Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Wednesday, 7 May 2014

Kenapa"kejam"dengan diri sendiri.?

Apa yang dimaksudkan kejam terhadap diri sendiri? Kejam dengan diri sendiri,seolah-olah tidak menghargai kenikmatan ,kesempurnaan pancaindera yang dianugerahkan oleh Allah S.w,t. Persoalannya mengapa perlu berkira untuk kekal sihat,,,saya tahu,ini semua kerana kekangan kewangan semata-mata,, Tapi,tidakkah anda semua sedar,,berbelanja untuk kesihatan diri adalah satu pelaburan bijak lagi berhemah dalam menguruskan perbelanjaan anda. Ramai yang sedar pentingnya kesihatan diri,,tetapi ambil sikap tidak peduli,seolah-olah bahana penyakit tidak menyinggah kepadanya.begitu juga dah,,harunginya,tetapi tidak pula berikhtiar mencari penawarnya. Dalam nas al quran menyebut"setiap penyakit ada penawarnya",yang penting kita berusaha,berikhtiar disamping memanjatkan doa kepadaNya. KENAPA KITA PERLU KEKAL SIHAT.
 Dari sudut islamik,menjaga kesihatan adalah kewajipan,,:ini kerana kesihatan diri yang baik memberi imfak positive Samada terhadap diri sendiri mahupun orang lain, Ramai yang memanjatkan doa agar dipermudahkan urusan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah,tetapi tidak pula memanjatkan doa agar diberi kesihatan yang baik; Tidakkah anda sedar,pentingnya menjaga kesihatan?
1) Dapat menguruskan rumahtangga dengan berkualiti,,dapat menjalinkan hubungan erat sesama keluarga 2)Badan yang sihat tanpa stress,,elak konflik rumahtangga
3)Badan sihat,,dapat menguruskan belanja dengan berhemah,disamping dapat menjimatkan kos2 perbelanjaan yang terpaksa ditanggung semasa membuat rawatan.
4) Dikurniakan kesihatan yang baik,memudahkan mencari nafkah untuk keluarga. Tanggungjawab yang dipikul,,merupakan satu amanah dan dijanjikan ganjaran pahala dan kenikmatan hidup berumahtangga.

 Menurut pandangan saintis; Ìsu pemanasan Global,mengundang tahap kemerosotan kesihatan terjejas,wabak penyakit,tekanan haba(strok haba)semakin menular,disamping faktor gaya hidup yang sentiasa mahukan kesegeraan,sehinggakan mengabaikan kesihatan diri khususnya Diet pemakanan seimbang. Ramai yang sedar akan pengambilan makanan yang seimbang dapat membantu kesihatan diri,,Tapi adakah anda sedar,,Makanan yang kita ambil itu tidak tercemar?Tercemar kerana bahan toksik/kimia yang diguna untuk,,kesuburan tanaman dan untuk elak serangga perosak contoh racun serangga..Mencuci dengan air bersih,tidak cukup untuk menghalang Mengelak mendapat sisa kimia itu.Begitu juga dengan sumber protein yang diperlukan seperti ikan kerang-kerangan,telur dan lain'lain.Dilautan sisa kimia/toksik terkumpul,,menjejaskan kualiti sumber protein kerana tumpahan minyak,sisa toksik yang dialirkan ke sungai akhir ke laut oleh sisa buangan dari kilang mahupun sekitar perumahan,. Kandungan plumbum yang tinggi yang terdapat dalam sumber protein kita,mengundang risiko mendapat penyakit.Kita tidak boleh menghalang badan kita mendapat sumber protein,kerana protein amat penting dalam menjaga kesihatan diri. Faktor pencemaran air,sering berlaku,contoh yang kita alami sekarang,sisa ammonia menyebabkan air terpaksa dicatu,disamping isu pemanasan global menyebabkan keadaan bumi yang panas dan kering berpanjangan. Ànda semua mungkin pernah melihat,keadaan batang paip yang berkarat,air yang kuning dan berminyak.Nak tak nak,,anda tiada pilihan,untuk dapatkan sumber air bersih.
Pencemaran udara,,yang merimaskan,bukan sahaja menjejaskan sistem penafasan malah,menyebabkan kulit,badan menjadi alergik,gatal2,,exzema,,,
Persoalannya bolehkah kita semua elak??//

