Wednesday 29 April 2015

Hamil tapi tak pernah datang haid,disebabkan suplement yang diambil?

Mengambil nutrisi tambahan merupakan langkah bijak,untuk menampung keperluan nutrien yang sepatutnya diambil oleh seseorang individu,apatah lagi faktor ekonomi,kekangan masa dan sebagainya secara tidak langsung menganggu diet harian anda,serta menganggu kesihatan.
Pengambilan nutrisi yang berkualiti serta disahkan selamat dari segi ujian klinikal amat digalakkan,namun pengambilannya harus mengikut spefikasi yang ditetapkan .Keberkesanan sesuatu produk bukan sahaja bergantung kepada kualitinya ,malah cara pengambilan yang betul(tidak lupa),disamping pengambilan air yang mencukupi.

Apa yang patut anda tahu tentang kenyataan DR Ray D.Strand,MD di atas sama seperti kenyataan metro di bawah.


Matlamat/saranan adalah tidak berlebihan dalam mengambil apa-apa produk kesihatan,serta harus mengikut jadual pengambilan yang ditetapkan.

Ok,berbalik isu "hamil" tapi tak datang haid..Iya masalah ini sedang berlaku kepada saya.Urine test itu saya punya,,alhamdulillah i,m pregnant..berapa lama ?,,takpasti lagi.
 Kenapa?

Bila di imbas balik,hampir 2 minggu saya tidak berselera makan,lemah jerr.saya tekad ambil urine test.
Kebiasaan,kehamilan yang terdahulu biasa berlaku semasa baby berusia setahun ,baru didatangi haid dalam 2 kali(bermakna 2 bulan).Sekiranya saya gagal merancang,akan berlaku kehamilan.
Mungkin biasa,menurut kata doktor,jika menyusukan baby sepenuh masa.Berlaku akibat perubahan hormon dalam badan.

Masalahnya sekarang baby telah berusia1 tahun 6 bulan,haid tak datang.Walaubagaimanapun,haid pernah datang sekali semasa baby berusia 4 bulan kerana mengambil pil perancang keluarga,kemudian bulan seterusnya haid menjadi tidak normal berlaku sedikit pendarahan dalam tempoh 2 @ 3 hari sahaja.Urine test dibuat,result (-).Semenjak itu saya tekad,ingin biarkan berlaku proses pemulihan semulajadi,oleh itu saya tidak mengambil apa-apa ubat kecuali mengambil "set menyusu Shaklee"hanya ESP dan Alfalfa(sekali sekala)serta Vitamin C, sehinggalah baby berusia 1 tahun 5 bulan.

Sebulan yang lalu,banyak kerja yang perlu dilakukan,,penuh tekanan.Badan letih ,Emosi terganggu,stress.
Dalam masa yang sama saya sedar akan keperluan/manfaat asid folik serta keperluan nutrisi lain sepertimana yang disyorkan DR ray dan Dr zubaidi.Oleh itu saya mengambil asid folik atau dikenali B complex dan GLA complex.Seperti yang kita tahu asid folik amat penting untuk badan kita,bukan sahaja orang yang hamil sahaja boleh ambil,malah orang ingin hamil,orang tua,kanak-kanak dan sesiapa sahaja.
Alhamdulillah selama pengambilan asid folik,badan berasa ringan bertenaga.Walaubagaimanapun pengambilan B complex tidak lama(tak sampai separuh botol),saya berkongsi dengan ibu,sewaktu bercuti di kampung,ekoran terlupa membelikan untuknya.Saya tahu ibu lebih memerlukan,kerana paras  HB nya selalu rendah,sentiasa pening dan pitam,Malah selalu memdapatkan pil asid folik di klinik.Tapi saya juga HB rendah terutama time hamil.

Ok,berbalik pada cerita "adakah disebabkan oleh pengambilan nutrisi"..Pada pendapat anda?.Mungkin Iya bagi saya,ini buktinya saya hamil.dengan pengambilan ESP,Vitamin C ,Asid folik(B complex) dan GLA Complex.
Pada masa yang sama,saya mengambil GLA Complex ,bertujuan untuk mengembalikan hormon ke paras normal,memandangkan baby sekarang dah mencecah 1 tahun setengah,malah bimbang akan kesihatan badan,terutama rahimku..oh,,lamanyatidak didatangi "period".Dan sekarang terpaksa sambung lagi kerana"im pregnant"..licin 1 botol GLA,,
di
Apa perubahan yang dirasakan:
Perubahan yang ketara,sudah tentulah berat badan maitain(45 kg),malah banyak lagi susu badan,kulit lembap tidak kering bersisik seperti dahulu.Kulit muka normal,(tidak kering) walaupun sekadar cuci dengan pencuci biasa tanpa memakai apa-apa kering atau pelembap cuma pada permulaan mengambil B complex dan GLA,keluar sebiji 2 jerawat dalam semingggu kemudian normal.Rambut tak banyak gugur serta kuku yang cantik.Begitu juga kulit siku dan tumit tidak kasar/merekah.

Apa kaitan Asid folik dan GLA Complex dengan kesuburan:

Kedua-dua nutrisi amat baik untuk menampung keperluan nutrien yang tidak mencukupi dalam badan manusia,begitu juga dengan vitamin C.Asasnya asid folik penting untuk pembinaan sel serta memberi tenaga manakala GLA Complex untuk proses pertumbuhan dan perkembangan manusia dan secara tidak langsung dapat mengembalikan paras normal hormon badan.GLA Complex adalah sejenis asid lemak omega-6 yang banyak ditemui di dalam minyak berasaskan tumbuhan dan tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia.Selain membantu proses pertumbuhan dan perkembangan,ia bertindak sebagai kolagen ke atas badan,rambut,kuku dan kulit yang sihat,malah mengawal metabolisme badan dan mengekalkan sistem peranakkan.Kandungan Gla mampu menolong wanita mengekalkan pusingan haid.

Alhamdulillah,rezeki ku telah ditetapkanNYA..Mungkin harapan untuk "KUMBANG",sedangkan selama ni hanya dihiasi "BUNGA"

Persoalanya,bila saya kongsikan berita gembira ini,ada isu berbangkit yang di utarakan.Bagi saya Pihak shaklee ada jawapan untuk tuduhan yang kukira sengaja disensasikan atau dimanipulasikan untuk tujuan tertentu,Jelas sekali Shaklee tidak pernah melantik orang untuk menjadi duta produk sehingga menyebabkan ovari dibuang".Ia lebih kurang sama dengan kenyataan "GLA menyebabkan PCOS"...
Pihak Shaklee membidas kenyataan,malah sedia melakukan pemeriksaan percuma ke atas pesakit yang didakwakan,mengalami masalah kesihatan dan sedia menarik balik produk sekiranya tidak selamat di pasarkan.

Kesimpulanya apa yang disensasikan dahulu BUKAN DISEBABKAN OLEH PRODUK SHAKLEE,TETAPI MASALAH KESIHATAN DALAMAN YANG dialami.

