Sunday 11 December 2016

Batuk berkahak:Cara membuatkan anak memuntahkan kahak


Assaamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca...Ini anak bongsu saya Mohd Abid Amjad,lahir pada 15 haribulan 12 2016.Ketika ini berumur 11 bulan.Sering mengalami asma  ekoran batuk berkahak.

Sebenarnya saya serik,menanggani karenah anak yang kurang sihat dan terpaksa bermalam di hospital dengan ujian2 yang dilakukan terhadap anak(ujian darah)  termasuklah mengambil gas (salbutamol ) dan nebulizer dan ubatan  yang banyak merimaskan.Oleh itu saya telah mencuba pelbagai rawatan alternatif.Teknik menyapu minyak,melakukan wap mahupun ubatan terapi .Walaubagaimanapun tidak semua yang rajin kan ,termasuklah saya ni.He he he,,See,,banyaknya muntah kahak dibaju ibu.hasil teknik tepukkan dan pengambilan minyak ikan Omega Guard.

Sejak umur baby Abid 5 bulan sudah 2 kali masuk hospital sebab asma dan batuk berkahak/kuman pada paru-paru..Tapi kali ini,teguran daripada ahli keluarga yang perasan pasal perubahan adik Abid,,"dah lama adik tak sakit,tak masuk hospital dah'',,makin sihat adik,lama tak dengar ambil gas atau masuk hospital..
alhamdulillah..

Saya pun bersyukur juga,apa yang boleh dielak,saya elak ,saya ikhtiar.Sebelum ni cuba usahakan juga tapi tak berapa jalan dengan hanya mengharapkan ubatan hospital /klinik.Alhamdulillah,,kini sejak usianya meningkat saya mula memberikannya minyak ikan omega guard (omega 3)berbentuk kapsul lembut. Sebenarnya tak terlintas pun pasal minyak ikan ni,suatu hari Master saya share pasal kebaikkan minyak ikan omega guard Shaklee ni bagus untuk mencairkan kahak.Saya ingat,omega3 bagus untuk otak dan jantung jer serta saluran darah,maka saya pun start amalkan omega.dan itulah hasilnya.
Memang susah nak diberi macam ubatan sirap,tetapi dengan bentuk kapsul macam gula-gula dikemam dalam mulut dan digigit.Bimbang,permulaan takut dibuang/dimuntahkan saya pecahkan dalam nasi buburnya.

Dan langkah2/teknik lain juga turut saya praktikkan.


Antaranya:

1)Teknik awal menanggani pemasalahan pembawa wabak/virus batuk selsema.
   Dikalangan ahli @ anggota keluarga yang mengalami masalah demam selsema,batuk elakkan mendekatkan
   diri dengan baby atau ambil langkah berjaga-jaga agar wabak selsema tidak berjangkit kepada orang lain
   seperti mengambil ubat secepat mungkin.
>minum air kosong yang mencukupi,mencegah demam dan sakit tekak,kerana tanda-tanda awal kemungkinan demam batuk selsema adalah sakit tekak,ini tandanya anda kurang air.
>Elakkan baby dari menghidu asap rokok,persekitaran habuk dan debu khususnya baby /anak yang ada asma.

2)Sentiasa berwaspada kepada keadaan persekitaran,
Seperti cuaca sering berubah-ubah panas hujan senang menyebabkan kita mengalami demam batuk selsema ,begitu juga dengan baby.Jadi elakkan bayi terdedah kepada cuaca yang terlampau sejuk atau panas.
Elakkan bayi dimandikan terlalu lama dengan air sejuk dan seeloknya dimandikan pada waktu "Dhuha" iaitu ketika matahari sedang meninggi antara pukul 9 pagi ke atas.Selepas mandi pagi seeloknya disapukan minyak panas/urut seperti minyak asma,mastika @ sebagainya pada tapak kaki ,dada dan belakang.

3)Teknik  menyapu minyak dan mengurut
   Sebenarnya teknik menyapukan minyak pada baby boleh dilakukan bukan sahaja waktu  selepas mandi pagi tapi boleh dilakukan pada bila-bila masa.Ini kerana batuk kahak banyak  menyerang pada waktu pagi dan malam menjelang pagi.Minyak di sapu  di iringi dengan urutan lembut.

a)Bahagian kaki disapu minyak dan diurut lembu secara memusar telapak kaki tengah.
b) Bahagian dada disapu penuh dibahagian dada kemudian  diurut lembut dari tengah ke tepi badan mengikut
    jari jemari ditekan perlahan-lahan ke dada baby menyusuri tulang -tulang rusuk/paru-paru hingga bawah       ketiak berulang kali.
c)Bahagian belakang pula di sapu penuh secara memusar kemudian diurut lembut juga dari tengah ketepi mengikut tulang rusuk/paru-paru hingga ke bawah ketiak.Bahagian belikat iaitu antara tulang bahu dan tengah belakang hendaklah diurut kerap secara memusar dengan ibu jari.

>Teknik mengurut dapat melegakan sakit di bahagian dada dan belakang serta dapat melonggarkan kahak yang melekat.Malah Sapuan minyak juga membantu.

4)Fisioterapi
 Kaedah fisioterapi dengan cara menepuk bahagian belakang badan.Kaedah ini diguna pakai semasa mendapakan rawatan asma di Hospital Columbia.
Di mana keadaan bayi ditelangkupkan badan,punggung ditinggikan seperti diletakkan atas bantal/riba manakala bahagian badan muka direndahkan.Kaedah menepuk dibahagian belakang dilakukan berulang kali bergantung kepada keadaan iaitu sekurang-kurangnya 50 kali.Di bahagian belakang teknik menepuk tertumpu kepada 3 bahagian iaitu tepi kiri kanan dan tengah.Ia dimulakan di bahagian tepi berulang kali,ketika ini posisi bayi hendaklah dibaring telangkup dengan posisi muka dan badan rendah serta badan mengiring ke kanan atau kiri dimulakan dahulu dan ditepuk iaitu posisi sasaran di bahagian tulang rusuk bawah ketiak..
Bahagian tengah yang akhir ditepuk dengan tapak tangan.tepukan adalah sederhana dan jari jemari kita harus dirapatkan dan tapak tangan melengkung .
>teknik menepuk juga salah satu cara untuk melonggarkan kahak.
>teknik ini dilakukan sebelum proses menyedut kahak.

