Friday, 26 September 2014
Kenapa rambut gugur?
Menurut Dr zubaidi,rambut gugur dianggap fenomena biasa yang tidak perlu dirisaukan.
Apa yang membimbangkan ialah keguguran secara berlebihan sehingga menyebabkan rambut menipis dan alami kebotakkan sama ada keguguran buat sementara atau tetapdinamakan"Alopecia"
Dr zubaidi menyokong pendapat Dr Sorya A.Aziz,bahawa rambut mempunyai kitaran sendiri,di mana ia akan gugur dan tumbuh semula setelah melalui beberapa peringkat atau fasa tertentu.Setiap bulan rambut akan tumbuh atau panjang sebanyak 1 cm dan tumbuh ditempat rambut gugur.
Menurut Dr Sorya A.Aziz,setiap hari rambut harus gugur dan tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:
1)FASA PERTUMBUHAN(Anagen) berakhir sehingga 2-6 tahun.
2)FASA SEGENERASI SPERA(catagen) berakhir sehingga2-6 tahun
3)FASA REHAT(Telogen) berakhir sehingga 2-3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya.
*jangka hayat rambut adalah lebih kurang 5 tahun.
Setiap hari rambut gugur kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan,manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat.Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran iaitu lebih kurang 100 helai rambut sehari.
Walaubagaimanapun keguguran rambut boleh menjadi teruk dan tidak normal sehingga boleh menyebabkan boleh menyebabkan(Alopecia) boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
1)Selepas melalui keadaan tertekan/stress.
Kemungkinan seseorang individu mengalami keguguran rambut kerana tertekan apabila mengalami penyakit yang serius,melalui pembedahan besar ataupun tekanan selepas bersalin(meroyan) atau mengalami perubahan hormon selepas melahirkan anak.Keadaan ini berlaku diantara 3-4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasukki Fasa rehat,ini dipanggil Teloger Effluvium.
Menurut Dr zubaidi,gangguan emosi dan stress dihadapi oleh orang yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup contohnya seperti stress di tempat kerja atau komflik yang berpanjangan.Keadaan ini menyebabkan
semua otot dikulit kepala dan leher mengecut,sehingga menyebabkan peredaran darah ke kulit kepala terganggu.Akhirnya follikel rambut(akar rambut) tidak mendapat bekalan nutrien dan oksigen yang mencukupi.
Tekanan/stress juga mendorong seseorang individu bertindak menarik rambutnya sendiri ,sehingga gugur,keadaan ini dinamakan individu yang mengalami keguguran rambut disebabkan mengalami masalah"Trichotillomania".
2) Masalah hormon/ketidakstabilan Hormon.
Ketidakstabilan hormon adalah punca utama keguguran rambut yang serius,disebabkan oleh kehamilan,melahirkaan anak pengambilan pil perancang dan menopouse.
Kebiasaan masalah ketidakstabilan hormon merujuk kepada wanita yang telah melahirkan anak.Keguguran rambut agak ketara selepas 4 bulan melahirkan anak dan berterusan selama 2 bulan kerana mengalami perubahan hormon secara tiba-tiba,selepas melahirkan yang mana semasa kehamilan aktiviti hormon berada diperingkat optimun.
Pengambilan pil perancang,memberi kesan yang berbeza kepada seseorang individu.Bagi wanita yang sihat,mmepunyai berat badan yang sesuai dengan ketinggian,mempunyai kitar haid yang teratur,disamping makan makanan berkhasiat tetapi menggunakan pil perancang mendorong ketidakstabilan hormon dan mengakibatkan keguguran rambut.Berlainan pula dengan wanita yang mempunyai haid yang tidak teratur,Mengambil pil perancang untuk menstabilkan hormon kerana pil ini juga dikenali pil hormon.Kestabilan hormon menyebabkan rambut individu ini kekal sihat dan lebat.
Menopouse pula satu keadaan badan seseorang wanita tidak lagi mengeluarkan hormon wanita.Akibat faktor usia dan penuaan saling berkaitan yang mana menyebabkan rambut menjadi lemah,mudah gugur dan rapuh/kering.
3)Faktor usia/umur
Faktor usia juga memainkan peranan dan saling berkaitan dengan tindakkan hormon normal badan.
Semakin umur meningkat ,semakin kurang hormon dihasilkan sama ada lelaki atau wanita.Proses penuaan berlaku,contohnya seperti wanita yang telah menopouse mengalami keguguran rambut yang ketara,dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun ke atas.
Wanita yang berumur 40 hingga 50 tahun selalunya akan kehilangan 20% dari rambutnya,namun kadar keguguran rambut lambat berbanding lelaki.
4)Penyakit.
Keadaan seseorang mengalami penyakit outo-imun contoh penyakit SLE(penyakit Sistemik Lupus Erythetosus),keadaan rambut gugur di sebabkan penyakit dipanggil Alopecia Areata.
Penyakit auto-imun di mana liang rambut di musnahkan oleh sel pesakit itu sendiri.Keadaan ini boleh
menyebabkan tompokkan botak pada kepala atau mungkin botak pada keseluruhan rambut di kepala.
Penyakit ini juga boleh menyebabkan botak pada keseluruhan rambut yang ada pada badan seperti kepala,
ketiak dan kemaluan,ia dikenali Alopecia Universallis.
Penyakit sistemik seperti Diabetes Mellitus dan kalenjar thyroid menyebabkan keguguran yang banyak disamping kadar pertumbuhan kurang.