Jelas sekali hasil,pengambilan nutrisi yang berkualiti secara tidak langsung meningkatkan tahap kesihatan.Disamping merawat masalah dalaman,membantu kecantikkan luaran..
Merasakan diri wanita lengkap"sempurna"..

ANDA INGIN TAHU ATAU INGIN CUBA>SILA hubungi saya:

Pn Zurina Binti Mohd Noor
Distributor Shaklee SAH:ID 1092799
kawasan Puchong,Selangor
No telefon:0193518273
Khidmat penghantaran secara pos keseluruh Malaysia,termasuk Singapura Dan Brunei.
Atau cod untuk kawasan sekitar.  

Thursday 23 April 2015

Berpuasa,ke arah diet kesihatan yang baik disamping membersihkan usus kita.



 Seringkali sepanjang bulan puasa pelbagai juadah yang disediakan ibarat pesta makanan,dan merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh para peniaga.

Dek kerana dorongan mata dan nafsu makan yang membuak-buak ditambah pula disaat perut kosong,letih dan lapar kerana menjalankan ibadah puasa,ini mendorong mengambil kuatiti makanan dalam jumlah yang banyak.
Amalan berpuasa bukan sahaja sebagai ibadah malah ia bertujuan untuk memelihara kesihatan manusia,walaubagaimanapun tidak ramai manusia boleh berpuasa mengikut sunnah nabi,bersederhana dalam setiap perbuatan.Maka tidak hairanlah,hadirnya masalah kesihatan seperti sakit perut,gastrik dan secara tidak langsung menganggu amalan ibadah yang sepatutnya dilaksanakan.

Berpuasa merupakan jalan terbaik yang boleh menolong kita meningkatkan kesihatan yang baik.Seringkali berpuasa dilihat peluang untuk mengurangkan berat badan tau sengaja menahan makan.Jika kita tidak berhati-hati,walaupun dengan sendiri menahan lapar dan dahaga dan kemudian tidak perlu menambah berat badan.
Selepas berpuasa dalam tempoh yang panjang,tenaga yang tersimpan di dalam badan anda akan digunakan selepas semua nutrien dapat diserap sempurna daripada makanan yang terakhir diambil.Kebiasaan glukos yang tersimpan di dalam hati dan otot akan kehabisan tenaga terlebih dahulu kerana glukos merupakan salah satu sumber tenaga kita.Jadi badan kita mempunyai lebih masa untuk proses pengulangan ,oleh itu lemak yang disimpan akan diguna sehingga habis dan lebih kerap,akhirnya akan mengurangkannya.

Bagaimana berpuasa menolong mengurangkan berat badan:

Dalam jangka waktu yang panjang,badan kan mula menggunakan protein sebagai tenaga,yang mana ia tidak menyihatkan kerana apa yang kita makan digunakan untuk bina otot.Malah kehilangan berat badan boleh membuatkan badan lemah,
Kekurangan berat badan 5-10% dari berat badan biasa khususnya kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan,penting untuk mengawal diabetes,menururnkan paras kolestrol dalam darah dan boleh mengurangkan tekanan darah.Puasa membenarkan proses detoks dan ini akan meningkatkan kesihatan mental.
Melatih diri untuk berpuasa dengan sihat,tidak seharusnya berbeza kerana banyak makanan berkhasiat sepanjang bulan puasa.Pada masa yag sama ia dapat menyeimbangkan diet sepanjang bulan puasa/berpuasa kerana ia seharusnya sama dengan jadual pemakanan harian.Seharusnya mengikut piramid makanan.
1.Nasi,roti,bijirin
2.Buab-buahan dan sayuran
3.Daging.ikan.telur,dan soya
4.Susu/Produk tenusu
5.Folik mengandungi lemak dan gula.

Berpuasa merupakan satu jalan yang sihat  kerana pengabungan lebih kompleks karbohidrat di dalam diet anda.Karbohidrat melepaskan tenaga perlahan-lahan,bertujuan untuk memastikan glukos dilepaskan secara
perlahan dan stabil masuk ke dalam badan.Yang mana .ia amat penting untuk mereka yang mengalami diabetes.Contoh karbohidrat kompleks iaitu beras perang,beras basmati,oat,barli ,tepung gandum dan bijirin.
Karbohirat kompleks ini sangat baik,kerana banyak serat diet.

Buah-buahan dan sayuran juga kaya dengan serat amat berguna untuk mengaktifkan sistem penghadaman,tetapi ia lebih penting dalam melengkapkan size keperluan dalam diet,ia membuatkan anda rasa kenyang selepas makan.Karbohidrat yang mudah adalah mudah dihadam dan menyerap dengan cepat.Ini menyebabkan anda berasa lapar dengan cepat.
Secara kesimpulannya sediakan serat dalam diet anda.Nutrien akan menyerap dengan perlahan-lahan dan kenyang dalam tempoh lama/panjang,Dengan menambahkan buah-buahan dan syuran dapat membekalkan vitamin dan mineral.
Proses pemakanan yang berat dan mengandungi karbohidrat tertapis @ gula seharusnya dielakkan kerana akanmembakar lemak denga cepat. Ini sebabnya kenapa seseorang mudah berasa lapar selepas mengambil "mee segera",lemak makanan seharusnya dielakkan kerana ia tidak menyihatkan dan mendorong/menyebabkan pedih ulu hati(terutama makan ketika perut kosong/puasa).

Pengambilan kafein tidak digalakkan kerana banyak meransang perkumuhan/pembuangan air kencing.Ini bermakna anda kan kehilangan banyak air dengan cepat melalui pembuagan air kencing,Malah iajuga menyebabkan dehidrasi.Antara miniman yang mengandungi kafein adalah seperti tea,kopi,cola.

Sahur,dijadikan hidangan pertama,dan seharusnya menarik dan seimbang.Cuba menyeimbangkan lebih banyak karbohidrat kompleks dan serat diet membuatkan lebih puas/lebih kenyang dan melengkapkan tenaga berterusan sepanjang hari berpuasa.Hidangan sahur yang seimbang memastikan nutrien mencukupi terutamanya dalam "mikronutrien"
Mengambil protein yang cukup boleh menolong menghalang kekenduran otot.Elak makanan bergoreng lama semasa sahur,ia cenderung menyebabkan pedih ulu hati dan lemak boleh memburukkan lagi kesihatan.Sebagai pilihan makan yang sihat ialah seperti membakar,memanggang,mengrill,mengukus dan merebus.
Mengamalkan pemakanan sunnah@ tradisi Nabi Muhaammad ianya telah lama dipraktikkan.Ia terdiri daripada"Simple karbohidrat"memberi tenaga segera.Jus buah dan pencuci mulut memberi kesan sama.
Tetapi harus diambil perhatian,kerana "diabetes",mengambil masa yang lama untuk berhenti dengan cepat dan boleh menyebabkan tahap gula dalam darah bercampur dan berperanan mengawal gula keseluruhannya.
Merehatkan diri sejak berpuasa untuk menggantikan kehilangan air dan pada masa yang sama,ia membuatkan anda rasa kenyang dan elak terlampau menurut nafsu makan.Ia sangat kritikal,terutama mengambil terlampau banyak makanan selepas berpuasa.Berpuasa bukan alasan untuk makan lebih daripada biasa,kerana ia boleh menyumbang kepada berat badan yang tidak di ingini.
Tidak mustahil makan dalam jumlah/kuantiti yang kecil dan kerap boleh memberi tenaga segera dan meningkatkan metabolisme badan anda.
Samada berpuasa dibulan ramadhan atau tidak pada masa yang sama,ia mendekatkan diri agar makan cara sihat.Ia sepatutnya seimbang dengan variati dan tenaga .Amalan berpuasa,sepatutnya telah lama  diamalkan,bukan menanti tibanya bulan puasa untuk anda perbaiki diet/kesihatan diri anda.

