Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

Wednesday, 2 November 2016

Bahaya penyakit darah tinggi ketika hamil(GDM)



 Darah tinggi:

 Oleh kerana penyakit ini telah ku alami semasa mengandung anak bongsu,penyakit yang tidak pernah dijangka iaitu hanya ketika hamil,walaubagaimanapun penyakit ini kembali menyinggah selepas kelahiran bayi kerana faktor tekanan da sebagainya.Malah dikelilingi oleh orang-orang yang mempunyai penyakit ini dan risiko mendapat penyakit lain sehingga boleh membawa maut,sudah cukup menyedarkan aku bertapa pentingnya menjaga kesihatan diri.Maka bemulalah detik mengenali suplemen dan akhirnya jatuh cinta dengan produk hebat "shaklee"Bcomplex & Omega Guard.,Takut bom jangka boleh meletus bila-bila masa.,ok back to,topic..,

Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil,dianggap kes yang serius dan memerlukan pemantauan rapi dan dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan air kencing serta pemeriksaan tekanan darah.Pemeriksaan berkala di klinik kesihatan ibu dan anak, begitu penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan.
  Terdapat 2 keadaan wanita yang disahkan mengalami penyakit darah tinggi sama ada sebelum hamil @ semasa hamil.Wanita yang mengalami penyakit darah tinggi sebelum hamil lagi berkemungkinan menjadi lebih teruk semasa hamil.Keadaan ini memerlukan pemantauan yang lebih teliti apaila memasukki trimester ke-2.
  wanita yang mengalami tekanan darah tinggi apabila mula hamil,yang selalunya berlaku selepas kehamilan berusia 20 minggu.Ia cuma terjadi semasa hamil dan hilang sebaik sahaja melahirkan anak.
   Selalunya doktor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah,namun jika tekanan darah tidak terkawal,ia akan menyebabkan suatu keadaan yang lebih teruk dinamakan pre-eclampsia (PE).
   Wanita yang hamil apabila telah di diagnosis sebagai PE,bermakna beliau bukan sahaja mengalami masalah tekanan darah tinggi,malah ia memberi kesan terhadap buah pinggang,otak dan organ penting lain dalam badan.
   Pemeriksaan ujian air kencing(sering dilakukan semasa pemeriksaan berkala)sangat penting untuk kesan kehadiran protein yang terdapat dan kesan kerosakkan buah pinggang pada peringkat awal.Semakin banyak
protein yang terdapat dalam air kencing,semakin teruk keadaan pesakit tersebut.
   Sekiranya keadaan ini tidak dirawat dengan segera,keadaanboleh menjadi bertambah serius di mana dan berkemungkinan wanita tersebut mendapat sawan,keadaan ini dinamakan Eclampsia.Dalam keadaan ini risiko keselamatan pada ibu dan anak dalam rahim,di mana kedua-duanya boleh meninggal dunia semasa @ selepas proses kelahiran.
   Selain risiko kematian bayi,bayi yang dilahirkan mungkin bersaiz kecil,mengalami terencat akal,bayi lemas semasa proses kelahiran,kelahiran bayi pra-matang, uri tercerai daripada rahim sebelum kelahiran bermula dan pelbagai masalah lagi.
   Darah tinggi boleh menyebabkan ibu mengalami penyakit buah pinggang,paru-paru berair,penyakit berkaitan kegagalan fungsi hati,bengkakkan otak sehingga mengakibatkan sawan,darah tidak membeku dan boleh menyebabkan kematian pada wanita.

Tanda-tanda wanita mendapat GDM:
1)Sering berlaku pada kehamilan pertama terutama wanita yang berusia lebih daripada 35 tahun.
2)wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum hamil @ pernah di diagnosis mengalami
pre-elampsia pada kelahiran lepas.
3)Wanita yang mempunyai migrain.
4)Wanita yang mempunyai ahli keluarga terdekat mengalami PE semasa hamil.
5)Sekiranya terdapat banyak protein di dalam air kencing,kemungkinan besar wanita itu berisiko.  

Distributor shaklee:
*Pn Zurina Bt Mohd Noor,ID 109279
*SID Puchong Selangor
*No telefon 019 3518 273(call/whatsapp)
*konsultasi percuma dan order suplemen kesihatan



Wednesday, 21 January 2015

Arthritis penyakit keradangan sendi simptom mengalami penyakit Gout,Rheumatoid Arthritis dan Osteoarthritis

Arthritis
Pengenalan 
Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan ,kemerahan,bengkak dan kekejangan,Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah:
kerosakkan sendi,jangkitan kuman,penyakit yang diwarisi dan sebagainya.

Arthritis sering dihidapi golongan dewasa antaranya:

1)Osteoarthritis(OA)
2)Arthritis Rheumatoid
3)Arthritisnyang disebabkan oleh jangkitan kuman
4)Gout

Osteoarthritis
*Sering dialami oleh warga tua ,disebabkan oleh faktor usia yang telah lama kehilangan tisu kolagen,dan kemungkinan juga telah mengalami kehausan akibat penggunaan sendi yang kerap(terlalu banyak melakukan pergerakkan)
*Geseran sendi,akibat kekurang pelincir di bahagian sendi membuatkan warga emas mengalami sakit sehingga sukar menggerakkan sendi terutama pada bahagian lutut.Lebih banyak pergerakkan ,maka lebih menyakitkan bagi seseorang yang mengalami Osteoarthritis.

Rhematoid Arthritis(RA)
kebiasaannya dialami oleh kaum wanita,disebabkan daya tahan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri.Ia menyebabkan kekejangan di waktu pagi.Atau di kenali"Sentap mengkarung" @ "simpul biawak".Kekejangan mengambil masa yang agak lama untuk pulih,iaitu sekitar 1 hingga 2 jam,ia memerlukan bantuan seseorang untuk memicit @ mengurut pada bahagian belakang betis iaitu dibawah lipatan sendi lutut.Sendi-sendi yang terlibat adalah jari,pergelangan tangan dan kaki.

#terdapat pendapat pakar,penyakit sendi Rhematoid Arthritis(RA),ia berbeza dengan osteoarthritis kerana berlaku kerana kurang pergerakkan sendi dilakukan menyebabkan otot ligamen dibahagian sendi lutut umumnya menjadi" ketat" dan menyebabkan ia menjadi semakin sukar digerakkan.