***suka saya nasihatkan mencegah lebih baik daripada merawat..
>>.risiko kanser,penyakit kronik semakin menular,serta kelahiran bayi cacat saraf,kelahiran bayi pramatang dan sebagainya.
>>Sebagai langkah  menjaga kualiti kesihatan yang optimun>>saya syorkan produk shaklee..
>>>kenape>>Semestinya produknya yang mesra Alam,,Bebas bahan Kimia,,Lulus KKM dan halal.
>>>Sentiasa Selamat secara semulajadi:
*Lebih 100 000 kawalan mutu /kualiti dijalankan.
*potensi terjamin>pengesahan bahan botani  
*ketulenan terjamin>350 ujian2 pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani.
*1005 kepuasan terjamin.
>>Sentiasa berkesan>
*$300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikkan dan pembangunan.
*Terdapat 70 kajian klinikal bercetak.
* Terdiri daripada 60 saintis shaklee.
*kajian ulangtahun ke 50 shaklee,menunjukkan pengguna makanan tambahan dalam jangkamasa panjang mempunyai kesihatan yang ternyata lebih baik daripada mereka yang mengambil satu @ tidak mengambil suplemen langsung.
>.Sentiasa Mesra Alam>bebas
*Perasa2 tiruan
*Pemanis tiruan
*Pewarna@lemak trans
*Bendasing yang tersembunyi
*bahan2 yang diharamkan
*Peluntur klorin
>.ujian dilakukan terhadap haiwan

Produk shaklee menawarkan produk kesihatan yang selamat..
**suplemen kesihatan,,Produk kesihatan luaran,,keperluan rumah(pencuci ,pembersih) dan lain -lain.
Jadi dapat produk yang selamat untuk kita disamping menjaga kebersihan alam.

**DIstributor shaklee Anda,COD kawasan Puchong,,ID 1092799
**013 3158 377,,,KHIDMAT PENGHANTARAN POS LAJU DAN GEDEX
**Atau ingin mendapat keahlian dan enjoy pada harga ahli,,hubungilah saya.. 
      