sumber:Mr Brian Liang Ding(BHSC),Dietetic.

Bagaimana mengatasi kelaparan terlampau sekiranya tidak sempat bersahur atas beberapa faktor atau tidak berselera menikmati makanan pada awal pagi:

1)Sahur dengan kurma
Bersahur adalah sebahagian tempoh persediaan berpuasa di siang hari,untuk mengelakkan perut kosong dan memberi tenaga sepanjang hari. Makan dalam jumlah yang banyak pada waktu sahur,bukanlah diharuskan.
Malah memadai dengan air kosong bersama kurma,macam sunnah nabi.Kerana kurma mempunyai serat protein yang cukup untuk keperluan diet anda.

2)Disiplin
   Sentiasa melatih diri agar tidak mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.Ini kerana,mengambil makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan badan mudah letih ,berat,malas dan mendorong untuk tidak aktif/ suka tidur.

3)Melatih minda
   Sentiasa bertenang,berfikiran positif serta tidak memikirkan"makanan" sekiranya terasa lapar dan sentiasa mengingatkan diri bahawa anda sedang berpuasa.

4)Nikmati juadah ringan semasa sahur seperti sup atau sekadar minum minumam tenaga seperti susu ataupun dalam bentuk suplimen kesihatan.

>lihat contoh apa yang saya amalkan setiap pagi walaupun dalam keadaan berpuasa di samping meneruskan "breastfeeding",,ESP +Milo.


Kenapa saya pilih ESP:

Sudah tentulah mempunyai elemen2 seperti di atas di samping memberi tenaga segera disaat ketidaksempatan makan sahur atau tidak berselera makan di pagi hari dan menggalakkan pengeluaran susu badan di saat berkongsi protein dengan si manja.Malah banyak lagi manfaat yang diperolehi dengan Esp Ini seperti mencegah gastrik,melawaskan pembuangan najis,sebagai kolagen terhadap badan,mencegah rambut gugur,kulit kering bersisik ,mempercepatkan penyembuhan luka dan sebagainya.

Bulan puasa adalah bulan untuk menurunkan berat badan:
Amalan berpuasa memang bagus untuk menurunkan berat badan,namun sekiranya makan dalam jumlah yang banyak dan kemudian tidur sepanjang hari amatlah tidak wajar ,kerana protein yang disimpan tidak cepat membakar untuk tenaga,maka lambatlah proses menurunkan berat badan mahupun mengatasi perut buncit @ singkirkan kerak najis berupa toksin dalam usus.

Dengan mengantikkan minuman tenaga disampingkan dapat menurunkan berat badan dengan cepat,kerana pendapat pakar menurunkan berat badan dengan cepat melalui makanan yang mengandungi  "leucine",seperti Cinch.


Selamat berpuasa....

Pn Zurina binti Mohd Noor
Distributor Shaklee,ID 1092799
Pengedar shaklee sah,penghantaran keseluruh Malaysia termasuk Singapore dan Brunei
No telefon:0193518273

Friday 23 January 2015

Kebaikkan dan keburukkan asid askorbik(vitamin C)



Pengenalan

Asid askorbik juga merupakan vitamin C.Vitamin C terdapat dalam sumber tumbuhan seperti buah -buahan dan sayuran.Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia,oleh itu vitamin c perlu diambil dari luar melalui pemakanan.Vitamin C beserta "boflavanoid" mampu meningkatkan keberkesanan penyerapan vitamin C.
Vitamin C/asid askorbik penting untuk kesihatan badan manusia,terhadap fungsi imun tubuh dan mengalakkan pembentukkan sel,serta membantu proses pemulihan/penyembuhan lain-lain.

Vitamin C mudah rosak kerana sifatnya yang mudah larut air dan mudah dicernakan.Ia juga mudah musnah akibat beberapa faktor seperti terdedah kepada udara(oksidasi),penyediaan makanan iaitu vitamin C musnah kerana makanan di masak terlalu lama di atas api.
Tabiat merokok dan minum alkohol memusnahkan vitamin C dalam badan.Sebatang rokok boleh memusnahkan 50-100mg vitamin c.
Malah keadaan seseorang yang sentiasa "Stress" menyebabkan pengeluaran hormon lebih daripada biasa.Vitamin C penting untuk meransang pengeluaran hormon corticosteroid,adrenalin dan noradrenalin.Oleh itu keperluan untuk vitamin c meningkat,pengambilan bersama Vitamin B kompleks amat penting.
Pesakit kencing manis banyak kehilangan vitamin C kerana masalah kencing yang kerap.Ia berlaku akibat kecelaruan antara gula dan vitamin C.
Terdedah kepada cahaya matahari dan aktiviti yang meransang pengeluaran peluh yang banyak seperti atlet.Ia juga mudah musnah/kurang berkesan apabila mereka yang mengambil ubat-ubatan lain contohnya.
*Pengambilan ubat perancang
*Pengambilan ubat penahan sakit
*Pesakit yang sedang mengalami pemulihan seperti pesakit kanser.
 Di mana vitamin C bertindakbalas dengan ubat -ubatan menyebabkan kandungan vitamin c dalam tubuh berkurang.

#Pengambilan vitamin C bersama vitamin-vitamin lain seperti Vitamin B kompleks dan vitamin E digalakkan untuk memberi kesan yang lebih baik.
*vitamin C + vitamin B>meransang pengeluaran hormon corticosteroid,adrenalin dan noradrenalin berupaya menanggani "stress"
*vitamin C+ vitamin E>berupaya memberi kesan lebih synergik dalam proses penyembuhan luka,parut dan lain-lain aktiviti seperti bertindak sebagai agen anti-oksida/anti-penuaan.

