Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Sunday, 11 December 2016
Batuk berkahak:Cara membuatkan anak memuntahkan kahak
Assaamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca...Ini anak bongsu saya Mohd Abid Amjad,lahir pada 15 haribulan 12 2016.Ketika ini berumur 11 bulan.Sering mengalami asma ekoran batuk berkahak.
Sebenarnya saya serik,menanggani karenah anak yang kurang sihat dan terpaksa bermalam di hospital dengan ujian2 yang dilakukan terhadap anak(ujian darah) termasuklah mengambil gas (salbutamol ) dan nebulizer dan ubatan yang banyak merimaskan.Oleh itu saya telah mencuba pelbagai rawatan alternatif.Teknik menyapu minyak,melakukan wap mahupun ubatan terapi .Walaubagaimanapun tidak semua yang rajin kan ,termasuklah saya ni.He he he,,See,,banyaknya muntah kahak dibaju ibu.hasil teknik tepukkan dan pengambilan minyak ikan Omega Guard.
Sejak umur baby Abid 5 bulan sudah 2 kali masuk hospital sebab asma dan batuk berkahak/kuman pada paru-paru..Tapi kali ini,teguran daripada ahli keluarga yang perasan pasal perubahan adik Abid,,"dah lama adik tak sakit,tak masuk hospital dah'',,makin sihat adik,lama tak dengar ambil gas atau masuk hospital..
alhamdulillah..
Saya pun bersyukur juga,apa yang boleh dielak,saya elak ,saya ikhtiar.Sebelum ni cuba usahakan juga tapi tak berapa jalan dengan hanya mengharapkan ubatan hospital /klinik.Alhamdulillah,,kini sejak usianya meningkat saya mula memberikannya minyak ikan omega guard (omega 3)berbentuk kapsul lembut. Sebenarnya tak terlintas pun pasal minyak ikan ni,suatu hari Master saya share pasal kebaikkan minyak ikan omega guard Shaklee ni bagus untuk mencairkan kahak.Saya ingat,omega3 bagus untuk otak dan jantung jer serta saluran darah,maka saya pun start amalkan omega.dan itulah hasilnya.
Memang susah nak diberi macam ubatan sirap,tetapi dengan bentuk kapsul macam gula-gula dikemam dalam mulut dan digigit.Bimbang,permulaan takut dibuang/dimuntahkan saya pecahkan dalam nasi buburnya.
Dan langkah2/teknik lain juga turut saya praktikkan.
Antaranya:
1)Teknik awal menanggani pemasalahan pembawa wabak/virus batuk selsema.
Dikalangan ahli @ anggota keluarga yang mengalami masalah demam selsema,batuk elakkan mendekatkan
diri dengan baby atau ambil langkah berjaga-jaga agar wabak selsema tidak berjangkit kepada orang lain
seperti mengambil ubat secepat mungkin.
>minum air kosong yang mencukupi,mencegah demam dan sakit tekak,kerana tanda-tanda awal kemungkinan demam batuk selsema adalah sakit tekak,ini tandanya anda kurang air.
>Elakkan baby dari menghidu asap rokok,persekitaran habuk dan debu khususnya baby /anak yang ada asma.
2)Sentiasa berwaspada kepada keadaan persekitaran,
Seperti cuaca sering berubah-ubah panas hujan senang menyebabkan kita mengalami demam batuk selsema ,begitu juga dengan baby.Jadi elakkan bayi terdedah kepada cuaca yang terlampau sejuk atau panas.
Elakkan bayi dimandikan terlalu lama dengan air sejuk dan seeloknya dimandikan pada waktu "Dhuha" iaitu ketika matahari sedang meninggi antara pukul 9 pagi ke atas.Selepas mandi pagi seeloknya disapukan minyak panas/urut seperti minyak asma,mastika @ sebagainya pada tapak kaki ,dada dan belakang.
3)Teknik menyapu minyak dan mengurut
Sebenarnya teknik menyapukan minyak pada baby boleh dilakukan bukan sahaja waktu selepas mandi pagi tapi boleh dilakukan pada bila-bila masa.Ini kerana batuk kahak banyak menyerang pada waktu pagi dan malam menjelang pagi.Minyak di sapu di iringi dengan urutan lembut.
a)Bahagian kaki disapu minyak dan diurut lembu secara memusar telapak kaki tengah.
b) Bahagian dada disapu penuh dibahagian dada kemudian diurut lembut dari tengah ke tepi badan mengikut
jari jemari ditekan perlahan-lahan ke dada baby menyusuri tulang -tulang rusuk/paru-paru hingga bawah ketiak berulang kali.
c)Bahagian belakang pula di sapu penuh secara memusar kemudian diurut lembut juga dari tengah ketepi mengikut tulang rusuk/paru-paru hingga ke bawah ketiak.Bahagian belikat iaitu antara tulang bahu dan tengah belakang hendaklah diurut kerap secara memusar dengan ibu jari.
>Teknik mengurut dapat melegakan sakit di bahagian dada dan belakang serta dapat melonggarkan kahak yang melekat.Malah Sapuan minyak juga membantu.
4)Fisioterapi
Kaedah fisioterapi dengan cara menepuk bahagian belakang badan.Kaedah ini diguna pakai semasa mendapakan rawatan asma di Hospital Columbia.
Di mana keadaan bayi ditelangkupkan badan,punggung ditinggikan seperti diletakkan atas bantal/riba manakala bahagian badan muka direndahkan.Kaedah menepuk dibahagian belakang dilakukan berulang kali bergantung kepada keadaan iaitu sekurang-kurangnya 50 kali.Di bahagian belakang teknik menepuk tertumpu kepada 3 bahagian iaitu tepi kiri kanan dan tengah.Ia dimulakan di bahagian tepi berulang kali,ketika ini posisi bayi hendaklah dibaring telangkup dengan posisi muka dan badan rendah serta badan mengiring ke kanan atau kiri dimulakan dahulu dan ditepuk iaitu posisi sasaran di bahagian tulang rusuk bawah ketiak..
Bahagian tengah yang akhir ditepuk dengan tapak tangan.tepukan adalah sederhana dan jari jemari kita harus dirapatkan dan tapak tangan melengkung .
>teknik menepuk juga salah satu cara untuk melonggarkan kahak.
>teknik ini dilakukan sebelum proses menyedut kahak.
5)Kaedah menepuk bahagaian belakang baby ketika sedang batuk.
>Ketika baby/anak batuk seeloknya kepala/badan baby direndahkan/tunduk,kemudian lakukan tepukkan di
belakang baby berulang kali sehingga batuknya berhenti.Jangan risau jika baby muntah,kerana tepukkan memang perlu untuk membuatkan baby memuntahkan kahak.
6)Teknik Mengewap.
Meletakkan besen air panas bercampur hirisan lemon dan halia.
>Posisi baby ditelangkupkan ke bawah muka menghadap besen berisi air panas.Bagi saya teknik ini untuk melegakan hidung tersumbat/selsema dan melegakan kahak pada paru-paru.
* Saya jarang sekali menggunakan kaedah ini kerana bimbang keselamatan baby yang kuat meronta,hanya menggunakan teknik di atas sahaja.
Bayi senang mendapat virus batuk,demam ,selsema mahupun jangkitan kuman pada paru-paru kerana antibodinya yang belum kuat.Oleh itu,elak dan berwaspada kepada keadaan persekitaran yang tidak selamat dan ambil langkah bijak sekiranya mengalami situasi begini.Mendapatkan rawatan di hospital adalah langkah terakhir,tapi anda haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal.Melihat cucukkan jarum ,ujian demi ujian darah dilakukan,mendengar raungan tangisan baby kesakitan sungguh meruntunkan jiwaku.
Sesiapa yang berminat nak tahu lebih langjut dengan Omega Guard Shaklee boleh hubungi saya:
Pn Zurina Binti Mohd Noor
Pengedar sah Shaklee,ID 1092799
SID Shaklee Puchong Selangor.
No tel:0193518273
Friday, 4 November 2016
TIPS KEKAL CANTIK DAN SIHAT:Menjaga kesihatan dalaman dan luaran.

Dunia Wanita:
Wanita dan kecantikkan tidak boleh dipisahkan,sudah lumrah suka akan kecantikkan suka berdandan agar kelihatan cantik.Namun ramai para wanita/perempuan mengambil remeh akan kecantikkan dalaman(kesihatan dalaman).Maka tidak hairanlah memilikki wajah yang cantik halus mulus dek kerana pengunaan kosmetik sedangkan jelas ketara perubahan kulit wajah dan bahagian badan lain seperti bahagian leher dan kulit yang lebih gelap ,kering,kendur ,bersisik dan sebagainya.
Menjaga kesihatan dalaman adalah lebih penting kerana apabila memilikki badan yang sihat secara tidak langsung akan memberi penampilan yang hebat kepada empunya diri.Apa yang saya maksudkan di sini sebagai contoh,kesihatan yang kurang memuaskan apa yang jelas kita lihat seseorang itu menglami mood swing,stress,dan dalam keadaan yang tidak bermaya,letih &etc.
Apabila mengalami keadaan ini secara tidak langsung,mereka/anda malas menjaga penampilan diri.Sebagai contoh lagi,keadaan stress,tekanan kerja yang banyak(bersengkang mata)/masa tidur tidak cukup akan membuatkan seseorang itu sakit kepala,keliling mata yang lebam/hitam dan eye bag.
