Thursday 9 October 2014

kenapa gagal menurunkan berat badan setelah mengambil pil diet?



Kebanyakkan pengguna produk diet/slim,kecewa apabila gagal mencapai berat badan ideal dan menyalahkan produk yang digunakan semata-mata.Seharusnya anda perlu faham,kehadiran produk slim/diet hanya membantu proses penurunan berat badan.Oleh itu jangan terlalu bergantung produk semata-mata,kerana cara pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang di ambil pada masa yang tepat,tabiat/rutin harian yang sihat,di samping pengambilan air dan serat buah-buahan dan sayuran yang mencukupi mempengaruhi amalan berdiet anda untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Banyak sebab kenapa anda gagal mencapai berat badan ideal walaupun mengambil pil diet antaranya:

1)Tidak mengikut jadual pengambilan pil diet/tidak mengikut arahan @skip.
2)Gagal mengambil sarapan pagi atau sengaja tidak makan bertujuan untuk menurunkan berat badan.
3)Kegagalan menahan nafsu makan>Makan banyak dan kerap.
4)Tabiat pemakanan tidak sihat> Suka ambil makanan berkalori tinggi(makanan segera),snek,makanan manis(air bergas)
6)Malas melakukan aktiviti fizikal@ kekangan daripada melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
   >Akibat kesibukkan kerja @ situasi kerja yang membuatkan anda tidak aktif bergerak.
7)Tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat dengan betul
   >mengambil makanan berat ketika sarapan dan makan lewat malam.
8)Kurang/tidak gemar mengambil air kosong,buah-buahan dan sayuran.

Tips menurunkan berat badan dengan berkesan:

Formula untuk turunkan berat badan dengan cepat dan selamat dikongsi bersama YM Tengku Norihan(Pengasas/pemilik:Bodypower Fitness Centre):
*menitikberatkan hal pengambilan makanan,amat sesaui dengan istilah"makan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit"iaitu:

1)Makan pagi>hendaklah diambil selepas sejam bangun dari tidur.
>Ini kerana badan kita memerlukan bahan makanan untuk membakar bagi meningkatkan metabolisme erti kata lain(makanan diperlukan untuk ditukar menjadi tenaga)agar kita lebih fokus dan bertenaga.
>Pentingnya sarapan pagi untuk meningkatkan oksigen di dalam badan,paling penting adalah otak kita .Kecerdasan otak membuatkan kita berasa cergas,lebih fokus dan bertenaga dalam melakukan aktiviti harian.

2)Waktu rehat pukul 10 pagi:
   >Jika sarapan pagi anda di awal pagi iaitu jam 6.00 pagi @7.00pagi.makan diperlukan selepas 3-5 jam.
     size makanan yang ringkas cukup sekadar sebiji buah bersama segelas air kosong.Ia akan membuatkan
    badan anda bersedia untuk menerima makanan tengahari yang berat.Malah membuatkan rasa kenyang
    dan tidak terlalu lapar dan gelojoh mengambil makanan tengahari.

 3)Makan tengahari:
    >Digalakkan anda mengambil lebih lauk-pauk berbanding nasi,kerana nasi mempunyai kanji yang banyak.
      Sumber protein seperti ikan amat penting untuk pembinaan otot.
   >Size hidangan mengikut keperluan anda contoh lauk sebesar tapak tangan(dada ayam),dan nasi antara
     7-12 suap mengikut size tangan masing-masing.
   >Pastikan mengambil sayuran pelbagai warna kerana setiap sayuran mempunyai vitamin yang berbeza-
     beza,iaitu antara 10-16 sudu sayuran.

4)Makan petang>pukul 4-5 petang;
   >Mesti makan,kerana jarak makan tengaharidan makan malam adalah panjang,cukur sekadar sebiji buah
     bersama segelas air kosong.

5)Makan malam:
   >Jika makan petang,pastikan jarak antara3-4 jam untuk makan malam.
   >Cara yang berkesan lebih kurang sama dengan makan tengahari iaitu lebihkan lauk-pauk dan sayuran.

Tips-tips pemakanan sihat yang perlu diamal:

*Pastikan tidak mengambil makanan manis terlalu kerap>contoh minuman "3 in 1",minuman tin/bergas,kerana kebiasaannya mengandungi gula yang tinggi.

*Elak pengambilan ais semasa makan.
  >ada pendapat mengatakan ais boleh mengemukkan>kerana lemak makanan yang diambil semasa makan
    menjadi tepu dan sukar dibakar atau dicerna.Lama kelamaan lemak akan berkumpul dengan banyaknya.
  >hal ini hasil kajian yang dibuat ke atas mereka yang mengalami buncit/boroi yang gemar minum ais.