Kebaikkan
1)Vitamin C tidak menyebabkan ulser gastrik,walaupun mempunyai enzim,tetapi ia boleh membantu
    Penyembuhan ulser.
2)Membantu pengeluaran toksin
3)Membentuk kolagen>meransang pembentukkan kolagen. di mana kolagen adalah sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.oleh itu ia mampu menghalang kedutan berlaku dengan cepat dan tisu otot dan kulit menjadi lembik.

4)Memperbaikki simptom pendarahan
5)Memerangi kanser
6)Mencantikkan kulit
7)Meningkatkan sistem imun badan.
8)Memperbaikki Insomnia
9)Mengekalkan kolestrol sihat
   >Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,mengekalkan kapilari darah yang sihat,menghindarkan arteriosclerosis,thrombus,menghalang pendarahan dalaman,hidung berdarah pendarahan serebral dan skurvi.

Keburukkan;
#tidak digalakkan di ambil dalam kadar yang tinggi kerana:

1)Dikhuatiri mendatangkan cirit -birit.
    Walaubagaimanapun,pengambilan vitamin C pada masa yang betul boleh mencegah berlakunya najis terlalu lembut atau cirit-birit,iaitu mengambil vitamin C selepas makan atau elak ambil sumber vitamin C bersama air,kerana serat buah-buahan telah mengandungi banyak air.

2)Boleh menjejaskan bacaan Ujian Darah.
   >Elak pengambilan vitamin C sebelum melakukan ujian.

3)Pengambilan Vitamin C yang tinggi tidak digalakkan iaitu sehingga 400mg sehari tidak digalakkan untuk mereka yang menghidap batu karang.Begitu juga pesakit buah pinggang.

4)Boleh bertindak ba;las dengan ubat-ubatan lain.
   >Menyebabkan vitamin kurang berkesan.Ubat-ubatan yang berinteraksi dengan vitamin Cseperti Aspirin,antibiotik dan pil perancang.
  >Ubat-ubatan seperti warfarin yang mencegah pembekuan darah.dan ubat-ubatan dari kumpulan tricylin anti-depress.


Anda mempunyai pilihan>> Banyak manfaat pengambilan sumber Vitamin C untuk kesihatan keseluruhannya mahupun pengambilan pil Vitamin C.Ia tidak memberi kesan mudarat apabila mengambil bersama ubat-ubatan lain kecuali diambil secara berlebihan.Ia cepat meneutralkan atau ubatan yg diambil kurang berkesan kerana buahan-itu sendiri mempunyai banyak air dan asid.Vitamin c juga pentig untuk proses pemulihan,mempertingkatkan sistem imun badan,sebab itulah kita perlukan Vitamin C.

Pn Zurina Binti Mohd Noor,
Distributor Shaklee Sah,ID 1092799.
SID Puchong Selangor.
No telefon:0193518273.(call/whatsapp)


Asid Askorbik berkurang memberi impak untuk kesihatan badan.



Pengenalan;
Asid askorbik juga dikenali sebagai vitamin C.Keperluan minima yang digariskan oleh USRDA(United Stated Recomemmede Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari.Walaubagaimanapun untuk kesan yang lebih optimun harus mengambil banyak sumber vitamin C .

Vitamin C sangat tidak stabil maka ia mudah musnah kerana sering terdedah kepada pencemaran,oksidasi(terdedah kepada udara),merokok,penyediaan makanan(memasak sumber makanan vitamin C terlalu lama),penyakit dan sebagainya.Ia menjadi punca kekurangan asid askorbik dalam badan,walaupun telah mengambil banyak sumber vitamin C.

Vitamin C,tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita,oleh itu pengambilan sumber luaran amat penting
Vitamin C mudah larut air,oleh itu ia mudah dibuang melalui kumuhan seperti perpeluhan dan pembuangan najis/airkencing.Pengambilan Vitamin C yang berterusan adalah amat penting untuk memastikan kandungannya di dalam badan tidak menjadi rendah.

Manfaat asid askorbik:
1)Sebagai penguat fungsi imuniti badan.
    Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dijalankan lebih efektif.Sel-sel darah putih bertindak melawan bakteria dan virus  yang menyerang badan kita.Dan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi.

2)Membentuk kolagen.
   Vitamin C @asid askorbik meransang pembentukkan kolagen.Kolagen adalah sebatian asas    otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.Oleh itu ia mampu mencegah/menghalang kedut terjadi dengan cepat dan menghalang otot menjadi lembik

3)Mencegah kanser
   Ia penting untuk mencegah penyakit di mana vitamin C membantu pengeluaran interfron yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser.Vitamin C juga menghalang pembentukkan nitrosamines yang menyebabkan kanser.
#Perlu di ingat Vitamin C bukanlah ubat untuk kanser,tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk,di samping menguatkan sistem imunisasi.

4)Mengekalkan kolestrol sihat dan menyokong kesihatan jantung.
   Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.Mengekalkan kapilari darah yang sihat.
   Ia dapat menghindarkan arteriosclerosis,thrombus .
 
5)Mempercepatkan pemulihan luka/memperbaikki simptom pendarahan.
   kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah,lebam ,kecederaan yang lambat sembuh,kulit kering
   dan kasar.
   Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran kolagen,oleh itu luka boleh sembuh dengan cepat.

6)Mengurangkan simpton alergi/alahan.
   Alahan seperti asma,lelah,batuk selsema dan kegatalan kulit.

7)Sebagai anti-oksidan.
   Vitamin C bertindak membentuk kolagen,malah juga sebagai anti-penuaan hebat.Pengambilan vitamin C
   setiap hari dapat mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan berlaku,serta menyekat pembentukkan
   pigmentasi.

8)Mengurangkan Stress.
   Vitamin C penting dalam pengeluaran hormon corticosteroid,adrenalin dan noradrenalin.Stress
   menyebabkan pengeluaran hormon-hormon lebih daripada biasa.Oleh itu keperluan kepada vitamin C
   akan meningkat.Dalam hal ini,pengambilan bersama B kompleks adalah penting.

Kesan akibat kekurangan asid Askorbik:
*Mudah terkena demam,jangkitan virus,batuk,selsema
*luka lambat sembuh.
*penyakit skurvi
*pencernaaan tidak sihat>masalah sembelit,buasir dan lain-lain.
Menurut kajian,pengurangan vitamin c dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan antherosclerosis, di mana pertambahan kolestrol dan lemak yang kemudiannya melekat dan menyekat saluran darah.Pengurangan asid juga boleh menyebabkan dindin.g saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim.

Kumpulan yang mengalami cepat pengurangan /kehilangan asid askorbik/vitamin C;
1)Perokok
    Sebatang rokok mampu melupuskan 50-100mgvitamin C.Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih 20 batang rokok sehari,tiada @ hanya sedikit kandungan vitamin C yang ada.