Hasil penelitian/rujukkan saya kongsikan tips kesihatan untuk anda:
Tips menjaga kesihatan dalaman:
1)Minum air kosong/putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Bukan Ais:
>> Air kosong yang saya maksudkan haruslah air sejuk bukan ais(bukan air dalam peti).Bagi wanita yang telah melahirkan anak seeloknya amal ambil air suam.Air yang sangat sejuk,akan merencatkan otak berfungsi.Pernah tak anda minum ais,dalam keadaan tergesa-gesa/lahap?.Rasa sakit kepala kan,malah seluruh bahagian muka rasa sakit.Otak yang terencat gagal menghantar maklumat dan seterusnya menyebakkan kekejangan/kaki krem.
>>Air yang sangat sejuk juga tidak sesuai kerana boleh menyebabkan"sakit urat,sakit pinggang,Sakit belakang"/bentang,hal ini jelas dapat dirasakan oleh wanita yang telah melahirkan anak.Oleh itu,golongan ini senang mengalami kekejangan otot/kaki krem.
>>Ais akan menyebabkan urat saraf mengembang,bukan sahaja menyebabkan sakit urat @ bentang,tetapi boleh menyebabkan badan gemuk @senang gemuk air.Makanan yang kita ambil bersama ais sejuk tidak dapat dinyahcerna dengan baik,terutama makanan yang tinggi kolestrol,banyak minyak.Ais boleh membekukan kolestrol lemak dan melekat pada dinding usus.
>>Masalah Gemuk air@ pengemar ais mengalami, badan banyak mengeluarkan rembesan cecair seperti lendir dan keputihan.Ini menandakan ais tidak elok untuk kesihatan rahim juga.
>>Air kosong wajib diambil pada waktu pagi/sebelum sarapan.Ini penting untuk menjaga fungsi organ dalaman di samping menolong proses menyahtoksin dalam badan.Di mana buah pinggang kita telah banyak terbeban setelah semalaman bekerja,air bertindak sebagai auto plush membuang sisa toksin melalui perkumuhan/pembuangan air kencing.Air juga dapat melawaskan pembuangan sisa tinja.Ia penting untuk menjaga kesihatan usus.Air penting untuk membantu fungsi normal badan bertindak dan membantu badan dalam proses "detoks".
Badan yang banyak toksin menandakan anda mempunyai masalah dalaman seperti masalah usus(sembelit,appendic/ulser perut,),masalah perut buncit.Akibat toksin yang banyak dalam perut juga menyebabkan nafas dan badan berbau kuat/busuk dan kurang menyenangkan.
>>Air yang cukup juga,sebagai gantian air setelah proses perkumuhan berlaku dan mengelak berlakunya sel kulit kehilangan kolagen seperti berlakunya kulit kering,bersisik,kendur.
Banyak kepentingan air putih terhadap badan khususnya terhadap organ penting,nanti saya kongsikan/pautan web(link) saya yang seterusnya.
2)Banyakkan pengambilan buah-buahan & sayuran
>>Buah yang saya maksudkan adalah seperti buah-buahan yang berwarna kuning,ini kerana buah seperti
oren,betik,labu mempunyai banyak vitamin C.Vitamin C penting kepada badan antaranya meningkatkan fungsi imun,anti-penuaan,mempercepatkan /membaikpulih tisu yang rosak.Buah-buahan yang kaya dengan serat dapat membantu melawaskan sistem penghadaman/pembuangan.
>>Buah-buahan juga mempunyai banyak air.Kepentingan air seperti yang saya terangkan di atas.
>>Buah-buahan dan sayuran juga mempunyai vitamin E,vitamin E penting juga untuk kecantikkan kulit seperti vitamin C bertindak melambatkan penuaan/Anti-penuaan.
>Buah-buahan dan sayuran kuning penting untuk kesihatan mata.
3)Banyakkan pengambilan buah sayuran hijau;
>>Sayuran hijau juga mempunyai serat dan vitamin dapat melawaskan/menyihatkan sistem pembuangan.Pengambilan buah epal hijau bukan sahaja mempunyai banyak asid diiambil untuk menurunkan berat badan malah juga menurunkan paras kolestrol dan gula dalam darah.
>>Apple hijau>menurunkan tekanan darah dan kolestrol serta mengelakkan gejala penyakit yang berkaitan dengannya
>>Ulam-ulaman.
*Pengambilan makanan berprotein harus disertakan sekali dengan pengambilan buah untuk diet pemakanan yang seimbang.
4)Mengambil makanan seimbang
>>Pengambilan sumber protein yang cukup /pengamalan diet seimbang dan konsisten dapat mengatasi obesiti.
>>Protein juga penting untuk pembinaan sel dan tenaga.Untuk kulit yang tegang@ sentiasa menjaga kolagen kulit haruslah sentiasa mengambil sumber protein seperti susu dan bijirin.
5)Sentiasa aktif:
Amalkan bersenam @ aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
>Jantung bekerja,secara tidak lansung menyihatkan salur darah dan mengelakkan gejala penyakit berkaitan seperti Salur darah tersumbat.
>Untuk otot kulit kelihatan tegang seprti otot perut ,lengan,peha agar tidak kelihatan mengeleber.
>Potongan badan yang cantik tanpa obesiti.
6)Menjaga kesihatan diri dalam pantang.
7)Elakkan/mengambil dalam kuantiti yang kecil makanan berlemak dan berminyak.
>Makanan berminyak boleh menyebabkan muka berminyak dan berjerawat.
8)Ambil kalsium yang cukup.
>untuk tenaga dan atasi stress,senggugut,kekejangan otot perut dan kaki.
Tips menjaga kesihatan luaran/muka;
1)Menjaga kesihatan kulit muka.
>membasuh muka sebelum tidur>buang sisa make up.
>Menggunakan pencuci muka yang sesuai.
>Memakai serum kecantikkan
>Memakai Pelindung Matahari dan sebagainya
2)Menjaga kesihatan kulit
>Seperti menjaga kulit muka,lebihan pencuci muka yan melekat di tangan tidak patut dibilas dahulu sebaiknya oleskan sekitar leher,tangan dan perut.
>Kulit di bahagian lain juga perlu diambil berat agar kelihatan muda dan tegang.
>Seperti menjaga kulit muka juga,lebihan sisa make-up jika tiada kosmetik lain harusnya juga dioles pada
bahagian lain seperti leher dan tangan.
*(bertujuan untuk mengelakkan perbezaan ketara kulit muka leher dan tangan).
*Tahukah anda bahagian kulit yang mengendur banyak mempunyai sel kulit mati/bintik hitam.?
Di bahagian mana?
>Bagi wanita yang telah melahirkan anak kulit kendur di bahagian perut banyak memerangkap sisa daki.Untuk mengembalikan kolagen kulit perut kepada asal,haruslah sentiasa mengosok bahagian perut dengan sabun @ pencuci muka anda dan amalkan penjagaan kulit perut sepertimana anda menjaga kulit muka.
*Setelah melahirkan anak,segelintir wanita cepat menurunkan berat badan kemungkinan akibat penyusuan bayi yang kerap.Oleh itu,kulit mudah kendur dan kering.
3) Menjaga pemakanan seperti tips menjaga kesihatan dalaman di atas.Mengambil vitamin C dan E,minum air yang cukupdan makanan seimbang.
>protein juga perlu membina balik tisu kulit yang rosak.
4)Mengambil protein dan kalsium yang cukup
>Protein dan kalsium penting untuk menjana tenaga dan mengelak keletihan,kekejangan otot dan stress.Di samping mencegah kekurangan asid folik dalam badan.
5)Selalu senyum/ceria.
>Badan yang sihat akan menampilkan wajah yang ceria tiada mood swing,stress,letih dan lesu.Menjaga
kesihatan dalaman penting.Kerut dan kedut di muka dapat di atasi.Jerawat dan jeragat juga timbul akibat
tekanan yang dialami(stress &etc).
Untuk maklumat langjut boleh rujuk/klik link di bawah:
Pn Zurina Binti Mohd Noor
SID Shaklee Puchong Selangor,ID 1092799
No telefon:019 3518 273(call/whatsap)
Saturday, 22 October 2016
Detoks@menyahtoksin menjana kearah jantung yang sihat.
![]() |
DTX Complex |
DTX Complex mengandungi bahan estrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik seperti:
>Estrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi(herba yang kaya dengan anti-oksida)
>Estrak daripada dandelion,kunyit dan articok(herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)
Mengapa perlu detoks?
Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula.Contoh serangan jantung akan merosakkan otot dan jantung.Tetapi serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati.Namun hati mampu membaikki organnya sendiri.Hati boleh dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh manusia,menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaikkinya.
Selain pengambilan alkohol yang berlebihan,hati boleh rosak disebabkan pengambilan rokok yang kronik,pengambilan ubat-ubatan berunsur dadah tanpa kawalan dadah.
Adakah anda pernah dengar"kanser hati" dan seangkatan dengannya seperti pankreas dan hempedu.
Fungsi Hati:
1.Rembesan Hempedu
Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika pengha-
daman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak.iaitu ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih
kecil(small globule)
Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasi-kan kalsium.
Hempedu juga menukar Beta Karotena kepada vitamin A.
2.Bertindak sebagai detoksifikasi
Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifi-
kasi oleh hati.Hati mengawal metabolism protin.Untuk detoksifikasi amonia ,hati juga menggabungkan
bahan-bahan toksik termasuk sisa metaboik,sisa racun serangga,dadah,alkohol, dan bahan kimia dengan
bahan-bahan lain yang kurang toksik.Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
Oleh itu dalam usaha untuk mempunyai fungsi yang betul anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang
yang betul.
3.Mengawal Paras Gula Dalam Darah.