Tuesday, 25 February 2014

Kalau Aku Kaya





"Kalau aku kaya,hari-hari raya"
Bait-bait lagu dari sebuah band ultimate dan Awie Rafael.,itulah dua rangkap lagu yang sering di dendangkan oleh anak ke2 bongsu,seakan mahu memancing semangat kami,walaupun dia tidak mengerti apa2.
Budak2 ni asal naik je kereta milik pakciknya ini,kereta ini dipinjam sementara menanti kereta terbaru kami keluar.Asal pergi jalan2,shopping barang dapur ,lagu ni la yang disiulkan.Mahu tergelak kami semua,apatah lagi si kecik tu menyanyi dengan pelatnya percakapanya.Dalam masa yang sama si abang dan kakaknya mencelah,"kalau kita kaya kan"ma,,abah,hari-hari kita pergi jalan 2,macam ni,naik kereta besar,sambil pergi shopping dan lepas tu makan KFC,,kan seronok,dan orang tak boleh kata kita miskin lagi,a..aa,bunyi sahutan mengiyakan di belakang.Kami berpandangan sambil tersenyum antara satu sama lain,dalam masa yang sama,mahu je nak menangis depan mereka,kalau setakat itu impian mereka,tapi perkataan miskin tu membuat kan kami tersentuh dan teringat kembali kata2 nista,seseorang,ku ingatkan mereka tidak ambil kisah tentang hinaan orang tu suatu masa dulu.Alkisahnya tidak jadi,mengambil barang yang diniagakan,bukan ada apa sangat,duit deposit dah bagi,tengok2 indah khabar dari rupa,rasa seperti ditipu kita berhak menolak dan bawa berbincang,ingatkan dah settle,akhirnya kata2 nista dihamburkan,,.lupakan ajelah.Padaku biarlah apa orang nak kata,susah senang aku selama ini,kutanggung sendiri,dan tak minta bantuan sesapa,mahupun adik beradik,,takde hutang kat sesapa,aku bahagia milkki harta dari titik peluh sendiri bersama suami,biarpun sekadar cukup makan dan orang tua jua tidak dilupakan..Orang kata berbakti kepada ibu,makin bertambah pahala dan rezekinya,,,alhamdulillah syukur,kini aku dikurniakan 6 cahaya mata,dapat tinggal di rumah milik sendiri dan aku tidak perlu penat2 kerja ,just jaga anak,,dengan gaji suami purata Rm 3000 ke bawah..percaya tak,,ramai orang tak percaya kan.Anak dah 4 orang bersekolah,masing2 dua sesi dalam 1 hari,bermakna jika dikampung seorang anak bersekolah hanya 1 sesi,tapi seorang anak kami bersekolah,ibarat 2 orang anak orang kampung bersekolah,,besarkan belanja kami macam 8 orang anak bersekolah terpaksa ditanggung.Tambahan pula,2 lagi anak kecil masih perlukan pampers dan susu...Alhamdulillah cukup,rezeki dari Allah s,w,t.
Rezeki dari Allah s.w.t.Tak bermakna kita tak perlu berusaha/bekerja mencari rezeki,Sesunguhnya Allah maha adil,pengasih dan penyanyang,dengan hati yang ikhlas dan sabar,serta mencari keberkatan rezeki dengan bersujud kepadaNya.Dalam rukun islam sendiri,Allah mewajibkan keatas seseorang muslim menunaikan 5 perkara .Menunaikan solat lima waktu dengan penuh khusyuk dan tawaduk,di ikuti solat2 lain seperti Solat hajat,solat dhuha,dan mintalah dengan Allah agar diberi kelimpahan rezeki,,.insyaallah allah maha mengasihani," mengadu,menangis,meminta-minta pertolongan/kemurahan rezeki,"setelah berusaha dan bertawakal.Jangan menangis kecewa jika kita tidak diberi rezeki yang mudah seperti orang lain,mungkin bukan sekarang,mungkin esok @lusa atau digantikan dengan rezeki yang lain,.contohnya saya la,dapat anak ramai,.lepas tu berhempas pulas si suami berusaha nak sara,aku hanya mampu berdoa dan meminta dari Allah ,,alhamdulillah ada di antara anak kami yang bersekolah mendapat bantuan,ringan sikit.Perbelanjaan kami melebihi pendapatan,Allah memberi kelapangan/kemudahan rezeki dalam meniti hari tanpa kusedari.

Mengenai Impian kami


Rumah sekarang
Proton Exora
hasil titik peluh sendiri

Friday, 21 February 2014

Dunia Keibuan bersama Shaklee

Nur Alisha Safiya(4 bulan setengah)



Si Manjaku Nur Alisha Safiya:
*Nama:Nur Alisha Safiya Bt Marlizan Musdi,
*Tarikh lahir:04 oktober 2013,
*Berat Masa lahir:3.4kg,
*Umur masa gambar diambil 4 1/2 bulan  ,
*Berat sekarang & kg,
*Kebolehan:
  1)umur 2 bulan>pandai mengiring,pandai senyum,
  2)umur 3 bulan>meniarap & capai objek masuk mulut,
  3)umur 4 bulan cuba merangkak(angkat buntut/pungggung/pinggang.
  4)umur 4 bulan lebih>cuba duduk,merangkap.

*Anak bongsu daripada 6 beradik.


                            
   