2)Pesakit diabetes.
   Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C kerana mengalami kencing yang kerap,walaubagaimanapun mereka yang ambil masih mempunyai kandungan vitamin C ,tetapi dalam kadar yang sedikit.Ini kerana kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlaku persaingan gula dan vitamin c.
Pesakit kencing manis di dapati mengalami kurang kolagen,maka proses penyembuhan luka terjejas.
Perubahan yang yang terjadi pada protein dan"free radical"menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti katarak antherosclerosis,kerosakkan buah pinggang.Pengambilan vitamin c boleh membantu keadaan ini.

3)Pesakit kanser
    Kesan terdedah dengan rawatan kemoterapi.
4)Peminum arak/alkohol
5)Pesakit rheumatoid arthritis
6)Atlet
   Atlet banyak melakukan aktiviti lasak dan sering terdedah dengan cuaca panas,maka banyak mengeluarkan  banyak peluh.Keadaan ini menyebabkan berkurangnya vitamin C dalam badan.
  

 Pn Zurina binti Mohd Noor 
 Pengedar sah Shaklee,ID 1092799.
 No telefon:019 3658 769@013 3158 377
 Penghantarn keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.
 Menggunakan khidmat poslaju dan Gedex,
 Cod Sekitar Puchong ,Shah Alam.  

Thursday 22 January 2015

Arthritis :Penyakit keradangan Sendi dan langkah menjaga kesihatan sendi tanpa ubatan dan suntikkan.


Pengenalan Arthritis:

Arthritis merupakan penyakit keradangan sendi yang disebabkan oleh kerosakkan sendi,jangkitan kuman,penyakit keturunan dan sebagain.Radang sendi adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan pada sendi,kemerahan,bengkak dan kekejangan.Arthritis sering  dihidapi oleh golongan dewasa seperti osteoarthritis,arthritis rheumatoid,arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman dan Gout.

Osteoarthritis merupakan kesakitan sendi kerana sendi mengalami kehausan  akibat penggunaan yang kerap.
RheumatoidArthritis(RA)merupakan kesakitan sendi berlaku kerana daya tahanan badan bercelaru di mana tubuh menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri.Kebiasaaannya berlaku kekejangan sendi pada awal pagi.
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman merupakan penyakit yang menyerang satu sendi sahaja,maka tidak semua sendi mengalami kesakitan. 
Gout merupakan kesakitan sendi akibat mendapan asid urik di sendi,lazimnya menyerang pangkal ibu jari kaki.

Tanda-tanda Arthritis:
*Sakit sendi(pergelangan tangan,jari,pergelangan kaki,punggung,tulang belakang di bahagian bawah)
*Sendi bengkak
*Kekejangan sendi
*Susah untuk bergerak seperti biasa
*Sakit apabila bergerak
*Perubahan pada sendi
*Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
*Otot betis menjadi kecut bagi penghidap osteoarthrtis lutut.
*Sakit apabila sekeliling sendi di tekan.

Siapa yang berisiko mendapat Arthritis.
 1)Golongan dewasa/warga emas.
2) Pekerja buruh
3)Atlet
4)Orang tidak amalkan pemakanan seimbang(lebih mengambil makanan yang mempunyai purin yang tinggi seperti makanan laut dan sumber protei seperti daging .biasanya berlaku kepada pesakit Gout)
5)Mereka yang obesiti.

Langkah pencegahan awal

1)Melakukan aktiviti/pergerakkan yang sesuai
  *Pesakit arthritis rheumatoid  digalakkan melakukan ativiti/senaman,kerana kurang pergerakkan akan mendorong berlaku kekejangan otot/sendi secara mengejut.Disamping memudahkan kelenturan otot@ sendi lutut umumnya.Otot-otot di sekitar ligamen sendi lutut,mudah dilentur/dibengkokkan.Berbeza dengan pesakit *osteoarthritis tidak digalakkan melakukan aktiviti lasak kerana mengalami kehausan sendi.

2)Kurangkan berat badan>berat badan melampau memberi tekanan kepada sendi.

3)Makan makanan seimbang.menjaga berat badan di samping mengelakkan mengambil makanan yang terlalu banyak purin(jika seseorang itu menghidapi penyakit gout).

4)Mengambil makanan tambahan.

Pengambilan ubat alternatif untuk melegakan kesakitan seperti ubat penahan sakit,ubat anti radang mahupun suntikkan gel pelincir sendi dan sekiranya gagal ia di akhiri dengan pembedahan.Namun,harus berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui dan mungkin berinteraksi dengan bahan-bahan lain yang turut diambil bersama dengan ubat-ubatan lain.

Sumber: MyHealth

Merujuk sumber di atas,ada benarnya,yang mana ibu mertuaku dan ayahku seorang pesakit arthritis.Ayah sering mengalami kesakitan sendi,maka ubat penahan sakit dan ubatan sentiasa menjadi peneman dan sehingga pada suatu tahap mengalami kerosakkan hati serta mengalami kanser pakreas .
Kini ibu mertuaku turut mengalami arthrirtis.Dengan berat badan yang meningkat dan kurang melakukan pergerakkan,menyebabkan sendi lututnya semakin sakit apabila digerakkan dan sentiasa menggigi,demam.
Ubat penahan sakit,sering diminta sehingga pada suatu ketika doktor tidak memberikan ubat penahan sakit berupa suntikkan kerana atas faktor umur yang agak tua dan turut mengambil ubatan tradisional kerana di bimbangi risiko2 yang tidak di jangka.
#risiko ubat penahan sakit&ubat-ubatan tradisional yang tidak berdaftar

Langkah Penjagaan sendi;

Pengambilan suplimen/nutrisi adalah untuk menampung keperluan nutrien  yang diperlukan oleh tubuh.Kehadiran 3 komponen suplimen kesihatan iaitu Omega Guard,Ostematrix dan Advance Joint Health Tablet melengkapkan keperluan untuk kesihatan sendi.Ia memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
Di samping itu ia membantu mengekalkan tulang yang kuat serta membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.

Fungsi khusus Suplimen:

Omega Guard
Mempunyai Asid Dokosaheksanoik(DHA) dan Asid Eikosapentanoik(EPA) merupakan asid lemak omega 3 yang diperolehi dari sumber ikan laut dalam.Dimana asid DHA dan EPA mampu mengurangkan keradangan,menggalakkan fungsi otak,kesihatan sistem saraf dan fungsi mata.Asid  lemak ini perlu di perolehi dari pemakanan.Di samping itu,lemak omega-3 dapat meningkatkan metabolisme badan,berupaya mencergaskan badan dan menyingkirkan lemak /kolestrol buruk dalam badan.Ini secara tidak langsung dapat mengelakkkan obesiti mencegah risiko serangan jantung dan lain-lain. 
Omega guard juga bertindak meningkatkan fungsi imun badan dan mencegah simptom alergi.