Dengan menukarkan tiroksina(hormon tiroid) ke dalam bentuk yang lebih aktif.Penukaran yang tidak men-
cukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.Hati mewujudkan GTF(faktor tolenrasi glukosa) dari
kromium dan lutation.GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah denan betul.
Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali kepada
gula apabila diperlukan untuk tenaga.Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.
4.Penting dalam metabolisma lemak
Fungsi hati penting dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolestrol,
lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untu menghasilkan tenaga.Di mana makanan
berlebihan akan ditukar kepada lemak di dalam hati yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk
penyimpanan.
Bagaimana formulasi yang dipaten bertindak?
A)Estrak biji benih pokok susu tisel(milk thistle seed)
Proses estrak ini mendapatkan 80% silymarin kaya dengan bahan antioksida:
a.Melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah,racun dan bahan kimia.
b.Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
c.Mengurangkan kadar kerosakkan hati akibat lebihan alkohol.
d.Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
e.Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.
B)Dandelion
a.Membantu fungsi hati,sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati(hepatitis) dan jaundis.
b.Membantu penghadaman denga meransang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu seterusnya
membantu mencegah batu karang.
c.Membantu merawat endometriosis.Ia bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
d.Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi>dapat mencegah anemia.
e.Melawan tumor dan kanser.
f.Merendahkan paras gula dalam darah.
g.Baik juga untu masalah kekembungan dan lebihan air dalam badan.
Reishi mushrooms(ling zhi)
a.Membina imun>Membantu dalam mencegah atau merawat kanser.
b.Mengurangkan masalah bronkitis,sinusitis.
c.Merawat sindrom keleihan yang kronik.
d.Membantu mencegah penyakit jantung.
Articok(artichoke)
a.Membina semula sel-sel hati
b.Meransang pengaliran hempedu
Kunyit(tumeric)
a.Mengandungi curcumin;bahan antioksida
b.Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
c.Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV..
Schizandra
Estrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida.Ia juga berkait rapat dalam meransang
sintesis protin,meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi dan memperlahankan pem-bentukkan toksin.
# Produk ini bukan bertujuan mendiagnos dan merawat penyakit.
>membantu ke arah kesihatan lebih baik.
#INAAGENSHAKLEE
PUCHONG,SELANGOR.
Call:019 3518 273
Whatsapp:013 3158 377.
Friday, 21 October 2016
Bagaimana minyak ikan omega boleh melindungi kesihatan kardiovaskular dan menyokong kesihatan otak.
![]() |
Omega Guard |
Kebiasaan yang sering kita dengar,minyak ikan mengandungi omega-3 bagus untuk kesihatan otak kerana mengandungi EPA & DHA.
Tahukah anda,bagaimana untuk memilih minyak ikan yang terbaik?
Mengapa harus Omega?
Shaklee berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu.Omega Guard shaklee adalah ultrapure/ultratulen dan bergred farmaceutical dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat kebanyakkan jenis ikan.
Minyak ikan tulen diproses dari ikan laut dalam(lautan sejuk),bukan dari hati ikan yang boleh beri kesan toksid.
Minyak ikan terbaik di dunia
OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA,ALA dan lain-lain lagi.EPA menyihatkan jantung dan sendi,manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.Satu hidangan omega guard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.
Pengambilan minyak ikan omega membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
Satu penyelidikkan yang menyokong fakta tersebut,menunjukkan bahawa pengambilan asid -asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikkan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaikki paras trigliserida yang normal.
Omega-3 dapat memelihara kesihatan otak,penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.
Omega-3 memelihara kesihatan otak dan funsi sendi.
Omega-3 mengandungi Asid Elkosapentanoik(EPA) Asid Dokosaheksanoik(DHA) ,asid lemak ini ditemui dalam ikan laut dalam.Asid lemak omega-3 juga boleh didapati dalam tumbuhan tertentu seperti walnut,flaxseed yang mengandungi ALA.ALA ini akan dihuraikan kepada EPA& DHA,jadi ia bergantung kepada tubuh seseorang.Kalau enzim dalam badan tidak berapa bagus,tak banyak ALA dihuraikan.
Walaubagaimanapun Omega Guard shaklee mengandungi semua ini EPA,DHA dan ALA.
Tahukah anda,asid lemak omega-3 yang mengandungi EPA,DHA & ALA tidak mampu dihasilkan sendiri oleh badan?
EPA dan DHA mampu mengurangkan keradangan sendi,menggalakkan fungsi otak,sistem saraf dan fungsi mata yang perlu kita perolehi melalui pemakanan..
Faedah dan kepentingan Omega-3.
>Merendahkan tahap trigliserida dalam darah.
>Mengurangkan risiko serangan jantung
>Mengurangkan ritma jantung yang tidak normal
>Mengurangkan stroke
>Melambatkan pembentukkan plak atheosclerotic
>Merendahkan tekanan darah
>Mengurangkan kekejangan/melembutkan sendi
>Mengurangkan risiko jantung koronari.
^^^ produk ini bukan bertujuan mendiagnos /merawat penyakit..
#INAAGENSHAKLEE
CALL:019 3518 273
Whatsapp:013 3158 377
Thursday, 23 April 2015
Berpuasa,ke arah diet kesihatan yang baik disamping membersihkan usus kita.

Seringkali sepanjang bulan puasa pelbagai juadah yang disediakan ibarat pesta makanan,dan merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh para peniaga.
Dek kerana dorongan mata dan nafsu makan yang membuak-buak ditambah pula disaat perut kosong,letih dan lapar kerana menjalankan ibadah puasa,ini mendorong mengambil kuatiti makanan dalam jumlah yang banyak.
Amalan berpuasa bukan sahaja sebagai ibadah malah ia bertujuan untuk memelihara kesihatan manusia,walaubagaimanapun tidak ramai manusia boleh berpuasa mengikut sunnah nabi,bersederhana dalam setiap perbuatan.Maka tidak hairanlah,hadirnya masalah kesihatan seperti sakit perut,gastrik dan secara tidak langsung menganggu amalan ibadah yang sepatutnya dilaksanakan.
Berpuasa merupakan jalan terbaik yang boleh menolong kita meningkatkan kesihatan yang baik.Seringkali berpuasa dilihat peluang untuk mengurangkan berat badan tau sengaja menahan makan.Jika kita tidak berhati-hati,walaupun dengan sendiri menahan lapar dan dahaga dan kemudian tidak perlu menambah berat badan.
Selepas berpuasa dalam tempoh yang panjang,tenaga yang tersimpan di dalam badan anda akan digunakan selepas semua nutrien dapat diserap sempurna daripada makanan yang terakhir diambil.Kebiasaan glukos yang tersimpan di dalam hati dan otot akan kehabisan tenaga terlebih dahulu kerana glukos merupakan salah satu sumber tenaga kita.Jadi badan kita mempunyai lebih masa untuk proses pengulangan ,oleh itu lemak yang disimpan akan diguna sehingga habis dan lebih kerap,akhirnya akan mengurangkannya.
Bagaimana berpuasa menolong mengurangkan berat badan:
Dalam jangka waktu yang panjang,badan kan mula menggunakan protein sebagai tenaga,yang mana ia tidak menyihatkan kerana apa yang kita makan digunakan untuk bina otot.Malah kehilangan berat badan boleh membuatkan badan lemah,
Kekurangan berat badan 5-10% dari berat badan biasa khususnya kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan,penting untuk mengawal diabetes,menururnkan paras kolestrol dalam darah dan boleh mengurangkan tekanan darah.Puasa membenarkan proses detoks dan ini akan meningkatkan kesihatan mental.
Melatih diri untuk berpuasa dengan sihat,tidak seharusnya berbeza kerana banyak makanan berkhasiat sepanjang bulan puasa.Pada masa yag sama ia dapat menyeimbangkan diet sepanjang bulan puasa/berpuasa kerana ia seharusnya sama dengan jadual pemakanan harian.Seharusnya mengikut piramid makanan.
1.Nasi,roti,bijirin
2.Buab-buahan dan sayuran
3.Daging.ikan.telur,dan soya
4.Susu/Produk tenusu
5.Folik mengandungi lemak dan gula.
Berpuasa merupakan satu jalan yang sihat kerana pengabungan lebih kompleks karbohidrat di dalam diet anda.Karbohidrat melepaskan tenaga perlahan-lahan,bertujuan untuk memastikan glukos dilepaskan secara
perlahan dan stabil masuk ke dalam badan.Yang mana .ia amat penting untuk mereka yang mengalami diabetes.Contoh karbohidrat kompleks iaitu beras perang,beras basmati,oat,barli ,tepung gandum dan bijirin.
Karbohirat kompleks ini sangat baik,kerana banyak serat diet.
Buah-buahan dan sayuran juga kaya dengan serat amat berguna untuk mengaktifkan sistem penghadaman,tetapi ia lebih penting dalam melengkapkan size keperluan dalam diet,ia membuatkan anda rasa kenyang selepas makan.Karbohidrat yang mudah adalah mudah dihadam dan menyerap dengan cepat.Ini menyebabkan anda berasa lapar dengan cepat.
Secara kesimpulannya sediakan serat dalam diet anda.Nutrien akan menyerap dengan perlahan-lahan dan kenyang dalam tempoh lama/panjang,Dengan menambahkan buah-buahan dan syuran dapat membekalkan vitamin dan mineral.
Proses pemakanan yang berat dan mengandungi karbohidrat tertapis @ gula seharusnya dielakkan kerana akanmembakar lemak denga cepat. Ini sebabnya kenapa seseorang mudah berasa lapar selepas mengambil "mee segera",lemak makanan seharusnya dielakkan kerana ia tidak menyihatkan dan mendorong/menyebabkan pedih ulu hati(terutama makan ketika perut kosong/puasa).