*Makan makanan yang dibakar/dipanggang,direbus/dikukus.
  >Adalah lebih baik dan mempercepatkan penurunan berat badan.
  >JIka perlu mengoreng,hendaklah memilih minyak yang kurang kandungan kolestrol.

*Makan lebih banyak buah dan sayuran>3-5 kali sehari.

*Minum air kosong yang banyak mengikut size badan anda:
>Berat badan 50-60 kg = minum air sebanyak 2.5 liter sehari.
>Berat badan 61-70 kg = minum air sebanyak 3 liter sehari.
>Berat badan 71-80 kg =minum air sebanyak 3.5 liter sehari
>Berat badan 81-90 kg ke atas = minum air sebanyak 4 liter sehari.

Harus ketahui:
## pengambilan buah-buahan dan sayuran yang banyak,digalakkan kerana ia mempunyai protein dan serat yang tinggi .>ia amat penting untuk kesihatan sistem penghadaman,dan membantu proses detoks.
>buah-buahan dan sayuran juga membantu kesihatan kulit disaat anda kehilangan berat badan dan penyusutan berat badan sering memperlihatkan kekenduran dan kekeringan kulit.Bertujuan agar kesan penyusutan berat badan kepada kulit tidak ketara dan agar sentiasa tegang/anjal.

##Pengambilan air dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi juga amat penting dalam membantu sisitem penghadaman berjalan lancar>mempercepatkan proses detoks.
>juga bertujuan mengantikan jumlah air yang hilang akibat proses/amalan penurunan berat badan.
>untuk mengelakkan keletihan @ gejala dehidrasi.
>air yang juga,bertindak untuk elak kekeringan pada kulit.

6)Lakukan senaman 4 hingga 5 kali seminggu:
   >Lakukan selama 30 minit ke atas tanpa henti dengan intensif sederhana dan juga tinggi.
  >Kenapa 30 minit?<kerana lemak baru terbakar selepas 30 minit dan selepas 45 minit hingga sejam baru
    protein jahat dapat dibakar.Jika intensif secara perlahan,boleh dilakukan sampai 2 jam.

7)Lakukan senaman yang berlainan setiap hari;
   >Kerana setiap senaman tertumpu kepada bahagian -bahagian tertentu sahaja.Bertujuan untuk membina
     otot yang mantap.Ini kerana otot-otot badan jika dilakukan dengan pelbagai aktiviti yang berlainan akan
     mempercepatkan proses pembakaran kalori dan penurunan berat badan secara stabil.

8)Sila mengambil makanan tambahan/Vitamin ;
   >kerana di dalam masakkan dan jenis makanan yang kita makan belum mencukupi zat yang diperlukan
     sebenar oleh badan.

Adalah penting mendisiplinkan diri dalam mencari berat badan yang ideal,segala tips @ langkah menjadi panduan anda.Tidak ada jalan yang mudah yang cepat"short cut".
Jika berat badan anda turun secara mendadak dengan banyaknya dalm tempoh 1 minggu,2 minggu atau sebulan,anda mungkin akan kehilangan "muscle"(otot),kulit lembik dan kendur.Malah menyebabkan anda tidak bermaya,kurang fokus,pucat,cepat letih,kulit menjadi kering serta sistem ketahanan badan menjadi lemah.

##take note:Anda mungkin mengalami kegemukkan/pertambahan berat badan semula setelah menjalani program menurunkan berat badan.Ini kerana anda telah berhenti mengamalkan program diet secara sihat serta berhenti melakukan senaman
 >Tips-tips di atas amat berguna dipraktikkan secara berterusan agar kegemukkan tidak kembali yang dikenali "Gemuk yo-yo".Dan penting membina otot dan memelihara keanjalan kulit agar lemak/kolestrol tidak mudah terperangkap dalam kolon dan bawah tisu kulit.

## Anda mungkin berminat mengetahui rencana di bawah;

KLIKS>Berpuasa ke arah kesihatan yang baik
KLIKS>Kenapa dehidrasi menyebabkan anda gemuk dan sakit
KLIKS>Bagaimana omega-3 yang kaya dengan EPA dan DHA boleh membakar lemak dan kolestrol
KLIKS>Cara jadual makan Set Slim Bajet(Alfalfa +Lecithin)

Nukilan:Pn Zurina bt Mohd Noor
SID shaklee,ID 1092799
*No,Telefon:019 3518 273(call/Whatsapp)
*COD area Puchong Selangor
*Consultasi Percuma




No comments:

Post a Comment