Sunday 12 October 2014

Lahirkan generasi sihat & genius dari peringkat awal lagi.


Anak adalah anugerah yang terindah dikurniakanNYA,kehadirannya umpama penyeri dan pelengkap pasangan bahagia di alam rumahtangga.Anak ibarat kain putih bersih,dan ibu bapalah pelukis pencorak  utama peribadinya.Memilikki anak yang comel,sihat dan bijak menjadi kedambaan setiap ibu bapa.
 Harus diingat keluarga yang bahagia terbina di atas tapak ibu bapa yang beragama dan berakhlak mulia.Ibu dan bapa adalah teladan yang paling dekat dengan anak-anak.Keharmonian ibu bapa dan anak-anak yang
wujud atas dasar kasih sayang seperti yang dituntut oleh agama,akan dapat membina kehidupan yang
berbahagia.
Kaum ibu,semasa mengandung (khususnya yang beragama islam) perlu mengerjakan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan melakukan amalan-amalan baik ketika mengandung iaitu:

1.Banyak bertaubat>  atas segala dosa dan kesalahan kepada Allah S.W.T agar zuriat yang dilahirkan
                                     nanti menjadi insan yang bertaqwa.

2.Menutup aurat>Sesuai dengan ajaran islam>agar hidup lebih berkat.

3.Banyak membaca ayat-ayat suci al Quran:
   *Membaca surah al fatihah dan ayat kursi
   *Membaca surah yasin hingga akhir
   *Membaca surah al-taubah hingga akhir,
   *Membaca surah yusuf hingga akhir,agar memperolehi anak yang soleh,sihat,cantik dan sempurna.
   *Membaca surah Luqman hingga akhir,agar memperoleh anak yang taat.
   *Membaca surah Maryam hingga akhir untuk memperolehi anak yang sabar dan taat.
   *Membaca surah An-nahl ayat 78
   *Membaca surah Al A'raf ayat 189

4. Banyakkan membaca doa setiap kali selepas solat @ sambil mengusap-usap perut.
    >Mendoakan kebaikkan untuk anak:
   *Doa mendapat anak/zuriat yang soleh
   *Doa mendapat anak yang cerdik/pintar

Amalan baik untuk ibu semasa mengandung:
1.Menjaga adab dan perlakuan.
   >melatih diri agar banyak bersabar/mengawal emosi.

2.Menjaga kesihatan>:
  * pemakanan berkhasiat>anak sihat/cerdas
  *digalakkan ambil pemakanan sunah semasa mengandung>untuk kesihatan ibu dan dipercayai dapat
    membantu perkembangan minda/otak janin.
3.Melakukan aktiviti berfaedah.
   >Minat membaca semasa mengandung> dipercayai dapat mempengaruhi sikap anak setelah ia lahir(sedang
     membesar)
   >Jangan terlalu memanjakan diri(tidur)>kurang pergerakkan menyebabkan,badan kehilangan stamina
     ia juga boleh menyebabkan kenaikkan berat badan melampau.
      -dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan seperti GDM Ketika hamil.
      -kurang keregangan otot>menyebabkan ketegangan urat/betis/kekejangan otot,kesukaran untuk bersalin
        normal.
      -Gaya hidup yang kurang aktif/malas,boleh mempengaruhi sikap anak setelah lahir nanti, (nasihat/
        pengalaman orang tua.

Banyak lagi perkara-perkara yang harus diamalkan oleh sesorang isteri yang sedang hamil.Amalan-amalan  dan nasihat ini merupakan bimbingan kepada wanita yang mengandung agar keadaan fizikal dan emosi tetap stabil.Di samping itu ia membawa kebaikkan untuk dirinya dan terhadap anak yang dikandungnya.

Amalan yang baik,patut diamalkan juga oleh kaum bapa,banyakkan bertaubat,membaca al quran,berdoa(mendoakan kebaikkan untuk isteri dan anak),serta menjaga adab/perlakuan semasa isteri hamil mahupun selepas kelahiran anak.

Makanan untuk ibu mengandung;
Seiring dengan pertumbuhan bayi yang semakin membesar dalam kandungan,wanita hamil memerlukan pertambahan zat makanan.Makanan yang dimakan sepanjang hamil mempunyai fungsi penting dalam menjaga
kesihatan ibu dan janin.Keadaan janin semakin membesar memerlukan sumber protein yang cukup,seperti daging,ikan,telur dan kekacang.Penambahan protein dapat membantu pembentukkan baru jaringan baru anggota tubuh janin dan persediaan ibu menghadapi masa bersalin dan menyusukan bayi nanti.
Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral seperti sayur-sayuran dan juga sumber karbohidrat .
Kalsium pula diperlukan untuk pembentukkan tulang dan gigi.Penambahan zat besi juga diperlukan supaya ibu tidak mengalami masalah kurang darah ketika bersalin.
Makanan tambahan diperlukan seperti menambahkan sumber protein,kalsium,kalori dan vitamin agar
bersesuaian dengan tumbesaran janin.
Tambahan vitamin diperlukan utuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh ibu yang mengandung.Vitamin B complex dari sumber kekacang,Vitamin A yang banyak terdapat dalam kuning telur,susu,hati,sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau serta kuning kemerahan,dan Vitamin C dari sumber seperti buah dan sayuran .
 Protein susu mengandungi lemak,kalsium,fostat,zat besi,sodium,potassium serta vitamin c juga amat penting untuk ibu mengandung,sebaiknya pilihlah susu segar atau susu tepung tanpa krim.

# Haruslah dipastikan makanan "dari sumber yang halal" dan diredhai Allah,kerana barang yang haram yang masuk ke dalam tubuh akan menjadi darah daging.Ini akan mempengaruhi sikap dan fikiran kita,dan juga akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan janin di dalam kandungan.

Firman Allah S.W.T;
    
    "Hai orang-orang yang beriman,makanlah di antara rezeki yang baik-baiknyang kami berikan kepadamu dan bersyukur kepada Allah,jika benar-benar kepadaNYA sahaja kamu menyembah"

Melahirkan anak yang sihat dan cerdik bermula dengan amalan-amalan baik sejak awal kandungan lagi ,
Malah dalam islam,menyokong saranan menyusukan anak seharusnya sehinga bayi berumur 2 tahun setengah.Dan kajian membuktikan,bayi yang diberi susu badan (susu ibu),jauh lebih sihat daripada bayi yang diberi susu tepung serta bebas dari risiko penyakit @alahan-alahan kulit,serta jangkitan paru-paru.
Selain itu,susu ibu juga menjadikan anak lebih bijak dan cepat berlajar.

Sumber rujukkan:

Abu bakar jabir Al, jaza'iri,Keperibadian Muslimah

Dr Hamid Arshad,Kesihatan Wanita Masa Kini
Amalan-amalan semasa mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata.

oleh; Pn Zurina bt Mohd Noor,,
         SID Shaklee,ID 1092799 Puchong Selangor
         No telefon:019 3518 273(call/whatsapp)


   

No comments:

Post a Comment