Pengambilan kafein tidak digalakkan kerana banyak meransang perkumuhan/pembuangan air kencing.Ini bermakna anda kan kehilangan banyak air dengan cepat melalui pembuagan air kencing,Malah iajuga menyebabkan dehidrasi.Antara miniman yang mengandungi kafein adalah seperti tea,kopi,cola.
Sahur,dijadikan hidangan pertama,dan seharusnya menarik dan seimbang.Cuba menyeimbangkan lebih banyak karbohidrat kompleks dan serat diet membuatkan lebih puas/lebih kenyang dan melengkapkan tenaga berterusan sepanjang hari berpuasa.Hidangan sahur yang seimbang memastikan nutrien mencukupi terutamanya dalam "mikronutrien"
Mengambil protein yang cukup boleh menolong menghalang kekenduran otot.Elak makanan bergoreng lama semasa sahur,ia cenderung menyebabkan pedih ulu hati dan lemak boleh memburukkan lagi kesihatan.Sebagai pilihan makan yang sihat ialah seperti membakar,memanggang,mengrill,mengukus dan merebus.
Mengamalkan pemakanan sunnah@ tradisi Nabi Muhaammad ianya telah lama dipraktikkan.Ia terdiri daripada"Simple karbohidrat"memberi tenaga segera.Jus buah dan pencuci mulut memberi kesan sama.
Tetapi harus diambil perhatian,kerana "diabetes",mengambil masa yang lama untuk berhenti dengan cepat dan boleh menyebabkan tahap gula dalam darah bercampur dan berperanan mengawal gula keseluruhannya.
Merehatkan diri sejak berpuasa untuk menggantikan kehilangan air dan pada masa yang sama,ia membuatkan anda rasa kenyang dan elak terlampau menurut nafsu makan.Ia sangat kritikal,terutama mengambil terlampau banyak makanan selepas berpuasa.Berpuasa bukan alasan untuk makan lebih daripada biasa,kerana ia boleh menyumbang kepada berat badan yang tidak di ingini.
Tidak mustahil makan dalam jumlah/kuantiti yang kecil dan kerap boleh memberi tenaga segera dan meningkatkan metabolisme badan anda.
Samada berpuasa dibulan ramadhan atau tidak pada masa yang sama,ia mendekatkan diri agar makan cara sihat.Ia sepatutnya seimbang dengan variati dan tenaga .Amalan berpuasa,sepatutnya telah lama diamalkan,bukan menanti tibanya bulan puasa untuk anda perbaiki diet/kesihatan diri anda.
sumber:Mr Brian Liang Ding(BHSC),Dietetic.
Bagaimana mengatasi kelaparan terlampau sekiranya tidak sempat bersahur atas beberapa faktor atau tidak berselera menikmati makanan pada awal pagi:
1)Sahur dengan kurma
Bersahur adalah sebahagian tempoh persediaan berpuasa di siang hari,untuk mengelakkan perut kosong dan memberi tenaga sepanjang hari. Makan dalam jumlah yang banyak pada waktu sahur,bukanlah diharuskan.
Malah memadai dengan air kosong bersama kurma,macam sunnah nabi.Kerana kurma mempunyai serat protein yang cukup untuk keperluan diet anda.
2)Disiplin
Sentiasa melatih diri agar tidak mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.Ini kerana,mengambil makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan badan mudah letih ,berat,malas dan mendorong untuk tidak aktif/ suka tidur.
3)Melatih minda
Sentiasa bertenang,berfikiran positif serta tidak memikirkan"makanan" sekiranya terasa lapar dan sentiasa mengingatkan diri bahawa anda sedang berpuasa.
4)Nikmati juadah ringan semasa sahur seperti sup atau sekadar minum minumam tenaga seperti susu ataupun dalam bentuk suplimen kesihatan.
>lihat contoh apa yang saya amalkan setiap pagi walaupun dalam keadaan berpuasa di samping meneruskan "breastfeeding",,ESP +Milo.
Kenapa saya pilih ESP:
Sudah tentulah mempunyai elemen2 seperti di atas di samping memberi tenaga segera disaat ketidaksempatan makan sahur atau tidak berselera makan di pagi hari dan menggalakkan pengeluaran susu badan di saat berkongsi protein dengan si manja.Malah banyak lagi manfaat yang diperolehi dengan Esp Ini seperti mencegah gastrik,melawaskan pembuangan najis,sebagai kolagen terhadap badan,mencegah rambut gugur,kulit kering bersisik ,mempercepatkan penyembuhan luka dan sebagainya.
Bulan puasa adalah bulan untuk menurunkan berat badan:
Amalan berpuasa memang bagus untuk menurunkan berat badan,namun sekiranya makan dalam jumlah yang banyak dan kemudian tidur sepanjang hari amatlah tidak wajar ,kerana protein yang disimpan tidak cepat membakar untuk tenaga,maka lambatlah proses menurunkan berat badan mahupun mengatasi perut buncit @ singkirkan kerak najis berupa toksin dalam usus.
Dengan mengantikkan minuman tenaga disampingkan dapat menurunkan berat badan dengan cepat,kerana pendapat pakar menurunkan berat badan dengan cepat melalui makanan yang mengandungi "leucine",seperti Cinch.
Selamat berpuasa....
Pn Zurina binti Mohd Noor
Distributor Shaklee,ID 1092799
Pengedar shaklee sah,penghantaran keseluruh Malaysia termasuk Singapore dan Brunei
No telefon:0193518273
Friday, 23 January 2015
Asid Askorbik berkurang memberi impak untuk kesihatan badan.
Pengenalan;
Asid askorbik juga dikenali sebagai vitamin C.Keperluan minima yang digariskan oleh USRDA(United Stated Recomemmede Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari.Walaubagaimanapun untuk kesan yang lebih optimun harus mengambil banyak sumber vitamin C .
Vitamin C sangat tidak stabil maka ia mudah musnah kerana sering terdedah kepada pencemaran,oksidasi(terdedah kepada udara),merokok,penyediaan makanan(memasak sumber makanan vitamin C terlalu lama),penyakit dan sebagainya.Ia menjadi punca kekurangan asid askorbik dalam badan,walaupun telah mengambil banyak sumber vitamin C.
Vitamin C,tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita,oleh itu pengambilan sumber luaran amat penting
Vitamin C mudah larut air,oleh itu ia mudah dibuang melalui kumuhan seperti perpeluhan dan pembuangan najis/airkencing.Pengambilan Vitamin C yang berterusan adalah amat penting untuk memastikan kandungannya di dalam badan tidak menjadi rendah.
Manfaat asid askorbik:
1)Sebagai penguat fungsi imuniti badan.
Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dijalankan lebih efektif.Sel-sel darah putih bertindak melawan bakteria dan virus yang menyerang badan kita.Dan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi.
2)Membentuk kolagen.
Vitamin C @asid askorbik meransang pembentukkan kolagen.Kolagen adalah sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.Oleh itu ia mampu mencegah/menghalang kedut terjadi dengan cepat dan menghalang otot menjadi lembik
3)Mencegah kanser
Ia penting untuk mencegah penyakit di mana vitamin C membantu pengeluaran interfron yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser.Vitamin C juga menghalang pembentukkan nitrosamines yang menyebabkan kanser.
#Perlu di ingat Vitamin C bukanlah ubat untuk kanser,tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk,di samping menguatkan sistem imunisasi.
4)Mengekalkan kolestrol sihat dan menyokong kesihatan jantung.
Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.Mengekalkan kapilari darah yang sihat.
Ia dapat menghindarkan arteriosclerosis,thrombus .
5)Mempercepatkan pemulihan luka/memperbaikki simptom pendarahan.
kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah,lebam ,kecederaan yang lambat sembuh,kulit kering
dan kasar.
Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran kolagen,oleh itu luka boleh sembuh dengan cepat.
6)Mengurangkan simpton alergi/alahan.
Alahan seperti asma,lelah,batuk selsema dan kegatalan kulit.
7)Sebagai anti-oksidan.
Vitamin C bertindak membentuk kolagen,malah juga sebagai anti-penuaan hebat.Pengambilan vitamin C
setiap hari dapat mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan berlaku,serta menyekat pembentukkan
pigmentasi.
8)Mengurangkan Stress.
Vitamin C penting dalam pengeluaran hormon corticosteroid,adrenalin dan noradrenalin.Stress
menyebabkan pengeluaran hormon-hormon lebih daripada biasa.Oleh itu keperluan kepada vitamin C
akan meningkat.Dalam hal ini,pengambilan bersama B kompleks adalah penting.
Kesan akibat kekurangan asid Askorbik:
*Mudah terkena demam,jangkitan virus,batuk,selsema
*luka lambat sembuh.
*penyakit skurvi
*pencernaaan tidak sihat>masalah sembelit,buasir dan lain-lain.
Menurut kajian,pengurangan vitamin c dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan antherosclerosis, di mana pertambahan kolestrol dan lemak yang kemudiannya melekat dan menyekat saluran darah.Pengurangan asid juga boleh menyebabkan dindin.g saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim.
Kumpulan yang mengalami cepat pengurangan /kehilangan asid askorbik/vitamin C;
1)Perokok
Sebatang rokok mampu melupuskan 50-100mgvitamin C.Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih 20 batang rokok sehari,tiada @ hanya sedikit kandungan vitamin C yang ada.
2)Pesakit diabetes.
Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C kerana mengalami kencing yang kerap,walaubagaimanapun mereka yang ambil masih mempunyai kandungan vitamin C ,tetapi dalam kadar yang sedikit.Ini kerana kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlaku persaingan gula dan vitamin c.
Pesakit kencing manis di dapati mengalami kurang kolagen,maka proses penyembuhan luka terjejas.
Perubahan yang yang terjadi pada protein dan"free radical"menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti katarak antherosclerosis,kerosakkan buah pinggang.Pengambilan vitamin c boleh membantu keadaan ini.
3)Pesakit kanser
Kesan terdedah dengan rawatan kemoterapi.
4)Peminum arak/alkohol
5)Pesakit rheumatoid arthritis
6)Atlet
Atlet banyak melakukan aktiviti lasak dan sering terdedah dengan cuaca panas,maka banyak mengeluarkan banyak peluh.Keadaan ini menyebabkan berkurangnya vitamin C dalam badan.
Pn Zurina binti Mohd Noor
Pengedar sah Shaklee,ID 1092799.
No telefon:019 3658 769@013 3158 377
Penghantarn keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.
Menggunakan khidmat poslaju dan Gedex,
Cod Sekitar Puchong ,Shah Alam.
Thursday, 22 January 2015
Arthritis :Penyakit keradangan Sendi dan langkah menjaga kesihatan sendi tanpa ubatan dan suntikkan.
Pengenalan Arthritis:
Arthritis merupakan penyakit keradangan sendi yang disebabkan oleh kerosakkan sendi,jangkitan kuman,penyakit keturunan dan sebagain.Radang sendi adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan pada sendi,kemerahan,bengkak dan kekejangan.Arthritis sering dihidapi oleh golongan dewasa seperti osteoarthritis,arthritis rheumatoid,arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan Gout.
Osteoarthritis merupakan kesakitan sendi kerana sendi mengalami kehausan akibat penggunaan yang kerap.
RheumatoidArthritis(RA)merupakan kesakitan sendi berlaku kerana daya tahanan badan bercelaru di mana tubuh menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri.Kebiasaaannya berlaku kekejangan sendi pada awal pagi.
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman merupakan penyakit yang menyerang satu sendi sahaja,maka tidak semua sendi mengalami kesakitan.
Gout merupakan kesakitan sendi akibat mendapan asid urik di sendi,lazimnya menyerang pangkal ibu jari kaki.
Tanda-tanda Arthritis:
*Sakit sendi(pergelangan tangan,jari,pergelangan kaki,punggung,tulang belakang di bahagian bawah)
*Sendi bengkak
*Kekejangan sendi
*Susah untuk bergerak seperti biasa
*Sakit apabila bergerak
*Perubahan pada sendi
*Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
*Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthrtis lutut.
*Sakit apabila sekeliling sendi di tekan.
Siapa yang berisiko mendapat Arthritis.
1)Golongan dewasa/warga emas.
2) Pekerja buruh
3)Atlet
4)Orang tidak amalkan pemakanan seimbang(lebih mengambil makanan yang mempunyai purin yang tinggi seperti makanan laut dan sumber protei seperti daging .biasanya berlaku kepada pesakit Gout)
5)Mereka yang obesiti.
Langkah pencegahan awal
1)Melakukan aktiviti/pergerakkan yang sesuai
*Pesakit arthritis rheumatoid digalakkan melakukan ativiti/senaman,kerana kurang pergerakkan akan mendorong berlaku kekejangan otot/sendi secara mengejut.Disamping memudahkan kelenturan otot@ sendi lutut umumnya.Otot-otot di sekitar ligamen sendi lutut,mudah dilentur/dibengkokkan.Berbeza dengan pesakit *osteoarthritis tidak digalakkan melakukan aktiviti lasak kerana mengalami kehausan sendi.
2)Kurangkan berat badan>berat badan melampau memberi tekanan kepada sendi.
3)Makan makanan seimbang.menjaga berat badan di samping mengelakkan mengambil makanan yang terlalu banyak purin(jika seseorang itu menghidapi penyakit gout).
4)Mengambil makanan tambahan.
Pengambilan ubat alternatif untuk melegakan kesakitan seperti ubat penahan sakit,ubat anti radang mahupun suntikkan gel pelincir sendi dan sekiranya gagal ia di akhiri dengan pembedahan.Namun,harus berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui dan mungkin berinteraksi dengan bahan-bahan lain yang turut diambil bersama dengan ubat-ubatan lain.
Sumber: MyHealth
Merujuk sumber di atas,ada benarnya,yang mana ibu mertuaku dan ayahku seorang pesakit arthritis.Ayah sering mengalami kesakitan sendi,maka ubat penahan sakit dan ubatan sentiasa menjadi peneman dan sehingga pada suatu tahap mengalami kerosakkan hati serta mengalami kanser pakreas .
Kini ibu mertuaku turut mengalami arthrirtis.Dengan berat badan yang meningkat dan kurang melakukan pergerakkan,menyebabkan sendi lututnya semakin sakit apabila digerakkan dan sentiasa menggigi,demam.
Ubat penahan sakit,sering diminta sehingga pada suatu ketika doktor tidak memberikan ubat penahan sakit berupa suntikkan kerana atas faktor umur yang agak tua dan turut mengambil ubatan tradisional kerana di bimbangi risiko2 yang tidak di jangka.
#risiko ubat penahan sakit&ubat-ubatan tradisional yang tidak berdaftar
Langkah Penjagaan sendi;
Pengambilan suplimen/nutrisi adalah untuk menampung keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.Kehadiran 3 komponen suplimen kesihatan iaitu Omega Guard,Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet melengkapkan keperluan untuk kesihatan sendi.Ia memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
Di samping itu ia membantu mengekalkan tulang yang kuat serta membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.
Fungsi khusus Suplimen:
Omega Guard
Mempunyai Asid Dokosaheksanoik(DHA) dan Asid Eikosapentanoik(EPA) merupakan asid lemak omega 3 yang diperolehi dari sumber ikan laut dalam.Dimana asid DHA dan EPA mampu mengurangkan keradangan,menggalakkan fungsi otak,kesihatan sistem saraf dan fungsi mata.Asid lemak ini perlu di perolehi dari pemakanan.Di samping itu,lemak omega-3 dapat meningkatkan metabolisme badan,berupaya mencergaskan badan dan menyingkirkan lemak /kolestrol buruk dalam badan.Ini secara tidak langsung dapat mengelakkkan obesiti mencegah risiko serangan jantung dan lain-lain.
Omega guard juga bertindak meningkatkan fungsi imun badan dan mencegah simptom alergi.
Advance Joint Health Tablet
Bertindak menyokong kesihatan sendi.AJHT adalah formula proprietari yang menampilkan kombinasi bahan yang amat berkesan yang dapat menyokong pergerakkan,kelenturan sendi dan fungsi yang sihat.Ia dihasilkan daripada ramuan yang aktif iaitu estrak botani boswellia jagung dan nutrien-nutrien penting lain termasuk zinc,tembaga,mangan dan vitamin C.Ramuan-ramuan aktif ini dapat membantu meningkatkan kelesaan sendi dan pergerakkan.AJHT merupakan estrak 100% tumbuuhan tanpa sumber haiwan.
Ostematrix
osteomatrix lebih daripada sekadar kalsium kerana turut mengandungi nutien-nutrien lain seperti vitamin D,Zinc,boron,manganes,kuprum.Di mana 1 tablet ostematrix bersamaan 1 gelas susu berkalsium tinggi dan bersamaan 80 biji badam.Ia membantu dalam pembentukkan dan penjagaan tulangdan gigi .
Ia bermanfaat menguatkan tulang,di mana kalsium menghalang osteoporosi menguatkan kuku,kerangka,gigi,sistem saraf.Ia juga merawat tulang retak,osteomalacia(rickets dewasa),kuku rapuh,exzema,kekejangan,gusi berdarah.
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur dapat memperbaikki kekejangan dan kebas-kebas,sakit sendi dan arthritis.Di samping itu bertindak sebagai penenang @meringankan stress,di mana ia mengimbangi tekanan darah:memelihara denyutan jantung impuls saraf,penenang saraf:menggalakkan tidur yang selesa dan lain-lain.
Ikhtiar untuk kesihatan lebih baik
Pn Zurina Binti Mohd Noor
Pengedar sah shaklee,ID 1092799
No telefon:0193518273
Penghantaran keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.
Thursday, 13 November 2014
Asid lemak membantu badan menyerap vitamin dengan lebih efektif dan menurunkan paras kolestrol.
Pengenalan:
Asid lemak kebiasaannya berasal daripada trigliserida @fosfolipid asid lemak yang tidak di ikat bersama molekul lain dikenali sebagai asid lemak bebas.Lemak penting sebagai sumber tenaga kerana menghasilkan ATP dalam kuantiti yang besar melalui proses metabolisme badan.Kebanyakkan sel menggunakan "glukosa"@ asid lemak untuk metabolisme.Secara khususnya jantung dan otot menggunakan asid lemak sebagai sumber metabolisme.
Menurut sumber Mymetro asid lemak mempunyai 2 jenis dan mempunyai peranan yang berbeza.Isu penggunaan lemak membimbangkan dan dianggap banyak memberi kesan negatif.Walaubagaimanapun ,tidak semua lemak itu berbahaya dan ia mempunyai peranan tersendiri yang sangat penting.
Lemak diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kulit,rambut dan membantu badan menyerap vitamin A,D,E,K(vitamin larut lemak).