Arhritis yang disebabkan jangkitan kuman
Arthritis yang disebabkan jangkitan kuman pada sendi,yang selalunya menyerang pada satu sendi sahaja.
Kebiasaan seseorang itu sering mengalami demam dan mengigil.

Gout
Kesakitan sendi berlaku disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi.Kebiasaan menyerang orang lelaki yang di pertengahan umur.Dan biasanya terasa sakit pada pangkal ibu jari.

Tanda-tanda Arthritis;

*Sakit sendi(tangan,pergelangan tangan,jari,punggung,tulang belakang dibahagian bawah)
*Sendi bengkak
*Kekejangan Sendi
*Kesukaran bergerak
*Sakit apabila bergerak
*Perubahan pada sendi
*Lutut berbunyi bagi pesakit osteoarthritis lutut
*Sakit apabila sekeliling sendi ditekan.

Faktor-faktor yang menyebabkan risiko  Arthritis:
1)Peningkatan usia
2)Badan terlalu gemuk>terlalu berisiko dan menyakitkan bagi pesaki ostearthritis lutu.
3)Sejarah keluarga,disebabkan keturunan atau ahli keluarga yang mengalami penyakit arthriris terutama bagi mereka yang mengalami osteoarthritis secara keseluruhan,gout dan sebagainya.
3)Aktiviti sendi yang terlebih fleksibel(hypermobile joints)
4)kecederaan berat akibat bersukan atau melakukan kerja berat seperti petani,peladang.
  >menyebabkan kehausan sendi atau osteoarthritis

Langkah 2 untuk merawat sendi:

1)cara rawatan
   a)cara ubatan
>memberi ubat penahan sakit(paracetamol)
>Memberi suntikkan berupa gel pelincir pada sendi        
 >ubat sapuan seperti salicyclate
>Ubat anti-radang diberi bagi meredakan sakit dan keradangan bagi pesakit arthritis rheumatoid dan ostearthritis.
>Bagi kes yang teruk,ubat boleh disuntik terus pada sendi yang sakit.
   #ubat-ubatan adalah bertujuan melegakan kesakitan,NAMUN atas faktor usia,warga emas tidak digalakkan diberi suntikkan ubat penahan sakit.
>Bagi arthritis rheumatoid,ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit(disease-modifying anti-rheumatic drugs)juga diber awal untuk mengelakkan kecacatan

b)Pembedahan
   >Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan,pembedahan adalah satu jalan penyelesaian ,dikenali pembedahan gantian sendi.

3)Langkah pencegahan tanpa ubatan(pencegahan awal)
  >pesakit harus peka tentang penyakit mereka.
  >Mengurangkan berat badan
  >Elakkan memberi tekanan pada sendi terutama pesakit osteoarthritis seperti elak duduk mencangkung,melakukan pergerakkan pantas/kerap.
  >memakai kasut yang menyerap hentakkan
  >Menanggani tekanan contoh apabila berlaku kekejangan otot,rehatkan otot dan bertenang sehingga otot pulih@ kekejangan berhenti.
  >Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri pada waktu sakit iaitu seimbangkan waktu rehat dan aktiviti.
 >Kerap bersenam kecuali pesakit osteoarthritis.Bersenam membantu melancarkan pengaliran darah untuk memastikan tulang dan otot kita kuat.Ia membantu pergerakkan sendi.
>Makanan seimbang>ia amat penting untuk mempunyai berat badan yang ideal dan mempunyai cukup zat pemakanan seperti sumber kalsium seperti produk tenusu atau susu amat penting untuk pembinaan tulang dan mencegah risiko osteoporosi(reput tulang).Namun pesakit gout perlu elakkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti daging,makanan laut.

>Pengambilan sulimen tambahan>untuk menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Sumber:MYhealth.

Lawati halaman berkaitan; 

osteoporosis tanda kurang kalsium
Advanced Joint Health Tablet suplimen kesihatan sendi
arthritis;penyakit keradangan sendi dan langkah kesihatan sendi tanpa ubatan dan suntikkan
Suplimen kesihatan Sendi:





Pn Zurina binti Mohd Noor.
Pengedar sah shaklee,ID 1092799
No telefon:019 3518 273(call/whatsapp)
Penghantaran keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei,
Cod sekitar kawasan Puchong,Shah Alam.

Wednesday, 27 August 2014

CYSTS & PCOS penyakit reproduksi,akibat ketidakseimbangan hormon.

CYSTS
OVARI CYSTS

OVARI CYSTS;
Ovari Cysts adalah penyakit biasa dihadapi oleh wanita muda,kebanyakkan mereka di dignosis mengalami Ovarian Cysts apabila mereka melakukan ujian ultrasound/pemeriksaaan ultrasound ketika mengalami masalah kesuburan seperti ketidakhadiran haid,mahupun kitaran haid tidak menentu apabila dirujuk kepada pakar.
Ovarian Cysts sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada di dalam kilang telur ovari.Cecair ini boleh jadi cair seperti air pekat likat dan adakalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.
Ovarian Cysts yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi.Cysts yang pecah ini dinamakan follicle .Jika Cysts ini tidak pecah,saiznya akan bertambah besar dan dinamakan Functional Ovarian Cysts i,ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar(melebihi 5 cm)@ mengganggu masalah kesihatan reproduksi.

Terdapat beberapa faktor jenis Ovari Cysts yang boleh mengganggu kesuburan antaranya ialah:

1)ENDOMETRIOSIS>Cysts yang disebabkan oleh Endometriosis
2)POLIYCSTS OVARIAN CYSTS>Terdapat beberapa Cysts yang kecil pada kilang telur ovari,kehadiran haid yang tidak teratur dan kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.

Adakah Ovarian Cysts menganggu kesuburan?
## jawabnya: tidak semua.

Terdapat beberapa jenis ovari Cysts yang tidak menganggu kesuburan antaranya:
1)Functional Cysts>Iaitu cysts yang terjadi secara normal semasa kitar haid,ini menunjukkan seseorang wanita itu masih subur.
2)Cystadenomas>Cyst ini bukan berlaku dalam kilang telur ovari,tetapi berlaku dipermukaan lapisan luar kilang telur ovari,jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
3)Dermoid Cysts>Cysts ini mengandungi beberapa tisu seperti kulit ,rambut,malah gigi,Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.

