecet-lecet diambil airnya
8.sedikit air tepung kanji(untuk memekat)

Masukkan semua bahan kecuali  air tepung kanji.Masakkan sampai pekat dan tambahkan perasa secukup rasa,dan akhir sekali masukkan air tepung kanji dan kacau sampai mendidih lagi hingga pekat dan  likat

Industri keropok lekor,bermula dari hobi pada awalnya,kini sedang berusaha untuk dikembangkan.Begitu juga industri keropok keping yang menjadi pilihan peruncit,pemborong mahupun mahupun pelanggan(orang perseorangan).Dijamin tidak gatal kerana,dibuat menggunakan isi ikan segar dan terpilih iaitu isi ikan parang dan tambam.

Kepada yang berminat yang berminat untuk mencuba produk kami/memborong,anda boleh menghubungi:

Atau memerlukan khidmat tunjuk ajar/tutorial sila hubungi:

En.Musdi:019 2148 693(call/whatsapp)
Pn Zurina:019 3518 273(call/whatsapp)

4 comments:

  1. Puan... Klu tak ada tepung sagu boleh ke gunakan tepung kanji sja?

    ReplyDelete
  2. ape fungi campur tepung gandum

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas tunjuk ajar, moga Allah membalas jasa anda

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM ...MACAMANA NAK DAPATKAN KEROPOK MENJADI LEMBUT ...SAYA CUBA BUAT 1 KG IKAN DAN 600G TEPUNG SAGU ,,,BILA SEJUK DIA JADI KERAS ..KENAPA YA

    ReplyDelete