Asid Lemak:
Kehadiran asid lemak,boleh meningkatkan lagi kadar serapan vitamin larut lemak,walaubagaimanapun asid lemak tidak boleh dihasilkan oleh badan,kerana "badan kita tidak mempunyai enzim untuk sintesis asid lemak ini..Asid lemak terkandung dalam jenis lemak tak tepu.Atau dikenali asid lemak perlu .Asid lemak perlu dikategori sebagai lemak baik kerana boleh mengurangkan paras kolestrol buruk(LDL),trigliserida dan jumlah kolestrol keseluruhan.
Jom,saya jelaskan lebih terperinci :
Kenapa asid lemak penting?
Tubuh kita amat memerlukan asid lemak (omega-3,EPA dan DHA),kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan sendiri akibat tiada enzim untuk untuk melakukan sintesis asid lemak.Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan desaturose,tetapi mampu memanjangkan dan merombak asid lemak poli-tak tepu.
Terdapat 2 jenis sumber Asid Lemak:
1)Lemak Tepu/saturated
2)Lemak Tak Tepu/unsaturated
Lemak Tepu:
*Sumber lemak diperolehi daripada protein/lemak haiwan dan ia beku pada suhu bilik contoh mertega,minyak sapi dan lemak pada daging.
*Lemak tepu juga terdapat daripada tumbuhan seperti minyak kelapa ,santan kelapa,isirong kelapa dan juga minyak kelapa sawit.
*Kandungan lemak tepu dipercayai boleh meningkatkan paras kolestrol dan sukar dicerna.
Lemak Tak Tepu:
Terdapat 2 jenis lemak tak tepu iaitu lemak poli tak tepu dan lemak trans.
Diperolehi daripada sumber haiwan dan tumbuhan :Lemak tak tepu juga dikenali"asid lemak perlu./Lemak poli tak tepu.
1)Lemak poli-tak tepu;
Sumber lemak poli-tak tepu adalah daripada bijian kekacang dan ikan laut dalam.
*contoh sumber bijian /kekacang seperti minyak bunga matahari,jagung,soya,sunflower,bijan menghasilkan
asid lemak omega-6
*Manakala Asid lemak omega-3,EPA &DHA,terdapat dalam ikan laut dalam seperti Salmon ,Tuna,
Marcerel.
*Asid lemak"perlu"ialah lemak yang tidak boleh dihasilkan oleh badan,dan ia dikategorikan sebagai lemak
baikkerana boleh mengurangkan paras kolestrol jahat (LDL),trigliserida dan jumlah kolestrol keseluruhan.dan berupaya meningkatkan paras kolestrol baik(HDL.
2)Lemak Trans:
Terdiri daripada lemak trans semulajadi dan bukan semulajadi.:
*Lemak Trans semulajadi diperolehi daripada sumber protein seperti Daging lembu,kambing dan tenusu.Dimana bakteria yang wujud dalam perut lembu menghidrogenkan minyak dari makanan untuk menghasilkan lemak trans.
*Lemak Trans bukan semulajadi/Buatan:
Diperolehi sumber semulajadi@ telah melalui proses pembuatan seperti yang terdapat dalam daging burger,makanan segera,makanan bergoreng/pastri,serta makanan ringan..
.Terdapat beberapa pendapat,yang menyarankan agar mengelakkan dari mengambil terlalu banyak "lemak Trans kerana dibimbangi meningkatkan risiko serangan jantung akibat peningkatan paras kolestrol,serta penyumbatan saluran darah,dan seharusnya mengelakkan @ tidak mengambil terus lemak trans dari sumber buatan(bukan semulajadi)untuk kesihatan yang maksimun.
Kajian membuktikan Pengambilan Asid lemak Omega-3,EPA &DHA,dapat meningkatkan lagi tahap kesihatan/fungsi imun serta untuk kecerdasan/perkembangan otak manusia.
Manfaat Asid Lemak Omega-3:
1) Mencegah risiko penyakit jantung serta tekanan darah tinggi.
2)Menurunkan paras kolestrol>
>minyak ikan Omega-3 berupaya meningkatkan kolestrol baik dan terbukti dapat menurunkan kadar
trigliserida dan LDL dalam darah.
3)Mencegah Obesiti dan Diabetes
>Minyak ikan omega-3 berupaya meningkat metabolisme badan di mana ia membantu menukar "glucose"/asid lemak kepada tenaga dengan cepat.
4)Meningkatkan kesihatan Otak
>asid lemak omega -3 mampu meningkatkan kesihatan otak berupaya mempengaruhi perkembangan
membran sel dalam sisitem neurologis di dalam otak.
>Ia mampu meningkatkan daya ingatan dan mentasi penyakit"nyanyuk"/al zheimer.
5)Mengurangkan depresi/tekanan:
6)Anti-inflamasi:
>mengatasi masalah penyakit kulit,keradangan sendi,Psoriasis,Asma.
7)Mengurangkan risiko pembekuan darah/Salur darah tersumbat.
>mencegah masalah/risiko darah tinggi dan stroke.
8)Membantu penyerapan Vitamin.
>Asid lemak omega-3,sangat membantu dalam hal penyerapan vitamin larut lemak(A.D,E,K),
>Membantu mengatasi masalah kekurangan zat makanan/kekurangan berat badan.
>meningkatkan kesihatan dan kecergasan terutama bagi kanak2 yang gemar makan"makanan ringan" serta
kurang selera makan.
9)Meningkatkan perkembangan Anak:
>Perkembangan mental & fizikal dengan lebih cepat.
>sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu hamil.
Bagaimana Mencari minyak omega -3 terbaik?
Minyak ikan omega-3,fatty acid,EPA &DHA,shaklee.kerana melalui 3 tahap penyulingan proprietari,dan bebas toksik,Sumber minyak ikan laut dalam /Laut sejuk.
Minyak ikan ini,terbaik dan tulen,kerana dalam satu sajian cadangan untuk dewasa ialah 3 capsule sehari .
*Omega-3 fatty acid =330mg/per capsule
*EPA =180mg/per capsule
*DHA =120mg/per capsule
*untuk maklumat lanjut klik pada artikel berkaitan:
Omega Guard,minyak ikan terbaik di dunia
Mengapa minyak ikan omega-3 shaklee melalui 3 peringkat penyulingan proprietari
#Rujukkkan:International Union Of Pure Applied Chemistry 1997.
Oleh;Pn Zurina Bt Mohd Noor
*SID Shaklee,ID1092799.
*N0 Telefon:019 3518 273(call/whatsapp),untuk sebarang pertanyaan.
Wednesday, 12 November 2014
Mealshake mengandungi Maltodextrin dan tidak selamat?
Sebelum kita mengatakan Mealshake mengandungi maltodextrin dan tidak selamat diminum,apakah anda faham ,"Apa itu Maltodextrin?.
Hasil rujukkan www.popsugar.com/fitness/What is Maltodextrin?>
Maltodextrin adalah bahan tambahan(additive)yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai "thickener @ filler".Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat kompleks yang biasa diestrak dari beras,jagung,kentang,barli dan gandum.Jadi maltodextrin bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal/kilang.Ia memang biasa ditemui dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee kerana ia diperlukan untuk membekalkan"glucose" dengan cepat ke dalam badan disifatkan mempunyai indeks glisemik tinggi..Walaubagaimanapun maltodextrin akan cepat diserap oleh badan dan ditukar menjadi glucose
di mana jika tidak digunakan oleh sel badan ia akan bertukar mejadi lemak.
Lemak.,,
Anda tentu risau ,apabila saya mengatakan"apabila tidak diguna oleh sel badan ia akan bertukar menjadi lemak".Pembentukkan lemak tidak mudah berlaku,jika anda mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Tapi,satu peluang baik bagi mereka yang terlampau kurus dan ingin menambahkan berat badan atau menambahkan selera makan.
Saranan Pengambilan:
1)Jika anda ingin mengambil makanan yang mempunyai kandungan maltodextrin yang tinggi,ambillah selepas
anda bersenam kerana badan memerlukan sugar @ glucose dengan cepat dan maltodextrin boleh
bekalkan kepada badan.
2)Ambil hanya 34g sehari =1/4 cup(untuk golongan dewasa/anak-anak yang sudah bersekolah>4 tahun ke
atas.
* Ramai yang keliru tentang kandungan gula dalam mealshake kerana pada pelekat "ingredient"
mealshake tertulis untuk serving per 100g..
*Mealshake membekalkan 47.1g gula yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak,di mana jika kita mem-
bekalkan 100g setiap hari.TETAPI panduan pada botol sudah tertulis:serving size yang dicadangkan
hanyalah 34g di mana ia mengandung cuma 16.0g gula.
3)Bagi kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah atau 1 tahun ke atas>perlu mengikut kesuaian kerana
size cadangan 34g untuk mereka yang dewasa/kanak yang sedang membesar,jadi ibu bapa perlu bijak.
*Panduan diselaraskan mengikut kesesuaian umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman
anak yang belum matang .
* Ini kerana ,pakar nutrisi/pihak shaklee tidak pernah mengatakan"MEALSHAKE SELAMAT untuk
kanak-kanak berumur 1 tahun."
Pihak shaklee tidak menyarankan kita mengambil 100g sehari,cuma 34g,jadi Adakah mealshake tidak selamat @ diri sendiri yang salah faham,atau tidak ikut panduan pengambilan yang betul.
*Rujukkan"What is Maltodextrin and Is Maltodextrin bad for you"
Untuk sebarang pertanyaan @ consultasi.hubungi saya:
*Pn Zurina Bt Mohd Noor,
* ID 1092799,Distributor Shaklee.