Adakah pembedahan perlu untuk CYSTS;
Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dillakukan ke atas setiap penyakit.Jadi setiap penyakit ovarian Cysts tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.
 Pembedahan hanya dilakukan dengan 3 tujuan utama:
1)Untuk melakukan biopsy>Jika di dignosis/disyaki kanser,contoh tisu diambil untuk diuji bagi pengesahan.

2)Membuang Cysts >Jika mendatangkan masalah teruk kepada pesakit seperti sakit perut,ketidakhadiran haid dan jika saiz diameternya membesar melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain.

3)Melakukan pembuangan Ovari>Jika ketumbuhan ovari cysts disangka ovarian biasa telah disahkan sebagai ovarian kanser.

Walaupun tidak semua kes ovarian Cysts mesti dibuang,namun semua kes ovarian kanser mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari.Bagi ovarian Cysts yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit,doktor akan mempertimbangkan antara risiko dan kebaikkan pembedahan itu jika berlaku perkara-perkara seperti:
1)Ovarian Cysts itu berlaku di kedua-dua buah ovari.
2)ovarian Cysts itu melebihi saiz 5 cm(3 inci )
3)Ovarian Cysts itu masih kekal(tidak berkurang saiznya)selepas 2 hingga 3 kali kitar haid.
4)Pemeriksaan Utrasound menunjukkan Ovarian Cysts itu bukan jenis yang biasa(functional ovarian cysts)
5)Pesakit mempunyai ketumbuhan ovari disamping tidak pernah mengalami kitar haid langsung atau:
> pesakit adalah gadis remaja,
>pesakit telah menopouse,
>pesakit menggunakan pil perancang.

Walaupun terdapat beberapa kriteria tersebut,namun tidak semua pesakit  yang mempunyai ovarian cysts harus dibedah,ia bergantung kepada pertimbangan doktor.Doktor akan mempertimbangkan kebaikkan dan keburukkan pembedahan itu.
Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT SCAN abdomen supaya dapat mengesan dengan lebih jelas imej ovarian cysts itu.

*Doktor mengesyaki pesakit mengalami ovarian kanser berdasarkan:
1)Imej CT SCAN abdomen dan
2)Laporan Pathology tisu diambil atau
3)Jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami kanser ovari atau
4)wanita itu sudah mengalami menopouse atau
5)Saiz Ovarian Cysts itu tidak menjadi kecil walaupun setelah 2 hinnga3 kitar haid .
6)Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosis sama ada pesakit menghidap penyakit Ovarian Kanser atau tidak.
   
 PCOS

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kitar haid kita menjadi tidak teratur atau dipanggil"Sindrom Ovari Polistik"(PCOS).Punca lazim yang biasa menyebabkan seseorang itu kurang subur.

PCOS adalah satu keadaaan penyakit reproduksi yang berlaku akibat ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitar haid dan ovulasi.
Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% wanita yang tidak mengalami haid langsung di dapati juga menghidap PCOS.PCOS boleh menganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari dan seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitar haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular yang lain.
Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20% daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini dan lebih 40% wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

:sumber:MyMetro,,klinik DRZubaidi,

Kepada wanita diluar sana yang mengalami "Cysts",jangan panik dan terus membuat keputusan sendiri atau pembedahan ,seeloknya harus berbincang dengan doktor.Dan sebagai alternatif,bagi anda yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon atau hair tidak teratur boleh mencuba mengambil suplemen.
Ini kerana badan memerlukan nutrisi yang cukup,tanpa ketidakcukupan nutrisi  akibat punca pemakanan tidak seimbang boleh mengganggu hormon anda..
## klik di sini jika ingin mengetahui:GLA COMPLEX

Pn Zurina Bt Mohd Noor
No telefon:013 3158 377(call/whatsapp)
Distributor Shaklee,ID 1092799,,

Wednesday, 9 July 2014

Tekanan Darah Tinggi/Hypertension


Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia mengucup dan berehat.Aktivit ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan.Tekanan ini berbeza bagi setiap individu dan bacaannya juga berbeza.
Hypertensi @tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian yang tidak diramal.Di Malaysia Kajian Kesihatan Dan Morbiliti Kebangsaan 11,menunujkkan peratus penyakit ini adalah 24%.Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia mempunyai tekanan darah tinggi.Malangnya 80% tidak menyedari,ia merupakan pembunuh no.1 di Malaysia(Persatuan Hypertensi Malaysia16 september 2008).Kira-kira 4.8 juta orang @43% daripada Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidap hipertensi(darah tinggi).Sumber,The National Health and Morbility Survey,jan 2010.

Seseorang boleh dikesan menghidapi masalah apabila membuat pemeriksaan tekanan darah.Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat.Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya,140/75
1)Tekanan Sistolik>nombor yang di atas(140)
2)Tekanan distolik>nombor dibawah(75)

Kategori                                    Sistolik                                                          Distolik
Normal                                    <120                           and                              <80
Prahypertensi                             120-139                    or                                  80-89
Prahypertensi/tekanan
 (tahap 1)                                    140-149                   or                                  90-99
Prahypertensi/tekanan
(tahap 2)                                     160                           or                                >100

Terdapat 3 penyebab hypertensi selalunya tidak diketahui walaupun selepas pemeriksaan doktor juga disebabkan oleh:
*Cara hidup yang tidak aktif
*Umur melebihi 35 tahun,
*Kegemukkan,
*Paras kolestrol tinggi
*Faktor keturunan/keluarga,
*Pengambilan alkohol yang berlebihan/merokok,
*Pengambilan garam yang tinggi,
*Ubatan seperti steroid,ubat anti-radang bukan steroid,
*Penyakit buah pinggang.