Advance Joint Health Tablet
Bertindak menyokong kesihatan sendi.AJHT adalah formula proprietari yang menampilkan kombinasi bahan yang amat berkesan yang dapat menyokong pergerakkan,kelenturan sendi dan fungsi yang sihat.Ia dihasilkan daripada ramuan yang aktif iaitu estrak botani boswellia jagung dan nutrien-nutrien penting lain termasuk  zinc,tembaga,mangan dan vitamin C.Ramuan-ramuan aktif ini  dapat membantu meningkatkan kelesaan sendi dan pergerakkan.AJHT merupakan estrak 100% tumbuuhan tanpa sumber haiwan.

Ostematrix
osteomatrix lebih daripada sekadar kalsium kerana turut mengandungi nutien-nutrien lain seperti vitamin D,Zinc,boron,manganes,kuprum.Di mana 1 tablet ostematrix bersamaan 1 gelas susu berkalsium tinggi dan bersamaan 80 biji badam.Ia membantu dalam pembentukkan dan penjagaan tulangdan gigi .
Ia bermanfaat menguatkan tulang,di mana kalsium menghalang osteoporosi menguatkan kuku,kerangka,gigi,sistem saraf.Ia juga merawat tulang retak,osteomalacia(rickets dewasa),kuku rapuh,exzema,kekejangan,gusi berdarah.
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur dapat memperbaikki kekejangan dan kebas-kebas,sakit sendi dan arthritis.Di samping itu bertindak sebagai penenang @meringankan stress,di mana ia mengimbangi tekanan darah:memelihara denyutan jantung impuls saraf,penenang saraf:menggalakkan tidur yang selesa dan lain-lain.

Ikhtiar untuk kesihatan lebih baik

Pn Zurina Binti Mohd Noor
Pengedar sah shaklee,ID 1092799
No telefon:0193518273
Penghantaran keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.

Wednesday 21 January 2015

Arthritis penyakit keradangan sendi simptom mengalami penyakit Gout,Rheumatoid Arthritis dan Osteoarthritis

Arthritis
Pengenalan 
Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan ,kemerahan,bengkak dan kekejangan,Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah:
kerosakkan sendi,jangkitan kuman,penyakit yang diwarisi dan sebagainya.

Arthritis sering dihidapi golongan dewasa antaranya:

1)Osteoarthritis(OA)
2)Arthritis Rheumatoid
3)Arthritisnyang disebabkan oleh jangkitan kuman
4)Gout

Osteoarthritis
*Sering dialami oleh warga tua ,disebabkan oleh faktor usia yang telah lama kehilangan tisu kolagen,dan kemungkinan juga telah mengalami kehausan akibat penggunaan sendi yang kerap(terlalu banyak melakukan pergerakkan)
*Geseran sendi,akibat kekurang pelincir di bahagian sendi membuatkan warga emas mengalami sakit sehingga sukar menggerakkan sendi terutama pada bahagian lutut.Lebih banyak pergerakkan ,maka lebih menyakitkan bagi seseorang yang mengalami Osteoarthritis.

Rhematoid Arthritis(RA)
kebiasaannya dialami oleh kaum wanita,disebabkan daya tahan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri.Ia menyebabkan kekejangan di waktu pagi.Atau di kenali"Sentap mengkarung" @ "simpul biawak".Kekejangan mengambil masa yang agak lama untuk pulih,iaitu sekitar 1 hingga 2 jam,ia memerlukan bantuan seseorang untuk memicit @ mengurut pada bahagian belakang betis iaitu dibawah lipatan sendi lutut.Sendi-sendi yang terlibat adalah jari,pergelangan tangan dan kaki.

#terdapat pendapat pakar,penyakit sendi Rhematoid Arthritis(RA),ia berbeza dengan osteoarthritis kerana berlaku kerana kurang pergerakkan sendi dilakukan menyebabkan otot ligamen dibahagian sendi lutut umumnya menjadi" ketat" dan menyebabkan ia menjadi semakin sukar digerakkan.

Arhritis yang disebabkan jangkitan kuman
Arthritis yang disebabkan jangkitan kuman pada sendi,yang selalunya menyerang pada satu sendi sahaja.
Kebiasaan seseorang itu sering mengalami demam dan mengigil.

Gout
Kesakitan sendi berlaku disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi.Kebiasaan menyerang orang lelaki yang di pertengahan umur.Dan biasanya terasa sakit pada pangkal ibu jari.

Tanda-tanda Arthritis;

*Sakit sendi(tangan,pergelangan tangan,jari,punggung,tulang belakang dibahagian bawah)
*Sendi bengkak
*Kekejangan Sendi
*Kesukaran bergerak
*Sakit apabila bergerak
*Perubahan pada sendi
*Lutut berbunyi bagi pesakit osteoarthritis lutut
*Sakit apabila sekeliling sendi ditekan.

Faktor-faktor yang menyebabkan risiko  Arthritis:
1)Peningkatan usia
2)Badan terlalu gemuk>terlalu berisiko dan menyakitkan bagi pesaki ostearthritis lutu.
3)Sejarah keluarga,disebabkan keturunan atau ahli keluarga yang mengalami penyakit arthriris terutama bagi mereka yang mengalami osteoarthritis secara keseluruhan,gout dan sebagainya.
3)Aktiviti sendi yang terlebih fleksibel(hypermobile joints)
4)kecederaan berat akibat bersukan atau melakukan kerja berat seperti petani,peladang.
  >menyebabkan kehausan sendi atau osteoarthritis

Langkah 2 untuk merawat sendi:

1)cara rawatan
   a)cara ubatan
>memberi ubat penahan sakit(paracetamol)
>Memberi suntikkan berupa gel pelincir pada sendi        
 >ubat sapuan seperti salicyclate
>Ubat anti-radang diberi bagi meredakan sakit dan keradangan bagi pesakit arthritis rheumatoid dan ostearthritis.
>Bagi kes yang teruk,ubat boleh disuntik terus pada sendi yang sakit.
   #ubat-ubatan adalah bertujuan melegakan kesakitan,NAMUN atas faktor usia,warga emas tidak digalakkan diberi suntikkan ubat penahan sakit.
>Bagi arthritis rheumatoid,ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit(disease-modifying anti-rheumatic drugs)juga diber awal untuk mengelakkan kecacatan

b)Pembedahan
   >Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan,pembedahan adalah satu jalan penyelesaian ,dikenali pembedahan gantian sendi.

3)Langkah pencegahan tanpa ubatan(pencegahan awal)
  >pesakit harus peka tentang penyakit mereka.
  >Mengurangkan berat badan
  >Elakkan memberi tekanan pada sendi terutama pesakit osteoarthritis seperti elak duduk mencangkung,melakukan pergerakkan pantas/kerap.
  >memakai kasut yang menyerap hentakkan
  >Menanggani tekanan contoh apabila berlaku kekejangan otot,rehatkan otot dan bertenang sehingga otot pulih@ kekejangan berhenti.
  >Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri pada waktu sakit iaitu seimbangkan waktu rehat dan aktiviti.
 >Kerap bersenam kecuali pesakit osteoarthritis.Bersenam membantu melancarkan pengaliran darah untuk memastikan tulang dan otot kita kuat.Ia membantu pergerakkan sendi.
>Makanan seimbang>ia amat penting untuk mempunyai berat badan yang ideal dan mempunyai cukup zat pemakanan seperti sumber kalsium seperti produk tenusu atau susu amat penting untuk pembinaan tulang dan mencegah risiko osteoporosi(reput tulang).Namun pesakit gout perlu elakkan makan makanan yang kaya dengan purin seperti daging,makanan laut.