*No telefon:0193518273(call/Whatsapp)
*Cod;sekitar Puchong & dan penghantaran melalui POs keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.
Tuesday, 28 October 2014
Penyakit G6PD,adalah mutasi gen yang boleh diwarisi.
![]() | |
| Bayi G6PD |
Ramai para ibu dan bapa,risau setelah anak mereka telah didiagnosis mengalami G6PD,malah ada yang tertanya-tanya "apa itu G6PD?,dan"bagaimana boleh terjadi?."Apa puncanya?".
Ramai yang menganggap kaum wanita,adalah punca utama menyebabkan bayi mempunyai G6PD seperti fahaman bagi segelintir masyarakat terhadap isu penyakit kuning/jaundis,terutama berkaitan dengan pemakanan ibu semasa hamil atau selepas bersalin dan menyusukan bayi.
Tidak kurang juga,ada diantara anda khususnya ibu mengandung,mengambil sikap tidak peduli akan perihal kandungannya,tentang pentingnya menjaga kesihatan semasa mengandung,terutama keperluan zat makanan/
vitamin.Anda harus peka,ibu hamil terpaksa berkongsi zat pemakanan dengan bayinya. Adalah penting anda memastikan keperluan zat makanan yang cukup untuk kesihatan anda dan bayi yang dikandung.
Dan setelah bayi dilahirkan adalah penting,memberikan susu badan kepada bayi,kerana susu ibu/susu badan mempunyai elemen yang kuat untuk kesihatan bayi terutama untuk mengelak tempoh penyakit kuning yang panjang.
Apa itu G6PD?
G6Pd adalah sejenis enzim dalam sel darah merah iaitu Glucose-6-Phosphate-Dehydrogenase.Sejenis penyakit yang merujuk kepada kekurangan enzim G6PD.
G6PD adalah enzim yang bertanggunjawab untuk mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi kerana sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke tisu di seluruh badan.
Kekurangan enzim G6PD biasanya berlaku pada lelaki dan ia adalah disebabkan penyakit genetik.
Jika sel darah merah tidak cukup enzim G6PD,ia tidak akan mampu bertahan melawan kepada kes jangkitan yang teruk atau terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang,ubat gegat dan ubat-ubatan tertentu yang diambil sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah atau dipanggil hemolisis.
Pesakit mungkin menghidap hemolitic anemia jika sel darah merah musnah berterusan dengan lebih cepat daripada badan dan boleh menggantikannya.
Pesakit G6PD dikatakan tahan kepada penyakit demam malaria kerana kuman malaria tidak boleh hidup dalam sel merah pesakit G6PD.
Apa punca G6PD?
Penyakit ini berpunca dari mutasi gen G6PD.
Gen G6PD inimemberi arahan untuk menghasilkan enzim Glucose-6-Proshate-Dehydrogenase.
Enzim ini berfungsi melindungi sel darah merah dari kesan molekul bahaya dipanggil spesis reaktif(SOR) dari terkumpul hingga ke paras toksik di dalam sel darah merah.
Jadi ,jika berlaku mutasi di dalam gen G6PD sama ada struktur berkurang atau berubah,maka enzim ini tidak lagi dapat memainkan peranannya.
Akibatnya,spesis oksigen reaktif akan terkumpul dan merosakkan sel darah merah.
Penyakit G6PD ini tidak berjangkit walaupun kita bersentuhan dengan mereka yang menghidapnya tetapi ia boleh diwarisi secara genetik.
Kebanyakkan mereka yang mengalaminya tidak mempunyai tanda-tanda khusus.Tanda-tanda yang terjadi
sekiraanya sel darah merah pecah/hemolisis termasuk:
1)Kelihatan teramat pucat,tidak bermaya(atau keletihan yang teramat)
2)Pening.
3)Degupan jantung yang laju.
4)Sukar bernafas
5)Sakit dada.
6)Jaundis(kekuningan)>boleh dilihat pada mata putih atau kulit,warna air kencing seperti air teh atau coca-
cola.
Jika ini berlaku,dapatkan rawatan hospital dengan segera.
Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup.Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya,ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan
tumbesaran kanak-kanak.
Penyakit kekurangan enzim G6PD jarang membawa maut dan rawatan bagi kes hemolisis yang teruk adalah pemindahan darah kepada pesakit.
Penyakit ini tiada penawarnya,langkah terbaik ialah menghindari pengambilan makanan yang boleh mencetuskan hemolisis.
Untuk bayi yang baru lahir yang mengalami penyakit G6PD,bayi tersebut perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning(jaundis) yang tinggi dengan cepat,akibat daripada hemolisis berlebihan.
Bayi yang kuning(jaundice)perlu diletakkan di bawah lampu(fototerapi) untuk menurunkan tahap billirubin
dalam darah.
Pesakit G6PD perlu pantang larang dalam mengambil makanan dan ubatan..Anda boleh rujuk halaman:Punca bayi kuning/jaundis dan bagaimana mengenalinya
dan:Kekurangan enzim G6PD dan kaitan dengan penyakit kuning(jaundice) .
Halaman berikut mengandungi,beberapa perkara yang berkaitan G6PD dan terdapat juga kaedah atau pantang larang untuk mengelakkan jaundice terlalu tinggi serta pemakanan yang perlu dielakkan /diambil oleh pesakit G6PD.
Rujukkan:MyHealth,Portal.goy
#take note:Penyakit G6PD tidak boleh ambil makanan yang mepunyai sumber kekacang dan herba.
#Bagi ibu yang mementingkan kesihatan bayinya,haruslah menyokong pemberian susu badan sepenuhnya kepada bayi sehinggalah bayi/anak anda mencapai umur 2 tahun.Kerana tempoh ini,amat penting untuk melindungi kesihatan bayi anda,kerana antibodi anak amat lemah.
Sekiranya anda seorang ibu yang bekerja,anda boleh meneruskan pemberian susu badan melalui kaedah "simpanan"/perahan susu badan.and berniat meneruskan:breastfeeding" dan dalam masa yang sama anda mempunyai masalah /penyakit G6PD atau bayi anda mempunyai penyakit ini.Anda boleh mengambil suplemen untuk menyokong penyusuan .
Sekiranya anda berminat untuk mengambil Set Penyusuan Shaklee"anda boleh mengambil suplemen berikut;
*vitalea
*vitamin C
*B complex
*Ostermatrix
Anda harus berhati-hati memilih pemakanan,dan mungkin anda memerlukan konsultasi.Jadi ,anda tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan iklan-iklan produk kesihatan tanpa mengetahui keperluan dan tahap
kesihatan anda dan bayi.
#walaupun Set Penyusuan Shaklee ada banyak pilihan contoh"Set Penyusuan Bajet"(Alfalfa dan ESP),tetapi tidak sesuai bagi anda atau bayi anda mempunyai kekurangan enzim G6PD,mengambil produk tersebut,kerana:
>Alfalfa>bersifat herba
>ESP>Berasaskan bijirin/kacang soya
Oleh,suplemen di atas hanyalah cadangan,pengambilan pemakanan berkhasiat,minum air yang cukup,kerap memberi susu badan atau kerap memerah/mengepam susu dapat memperbanyakkan susu badan,malah pengambilan suplemen untuk membantu proses kelancaran air susu disamping membekalkan vitamin dan mineral serta menampung keperluan zat makanan,agar mencukupi untuk ibu dan bayi yang disusui.
Nukilan:Pn Zurina Bt Mohd Noor,SID shaklee.
No ID:1092799
No Telefon:0193518 273(call/whatsapp)
Sedia"COD" sekitar Puchong,Selangor.
Serta penghantaran melalui khidmat POSLAJU DAN GEDEX,keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.
Monday, 13 October 2014
Kenapa bayi kerap buang air besar,tandanya mengalami cirit-birit?
Pada hari ini, saya ingin menjawab persoalan customer,seorang ibu muda.
1. Kenapa bayinya kerap berak,dan adakalanya muntah?
2.Adakah cirit-birit yang dialaminya,berpunca dari vitamin yang diambilnya semasa pantang?
Apa yang mengecewakan saya ,ibu muda ini mengambil keputusan drastik menghentikan pemberian susu badan kepada bayinya atas nasihat suami"yang berpendapat,lebih mudah memberikan susu tepung"senang bila travel" dan makan tanpa perlu berpantang"yang boleh menjejaskan kualiti susu mahupun kesihatan bayi.
Tapi tak mengapalah,mungkin mereka ada sebab tersendiri.Dan kepada para pembaca khususnya bagi mereka yang bakal bergelar"ibu dan bapa",harus faham dan banyakkan membaca info-info kesihatan .
Untuk pengetahuan anda,susu badan mempunyai sumber protein yang tinggi dan mempunyai antibodi yang kuat untuk diberikan kepada bayi.Oleh itu para ibu disaran menyusukan bayi sejak awal kelahiran sehinggalah usia anak 2 tahun setengah.Ia penting,kerana susu ibu mempunyai elemen yang boleh mencegah pembiakkann mikro-organisma yang menyebabkan cirit-birit.Malah ia juga mempunyai DHA yang tinggi.Disamping EPA yang terkandung dalam susu ibu,mempunyai antibodi agar sistem pertahanan badan bayi kuat dan tidak mudah mendapat serangan penyakit.Ia penting untuk tumbesaran dan perkembangan otak/minda anak serta sistem pertahanan badan menguatkan badan anak.