Tanda-tanda/Gejala tekanan darah tinggi:
*Penghidap hypertensi/darah tinggi kebanyakkan tidak mengalami sebarang genjala/tidak mengalami gejala spesifik ,seperti sakit kepala.
*Sakit kepala@pening biasanya berlaku dalam kes hypertensi di waktu pagi,dan sakit pada bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut(bergantung kepada tahap hypertensi/tekanan seseorang)
Untuk kepastian dapatkan rawatan pakar/klinik.Pengesahan doktor diperlukan melalui pemeriksaan tekanan darah.
##Peringatan:Jangan tunggu sehingga genjala hyertensi timbul,,Anda mungkin terlambat..

Kesan Hypertensi/tekanan darah tinggi terhadap kesihatan(KOMPLIKASI)
1)OTAK>Serangan strok,angin ahmar @strok ringan dan sementara(Transient Ishaemic Attack)

2)PENYAKIT JANTUNG>kegagalan jantung,serangan jantung dan kematian disebabkan oleh coronary heart disease,congestive heart failure &left ventricular hypertrophy.

3)Komplikasi pada mata>Pendarahan dan kerosakkan kepada kawasan yang sensitif dalam mata(hypertensi
    retinopathy)

4)Komplikasi buah pinggang>Kegagalan fungsi buah pinggang(paras serum kreatini,microalbuminuria,proteinura)

5)Peripheral Vascular disease seperti;Aneurysm,iaitu kehilangan satu @lebih denyut nadi dan pembuluh darah menjadi keras.

Rawatan Hypertensive/darah tinggi (tanpa mengunakan ubat)
*perlu mengubah amalan cara hidup,
*amal pemakanan sihat,
*kurangkan pengambilan garam dan kolestrol,
*kurangkan berat badan ,jika berlebihan berat badan,
*atasi tekanan secara berkesan,
*berhenti merokok
 
Rawatan darah tinggi untuk kategori tekanan darah normal/optima:
*galakkan amal gaya hidup sihat,
*dapatkan nasihat untuk berhenti merokok,pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.

Rawatan untuk kategori Pra hypertensi:
*amalkan gaya hidup sihat,
*dapatkan nasihat untuk berhenti merokok,pemakanan dan aktiviti fizikal yang bersesuaian.
*periksa tekanan darah dengan kerap dalam setahun,

Rawatan untuk hypertensi tahap 1 & 2:
*rawatan tanpa ubat adalah rawatan utama,
*anda perlu mengubah gaya hidup,
*buta pemeriksaan tekanan darah
*mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
*atasi tekanan stress,
*pengesanan komplikasi terutamanya terhadap(jantung,ginjal,mata)

Shaklee nutrisi dipaten untuk kesihatan diri,disamping kualiti,keberkesanan produk dijamin kerana telah menjalani ujian klinikal,lulus KKM,halal dan telah lama bertapak iaitu telah 58 tahun.dan berasaskan sumber semulajadi.
Saya adalah salah seorang pesakit hypertensi,dan berjaya atasi dengan mengambil suplemen shaklee iaitu Omega guard & vitamin B complex.Pertama kali mencuba dan akhirnya jatuh cinta dengan produk shaklee.

## take note:suplement/nurisi bukan ubat,bukan bertujuan mendiagnosis  penyakit,tetapi boleh membantu tahap kesihatan.

Anda bagaimana?,jika berminat,hubungi saya:

Pn Zurina Bt Mohd Noor,Distributor Shaklee Sah.
ID 1092799,cod area Puchong & Shah Alam,
No,telefon 013 3158 377(call/whatsapp)
Penghantaran secara Poslaju & Gedex. 



Tuesday, 8 July 2014

Osteoporosis Tanda kekurangan Kalsium.





 Sumber Arkib Utusan Malaysia 10/12/2010:

Wanita Malaysia adalah antara 3 dari negara Asia yang paling berisiko menghidap osteoporosis pada awal usia 30-an.Hasil kajian Nutrisi hasil susu dari New Zealand,Fonterra.Kajian juga menunjukkan 5% rakyat Malaysia berdepan risiko penyakit tersebut pada 50-an,Kata Pengurus Asas kesihatan Fonterra Asia dan Asia barat(John Todd).
Kajian tersebut menganalisis 2.1juta imbasan tulang yang dilakukan di seluruh Asia turut menunjukkan seorang daripada 3 penduduk Asia berusia 35 tahun ke atas menghadapi risiko osteoporosis.
Osteoporosis adalah penyakit yang menyebabkan  tulang rapuh dan retak ,bukan lagi masalah yang di alami orang tua semata-mata,katanya ketika membentangkan hasil kajian itu pada mesyuarat rantau Asia petama anjuran International Osteoporosis Foundation(IOF).
Todd berkata kajian juga mendapati sejumlah besar penduduk Asia berumur lingkungan 30-an tidak mempunyai tahap jisim tulang yang sepatutnya pada usia mereka.
Penyakit Osteoporosis @ rapuh tulang ialah satu keadaan di mana ketumpatan tulang berkurangan dan menyebabkan tulang menjadi mudah patah @ reput.Osteoporosis membawa kepada kerapuhan tulang.Osteoporosis ialah keadaan di mana tulang kurang tumpat berbanding tulang yang normal yang tidak mencapai tahap osteoporosis.
Penyebab masalah ini adalah kerana penurunan kadar estrogen terutama bagi wanita yang berusia 40-an yang melalui peringkat menopouse dan penurunan hormon testostrone pada lelaki yang berumur 50 tahun ke atas.

Kenapa Wanita Lebih Awal Mengalami Osteoporosis:
Wanita lebih awal mengalami osteoporosis kerana banyak kehilangan protein dan kalsium:
1)Semasa hayat didatangi period
2)Semasa hamil>protein dan kalsium diserap oleh baby yang dikandung .
3)Semasa menyusu bayi>kehilangan air dan serat yang mempunyai kalsium & serat dari sumber makanan ibu terpaksa berkongsi dengan bayi.