5)Kaedah menepuk bahagaian belakang baby ketika sedang batuk.
 >Ketika baby/anak batuk seeloknya kepala/badan baby direndahkan/tunduk,kemudian lakukan tepukkan di
   belakang baby berulang kali sehingga batuknya berhenti.Jangan risau jika baby muntah,kerana tepukkan memang perlu untuk membuatkan baby memuntahkan kahak.

6)Teknik Mengewap.
   Meletakkan besen air panas bercampur hirisan lemon dan halia.
  >Posisi baby ditelangkupkan ke bawah muka menghadap besen berisi air panas.Bagi saya teknik ini untuk melegakan hidung tersumbat/selsema dan melegakan kahak pada paru-paru.
* Saya jarang sekali menggunakan kaedah ini kerana bimbang keselamatan baby yang kuat meronta,hanya menggunakan teknik di atas sahaja.

Bayi senang mendapat virus batuk,demam ,selsema mahupun jangkitan kuman pada paru-paru kerana antibodinya yang belum kuat.Oleh itu,elak dan berwaspada kepada keadaan persekitaran yang tidak selamat dan ambil langkah bijak sekiranya mengalami situasi begini.Mendapatkan rawatan di hospital adalah langkah terakhir,tapi anda haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal.Melihat cucukkan jarum ,ujian demi ujian darah dilakukan,mendengar raungan tangisan baby kesakitan sungguh meruntunkan jiwaku.



Sesiapa yang berminat nak tahu lebih langjut dengan Omega Guard Shaklee boleh hubungi saya:

Pn Zurina Binti Mohd Noor
Pengedar sah Shaklee,ID 1092799
SID Shaklee Puchong Selangor.
No tel:0193518273


Wednesday 16 November 2016

Set kesihatan semasa hamil dan selepas kehamilan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.

Di sini saya ingin memperkenalkan set kesihatan moden untuk ibu yang sedang hamil mahupun baru sahaja menimang cahaya mata.Produk suplemen yang serba ringkas dan mudah berbanding ubatan tradisional yang rumit dan leceh.Ia direka khas sesuai dengan kehendak dan keperluan ibu untuk kelihatan sihat cergas sepanjang kehamilan dan selepas kehamilan di samping menjaga kesihatan bayi yang dikandung.

Set shaklee family wellness memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat bertenaga.

KEBAIKKAN:
*Membbantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh.
*Membantu anda berasa lebih bertenaga
*Menguatkan sistem imun anda.
*Membekalkan khasiat untuk kulit,rambut,kuku,tulang dan otot yang sihat.

Fungsi:

>ESP sebagai minuman protien untuk tubuh:Kekurangan Protein dalam badan mengaitkan kecacatan pada bayi
>VITALEA :Mengimbangi nutrien dalam badan,mengandungi asid folik
>B COMPLEX:Sebagai asid Folik>Kekurangan asid folik menyebabkan kecacatan pada bayi atau perkembangan bayi terencat.
>OSTERMATRIX sebagai kalsium atau pengganti susu bagi yang idak gemar minum susu>Melegakan sakit belakang ,kejang(cramp) kaki dan menghalang osteoporosis
>Omega Guard:Mengandungi DHA>Membantu perkembangan otak janin.
>VITAMIN C;Pengambilan dos/vitamin c yang tinggi /cukup akan mengurang rasa sakit semasa bersalin.

MANFAAT LAIN: 

B COMPLEX>Sebagai asid folik:Kekurangan asid folik menyebabkan kecacatan pada bayi atau perkem-

                          bangan bayi terencat.

Vitamin B complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh iaitu Vitamin BI,Vitamin B2,Vitamin B3,Vitamin B6,Fotate(acid folic),Vitamin B12,Panthohenic acid untuk menggantikkan vitamin B yang hilang.Kelebihan asid folic shaklee berbanding  viamin B di jual dipasaran adalah kandungan "biotin",asid panthothenic dan lain-lain jadi ia lebih membantu mempercepatkan proses penyerapan nutrien dan boleh membaikpulih sel-sel/sintesis DNA,merawat tisu rosak dan sebagainya.

*Ia membantu menguatkan jantung,peparu dan organ2 yang penting.

*Membantu penyaluran tenaga>Menukar makanan kepada tenaga,bantu penghadamam ,menukar lemak,karbohidrat dan protei kepada tenaga dan dapat mengurangkan sakit kepala serta keletihan.

*Membantu mengurangkan tekanan,kemurungan,insomnia.

*Membantu mengurangkan sympton PMS>Meredakan senggugut,kerisauan keresahan.

*Baik untuk mata>Membantu mengurangkan masalah keletihan mata,mencegah katarak,meningkatkan kualiti penglihatan,menguatkan memori daya pemerhatian(fokus) .

*Mencegah rambut gugur dan beruban>membaiki masalah kulit kepala,kelumumur,rambut gugur dan beruban.

*Sintesis DNA>Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan bayi seperti otak dan tulang belakang atau spina bifida.

*Mencegah perlcche(kerekahan mulut)>juga mencegah jangkitan lidah(glossitis) dan nafas berbau.

*Detoksifikasi>meredakan alahan:perempuan hamil sering mengalami alahan.

*Membantu pembentukkan sel darah merah>mencegah thalesemia ,hb rendah dan sebagainya.HB rendah berisiko pada ibu yang sedang hamil dan juga berisiko kepada baby yang dikandung kemungkinan mengalami kecacatan spina bifida.Seperti testimoni di bawah adik ini mengalami "low HB"mewarisinya seperti ibunya.

*HB rendah amat berisiko kepada ibu hamil sekiranya mengalami ketumpahan darah sewaktu melahirkan bayi.Darah yang ada tidak cukup untuk menampung keperluan dan bimbang risiko maut.


*migrain,sakit kepala,kemurungan ,stress dapat di atasi dengan mengambil cukup vitamin B.