Untuk pengetahuan anda,vitamin shaklee adalah nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang,di sokong oleh DR Zubaidi,kerana ibu yang baru lepas bersalin memerlukan nutrisi yang cukup untuk memulihkan luka dengan cepat dan mengembalikan tenaga sepanjang proses berpantang.Vitamin tambahan diperlukan oleh ibu dalam pantang untuk mengantikan sumber protein dan mineral serta serat yang tidak dapat diperolehi kerana amalan berpantang(makanan),termasuk sumber zat besi dan kalsium.
ok,bab ini saya akan kongsikan dalam blog seterusnya"Nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang".
Ramai ibu tertanya-tanya sama ada bayi mereka menghidap cirit birit kerana disebabkan oleh susu ibu sehingga menyebabkan pembuangan air besar secara kerap.
Ingin tahu,dan bagaimana nak pastikan anak anda mengalami cirit-birit:
Pembuangan air besar adalah normal bagi bayi ,ia bergantung bergantung sama ada bayi di beri susu badan atau susu formula.
*Susu badan:
>Najis bayi yang menyusu badan bagi bayi yang baru lahir adalah agak kekuningan dan lembik atau cair,
serta boleh berlaku sekerap 5 kali sehari.
>Kadang-kadang,bayi boleh membuang air besar sebaik sahaja selesai menyusu badan,ini kerana perut
bayi penuh di isi"susu".Susu akan meransang keseluruhan saluran usus bayi dan menyebabkan
pembuangan najis.
>Dalam masa sebulan,kebanyakkan bayi yang menyusu badan akan membuang najis 1 atau 2 kali sehari
sahaja.
*Susu formula:
>Pembuangan najis bayi yang diberi susu formula ialah sekali sehari.
>Najisnya agak kental dan busuk.
Najis cair yang berlaku dari masa kesemasa adalah normal.Namun bayi kemungkinan mengalami cirit-birit jika:
1.Selepas usianya mencecah sebulan dan mengeluarkan najis yang busuk,cair dan berlendir setiap kali
menyusu.
2.Bayi mengalami demam atau berat badan menurun(harus dibawa berjumpa doktor).
Bagaimana cara nak merawat bayi cirit-birit?
1.Pastikan bayi anda minum banyak cecair untuk melegakan simpton-simpton dan mengelakkan ternyahidrat.
2.Teruskan memberi susu dengan sempurnadan kerap.
3.Cuba beri air garam"rehidrasi"(oral rehydration salt solution @ORS)sedikit demi sedikit, beberapa kali
dalam sejam.
4.Jangan berikan jus buah,air glukos atau minuman berkarbonat>gula yang tidak terserap akan menarik air
ke dalam usus kecil dan menyebabkan cirit-birit makin teruk.
5.Jangan berikan ubat anti cirit-birit kepada kanak-kanak lain
6.Jangan bawa ke pusat asuhan/taska>untuk elak jangkitan kuman /bakteria kepada kanak-kanak lain.
>atau dibawa ke tempat"berenang"untuk tempoh 2 minggu seterusnya.
Punca cirit-birit
Punca utama cirit-birit ialah virus yang bergelar rotavirus. Rotavirus menyebabkan gastroenteritis iaitu merupakan jangkitan/infeksi usus.Ia menjejaskan lapisan dalaman usus.Lapisan yang terjejas akan mengeluarkan cecair dan membiarkan makanan melaluinya terus tanpa menyerap sebarang nutrien.
Selain jangkitan/efeksi pada usus,cirit-birit juga disebabkan oleh:
1.Alergi/alahan>Terhadap susu @alergi terhadap makanan.
2.Susu (formula)>Tidak disediakam dengan sempurna.
3.Antibiotik>Pengambilan ubat tanpa kawalan.
4.Selsema.
5. Keracunan makanan.
6.Kekurangan enzim tertentu> (jarang berlaku)
## Kepada ibu di luar sana/para pembaca anda harus faham bertapa penting susu ibu kepada bayi anda .
Dan seboleh-bolehnya susuilah bayi sehingga lengkap(sampai bayi/anak berusia 2 tahun lebih),kerana
diperingkat ini keadaan bayi/anak belum cukup sistem pertahanan badannya dan tidak digalakkan di beri
ubat-ubatan jika anak anda sakit kerana dibimbangi akan kesan sampingannya.Susu ibu mempunyai
antibodi yang cukup kuat serta mempunyai elemen tertentu yang bersifat anti mikro-organisma,disamping
memenuhi keperluan EPA dan DHA anak.
##>Saya menyokong sepenuhnya "Breasfeeding",walaupun bekerja.Malah saya sanggup berhenti kerja semata-mata untuk beri komitment kepada keluarga dan menyusukan anak sepenuh masa.Dan kini,saya mempunyai 6orang cahaya mata,kesemuanya sihat dan tiada masalah kesihatan.Dan saya amat bersetuju,
bahawa pendapat mengatakan"Susu ibu,menjadikan anak lebih bijak".
Sebagai ibu yang berpengalaman,saya menguruskan sendiri anak walaupun dalam pantang.Saya memahami karenah/ragam anak-anak.Kesemua anak-anak cepat berlajar/cepat mengikuti perkara-perkara baru sejak awal kelahiran lagi,malah tidak pernah dihantar ke pusat asuhan/taska didikkan,walaubagaimanapun tahap kebolehan membaca dan menulis serta pergaulan dan komunikasi amat baik berbanding kanak-kanak lain.
Anda mungkin berminat mengetahui artikel"Susu ibu menjadikan anak lebih bijak",dan mengikuti pemakanan berkhasiat untuk ibu mengandung.Dan inginkan konsultasi boleh hubungi terus ke no telefon saya atau mengikuti halaman blogspot saya.,
Artikel-artikel berkaitan:lawati halaman>http;//ciknabeautynhealth.blogspot/html-seperti:
*Khasiat/kepentingan susu ibu
*Vitamin shaklee nutrisi terbaik untuk ibu dalam pantang
*Susu Ibu menjadikan anak lebih sihat
*Omega Guard Shaklee,omega-3 terbaik di dunia
*Lahirkan generasi sihat dan genius dari peringkat awal lagi
*Set Breastfeeding
*kenapa susu badan merudun/menyusup
dan banyak lagi.
Pn Zurina bt Mohd Noor
SID Shaklee,ID 1092799,
No telefon:019 3518 273(call/whatsapp),
COD area Puchong dan Shah Alam,
Penghantaran guna khidmat poslaju dan Gedex.
Monday, 29 September 2014
SLE(Sytemic Lupus Erythematosus)

Pengenalan:
SLE satu keadaan di mana berlakunya gangguan kepada sisitem pertahanan badan seseorang individu.Badannya akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri.Ini akan mengakibatkan organ-organ tubuh seperti buah pinggang,otak,paru-paru,jantung,kulit,sendi dan sistem darah menjadi rosak..Penyebab sebenar penyakit ini tidak diketahui,tetapi penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit.
Genjala/tanda-tanda mengalami penyakit SLE:
1.Demam berpanjangan
2.Turun berat badan
3.Sakit sendi
4.Ruam kulit terutama bahagian yang terdedah kepada cahaya matahari.
5.Kudis/luka pada mulut
6.Bengkak muka dan kaki.
7.Rambut gugur.
Komplikasi SLE;
1.kegagalan buah pinggang,
2.jangkitan kuman,
3.muka merah(flare)
4.kesan sampingan ubat-ubatan.
Rawatan:
Rawatan kepada seseorang yang mengalami penyakit ini bergantung kepada keadaan penyakit dan organ sistem badan.
ubat-ubatan yang digunakan:
*STEROID(contoh;Prednisolone)
ubatan ini mempunyai kesan sampingan seperti penambahan berat badan,bengkak muka,jerawat ,lambat besar(pertumbuhan lambat),tulang yang lembut dan katarak.Jika kesan ini serius,doktor akan berbincang untuk rawatan gantian lain.
*UBAT SAITOTOKSID(cytotoxic drugs) contoh;Cyclophosphamide.
Ia adalah rawatan lain yang mengantikan ubat Steriod dengan dos yang tinggi dan digunakan juga untuk mengurangkan dos ubat Steroid dan kesan sampingannya.
*KESAN SAMPINGAN UBAT:
Kesan sampingan ubat boleh merosakkkan sum-sum tulang dan meningkatkan risiko kejadian kanser dan mandul.Doktor akan berbincang dengan anda bagaimana untuk menyeimbangkan antara faedah dan risiko rawatan ini.
*STEROID DAN KRIM PENAHAN CAHAYA MATAHARI
> bertujuan untuk mencegah ruam pada kulit.
*UBAT RAWATAN DARAH TINGGI
Kaedah Mencegah SLE menjadi lebih teruk:
>mengikut arahan doktor/nasihat mengenai rawatan.Aspek penting yang perlu tahu:
1.Mengambil ubat mengikut arahan doktor .
2.Menjalani uijan air kencing bila perlu.
3.Mematuhi jadual temujanji rawatan susulan.
4.Mengikut arahan,mengelak terdedah kepada cahaya matahari @ menggunakan bahan/krim pelindung cahaya matahari.
5.Rehat yang cukup bagi mengelakkan tekanan
Pemulihan:
*Mendidik(bergantung kepada umurdan keupayaannya)berkenaan penyakit,rawatan,kesan sampingan dan langkah-langkah mengurangkan kesakitan.
*Amat penting memaklumkan perihal kesihatan anak kepada guru/pihak sekolah,ia bertujuan diberi pengecualian melakukan aktivit ko-kurikulum bersukan dan sebagainya.
Sumber:
* Myhelath portal.gov.com.
*Persatuan SLE Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)