Tanda-tanda sesorang mengalami kekurangan kalsium dan penyebab osteoporosis:
!)Sakit sendi,tulang belakang dan tengkuk.
2)Bongkok,kehilangan inci/ketinggian
3)Sakit gigi ,rongak,gigi mudah reput.
4)Sakit ketika period dan Ketika Menopouse(sakit pada bahagian abdomen,pinggang dan pinggul). 
5)Sembelit 
6)Kuku mudah patah.
7)rambut rapuh/kasar/gugur

Kepentingan kalsium:

Kalsium sangat diperlukan untuk pembentukkan tulang,gigi serta gusi yang kuat.Ia juga penting untuk menstabilkan degupan jantung dan penghantaran isyarat.Kalsium juga boleh merendahkan kadar kolestrol dan membantu mencegah penyakit kardiovaskular.Ia diperlukan untuk kontraksi otot bagi elak kekejangan otot.
Kalsium juga dipercayai dapat membekukan darah dan mencegah kanser.Di mana tekanan darah dapat diturunkan dan elak kehilangan jisim tulang.
Kalsium bertindak sebagai pembekal tenaga dan terlibat dalam penstrukturan RNA &DNA protein.
Kalsium juga terlibat dalam  pengaktifan beberapa enzim seperti lipase iaitu enzim pemecah lemak,malah turut terlibat dalam memastikan kadar penyerapan nutrien oleh membran sel.
Kalsium turut membantu menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan pre-eklampsia semasa mengandung.Ibu mengandung yang mengalami darah tinggi boleh ambil kalsium bagi turunkan darah tingi semasa hamil. Begitu juga masalah sembelit yang biasa dialami oleh ibu hamil.

Kalsium boleh didapati dari sumber pamakanan yang sihat terutama berasaskan tenusu seperti susu mertega,yogurt,bijirin,kekacang dan lain-lain.Namun tidak semua orang suka mengambil makanan yang kaya dengan kalsium contohnya susu mahupun sumber kekacang seperti Soya.
Dengan ini,suplemen shaklee cuba memberi pendekatan untuk membantu masalah kekurangan kalsium dan masalah kesihatan anda iaitu memudahkan anda mendapat kalsium dalam bentuk tablet untuk ditelan iaitu yang kaya dengan kalsium,magnesium,vitamin D,boron,mangan,tembaga & zink.Dan ESP(Soy Energy Protein) protein yang kaya dengan serat berasaskan 100% soya asli ,bagi mereka yang tidak gemar minum susu segar(susu tepung/susu lembu) atau mereka yang amal 'vegetarian".
Protein dan kalsium,kedua-duanya memaikan peranan penting untuk mencegah osteoporosis:











## We provide a health life for everyone and a better life for everyone.##
Distributor Shaklee Anda:Cod area Puchong dan Shah Alam
penghantaran keseluruh Malaysia termasuk Singapura Dan Brunei,
 * khidmat Poslaju& Gedex
Pn Zurina Bt Mohd Noor
ID 1092799;Call/whatsapp 013 3158 377 (.untuk dapatkan Set Bajet untuk Osteoporosis)



 


Wednesday, 21 May 2014

HEALING KRISIS




 Kesan selepas ambil vitamin shaklee,,Adakah semakin baik @ semakin teruk???

Apa yang dimaksudkan dengan "Healing Krisis"
Healing krisis bermaksud satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat serangan Radikal Bebas.Sebahagian dari proses ini akan mula menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul dalam badan.Semasa proses penyinkiran toksin,badan anda akan melalui tanda @simptom yang membuat rasa tidak selesa dan dia dipanggil krisis penyembuhan.Dalam perubatan cina,penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil suplemen tambahan???
Menurut Professor Yoshio Nwa,seorang pakar nutrisi molekul,apabila kita menambah pengambilan nutrien,nutrien itu bertindakbalas dengan oksigen di dalam badan.Dan tindakbalas ini akan meransang organ badan bagi menggalakkan proses pembersihan, penyingkiran mengantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru.Dan lain-lain tisu/sel dengan lebih berkesan.Contoh mengalami ruam pada kulit,lebih banyak pergerakkan usus dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang mengalami proses penyahtoksin.Ibarat batang paip besi yang berkarat,suplement sebagai serbuk anti-karat yang menyebabkan terhakis keluar.

Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik??
Krisis penyembuhan menunjukkan petanda yang baik apabila rawatan benar-benar berkesan.Sesetengah orang berfikir yang simpton mereka semakin teruk,tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi.Umumnya krisis hanya berlaku kepada orang sihat,sepertimana daya tahan mereka masih cukup untuk mendapat tindakbalas dari perubahan biological semasa proses penyembuhan.

Adakah setiap orang mengalami petanda/simpton yang sama semasa "healing krisis"??
Ianya berbeza setiap individu.Sesetengah individu akan alami krisis penyembuha sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan.Dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas 1@2 bulan.Kesannya juga berbeza,lebih banyak toksin dalam badan ,lebih teruk krisis penyembuhanya.Ia sebenarnya bergantung kepada kesihatan individu tersebut.Ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari @mungkin berbulan lamanya.
Tahukah anda,shaklee memang bebas daripada bahan pengawet,tetapi teknik pemprosesan shaklee
itu sendiri memstikan produk-produk shaklee tahan lama,ia di panggil food tecnology.Salah satu preservation method @ teknik pengawetan ialah dengan memastikan kandungan lembapan dalam makanan tu berada pada tahap yang sangat rendah .Bila lembapan kurang,bakteria dan kuman susah nak membiak,,Menggunakan kaedah pengasingan bahan,tanpa guna bahan pengawet.(http;//physicians.shaklee.com)
Menurut Pakar teknologi pemakanan Amerika dan China makanan yang berunsur semulajadi,tanpa menggunakan bahan kimia/sintetik kesan "healing krisis"agak lambat,tapi kejayaan/tahap kesihatan kekal lama ,tanpa menganggu kesihatan organ dalaman.Ia bukan memberi kesan yang cepat dan bersifat sementara,ini bermakna,ubatan-ubatan yang mempunyai bahan kimia yang tinggi serta berunsurkan dadah,memberikan kesan yang cepat,tetapi keberkesanan bersifat sementara.Dan jika ubatan yang mempunyai bahan kimia serta berunsurkan dadah yang tinggi,banyak digunakan@penggunaan dalam jangkamasa yang lama ,amat berbahaya kepada kesihatan serta risiko kesihatan dalam masa panjang.Contoh penggunaan ubat penahan sakit seperti postan.