Vitamin C:
 *Membentuk kolagen>Memperbaikki tisu yang rosak di mana kolagen adalah sebatian asas otot,tisu,rangka
   dan tulang rawan.Kerosakkan tisu otot akibat pengembangan fizikal badan semasa hamil dan sewaktu me-
   lahirkan bayi.Ia mampu mengatasi kulit yang kendur berkedut dan lembik.

*Memperbaikki simptom pendarahan>Kekurangan vitamin c bukan sahaja menyebabkan sering berlaku pendarahan kecil seperti bengkak,lebam hidung berdarah dan gusi berdarah.Malah pendarahan yang dialami semasa bersalin akan mengambil masa yang lama untuk pulih.Pengambilan vitamin C menolong mengukuhkan kapilari dan dinding sel.

*Mengelakkan sakit kepala dan migrain>Vitamin C membantu menghasilkan hormon adrenal anti-stress serta mengatasi keletihan dan kelesuan.

*Mencegah anemia(penyakit kurang darah) dan hb rendah>Vitamin C membantu penyerapan zat besi,asid folik,dan B12.

*Menguatkan sistem Imun>Mencegah demam,selsema dan batuk.

*Membaikpulih tisu,mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin dan meningkatkan sistem imun tubuh.

*Mencegah vena varikos/varicose veins>vitamin C 500mg SRMenurunkan kecenderungan bekuan darah.Bioflavanoid menggalakkan pemulihan dan mengurangkan lebam.

*Mengurangkan kesakitan bersalin 50%>Pengambilan vitamin C 500Mg SR yang tinggi sebelum bersalin(ketika hamil)

*Mengatasi kolestrol tinggi>Pengambilan vita C 500mg SR menurunkan LDL dan meninggikan HDL:untuk kesihatan jantung dan otak.Pengambilan vitamin C secara tidak langsung dapat mengatasi/mengelakkan kegemukkan berlaku selepas bersalin.

 VITALEA;
*Sesuai untuk ibu mengandung>Mengimbangi nutrien dan mengandungi asid folik

*Vitalea>vitamin dan mineral lengkap untuk tubuh orang dewasa dan juga untuk kesihatan bayi yang dikandung.Mengandungi kesemua viamin yang diperlukan seperti Vitamin A,Vitamin D,Viamin E,Vitamin C,Asid folik,Vitamin B1,Vitamin B2,Vitamin B3,Vitamin B6,Vitamin B12,Biotin,Viamin B5,kalsium,fosforus,iodin,zat besi,magnesium,copper dan zink.

*Mengatasi kemandulan>Mengandungi isoflavone sangat penting untuk hormon wanita(estrogen).Dan mencegah masalah prostat.

*Mencegah vena varikos/varicose veins>Vitalea mengandungi kesemua vitamin & nutrien,Ia penting untuk proses pemulihan saluran darah.

*Mengelakkan rasa letih dan lapar terlampau>Vitalea mempunyai nutrien yang cukup untuk tubuh orang dewasa.Bagi wanita yang baru melahirkan anak semestinya akan sentiasa lapar dan letih terutama kepada ibu yang menyusukan bayinya.Sedangkan lohong/rongga(perut) yang terbuka perlu di isi untuk mengatasi rasa lapar dan letih.Malah keperluan nutrien amat penting unuk pemulihan tenaga selepas bersalin ,ia juga penting untuk mengekalkan kandungan nutrien bagi menghasilkan susu badan yang berkualiti.Tidak seperti perubatan tradisional yang banyak pantang larang terhadap makanan,yang membataskan keperluan viamin untuk tubuh si ibu.

>Vitalea sebagai pengganti makanan semasa berpantang>mempunyai kandungan vitamin dan nutrien yang cukup.

>Kegemukkan semasa mengandung; Ibu yang mengandung juga disarankan mendapatkan diet yang sempurna semasa mengandung .berat badan yang meningkat terlampau mendadak dibimbangi mendatangkan/meningkatkan kandungan gula dalam darah dan kandungan Hb terlampau tinggi.Oleh itu dengan pengambilan VITALEA  dapat mengimbangi kandungan nutrien dalam tubuh .


OSTEMATRIX

Mengandungi kalsium,magnesium,fosforus dan vitamin D,zinc ,kuprum,mangan dan boron.>Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan mineral.Kajian elah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

*Pengganti sumber kalsium dan Zat besi>Bagi ibu yang tidak gemar minum susu.Osermatrix mengekalkan kesihatan tulang dan elak tulang rapuh.

*Mengatasi rambut gugur dan kuku pecah akibat kekurangan kalsium.

*Di dalam pantang dan menyusukan anak>Menganti semula kalsium yang hilang akibat penyusuan bayi.

*Semasa Hamil>Mengelakkan kekejangan otot,kaki kejang cramp>kalsium yang kurang menyebabkan masalah ini.

*Mengelakkan sembelit>membantu sistem penghadaman(melawaskan pembuangan tinja).dan juga mencegah buasir.

*Mengatasi sindrom Prahaid ?premenstrual syndrome>ostematrix bertindak mengatasi kekejangan,sakit belakang dan gementar.

ESP( soy enegy protein)

Wanita mengandung memerlukan protein untuk pembinaan sel-sel dalam tubuh bagi menggalakkan proses pembinaan sel janin.Protein diperlukan untuk badannya sendiri dan juga kesihatan bayi yang dikandung.
*Kekurangan potein boleh menyebabkan kecacatan bayi.
*ESP>mengatasi kebas-kebas kaki dan kekejangan,ia menghalang arophi otot.

*Mengatasi HIPOTHYDROIDISMA>Tahap plasma rendah dikaitkan dengan hipohiroid.Di mana keletihan,kelesuan atau pergerakkan lambat,depresi mental,masalah ingatan,berat badan meningkat,sembelit,intoleran sejuk,rambut gugur dan kulit kering,bengkak/lebam di sekeliling mata dan haid yang banyak/darah nifas yang banyak.

*Protein diperlukan untuk membina sel baru>membaikkpulih sel tisu yang rosak.Seperti mengatasi rambut yang gugur dan kuku yang rapuh agar kembali normal,tisu yang rosak akibat proses melahirkan anak.