  Anak adalah anugerah terindah yang dikurniakanNya.Aku bersyukur terpilih memilikki nikmat keibuan.Kasih sayang yang mendalam di lubuk hati,bila pertama kali melihat matanya,seakan mengenaliku,sebagai ibunya.Tidak hairanlah,walaupun  seramai mana pun anak kulahirkan,aku tetap dambakan rengetan,gelak tawa,sakit demam tetap ku layan rengetannya tanpa jemu,..Kerana sayang.
   Aku bahagia melihat anakku membesar dengan cepat,sihat dan cerdas.Ramai akui,termasuklah Dr,nurse,kawan2 memuji akan perkembangannya yang positif,,Sering menerima kata2 positif orang sekeliling,EEE,"geramnyerr,".cepatnya.".,"semangatnya'.Tak kurang je yang bertanya;Bagi susu apa?,,Bagi makan apa?Berapa kg?,Berapa bulan?>Bila dah jawab soalan2 tu,ramai terkejut "tak percaya"..anda macam mana?,,cuba lihat kat sijil kelahiran tu,..Lepas tu ade lagi soalan cepumas,.Umur berapa?.Dah berapa anak,?,,Kerja ke tak?>Dah jawab ,tak percaya jugak,,,orang terdekat aje yang tau.Katanya,rata2 yang menyapa cakap macam ada 1@2orang anak,badan slim mcm..bla bla bla.Tanya lagi,,makan apa?,,Apa rahsianya.
        Bermulalah episod ,bercerita pasal suplemen shaklee;Mehh,saya share apa yang saya ambil,
Disaat Trimesta ke3,saya mula mengenal suplemen shaklee,itupun secara tak diduga,coz ada darah tinggi.Atas nasihat anak saudara yang akui,Omega Guard sesuai untuk orang berpenyakit darah tinggi dan orang mengandung.Omega guard merupakan minyak ikan laut dalam yang kaya dengan Omega 3,Dha baik untuk otak/kawal tekanan darah serta untuk perkembangan otak bayi yag dikandung,.Rutin harian yang sibuk dan bebanan kerja yang melampau,menyebabkan stress,sakit saraf amat mendugakan.
        Selain Omega Guard,vitamin B complex Shaklee,kuambil untuk membantu kelegaan saraf,menstabilkan emosi,ini kerana sistem penyerapan bioaktif dapat meningkatkan acid folik.
       Selepas 2 bulan bersalin,aku mengalami masalah susu merudun/kurang,mungkin kerana kekerapan anak 
menyusu ditambah pula perasaan stress/kesibukkan menguruskan rumahtangga dan kekurangan serat/zat,ekoran kesibukkan/ bebanan kerja yang kualami,,bukan senang nak uruskan semua,tambahan pula anak2 masih kecil.atas nasihat rakan,aku mencuba Alfalfa Complex dan ESP Soy Protien.Alfalfa untuk menambahkan air susu dan ESP untuk pekatkan air susu,agar baby cepat kenyang,.Sebenarnya banyak keistimewaan Alfalfa dan ESP ni;mari kita zoom sikit;
   *Alfalfa .>tambah susu ibu,>sebagai kacip fatimah,>rawat keputihan,>diet,
   *ESP.>bantu +dan pekatkan air susu,>tenaga segera dan tahan lama tenaga,>masalah sembelit akibat kurang serat/air kerana bayi menyusu.>diet.
    Pada awalnya ,mahu beli susu formula/susu tepung aje,pasal kesian kat baby,tak cukup susu,,menangis je,bila difikirkan balik,,Bukankah ia amat mahal?,dan tempoh penggunaan dalam satu bulan ,dah berapa wang dihabiskan berbanding dengan suplemen ini,walaupun orang cakap mahal,,tapi berbaloi dan lagi jimat,,beli sekali tahan2/3 bulan.Malah ibu sihat anak pun sihat,.>mari sama2 sokong full breastfeeding,..tapi bukan bermakna sampai berhenti kerja.tau.
      Set tersebut paling bajet aku guna(Alfalfa dan Esp)untuk breastfeeding.Omega-3 dan  vitamin B-complex,diambil semasa mengandung lagi,iaitu ketika mengalami tekanan darah tinggi.
        Kusedari ramai pasangan di luar sana mendambakan kehadiran permata hati namun belum punya rezeki @masalah kesihatan,Cuba check kesihatan masing2,,lepas tu jom kita kongsi tips mudah hamil;

*kepada yang berminat cuba zoom sikit kelebihan set/suplemen di atas,tentu banyak kan kegunaanya*
@boleh call/whatsapp untuk order, kongsi tips keibuaan/kehamilan,dan lain lain.;

Pn Zurina Mohd Noor,Distributor shaklee,ID 1092799,
No; telefon 013 3158 377,
Cod area Puchong & Shah Alam.

*Nantikan tips mudah hamil bersama set kesuburan shaklee*blog setrusnya.
      

















Tuesday, 11 February 2014

Rutin harian yang penuh kesibukkan.