Ramai orang bertambah baik selepas mengambil Suplemen,tetapi tidak tidak merasai perubahan.
Secara umumnya selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan anda sepatutnya rasai perbezaan.Contoh tenaga bertambah,pergerakkan usus lebih baik,penyembuhan kulit dan lain-lain.Sekiranya tiada sebarang peningkatan kemungkinan;
1)Tidak mengamalkan setiap hari.
2)Tidak mengikut dos yang dicadang.
3)Takut kepada krisis penyembuhan lalu berhenti mengambil.
4)Pemakanan yang tidak sempurna serta amal gaya hidup tidak sihat.
5)Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh.
6)Mengalami keadaan kronik>hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun pengambilan suplemen.
7)Mengalami masalah emosi

**Shaklee Produk bersifat Mesra Alam,,Bebas Bahan Kimia,,Bebas Bahan Pengawet,,Selamat kepada kesihatan,Selamat Kepada Alam,,LULUS KKM,,HALAL,,

**Distributor Shaklee Anda ,COD sekitar  Puchong& Shah Alam.
**Penghantaran  Secara Poslaju & Gedex..
**Call/whatsapp 013 3158 377
**@ jika ada yag berminat join ahli & jana income>>Di alu-alukan>>.Di bimbing.


 

Monday, 19 May 2014

Resdung Punca Jerawat @Jerawat Punca Resdung



    Kebanyakkan orang sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah punca daripada resdung.Tetapi dakwaan disangkal oleh Dr Hassenah"klinik jerawat&jeragat"dalam blognya www.drhassenah.com/v1/index-php/artikel/3=jenis-jenis-jerawat-serta-perbezaan-jerawat-dan-resdung.Beliau juga menerangkan persepsi salah mengenai kaedah rawatan jerawat yang rata-ratanya menganggap bahawa ianya boleh dirawat menggunakan kaedah rawatan resdung dalam artikelnya"Punca jerawat dan salah anggap masyarakat tentang kaedah rawatannya".

JERAWAT
Jerawat ialah penyakit kronik yang menganggu kalenjar-kalenjar sebaceous iaitu kalenjar yang terdapat pada kalenjar kulit  dan mengeluarkan sebum minyak.Umumnya masalah jerawat berlaku kerana radang pada tisu di bahagian dalam kalenjar minyak kulit.Ia sering dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan hormon,pemakanan,persekitaran,penyakit,keturunan,psikologi ,pra-haid @jangkitan bakteria.
Ketidakseimbangan hormon dimaksudkan peringkat usia remaja dalam proses kematangan iaitu sekitar umur 12-16 tahun.Perubahan hormon berlaku,di mana hormon testosteron yang dihasilkan bertukar menjadi dihidrotestosteron di dalam kulit bagi meningkatkan kadar metabolik serta saiz badan remaja.
Jerawat tumbuh apabila liang kulit@liang roma yang terbuka dan memerangkap kotoran. Malah kotoran yang melekat pada liang roma,menyebabkan sebum minyak yang keluar terhalang,/tersumbat maka terjadilah jerawat.
Jerawat tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi turun temurun,tetapi bakteria boleh merebak dan menyebabkan radang kulit disekitarnya jika memicit dengan kuku/jari.,serta boleh meninggalkan parut.

Untuk mengelakkan terjadinya jerawat @menjadi semakin kronik,menjaga kebersihan kulit muka dan badan amat penting,disamping pemakanan yang sihat tanpa mengambil terlalu banyak makanan berminyak,mengawal emosi/tekanan dan elak tabiat suka memicit jerawatPengambilan suplemen boleh membantu dari dalam ,kerana faktor berlakunya jerawat kebanyakkannya bermula dari gangguan kesihatan dalaman.

RESDUNG
Ramai yang salah anggap jerawat berpunca daripada resdung,itu tidak benar.Resdung ialah sejenis alahan yang kebanyakkan dihidapi turun-temurun.Simptom penyakit resdung menyebabkan hidung,mata dan kulit muka mengalami kegatalan yang teramat sangat.Resdung teransang akibat bahan -bahan punca alahan seperti habuk@bila terdapat perubahan cuaca/perubahan suhu di mana hidung akan mula berair,mata,kulit muka mengalami kegatalan.Apabila menggaru kulit muka dengan kuku ,barulah ia menjadi punca jerawat,iaitu melalui jangkitan kuman yang di bawa oleh kuku ke atas kulit muka.Maknanya,anda tidak boleh mengubati jerawat dengan melakukan rawatan kerana ia adalah dua penyakit berbeza.







ATAU
Testimoni vitamin E,vita-C,vitamin B + GLA

Testimoni pengguna Vitamin E,Vita-C,Vitamin B



Testimoni pengguna ESP,Alfalfa,Vitamin E
.Melihat testimoni di atas anda pasti keliru untuk memilihnya,,bergantung kepada kemampuan,dan keperluan anda.Sesentengah orang mungkin mengalami ketidakstabilan hormon yang menjadi punca stress,dan menyebabkan jerawat,tapi dalam masa yang sama turut mengalami simptom alahan/alergi(resdung),suka saya syorkan Set Anti-jerawat.
**.Atau anda mungkin mengalami alahan/alergi,kekerapan selsema serta dengan yang mendorong terjadi resdung,ini mungkin sistem pertahanan badan anda lemah,melawan radikal bebas,Set Resdung/Alergi. **Mungkin juga anda mengalami ketidakstabilan hormon kerana perubahan usia @hormon testosteron@disebabkan oleh radikal bebas menjadi punca jerawat,>>Set Asas kecantikkan kulit.