>Pengambilan sulimen tambahan>untuk menampung keperluan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh.

Sumber:MYhealth.

Lawati halaman berkaitan; 

osteoporosis tanda kurang kalsium
Advanced Joint Health Tablet suplimen kesihatan sendi
arthritis;penyakit keradangan sendi dan langkah kesihatan sendi tanpa ubatan dan suntikkan
Suplimen kesihatan Sendi:





Pn Zurina binti Mohd Noor.
Pengedar sah shaklee,ID 1092799
No telefon:019 3518 273(call/whatsapp)
Penghantaran keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei,
Cod sekitar kawasan Puchong,Shah Alam.

Tuesday 20 January 2015

Advance Joint Health Tablet suplimen untuk cegah kesakitan sendi.



Advance Joint Health Complex

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)
Mengandungi satu bentuk estrak Boswelia yang telah ditunjukkan didalam kajian klinikal,mampu meningkatkan keselesaan sendi  dalam jangkamasa seawal 5 hari.

Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara kilinikal:
*Menggalakkan mobiliti
*Meningkatkan fleksibiliti
*Meningkatkan fungsi sendi
*Menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang.

AJHT juga merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas yang terdiri daripada Zinc,Kuprum,Manganese dan vitamin-C.Setiap kombinasi nutrien memainkan peranan dan membangunkan pembentukkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat.

Tidak seperti suplemen kesihatan sendi yang lain AJHT tidak mengandungi kondroitin,iaitu satu bahan yang menghalang penyerapan glukosamin yang terbukti secara klinikal.New Advanced Joint Health Tablet bebas kekerang dan sumber haiwan.Ini bermakna ia 100% sumber Vegetarian.

Ramuan utama AJHT:

ESTRAK BOSWELLIA
*Diperolehi dari resin pokok Boswellia serrata.Estrak botani  ini mengandungi asid boswellia yang menghalang formasi leukotrien,kimia yang dihasilkan oleh tubuh yang menyerang tisu sendi menyebabkan ketidakselesaaan sendi.
*Estrak proprieteri boswellia mengandungi konsentrasi yang tinggi AKBA(3-acety-11-keto-boswellic acid) yang merupakan asid boswellik dan lain-lain konstituenboswellia yang digabung untuk menghasilkan bioaktiviti yang lebih ungguldari hanya AKBA.
Kajian membuktikan kelesaan sendi lebih baik dan mampu melakukan  lebih aktiviti harian .

ESTRAK JAGUNG
 *Estrak jagung membekalkan sumber glukosamin yang pekat.
  Glukosamin adalah satu jenis gula asid amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur Proteoglycans,komponen struktur rawan dan cecair antara tulang yang membekalkan pelinciran.
Banyak kajian menunjukkan pengambilan suplimen yang mengandungi glukosamin membantu meningkatkan
pelbagai gerakkan,morbility dan fleksibeliti.
*New Advenced Joint Health Tablet mengandungi sumber glukosamin hidroklorik iaitu sumber yang paling tinggi konsentrasinya.Ianya diperolehi dari sumber sayuran berbanding glukosamin sendi yang diperolehi dari sumber kerang-kerangan.

MENGANDUNGI VITAMIN C
AJHT mempunyai vitamin c untuk keperluan harian tubuh.Salah satunya nutrien untuk pembentukkan kolagen @sintesis kolagen.

ZINK ,KUPRUM dan MANGGANES
Mineral surih yang diperlukan untuk membina tisu penghubung.

Manfaat utama AJHT
1)Meningkatkan kelesaan sendi seawal 5 hari,iaitu 28% lebih cepat dan pantas daripada jenama yang didakwa terkemuka iaitu OsteoBi-Flex.

2)Meningkatkan cuishioning:
   Glukosamin membantu memelihara rawan.Ia memberi perlindungan antara sendi yang membolehkan mereka bergerak bebas.
3)Memelihara tisu penghubung yang sihat:
   Zink,kuprum,mangganese dan vitamin c membantu membina kolagen tisu penghubung yang memberi kekuatan kepada struktur sendi.
4)Meningkatkan keselesaa sendi:
   Estrak boswellia pantas membantutkan mekanisme respon stress tubuh untuk memperbaikki kelesaan sendi.

Ciri-Ciri AJHT
*100% bebas kekerang
*100% vegetaraian
*100% bebas kondroitin untuk menyerap glukosamin yang lebih baik
*Tiada perasa dan pengawet,pemanis tiruan.
*Bebas gluten

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan ketidakselesaan sendi atau mengalami kesakitan sendi.Antaranya faktor usia,kecederaan tisu, otot akibat kemalangan,faktor pemakanan di mana mengalami kekurangan nutrisi seperti kurang mengambil protein susu @produk tenusu yang banyak mempunyai kandungan kalsium untuk pembentukkan tulang,gigi,menguatkan rambut dan sebagainya.Dan kebiasaannya,dikaitkan dengan masalah arthritis dan osteoporosis.

Untuk mendapatkan kesihatan sendi yang optimun,tambahan pengambilan suplimen memang wajar.
Antara set kesihatan sendi yang disyorkan:

1)SET SENDI TULANG>Terdiri daripada(Osteomatrix,Omega Guard,Dan AJHT)
2)SET OSTEOPOROSIS>Terdiri daripada(Osteomatrix,ESP dan AJHT)

Lawat halaman berkaitan:
osteoporosis tanda kekurangan kalsium
Arthritis:penyakit keradangan sendi dan langkah kesihatan sendi tanpa ubatan dan suntikkan

Pn Zurina Binti Mohd Noor
Pengedar Shaklee Sah,ID 1092799.
No telefon:019 3518273(call @whatsapp)
Penghantaran keseluruh Malaysia,termasuk Singapura dan Brunei.
COD disekitar kawasan berdekatan Puchong,Shah Alam.

Sunday 18 January 2015

Reserveratrol mampu mengawal "Penuaan sel peringkat sellular".

Penuaan akan berlaku terhadap semua individu,akan tetapi setiap individu tidak mengalami proses yang sama, samada cepat atau lambat Ianya bergantung  kepada individu itu sendiri.Terdapat beberapa faktor yang mendorong penuaan berlaku seperti faktor genetik,usia,pemakanan,gaya hidup dan lain-lain.Faktor persekitaran yang menyebabkan seseorang individu sering terdedah terhadap serangan radikal bebas akan mempercepatkan lagi proses penuaan berlaku atau mempercepatkan proses replikasi berbilang.