*ESP untuk kesihatan/kecantikkan kulit ibu dan bayi>Estrak soya yang berkualiti tinggi dan "non GMO",mampu menjadikan kulit cantik gebu dan tidak kering bersisik.

*ESP>Estrak soya berkualiti tinggi  dan "non GMO",mempunyai indeks glisemik rendah ia berbeza dengan susu yang biasa .Walaupun semasa hamil ibu-ibu digalakkan minum susu untuk kesihatan diri dan bayinya,tapi harus berwaspada pengambilan susu yang banyak terutama yang mempunyai kalori yang tinggi akan menyebabkan berat badan naik mendadak.
>Oleh itu ESP lebih berupaya menggantikan susu rendah lemak di pasaran untuk menurunkan paras kolestrol dan juga tahap gula dalam darah.
>Berupaya mengelakkan diabetes semasa hamil.

Omega Guard

Minyak ikan yang berpaten dan berkualiti tinggi.Minyak ikan semulajadi,hasil sumber ikan lautan dalam.Melalui proses penyulingan tiga molekul untuk mengesrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan semulajadi.Mempunyai EPA,DHA,ALA dan HDA.

*Sebagai asid lemak>badan tidak boleh menghasilkan sendiri asid lemak melainkan memperolehinya dari sumber makanan.Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada andropos.
>Juga mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS unuk kulit licin dan kemerahan.

*Mengatasi kemandulan>asid lemak perlu untuk menggalakkan fungsi uterin yang sihat.

*Mencegah penyakit saluran darah dan srok>EPA dan DHA boleh menentang thrombosis,tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah,melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.
>Juga merendahkan kolesrol,menghindar pembekuan darah di dalam badan.Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL.
>Mengawal obesiti,mencegah arteriosclerosis,myocardial infarction dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

*Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.

*Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan>Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalan kesihatan mental,termasuk kemurungan,tekanan,kebimbangan(anxiety)neurasthenia,insomnia,autism,kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia..

*Kesihatan mental bayi dan mencegah kecacatan bayi.

*Sebagai DHA>Semasa penyusuan bayi(di dalam pantang),Susu ibu yang kaya dengan DHA

*Sebagai sistem imun,anti-penuaan dan menyihatkan paru-paru,

*Menentang kanser.>Mencegah kanser paru-paru,prostat,payudara dan kolon.
*Mengurangkan kekejangan sewaktu haid atau sindrom pra-haid.

*Mengurangkan kesakitan sendi. dan sakit badan semasa mengandung dan selepas hamil.
*Untuk Kesihatan kulit/mengelakkan alahan terhadap kulit ibu dan bayi seperti exzema.

*Mengelakkan kehilangan nafsu berahi>Kebanyakkan wanita yang telah melahirkan anak sentiasa mengalami perasaan kemurungan serta keletihan,oleh itu secara tidak langsung mengalami kedinginan seks.Omega -3 mengandungi asid lemak EFA,untuk mengatasinya.

Penggunaan Omega Guard semasa atau hampir bersalin tidak digalakkan kerana fungsi Omega melancarkan peredaran darah.Untuk mengelakkan kecairan darah atau pengeluaran darah yang banyak sewaktu bersalin.Oleh itu pengambilan omega dihentikan dalam tempoh sebulan sebelum tarihk"due date" dan boleh diteruskan selepas pantang.

Untuk Kesihatan menyeluruh iaitu selepas melahirkan bayi,tambahan suplemen Alfalfa complex sebagai jamu moden yang boleh diguna pakai semasa dalam pantang.Bertindak mengeluarkan lendir-lendir sisa darah,merapatkan ruang vagina,menjaga kesihatan rahim wanita di samping untuk menampung keperluan susu badan yang tidak cukup ,mengatasi keletihan.membantu sistem penghadaman dan sebagainya.Untuk Maklumat langjut boleh klik pada link di bawah>

Alfalfa complex

Hubungi saya untuk konsultasi dan berminat dengan produk penjagaan kesihatan dalaman dan kecantikkan .

Pn Zurina Binti Mohd Noor
SID Shaklee,ID 1092799 Puchong Selangor.
No Telefon;0193518 273

Friday 4 November 2016

Scrub Muka homemade

Scrub Muka(ESP+ vit E + Habbatus Sauda +Garam bukit )

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi,hari ini saya berpeluang berkongsi idea bermanfaat,tanpa di sangka-sangka,saya berjaya menghasilkan sendiri scrub muka dengan menggunakan bahan yang selamat tanpa bahan kimia,iaitu hasil gabungan ESP,Vitamin E semulajadi daripada produk shaklee ,Habbatuss Sauda dan garam bukit.Asalnya,bangun tidur terkejut tengok muka kusam yang amat,inilah bahana tak cuci muka sebelum tidur.Walhalnya ,saya ni tak suka belek-belek muka tepek krim bagai just guna pencuci muka jer.Tapi alhamdulillah la,kulit muka jadi tak kering mengelupas,malah bahagian badan lain pun tak kering bersisik,begitu juga dengan tumit tak pecah dan rambut jarang gugur,sejak amal ESP.Saya amal ESP ni sebab breasfeed baby tau dan vitamin E tu saya ambil sekali sekala sebab saya ada vitamin C.Vitamin E kepunyaan suami saya.Nak tahu,vitamin E dengan selenium bukan sahaja bersifat anti-penuaan mampu mengatasi jeragat,juga bersifat anti-radang malah untuk menambahkan nilai kepekatan sperma(mani) lelaki dan syahwat lelaki.Vitamin elok sangat diambil oleh lelaki yang mudah letih,kurang "keinginan",malah kemandulan juga berpunca dari lelaki tau.Hahaha saya,suami saya ambil"that,s no point"dah  7 cahaya mata,percaya tak?