**Untuk mengetahui secara lanjut tentang,,kepentingan/fungsi suplemen2 berikut,,anda boleh mengikuti blog saya yang seterusnya.
                                   Distributor Shaklee Anda,,ID 1092799
                      COD sekitar Puchong & Shah Alam,Penghantaran secara Poslaju& Gedex
                      Minat call/ Whatsapp 013 3158 377,,,@ ingin join ahli & jana income di alu-alukan
                      **Bonus  Cash ,Reward,Kenaikkan,& lain-lain>>>Boleh Join Group& Dibimbing oleh leader
                              Bertauliah,,
**Produk sihat,,,Selamat,,Lulus KKM,,Halal,,



Sunday, 18 May 2014

RESDUNG,",Genetik yang boleh Di warisi"


Alergi>resdung


  Fakta resdung boleh di warisi,membuat saya keliru.Permasalahan ini bermula,apabila membawa anak kedua saya mendapat rawatan pakar mengenai perubahan selaput mata yang semakin kotor,bewarna kuning + coklat,pada tahun lepas.Sebenarnya perubahan mula dikesan semasa dia berumur 5 tahun lagi,dan saya telah membuat rawatan pakar,hasilnya tiada sebarang penyakit kronik/permasalahan berkaitan hati..Syukur alhamdulillah.Kini usianya 9 tahun,,sejak tahun lepas,ramai kenalan yang menegur akan keganjilan pada warna matanya,tidak sama dengan kanak-kanak lain.Jenuh,saya cuba terangkan,kadangkala rasa sangsi juga timbul dengan keputusan pakar suatu ketika dulu.Atas desakkan ramai saya ikut,buat rujukkan pakar semula,kerana bimbang kemungkinan ada penyakit kronik.Ujian demi uijan di buat,hasilnya tetap sama,masalahnya dr pakar menyoal akan perihal sejarah kesihatan ibu bapa(kami).Kaitannya,simpton alergi/resdung yang ku alami boleh di warisi oleh genetiknya,ini kerana,simpton alergi turut di alami oleh anak,sehingga menyebabkan keradangan pada selaput matanya.Dan mungkin menjejaskan penglihatannya.
 Sistem imunnya tidak kuat,sebab itulah sering selsema,batuk dan demam kerana alah terhadap habuk debu ,pencemaran,makanan dan lain-lain,,kata doktor.Tiada ubat khusus yang di berikan kerana belum di anggap kronik, melainkan ubat titis dan ubat selsema/alergi.Dan doktor menggalakkan pemakanan yang sihat berprotein,berzat untuk menguatkan fungsi imun ,serta elak makanan yang boleh mendatangkan alergi seperti makanan lautDi samping menjaga kebersihan diri dan persekitaran.Pengambilan suplemen juga di galakkan,untuk menambah keperluan protein dan zat makanan yang tidak cukup,supaya fungsi imunnya kuat,boleh melawan simpton alergi .Jadi sebagai langkah berjaga-jaga pengambilan Vitamin C Chewable shaklee memang wajib untuk anak-anak dan menggalakkan ambil banyak sumber protein vitamin A,dari buah-buahan & tambahan Mealshake.
 Ada  perbezaan pendapat@ ramai yang keliru dengan fakta tentang resdung.Sesetengah bloger,menganggap resdung tidak boleh diwarisi,tapi symptom alergi/alahan boleh diwarisi.Dalam maksud lain,resdung bukanlah penyakit genetik tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
  Menurut DR Hassenah(Klinik Jerawat &Jeragat),telah mengongsi pandangannya dalam artikelnya,www.drhasseenah.com/v1/index-php/artikel/3-jenis-jenis-jerawat-serta-perbezaan-dan-resdung
Resdung terjadi radang pada lapisan rongga hidung .Resdung berpunca daripada alahan habuk,makanan,parasit @ perubahan cuaca.Kesannya boleh menyebabkan hidung berair serta kegatalan pada kulit muka dan mata,jika serius pesakit perlu  menjalani pembedahan membuang radang/tumor dinding sinus yang membengkak di dalam hidung yang menyebabkan resdung.dinding sinus yang membengkak,menyebabkan laluan udara tersekat dan menyebabkan pengumpulan mukus/hingus dan terjadinya resdung.Pengumpulan mukus di dalam rongga hidung dan sekitar rongga mata,terlalu lama boleh menyebabkan bakteria terkumpul .Mukus yang terkumpul boleh bertukar menjadi kuning kehijauan dan boleh menjadi nanah.Kesakitan akan dirasai di sekitar rongga hidung dan mata .Mukus juga Boleh dijangkiti bakteria apabila rerambut sillia gagal memainkan peranan menyekat kemasukkan debu dan hama.Kehadiran debu& hama juga boleh menyebabkan rasa gatal pada hidung ,ini mendorong seseorang itu mengosok-gosok@" menenyeh"/memicit hidung dengan cara kasar,akhirnya menyebabkan radang pada dinding hidung.
  Mukus yang tersumbat,juga menyebabkan sakit kepala dan sakit tekak,malah mukus boleh keluar melalui rongga mulut,oleh sebab itu keluar kahak yang berwarna kuning kehijauan.
  Menurut Dr Hassenah resdung tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi turun temurun.Resdung boleh dihidapi bersama dengan lelah dan exzema dan sejenis penyakit kulit yang lain seperti kelemumur.

AWAS PENYAKIT RESDUNG BUKAN SAHAJA BOLEH DIWARISI,MALAH UNDANG PENYAKIT KRONIK>>>JANGKITAN OTAK;

Simpton alergi yang saya alami mengundang resdung,,untuk mengelakk terjadinya alergi/alahan ;
ALFALFA + Vita- C.vitamin wajib saya.Ketahui  khasiatnya secara langjut dengan mengikuti blog  saya @
ingin mendapat konsultasi,,silakan,,

**Berminat buat order/Untuk konsultasi  & pertanyaan**
**ingin jana income,>>dapat cash bonus ,reward,kenaikkan dan lain//dapat join Group &di bimbing oleh   leader bertauliah.
**Pn Zurina bt Mohd Noor,Distributor Shakle Anda ,ID 1092799,COD kawasan sekitar Puchong & Shah Alam..
**Call/Whatsapp 013 3158 377
**Penghantaran secara Pos laju & Gedex

Saturday, 17 May 2014

Vitamin pilihanku

Testimoni sendiri...
wajahku 
April 2014
Wajahku  
                                                               Januari 2014