Menurut saintis penuaan berlaku apabila mencecah usia dewasa dan ianya berlaku secara dalaman pada peringkat berbilang.Ia merujuk kepada replikasi sel yang kian lemah .Kemerosotan fungsi sel yang terjadi beransur-ansur lazimnya menjurus kepada perubahan fizikal dan fisiologi seseorang antaranya:
*Penipisan rambut
*Kedutan pada Wajah
*Kulit kendur
*Kemerosotan tahap tenaga
*pertambahan berat badan dan lain-lain.



Penuaan sel peringkat sellular merupakan salah satu peringkat yang menerima kesan penuaan pada peringkat selular(sel).Penuaan sel berlaku berdasarkan kepada kekerapan proses replikasi berbilang.Penggandaan setiap sel boleh berlaku sehingga 50 kali ganda.

Kajian saintifik membuktikan sebahagian besar penyakit yang berpunca daripada faktor usia boleh dicegah atau diperlahankan dengan  mengubah gaya hidup  dan pengambilan diet yang sihat.
 Menurut ketua pegawai sainstifik shaklee corporation Amerika Syarikat(AS)Dr Casten R Smirdt,proses penuaan biologi boleh ditanggani secara positif dengan mengenalpasti 4 mekanisme dalam proses penuaan selular iaitu:

1)Kerosakkan DNA
    Setiap hari,setiap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan pengkalan data genetik
    yang akan menganggu fungsi sel

2)Pengawalan Genetik
    Pengawalan Genetik menyumbang kepada deteriorasi(kemerosotan) umur pada tahap sellular.

3)Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel.
    Mitochondria(penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan.Apabila kecekapan mitochondria menurun,fungsi sel turut menurun.

4)Penimbunan Protin AGE
    Penimbunan berlebihan protin AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakkan
    tahap sellular yang akan menganggu keutuhan sel dan fungsi imun.

Hasil penyelidikkan yang bertahun lama para saintis menemui formula untuk mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular,iaitu penemuan estrak botani  yang mengandungi  fitonutrien proprietari yang kaya dengan reserveratrol.Reserveratrol dari anggur muscardine iaitu anggur liar,yang mana mempunyai 1 tambahan kromosom lebih dari anggur biasa,iaitu sebanyak 20 kromosom yang pastinya banyak manfaat untuk kesihatan.

Para penyelidik dari Sekolah Perubatan Havard dan Institut Penuaan Nasional(NIA)Amerika syarikat pernah melaporkan sejenis bahan semulajadi"reserveratrol" mampu mengimbangi kesan negatif sesuatu diet yang berkalori tinggi.
Reserveratrol merupakan sejenis polifenol yang biasa ditemui dalam wain merah juga berupaya memanjangkan jangka hayat tikus dalam ujian makmal.Satu kajian yang dijalankan oleh Jabatan sains dan teknologi,Universiti Ohio Amerika Syarikat pada 1997 membuktikan kejayaan reserveratrol menyekat pembahagian sel kanser di peringkat sellular

Hasil kajian klinikal terkini VIVIX diciptakan hasil dari estrak botani yang unik dan sukar diperolehi terdiri daripada anggur muscardine,lobak unggu,elderberry,polygonum cuspidatum.Ramuan semulajadi ini banyak manfaat untuk kesihatan dan fungsi imun.

Vivix memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap sellular iaitu;
 1)Melindungi dan membaikki sellular DNA
2)Memberi impak Positif kepada pengawalan genetik.
3)Menggalakkan biogenesis(pembentukkan baru mitochondria)
4)Melambatkan pembentukkan protin AGE(Advanced Glycation End products).

Ia juga menolong membantu mejaga dan memelihara kesihatan jantung,kesihatan otak,kesihatan sendi,sistem imun,perlindungan antioksidan,peningkatan tenaga pada tahap sellular dan kesihatan.

Ramuan semulajadi"VIVIX"
 
Terdapat 4 ramuan semulajadi yang  mengandungi adunan fionutrien proprietari yang kaya dengan reserveratrol iaitu terdiri daripada anggur muscardine yang merupakan ramuan utama dan paling penting.Anggur liar ini mempunyai banyak polifenol reserveratrol yang mempunyai lebih kromosom berbanding anggur biasa,maka ia lebih banyak manfaat untuk kesihatan.

Carrot Purple @lobak unggu merupakan sumber terbaik vitamin A.Mengandungi fitokimia termasuk carotenoids,phenolcs,polyacetylenes,isocoumarins dan sesquiterpenes.Turut mengandungi ancthocyanins yang merupakan agen antioksidan yang kuat.Lobak unggu juga mempunyai asid klorogenik adalah antioksidan paling banyak dalam carrot.Asid klorogenik dipercayai dapat mengurangkan "diabetes"yang disebabkan oleh pengambilan kopi.Kajian menunjukkan anthocyanins memberi kesan positif dalam biologi penyelidikkan seperti sebagaianti-oksidan,anti-radang,anti-mikrobial dan anti-carcinogen.Malah ia amat baik untuk saluran darah,platelet dan lipoprotin yang berkebolehan mengurangkan risiko koronari jantung.

Elderberry(Sambucus Nigra),mampu mengubati sistem Flu seperti influenza.Khasiat blueberry yang mempunyai flavonoid berkesan sebagai anti-oksidan dan menguatkan sistem imun bagi melawan jangkitan virus dan bakteria.Elderberry juga mempunyai "anthocyanins dan manfaatnya juga sama dengan carrot purple.Elderberry juga kaya dengan vitamin A,B, dan C serta nutrien seperti asid amino,carotenoid,tannin.Vitamin yang terdapat elderberry ini banyak memberi manfaat kesihatan sistem penafasan malah ia juga boleh merendahkan tahap kolestrol dan juga menghalang oksidasi kolestrol LDL.
Oksidasi kolestrol LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.ia juga baik untuk pesakit "diabetes".Selain itu,ia juga baik untuk kesihatan mata,mengurangkan stress dan penghadaman.

Polyonum Cuspidatum(juga dikenaliKnotweed Jepun).Tumbuhan komersial reserveratrol utama yang terdapat dalam estrak kulit anggur merah dan biji anggur.Ia berkesan memberi manfaat dan diguna untuk merumuskan suplemen kesihatan.tumbuhan ini banyak diuna dalam perubatan cina.Ia bertindak sebagai agen anti-penuaan.Hasil kajian reserveratrol membantu melambatkan proses penuaan,merendahkan kolestrol,merendahkan tekanan darah,meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.


  Sumber pesona dan DR Casten R Smirdt ketua pegawai saintifik Shaklee Corporation Amerika Syarikat(AS).

Pn Zurina Bt Mohd Noor
Distributor Shaklee Sah,Puchong Selangor ,ID 1092799.
Call/Whatsap:019 3518 273