  Sebagai seorang ibu dan isteri,tidak lekang dari menguruskan tanggunjawab,dari pagi sampai malam,hinggakan tiada masa untuk menjaga diri sendiri.Makan minum anak2 dan suami harus ku jaga,tapi aku sendiri,makan tak menentu.
Aku bukan guru,tapi tetap menjadi guru untuk anak2,macam karenah terpaksa kulayan.aku juga bukan ustazah,tapi ku harus mengajar mengaji/hafal al quran,untuk bekalan akhlak anak2ku.
  Kesihatan makin merudun,yang tidak ade penyakit,sekarang dah ade,,stress punya pasal dan gaya hidup yang tidak sihat n banyak faktor lagi agaknya..atas nasihat anak saudara yang menggunakan produk shaklee,menyarankan agar mengambil suplement shaklee untuk kesihatan..suplement pertama aku makan ialah Omega Guard,B complex dan vitamin c,itupun diberi oleh anak saudara.Lama kelamaan gangguan sakit kepala dan tekanan darah tinggi beransur pulih,maka bermula detik jatuh cinta dengan produk shaklee.
Dengan testimoni yang ku alami sendiri,akhirnya aku yakin dengan produk ini.Disaat rutin harian yang sibuk dan ditambah pula kelahiran baby,aku alami makin banyak stress,di samping masalah peruntukkan kewangan...ye la,sekolah dah nak bermula,dah 4orang anak bersekolah.
  Masalah ketiadaan air susu timbul akibat kesihatan aku yang tidak stabil dan rutin harian yang makin sibuk,.
Start Disember 2013,aku mula membelek belek blog tentang produk shaklee,akhirnya tergerak hati nak cuba produk ni selamanya,minat nak jadi ahli untuk jimat dan untuk kegunaan sendiri je,.Asyik duk baca2 success story orang,maka terpaut la pada seseorang ni(pengedar sah shaklee yang berjaya)>Dalam hati aku terdetik "ape salahnya"guna dan jual boleh tambah income..orang tak nak beli boleh guna sendiri jimat,akhirnya aku menyuakan pendapat kepada suami,dan dia setuju.Bermula detik menjadi pengedar sah shaklee di bawah group mummyshaklee dibawah susur galur Pn Ainul Sharazad(mummy ku).
  Awal januari 2014,pertama kali aku menjejak kaki ke HQ subang,beli kat sana.barang pertama ku ambil ialah Alfalfa set promosi dan ostermatrix..ini atas cadangan kekawan kat sana,yang peramah..pada mulanya aku menyuakan masalah ku alami ,iaitu kekurangan susu selepas bersalin,,2/3 penggunan berhasil.Alhamdulillah.Lendir dan keputihan banyak keluar dan rahim x sakit lagi,susu banyak, guna alfalfa.

*Pn Zurina Bt Mohd Noor(Distributor Shaklee Sah),
*No,Telefon:013 3158 377(call/whatsapp).
*Cod area Puchong & Shah Alam.
*Khidmat penghantaran keseluruh Malaysia,termasuk Singapura & Brunei. 


