Wednesday 2 November 2016

Bahaya penyakit darah tinggi ketika hamil(GDM)



 Darah tinggi:

 Oleh kerana penyakit ini telah ku alami semasa mengandung anak bongsu,penyakit yang tidak pernah dijangka iaitu hanya ketika hamil,walaubagaimanapun penyakit ini kembali menyinggah selepas kelahiran bayi kerana faktor tekanan da sebagainya.Malah dikelilingi oleh orang-orang yang mempunyai penyakit ini dan risiko mendapat penyakit lain sehingga boleh membawa maut,sudah cukup menyedarkan aku bertapa pentingnya menjaga kesihatan diri.Maka bemulalah detik mengenali suplemen dan akhirnya jatuh cinta dengan produk hebat "shaklee"Bcomplex & Omega Guard.,Takut bom jangka boleh meletus bila-bila masa.,ok back to,topic..,

Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil,dianggap kes yang serius dan memerlukan pemantauan rapi dan dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan air kencing serta pemeriksaan tekanan darah.Pemeriksaan berkala di klinik kesihatan ibu dan anak, begitu penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan.
  Terdapat 2 keadaan wanita yang disahkan mengalami penyakit darah tinggi sama ada sebelum hamil @ semasa hamil.Wanita yang mengalami penyakit darah tinggi sebelum hamil lagi berkemungkinan menjadi lebih teruk semasa hamil.Keadaan ini memerlukan pemantauan yang lebih teliti apaila memasukki trimester ke-2.
  wanita yang mengalami tekanan darah tinggi apabila mula hamil,yang selalunya berlaku selepas kehamilan berusia 20 minggu.Ia cuma terjadi semasa hamil dan hilang sebaik sahaja melahirkan anak.
   Selalunya doktor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah,namun jika tekanan darah tidak terkawal,ia akan menyebabkan suatu keadaan yang lebih teruk dinamakan pre-eclampsia (PE).
   Wanita yang hamil apabila telah di diagnosis sebagai PE,bermakna beliau bukan sahaja mengalami masalah tekanan darah tinggi,malah ia memberi kesan terhadap buah pinggang,otak dan organ penting lain dalam badan.
   Pemeriksaan ujian air kencing(sering dilakukan semasa pemeriksaan berkala)sangat penting untuk kesan kehadiran protein yang terdapat dan kesan kerosakkan buah pinggang pada peringkat awal.Semakin banyak
protein yang terdapat dalam air kencing,semakin teruk keadaan pesakit tersebut.
   Sekiranya keadaan ini tidak dirawat dengan segera,keadaanboleh menjadi bertambah serius di mana dan berkemungkinan wanita tersebut mendapat sawan,keadaan ini dinamakan Eclampsia.Dalam keadaan ini risiko keselamatan pada ibu dan anak dalam rahim,di mana kedua-duanya boleh meninggal dunia semasa @ selepas proses kelahiran.
   Selain risiko kematian bayi,bayi yang dilahirkan mungkin bersaiz kecil,mengalami terencat akal,bayi lemas semasa proses kelahiran,kelahiran bayi pra-matang, uri tercerai daripada rahim sebelum kelahiran bermula dan pelbagai masalah lagi.
   Darah tinggi boleh menyebabkan ibu mengalami penyakit buah pinggang,paru-paru berair,penyakit berkaitan kegagalan fungsi hati,bengkakkan otak sehingga mengakibatkan sawan,darah tidak membeku dan boleh menyebabkan kematian pada wanita.

Tanda-tanda wanita mendapat GDM:
1)Sering berlaku pada kehamilan pertama terutama wanita yang berusia lebih daripada 35 tahun.
2)wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum hamil @ pernah di diagnosis mengalami
pre-elampsia pada kelahiran lepas.
3)Wanita yang mempunyai migrain.
4)Wanita yang mempunyai ahli keluarga terdekat mengalami PE semasa hamil.
5)Sekiranya terdapat banyak protein di dalam air kencing,kemungkinan besar wanita itu berisiko.  

Distributor shaklee:
*Pn Zurina Bt Mohd Noor,ID 109279
*SID Puchong Selangor
*No telefon 019 3518 273(call/whatsapp)
*konsultasi percuma dan order suplemen kesihatan



No comments:

Post a Comment