Sebenarnya saya juga terpengaruh dengan Scrub Garam Bukit dan Habbatus Sauda yang dikatakan mampu menghilangkan jeragat dan parut.Untuk pengetahuan anda semua,saya pernah cuba menghasilkan scrub muka dengan dua bahan ini,tapi amat mengecewakan kerana membuatkan kulit rasa pedih,perit dan luka kerana tekturnya yang kasar.Alhamdulillah kali ini dengan gabungan produk shaklee,bukan sahaja tidak menyakitkan hasilnya sungguh WOWWW.Alang-alang bahan dah ade kat rumah,maka tercetuslah idea.

Tekstur serbuk Esp yang halus hasil estrak soya tulen NOGMO,bukan sahaja boleh diambil secara oral untuk mencantikkan kulit malah melicinkan kulit.Gabungan vitamin E memantapkan lagi penghasilan scrub ini,seperti mana yang kita tahu vitamin E semulajadi (shaklee),mampu mencantikkan kulit,bersifat anti-penuaan dan berupaya menghilangkan jeragat.

Saya suka bereksperimen sendiri,dan merasakan sendiri perubahan dan berkongsi manfaat dengan anda semua.Saya tidak menjual/berniaga semata-mata malah ingin menambah nilai hidup seseorang,Dan saya mahu anda semua rasa ,apa yang saya rasa di awalnya saya membeli/mencuba dengan orang lain dan akhirnya jadi pengguna setia(ahli).Saya juga,cuak/khuatir dengan testimoni orang lain,atas sebab ini jugalah saya mencuba sendiri.
Bahan Scrub ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air.
Jom kita tengok>>

muka sebelum mandi/cuci
Selepas digosok dan dibiarkan selama 5 minit 

>>saya biar selama 5 minit bukanya apa,sibuk buat facial kat muka suami sekali.Gambar saya zoom dekat asalnya nak tengok perubahan.
Hasil inovasi Scrub/selepas dicuci.

(Pn Zurina,,ibu kepada 7 anak)
Kepada pembaca diluar sana,berminat dengan produk shaklee yang mana telah lebih 50 tahun bertapak dan telah dilakukan beribu-ribu ujikaji untuk memastikan ketulinan dan keberkesanan.Produk yang disahkan halal dan selamat tanpa kimia dikenali dan bertaraf antarabangsa..Landmark sudy.

Hubungi pengedar shaklee sah,untuk mendapatkannya,kerana produk shaklee tidak dijual dipasaran demi menjaga kualiti dan agen-agen pemasarannya yang terlatih.

Saya> Pn Zurina Binti Mohd Noor,SID sah shaklee No ID 1092799
           SID  Puchong Selangor,
           No telefon:019 3518 273

TIPS KEKAL CANTIK DAN SIHAT:Menjaga kesihatan dalaman dan luaran.


Dunia Wanita:

Wanita dan kecantikkan tidak boleh dipisahkan,sudah lumrah suka akan kecantikkan suka berdandan agar kelihatan cantik.Namun ramai para wanita/perempuan mengambil remeh akan kecantikkan dalaman(kesihatan dalaman).Maka tidak hairanlah memilikki wajah yang cantik halus mulus dek kerana pengunaan kosmetik sedangkan jelas ketara perubahan kulit wajah dan bahagian badan lain seperti bahagian leher dan kulit yang lebih gelap ,kering,kendur ,bersisik dan sebagainya.

Menjaga kesihatan dalaman adalah lebih penting kerana apabila memilikki badan yang sihat secara tidak langsung akan memberi penampilan yang hebat kepada empunya diri.Apa yang saya maksudkan di sini sebagai contoh,kesihatan yang kurang memuaskan apa yang jelas kita lihat seseorang itu menglami mood swing,stress,dan dalam keadaan yang tidak bermaya,letih &etc.

Apabila mengalami keadaan ini secara tidak langsung,mereka/anda malas menjaga penampilan diri.Sebagai contoh lagi,keadaan stress,tekanan kerja yang banyak(bersengkang mata)/masa tidur tidak cukup akan membuatkan seseorang itu sakit kepala,keliling mata yang lebam/hitam dan eye bag.

Hasil penelitian/rujukkan saya kongsikan tips kesihatan untuk anda:

Tips menjaga kesihatan dalaman:

1)Minum air kosong/putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Bukan Ais:

 >>   Air kosong yang saya maksudkan haruslah air sejuk bukan ais(bukan air dalam peti).Bagi wanita yang telah melahirkan anak seeloknya amal ambil air suam.Air yang sangat sejuk,akan merencatkan otak berfungsi.Pernah tak anda minum ais,dalam keadaan tergesa-gesa/lahap?.Rasa sakit kepala kan,malah seluruh bahagian muka rasa sakit.Otak yang terencat gagal menghantar maklumat dan seterusnya menyebakkan kekejangan/kaki krem.

>>Air yang sangat sejuk juga tidak sesuai kerana boleh menyebabkan"sakit urat,sakit pinggang,Sakit belakang"/bentang,hal ini jelas dapat dirasakan oleh wanita yang telah melahirkan anak.Oleh itu,golongan ini senang mengalami kekejangan otot/kaki krem.

>>Ais akan menyebabkan urat saraf mengembang,bukan sahaja menyebabkan sakit urat @ bentang,tetapi boleh menyebabkan badan gemuk @senang gemuk air.Makanan yang kita ambil bersama ais sejuk tidak dapat dinyahcerna dengan baik,terutama makanan yang tinggi kolestrol,banyak minyak.Ais boleh membekukan kolestrol lemak dan melekat pada dinding usus.

>>Masalah Gemuk air@ pengemar ais mengalami, badan banyak mengeluarkan rembesan cecair seperti lendir dan keputihan.Ini menandakan ais tidak elok untuk kesihatan rahim juga.

>>Air kosong wajib diambil pada waktu pagi/sebelum sarapan.Ini penting untuk menjaga fungsi organ dalaman di samping menolong proses menyahtoksin dalam badan.Di mana buah pinggang kita telah banyak terbeban setelah semalaman bekerja,air bertindak sebagai auto plush membuang sisa toksin melalui perkumuhan/pembuangan air kencing.Air juga dapat melawaskan pembuangan sisa tinja.Ia penting untuk menjaga kesihatan usus.Air penting untuk membantu fungsi normal badan bertindak dan membantu badan dalam proses "detoks".