Monday, 10 February 2014

Rinduku pada ayah

Ayahku pergi

Genap 3tahun ayah tiriku meninggal,dan selama 3 tahun la ibuku keseorangan lagi,,katanya tak mau dah ..anak2 dah besar,dah dapat cucu pun,menoreh getah untuk makan sendiri dan jaga nenek yang terlantar uzur...niat nak pergi Mekah lagi tu..Walaupun sekadar ayah tiri,kepergianmu amat dirasai,,susah senang kau amat membantu,banyak ambil berat akan masalahku dari remaja hinggalah bergelar isteri orang...Anak2ku pun amat rapat dengan ayah,hingga sekarang masih bertanya ke mana ayah pergi...ape harus ku jawab,.disaat inilah air mata ku tidak dapat ku tahan lagi,sedangkan aku juga merinduimu...Kau melayan karenah anak2 tirimu bagaikan anak sendiri n jauh lebih baik dari ayahku sebenar....allah meminjamkan kau untuk kami sementara sahaja.
 Ayah sering berselera  dan suka dengan ape sahaja aku masak..sejak akhir2,ayah sering mengadu sakit ulu hati,senak perut, sakit di bahagian dada...ya allah.kesiannya,selera makan makin kurang,suruh pergi check kat klinik,katanya dah pergi.bertimbun plastik ubat yang dah habis dimakan,tapi tak juga baik.
 Tahun demi tahun,ayah menderita sakit yang sama,macam 2 klinik swasta dah pergi,menginap di hospital pun ade,Atas desakan kami adik beradik suruh ayah pergi check kat klinik kerajaan/ jumpa pakar,.ayar akur ikut abang,pergi check,itupun tengah sakit sangat..keluar masuk hospital dah biasa.dapat kesan..ayah ade kanser pankreas paras kritikal,,buat operate pun 50/50,kata doktor...ayah nk buat, kami ikut jer.Lepas operate ayah ok,sihat dalam masa sebulan jer,lepas tu sakit balik,akhirnya 3bulan kemudian ayah pergi untuk selamanya...oh ayah,sebak x tertahan kurasakan.
 Tidak sempat aku membahagiakan hidupmu,..aku menyesal tidak menghalangmu mengambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak,tanpa arahan dan tidak menjaga amalan pemakanan yang sihat..

Rinduku Pada Ayah(2)

Tinggal kenangan

Sejak dari kecil,aku hidup berdikari..berlatarbelakang dari keluarga yang susah.,,ibuku penoreh getah,manakala ayahku seorang buruh kasar.Aku punya 6 orang adik beradik,aku adalah anak ke 4.
Kesusahan,timbul ibarat sudah jatuh di timpa tangga,pemergian ayahku ketika aku berusia 15 tahun.Kematian akibat kemalangan jalan raya.Lantaran kesian melihat ibu membanting tulang,aku sanggup menolong ibu,sebelum pergi ke sekolah mahupun setelah pulang dari sekolah,adakalanya aku mengambil ape sahaja kerja,asal dapat upah untuk wang saku,disamping menambah keperluan yuran yang diperlukan oleh pihak sekolah.Ibu sentiasa sakit,namun dia tetap gagah mencari rezeki untuk kami,adikberadik.
 Selepas 2 tahun bergelar ibu tunggal,ibu berkahwin lagi..terima lamaran dari kalangan kaum sanak saudara,di kg asalnya iaitu Kg Kubang Telaga,Pasir Puteh Kelantan.hidup kami biasa aje selepas itu,tapi kehadiran ayah tiri banyak membantu ibu mencari rezekidan memudahkan aku pergi sekolah,.kalau dulu aku kerap berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya hampir 5km.
 Selepas tamat spm,aku sambung ke tingkatan 6,dapat result 4p..aku rasa tidak boleh pergi jauh lagi,mak ayah ade bertanya'mau sambung ke?aku kata" tak".sebenarnya aku kesian melihat mereka,tambahan pulak kakak ,atas padaku sedang berlajar di" U".adik masuk sekolah vokasional dan adik bongsu waktu itu dia tahun 6,masih berada di rumah kebajikkan anak yatim(PERKAYA),terengganu.tak lama kemudian ikut kakak ke K,lumpur, curi2 menginap kat hostel UPM,orang lain pergi kelas, aku pergi kerja.
 Tak lama kemudian,.dah jodoh aku agaknya..asyik keluar dating,..mak ayah dapat tau,,dari mulut si kakak la,akhirnya disuruh kahwin...aaa muda lagi,akhirnya aku akur..kahwin usia 21 tahun,
Bermacam dugaan ku alami,,ku redah jua..anak demi anak bertambah,segalanya kutanggung sendiri ,tanpa bantuan mak,mahupun mertua...ye la dah tua ,,tak larat n tak reti jaga cucu,,pantang sendiri jaga laa.

Thursday, 6 February 2014

IMPIAN AKU


BAYAR CASH ,KEDIAMAN SEKARANG>insyaallah>baki RM  60 k
BAYAR CASH >insyaallah
HARTA PENINGGALAN UNTUK DIWARISI
MAKAN ANGIN/PERCUTIAN BERSAMA KELUARGA
MEMILIKKI KERETA IDAMAN/TOYOTA