5)Jangkitan kulat.
Jangkitan kulat/kuman,virus atau fungal sering berkait dengan penyakit sistemik seperti diabetes mellitus.
Kebiasaannya akan menyebabkan satu kawasan yang dijangkiti kuman botak.jangkitan kulat juga biasa
terjadi pada kanak-kanak kerana kurang menjaga kebersihan diri atau disebabkan penyakit kulit.
6)Kesan ubat-ubatan(sampingan)/alah terhadap ubat seperti:
*Ubat Antilogulasi(warfarin)
*Ubat merawat kanser/kesan kemoterapi.
*Pil perancang keluarga.
*Ubat anti-kemurungan
*herba
Faktor-Faktor diatas adalah merupakan faktor utama keguguran rambut yang serius.Namun terdapat juga beberapa faktor lain yang mendorong keguguran rambut antaranya seperti:
1)Keturunan
>Jenis ,warna rambut.
2)Kekerapan Dandanan,>mewarnakan rambut,pengayaan.
3)Bahan kimia(shampoo)
4)Keadaan rambut>rambut panjang(wanita),lebih kerap gugur berbanding rambut pendek.
5)Kekurangan Nutrien>Seperti tulang memerlukan kalsium yang cukup,untuk memastikan pertumbuhan tulang yang kuat,agar tidak rapuh serta elak osteoporosis.Zat makanan /nutrien amat penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang, gigi, gusi serta kuku dan rambut.
Cara Mengatasi jika mengalami keguguran rambut yang serius:
1)Dinasihatkan berjumpa doktor/pakar untuk dapatkan nasihat dan rawatan:
>Kebiasaan ujian penyiasata diperlukan untuk mengesahkan sama ada kegugguran rambut disebabkan oleh
penyakit lain.
2)Jangkitan kuman/bakteria boleh dirawat/dikawal menggunakan ubat anti-kulat.
3)Mendapatkan ubat .
>Dapat membantu dalam beberapa situasi contohnya ubat minovidil dalam bentuk topikal ,2% hingga 5% dapat memperlahankan @ mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita.
>Tablet finastreride dapat membantu masalah botak pada lelaki.
4)Jika masalah stress,usah bimbang kerana ia bersifat sementara dan rambut akan tumbuh semula.
5)Terapi Psikologi>diperlukan untuk rawatan "Thrichotillomania".
6)Amal pemakanan sihat dan seimbang;
>Mengurangkan pengambilan berkolestrol/berminyak,Menurut kajian sebum minyak pada liang roma akan lebih aktif mengeluarkan minyak serta keringat peluh,setelah melakukan aktiviti luar atau terdedah kepada cuaca panas.Keadaan kering dan lembap pada kulit kepala serta penggunaan minyak rambut yang tidak sesuai boleh merosakkan rambut di samping mengalakkan kelumumur pada kulit kepala.
kelumumur yang banyak bukan sahaja menyebabkan kegatalan malah menyebabkan follikel rambut lemah dan secara tidak langsung mendorong keguguran rambut.
7)Penggunaan/herba @ petua;
Contoh campuran daun inai dan herba,dikatakan mampu melebatkan rambut.
8)Mencuci dan merawat dengan cara yang sesuai
>rambut yang sihat tidak akan gugur begitu banyak disebabkan oleh rambut yang kering dan rosak .
>Menggunakan minyak rambut yang sesuai
9)Mengurut kulit kepala secara kadar yang sesuai.
Urutan dipercayai boleh menyebabkan saluran darah akan
bertambah baik,meningkatkan pengaliran darah seterusnya membekalkan oksigen dan nutrisi kepada kulit
kepala dan rambut.Mengurut juga meransangkan follikel rambut yang sedang keadaaan rehat untuk
menggalakkan pertumbuhan dan memanjangkan rambut.
Sumber dipetik daripada Dr Zubaidi dan Dr Sorya A.Aziz(portal Myhealth.gov)"Rambut gugur".
* Anda mungkin berminat mengetahui set asas Keguguran Rambut,Atau ingin menstabilkan hormon anda.
>Boleh rujuk:
1)Set Kesihatan Wanita.
2)Set keguguran Rambut(ESP +Zink Complex + Vitalea ) & + Prosante Syampu
Nukilan:Pn Zurina Bt Mohd Noor,
ID 1092799,Distributor Shaklee.
Cod area Puchong ,
No,Telefon:019 3518 273(Call/whatsapp)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Puan,sya mengalami keguguran rmbut & bulu pubis tetapi sya x pegi buat check up...akn bertambah parah ke klu sya x wt check up?bolehkh sya wt andaian yg sya sakit?
ReplyDeletePuan,sya mengalami keguguran rmbut & bulu pubis tetapi sya x pegi buat check up...akn bertambah parah ke klu sya x wt check up?bolehkh sya wt andaian yg sya sakit?
ReplyDeletePuan, sya ada masalh rmbut gugur & bulu pubis..tetapi sya x gi wk checkup..bolehkah sya andaikn sya sakit?perlukh sya pegi jumpa doktor untk kepastian?
ReplyDeletePuan, sya ada masalh rmbut gugur & bulu pubis..tetapi sya x gi wk checkup..bolehkah sya andaikn sya sakit?perlukh sya pegi jumpa doktor untk kepastian?
ReplyDelete