Badan yang banyak toksin menandakan anda mempunyai masalah dalaman seperti masalah usus(sembelit,appendic/ulser perut,),masalah perut buncit.Akibat toksin yang banyak dalam perut juga menyebabkan nafas dan badan berbau kuat/busuk dan kurang menyenangkan.

>>Air yang cukup juga,sebagai gantian air setelah proses perkumuhan berlaku dan mengelak berlakunya sel kulit kehilangan kolagen seperti berlakunya kulit kering,bersisik,kendur.

Banyak kepentingan air putih terhadap badan khususnya terhadap organ penting,nanti saya kongsikan/pautan web(link) saya yang seterusnya.

2)Banyakkan pengambilan buah-buahan & sayuran
>>Buah yang saya maksudkan adalah seperti buah-buahan yang berwarna kuning,ini kerana buah seperti
    oren,betik,labu mempunyai banyak vitamin C.Vitamin C penting kepada badan  antaranya meningkatkan fungsi imun,anti-penuaan,mempercepatkan /membaikpulih tisu yang rosak.Buah-buahan yang kaya dengan serat dapat membantu melawaskan sistem penghadaman/pembuangan.

>>Buah-buahan juga mempunyai banyak air.Kepentingan air seperti yang saya terangkan di atas.

>>Buah-buahan dan sayuran juga mempunyai vitamin E,vitamin E penting juga untuk kecantikkan kulit seperti vitamin C bertindak melambatkan penuaan/Anti-penuaan.

>Buah-buahan dan sayuran kuning penting untuk kesihatan mata.

3)Banyakkan pengambilan buah sayuran hijau;
    >>Sayuran hijau juga mempunyai serat dan vitamin dapat melawaskan/menyihatkan sistem pembuangan.Pengambilan buah epal hijau bukan sahaja mempunyai banyak asid diiambil untuk menurunkan berat badan malah juga menurunkan paras kolestrol dan gula dalam darah.
>>Apple hijau>menurunkan tekanan darah dan kolestrol serta mengelakkan gejala penyakit yang berkaitan dengannya
>>Ulam-ulaman.

*Pengambilan makanan berprotein harus disertakan sekali dengan pengambilan buah untuk diet pemakanan yang seimbang.

4)Mengambil makanan seimbang
>>Pengambilan sumber protein yang cukup /pengamalan diet seimbang dan konsisten dapat mengatasi obesiti.
>>Protein juga penting untuk pembinaan sel dan tenaga.Untuk kulit yang tegang@ sentiasa menjaga kolagen kulit haruslah sentiasa mengambil sumber protein seperti susu dan bijirin.

5)Sentiasa aktif:
   Amalkan bersenam @ aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
>Jantung bekerja,secara tidak lansung menyihatkan salur darah dan mengelakkan gejala penyakit berkaitan seperti Salur darah tersumbat.

>Untuk otot kulit kelihatan tegang seprti otot perut ,lengan,peha agar tidak kelihatan mengeleber.
>Potongan badan yang cantik tanpa obesiti.

6)Menjaga kesihatan diri dalam pantang.
7)Elakkan/mengambil dalam kuantiti yang kecil makanan berlemak dan berminyak.
 >Makanan berminyak boleh menyebabkan muka berminyak dan berjerawat.
8)Ambil kalsium yang cukup.
  >untuk tenaga dan atasi stress,senggugut,kekejangan otot perut dan kaki.

Tips menjaga kesihatan luaran/muka;

1)Menjaga kesihatan kulit muka.
 >membasuh muka sebelum tidur>buang sisa make up.
 >Menggunakan pencuci muka yang sesuai.
 >Memakai serum kecantikkan
 >Memakai Pelindung Matahari dan sebagainya
2)Menjaga kesihatan kulit 
   >Seperti menjaga kulit muka,lebihan pencuci muka yan melekat di tangan tidak patut dibilas dahulu sebaiknya oleskan sekitar leher,tangan dan perut.

>Kulit di bahagian lain juga perlu diambil berat agar kelihatan muda dan tegang.
>Seperti menjaga kulit muka juga,lebihan sisa make-up jika tiada kosmetik lain harusnya juga dioles pada 
 bahagian lain seperti leher dan tangan.
*(bertujuan untuk mengelakkan perbezaan ketara kulit muka leher dan tangan).

*Tahukah anda bahagian kulit yang mengendur banyak mempunyai sel kulit mati/bintik hitam.?
Di bahagian mana?
>Bagi wanita yang telah melahirkan anak kulit kendur di bahagian perut banyak memerangkap sisa daki.Untuk mengembalikan kolagen kulit perut kepada asal,haruslah sentiasa mengosok bahagian perut dengan sabun @ pencuci muka anda dan amalkan penjagaan kulit perut sepertimana anda menjaga kulit muka.

*Setelah melahirkan anak,segelintir wanita cepat menurunkan berat badan kemungkinan akibat penyusuan bayi yang kerap.Oleh itu,kulit mudah kendur dan kering.

3) Menjaga pemakanan seperti tips menjaga kesihatan dalaman di atas.Mengambil vitamin C dan E,minum air yang cukupdan makanan seimbang.
>protein juga perlu membina balik tisu kulit yang rosak. 

4)Mengambil protein dan kalsium yang cukup
  >Protein dan kalsium penting untuk menjana tenaga dan mengelak keletihan,kekejangan otot dan stress.Di samping mencegah kekurangan asid folik dalam badan.

5)Selalu senyum/ceria.
  >Badan yang sihat akan menampilkan wajah yang ceria tiada mood swing,stress,letih dan lesu.Menjaga 
    kesihatan dalaman penting.Kerut dan kedut di muka dapat di atasi.Jerawat dan jeragat juga timbul akibat 
    tekanan yang dialami(stress &etc).