Gambar diatas diambil terbaru bersama "My Mummy">>leader ku Master Ainul Sharazad di branch shaklee Empire Tower.
Sudah jemu memuat naik testimoni orang lain yang berjaya,setelah menggunakan produk/suplemen Shaklee.
Akhirnya,terlintas ingin kongsikan perubahan yang kurasakan .Ada di antara rakan fb sedar,,pic-pic di atas telah saya muatkan pada status Fb saya,suatu ketika dulu.
Dulu di alam remaja,muka memang berjerawat dan tinggalkan parut-parut hitam hingga alam dewasa.Lebih diburukkan lagi dengan masalah resdung  yang di alami sejak remaja.Kini di alam dewasa masalah jeragat pula menjengah dan penuaan.Cuba tengok pic di bawah,muka masih kelihatan parut,bintik-bitik hitam(pigmentasi),lingkaran mata lebam,bibir biru &muka masih bulat tembam.
Saya ni jenis tak suka pakai make up/lipstik @apa2 saje,semua pic di atas adalah wajah sebenar saya,,,natural je.Just guna bedak talkum baby johnson & cuci muka dengan cucian murah jerr,,,tak percaya.,

Pada awal join shaklee,saya mengambil Alfalfa sebagai bajet untuk tambah susu badan,kerana mengalami masalah susu badan merudun apabila baby Alisha yang saya pangku di atas berumur 3 bulan dulu.Sebelum ni,saya ambik produk/suplemen melalui anak saudara.Saya guna Alfalfa selama sebulan,kemudian saya tambah pengambilan suplemen iaitu ESP.Semasa sebulan tempoh penggunaan Alfalfa,badan makin ringan,sakit2 sendi tulang belakang,pinggang hilang dan bertenaga.Dalam masa 2 hari permulaan banyak keluar lendir dan keputihan,,ya mungkin kerana baru lepas bersalin,sentiasa buang angin dan najis pun lembut,senang bila membuang.Dulu setiap pagi sering bersin,gatal2 hidung,mata dan alah terhadap debu serta bau yang menyengat hidung,begitu juga,kekerapan selsema dan sakit kepala serta bebola mata.Resdung memang menyeksakan,,tapi sekarang banyak perubahan,,,,garu2 muka,,tenyeh2 bebola mata & hidung takde lagi. .
Niat asal ingin tambah susu badan tapi tak sangka,banyak benefitnya Alfalfa ni,maka tak hairanlah ia digelar raja segala tumbuhan.Bukan setakat susu je meriah,yang bestnya,,macam kacip fatimah,,sudah tentu suami tak merungut" longgar"dan lebih jimat berbanding beli pil/jamu dipasaran ,jenama xxx berharga Rm 30=60 pcs sebulan,berbanding alfalfa 330 biji size s,tahan sampai 3 bulan.
Selepas sebulan,saya menambah pengambilan ESP>>susu dah meriah dan pekat,saya perasan baby Alisha kurang makan/susah nak bagi makan,2 bulan kebelakangan ini.Saya ingat kata orang tua"budak tengah nak membesar/aktif"memang kurang makan,,tapi bila difikirkan balik,,Alisha tak kerap menyusu,,tapi tak pula meragam,,mungkin benar inilah yang dikongsikan oleh pengguna lain,susu banyak dan pekat,anak cepat kenyang.
Itulah yang bestnya ambik set menyusu Alfalfa+ ESP>>jadi set kesihatan pilihan saya yang paling bajet..dan boleh jadi Set Slim bajet juga.Walaupun badan saya tidak sebesar mana,tapi saya rasai perubahan,dan jika diperhatikan pic yang ke 2(bawah) muka saya masih bulat ,tembam.Kini,saya perasan pinggang-pingang kain(pakaian )yang saya pakai longgar.Setiap bulan,semasa pergi klinik follow check up"imunisasi" baby Alisha 1 bulan 1 kg turun,,orang cakap sebab full breastfeeding kot,,ya mungkin...Setiap pagi wajib ambil ESP sebagai sarapan,makanan berat diambil tengahari waktu lunch @kira-kira jam 12 tengahari,dan ada ketikanya saya ambil sebelum tidur malam,bergantung kepada keadaan jika saya tidur lewat Yang bestnya,walaupun bangun di subuh hari hanya ESP,badan masih bertenaga dan tak terasa lapar,walaupun sedang menyusukan baby,malah air susu tidak pula berkurangan,sampai meleleh-leleh kat baju,sepertimana pic yang saya post kat laman fb dulu.
Selepas sebulan saya ambil ESP,saya + pengambilan suplemen iaitu Vitamin C plus,,jadi sekarang Alfalfa+ESP+Vita-C,,perubahan yang amat ketara saya rasakan,,kulit bertambah cerah ,licin terutama tumit kaki yang merekah kasar tiada lagi,,seperti produk kosmetik,tidak suka pakai,produk kecantikkan kulit seperti losyen ,minyak bio oil,,tak dipakai,,hanya beli untuk baby. Parut rekahan kulit akibat mengandung
semakin berkurangan,,kulit  rasa tegang jer,,,begitu juga keguguran rambut yang serius sejak krisis susu merudun,,,mau jerr tunjuk perubahan yang saya alami,,tapi,,aurat,,,
Vitamin untuk rambut gugur yang biasa terdapat dalam Set Pantang shaklee tapi cukuplah dengan vitamin C
dah banyak membantu,masalah saya.Dan penjimatan berganda,pakai bedak,cara sama>>bedak talkum baby,,hehehe..kulit licin ,lembap,,bila pakai bedak,tiada nampak kulit kering bersisik,berkuping,pakai jer terus serap..
**Alfafa + ESP +Vita-C>>amat sesuai bagi saya yang tak suka pakai make up,,sentiasa sibuk,,banyak guna tenaga,,,,RM 200 + + +,,untuk 3 bulan,,1 set bajet jimat Rm 200 sebulan yang biasa saya  habiskan dulu.
>>susu anak,,jamu,,pencuci/pelembap muka.

Anda mungkin berminat mengetahui suplemen shaklee ini secara lanjut,@ mungkin ingin mencubanya..
**Distributor  Shaklee Anda ,ID 1092799,Cod kawasan sekitar Puchong&Shah Alam.
**Penghantaran keseluruh tempat menggunakan khidmat Poslaju & Gedex.
**@mungkin juga Anda berminat join Ahli &nikmati pada harga ahli,serta benefit lain,,bonus cash,reward,
 kenaikkan dan lain-lain ,,,Join ahli dapat join Group,dan di bimbing oleh leader yang bertauliah jika minat + income>>>>SILAKAN;
**call/whatsapp 013 3158 377.