Untuk maklumat langjut boleh rujuk/klik link di bawah:




Pn Zurina Binti Mohd Noor
SID Shaklee Puchong Selangor,ID 1092799 
No telefon:019 3518 273(call/whatsap)

Wednesday 2 November 2016

Bahaya penyakit darah tinggi ketika hamil(GDM)



 Darah tinggi:

 Oleh kerana penyakit ini telah ku alami semasa mengandung anak bongsu,penyakit yang tidak pernah dijangka iaitu hanya ketika hamil,walaubagaimanapun penyakit ini kembali menyinggah selepas kelahiran bayi kerana faktor tekanan da sebagainya.Malah dikelilingi oleh orang-orang yang mempunyai penyakit ini dan risiko mendapat penyakit lain sehingga boleh membawa maut,sudah cukup menyedarkan aku bertapa pentingnya menjaga kesihatan diri.Maka bemulalah detik mengenali suplemen dan akhirnya jatuh cinta dengan produk hebat "shaklee"Bcomplex & Omega Guard.,Takut bom jangka boleh meletus bila-bila masa.,ok back to,topic..,

Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil,dianggap kes yang serius dan memerlukan pemantauan rapi dan dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan air kencing serta pemeriksaan tekanan darah.Pemeriksaan berkala di klinik kesihatan ibu dan anak, begitu penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan.
  Terdapat 2 keadaan wanita yang disahkan mengalami penyakit darah tinggi sama ada sebelum hamil @ semasa hamil.Wanita yang mengalami penyakit darah tinggi sebelum hamil lagi berkemungkinan menjadi lebih teruk semasa hamil.Keadaan ini memerlukan pemantauan yang lebih teliti apaila memasukki trimester ke-2.
  wanita yang mengalami tekanan darah tinggi apabila mula hamil,yang selalunya berlaku selepas kehamilan berusia 20 minggu.Ia cuma terjadi semasa hamil dan hilang sebaik sahaja melahirkan anak.
   Selalunya doktor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah,namun jika tekanan darah tidak terkawal,ia akan menyebabkan suatu keadaan yang lebih teruk dinamakan pre-eclampsia (PE).
   Wanita yang hamil apabila telah di diagnosis sebagai PE,bermakna beliau bukan sahaja mengalami masalah tekanan darah tinggi,malah ia memberi kesan terhadap buah pinggang,otak dan organ penting lain dalam badan.
   Pemeriksaan ujian air kencing(sering dilakukan semasa pemeriksaan berkala)sangat penting untuk kesan kehadiran protein yang terdapat dan kesan kerosakkan buah pinggang pada peringkat awal.Semakin banyak
protein yang terdapat dalam air kencing,semakin teruk keadaan pesakit tersebut.
   Sekiranya keadaan ini tidak dirawat dengan segera,keadaanboleh menjadi bertambah serius di mana dan berkemungkinan wanita tersebut mendapat sawan,keadaan ini dinamakan Eclampsia.Dalam keadaan ini risiko keselamatan pada ibu dan anak dalam rahim,di mana kedua-duanya boleh meninggal dunia semasa @ selepas proses kelahiran.
   Selain risiko kematian bayi,bayi yang dilahirkan mungkin bersaiz kecil,mengalami terencat akal,bayi lemas semasa proses kelahiran,kelahiran bayi pra-matang, uri tercerai daripada rahim sebelum kelahiran bermula dan pelbagai masalah lagi.
   Darah tinggi boleh menyebabkan ibu mengalami penyakit buah pinggang,paru-paru berair,penyakit berkaitan kegagalan fungsi hati,bengkakkan otak sehingga mengakibatkan sawan,darah tidak membeku dan boleh menyebabkan kematian pada wanita.

Tanda-tanda wanita mendapat GDM:
1)Sering berlaku pada kehamilan pertama terutama wanita yang berusia lebih daripada 35 tahun.
2)wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum hamil @ pernah di diagnosis mengalami
pre-elampsia pada kelahiran lepas.
3)Wanita yang mempunyai migrain.
4)Wanita yang mempunyai ahli keluarga terdekat mengalami PE semasa hamil.
5)Sekiranya terdapat banyak protein di dalam air kencing,kemungkinan besar wanita itu berisiko.  

Distributor shaklee:
*Pn Zurina Bt Mohd Noor,ID 109279
*SID Puchong Selangor
*No telefon 019 3518 273(call/whatsapp)
*konsultasi percuma dan order suplemen kesihatan



Friday 28 October 2016

CoQHEALTH membantu menjana jantung yang sihat.

Penyakit jantung kekal sebagai satu daripada punca utama kematian di dunia.Dengan cara mengekalkan paras kolestrol dalam darah dengan menukar gaya hidup seperti melakukan senaman berjadual, pengurusan tekanan dan diet seimbang masalah penyakit jantung dapat dibendung.

Mengapa CoQhealth?

CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan estrak teh hijau didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimun dan penyerapan yang lebih baik.

Mengapa CoQHEALTH Shaklee unik?

*Mengandungi campuran proprietari CoQ10dan resveratrol,ramuan-ramuan yang membantu menjana jantung yang sihat. 

*Penting bagi jantung>merupakan satu sistem penghantaran dengan menggunakan minyak zaitun semulajadi.

*Ramuan-ramuan utama yang telah diuji secara klinikal:
 Koenzim Q10.CoQ10 adalah nutrien larut lemak yang dihasilkan oleh tubuh dan wujud dalam semua sel.Konsentrasi yang tinggi nutrien ini ditemui di dalam organ yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi seperti jantung,hati,buah pingang dan pankreas.

CoQ10 penting bagi bertrilion sel-sel di dalam tubuh yang perlu menghasilkan tenaga mereka sendiri untuk terus hidup.Untuk menghasilkan tenaga ,sel akan membakar gula dan lemak yang datang dari makanan yang kita makan.Nutrien-nutrien ini dipecahkan dan di angkut melalui laluan penghasilan tenaga yang memerlukan CoQ10.Proses penghasilan tenaga ini diulangi beribu-ribu kali setiap saat untuk menjana denyutan jantung dan organ-organ tubuh yang lain yang memerlukan aliran tenaga yang berterusan.
Tanpa CoQ10,sel-sel tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak dapat berfungsi dengan betul.

CoQ10 juga dikenali untuk aktiviti antioksidanya yang ampuh,untuk melindungi membran sel dari radikal bebas.Sebagai antioksidan CoQ10 juga membantu arteri-arteri dari oksida akibat tindakkan LDL(kolestrol jahat).Ini sangat penting untuk menggalakkan fungsi salur darah.

Resveratrol

Resveratrol andalah fitonutrien yang wujud di dalam wine merah,kulit anggur merah dan jus anggur unggu.Revesratrol memainkan peranan penting di dalam memastikan kesihatan salur darah.
Kajian makmal menunjukkan ia mampu menghalang oksidasi LDL dan menggalakkan relaksasi salur darah.
Salur darah akan lebih lebar apabila melalui fasa relaksasi.

Manfaat CoQHEALTH:

CoQHealth merupakan campuran semulajadi proprietari 100 mg CoQ10 dan revesratrol di dalam softgel yang bioavailable:
CoQ10 juga telah dibuktikan:

*Membantu menghasilkan tenaga didalam organ jantung.

*CoQ10 membantu meningkatkan penghasilanan tenaga didalam otot jantung,menambah  kekuatan jantung untuk mengepam.Penyelidikkan juga menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah, mengurangkan serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung.

*Mengalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL.

*Banyak kajian telah menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untukmengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan.Tindakkan CoQ10 sebagai antioksidan yang kuat menghalang oksidasi LDL kolestrol"Tidak baik/jahat"dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah.

*Membantu menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 di dalam darah.

*Meningkatkan tenaga.
*CoQ10 berupaya meningkatkan tahap tenaga,menambahkan stamina,dan mengurangkan keslesuan.Kajian juga mendapati suplemen harian CoQ10 dapat mengatasi simpton-simpton kelesuan.

*Kecerdasaan Mental.

*CoQ10 merancakkan sel-sel otak yang seterusnya meningkatkan kecerdasan mental,memori dan keupayaan kongnitif.Kajian juga menunjukkan suplemen harian CoQ10 mengurangkan serangan migraine,pening dan loya.

*Kulit lebih muda.

*CoQ10 meninkatkan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan oksigen yang cukup dan sebagai nutrisi untuk pemulihan,rejuvenasi dan penghasilan colagen.Ini membantu agar kulit tegang,cerah dan berseri.

*Meningkatkan kesuburan,di mana CoQ10 menurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan kitaran sperma,pergerakkan sperma dan mutu sperma.Ia juga mampu membantu meningkatkan mutu ovum wanita.

*CoQ10 juga mengandungi resveratrol yang terbukti merehatkan saluran darah dan membantu pengaliran darah.

Manfaat lain:

*Congestive heart failure(CHF).Belum terdapat bukti kukuh yang mengaitkan pengambilan koenzim Q10
sahaja akan menghentikan kegagalan jantung.Tetapi terdapat bukti(walaupun kontroversi) bahawa ianya menolong bila dikombinasikan dengan perubatan dan rawatan jantung jantung lain.

*Mengurangkan risiko masalah jantung tambahan bagi mereka yang baru mengalami serangan sakit jantung(myocardial infarction,MI).
Apabila dimulakan dalam masa 72 jam dari terjadinya MI dan diambil selama satu tahun,koenzim Q10 didapati mampu mengurangkan serangan sakit jantun dan MI.

Penyakit Huntington(a rare genetic neurological disorder).Ubiquinol,satu bentuk koenzim Q10 yang telah dianugerahkan "Orphan Drugs Status" oleh Federal Food and Drug Administration(FDA).Penyakit ini jarang berlaku(melibatkan kurang dari 200,000 pesakit) yang mana syarikat pharmaceutical tidak akan membangunkan ubat untuknya.Walaubagaimanapun pengambilan koenzim Q10 dalam dos 600 mg atau kurang,sehari didapati tidak berkesan melambatkan perkembangan penyakit ini.

*Menghalang komplikasi salur darah selepas pembedahan"heart bypass".
Wujud bukti yang menunjukkan pengambilan secara oral koenzim Q10 selama seminggu sebelum pembedahan dapat membantu mengurangkan kerosakkan salur darah.

*Tekanan Darah tinggi(hypertensi)
Pengambilan koenzimQ10 bersendirian atau bersama-sama perubatan untuk darah tinggi dapat menurunkan tekanan darah dengan lebih berkesan.

*Menghalang serangan migraine
Mengambil koenzim Q10 secara oral membantu menghalang serangan migraine,Kajian menunjukkan ianya mampu mengurangkan kekerapan pening kepala sebanyak 30% dan serangan-serangan yang berkaitan seperti loya dan pening kepala berkurangan sebanyak 45%.Pengambilan koenzim semasa berlaku serangan migraine dan lain-lain serangan adalah tidak berkesan kerana ia perlu diambil sebelum atau harian untuk menghalang serangan berlaku.

*Penyakit Parkinson
Ada penyelidikkaan yang menunjukkan bahawa pengambilan suplemen koenzim Q10 mampu melambatkan
kemerosotan kesihatan dengan mereka yang menghidapi tanda awal penyakit parkinson.Akan tetapi pengambilan bagi pesakit yang berada diperinkat pertengahan penyakit parkinson tidak menunjukkan kesan yang positif.

*Memperbaikki imun bagi pesakit HIV/AIDS

*Muscular dystrophy(distrofi otot),satu masalah membabitkan kerosakkan otot.

Siapa yang disyorkan mengambil CoQHealth?
*Orang dewasa yang berumur 18 ke atas yang prihatin tentang fungsi jantung dan kesihatan arteri mereka.

*Orang dewasa lelaki dan wanita yang mengambil perubatan yang mungkin mengurangkan tahap CoQ10 didalam darah mereka.

*Wanita hamil atau mereka yang mengambil ubatan untuk mencairkan darah perlu mendapatkan nasihat doktor.

*Produk bukan bertujuan untuk mendiagnos atau untuk merawat penyakit jantung,tetapi boleh menjana ke arah jantung yan lebih sihat..

Anda mungkin,mengambil berat akan kesihatan jantung anda..
Anda berminat dengan suplemen untuk kesihatan jantung,:

Pn Zurina Binti Mohd Noor
SID Shaklee Puchong Selangor,ID 1092799
#Call/Whatsapp:019 3518 273