Friday, 23 January 2015

Asid Askorbik berkurang memberi impak untuk kesihatan badan.



Pengenalan;
Asid askorbik juga dikenali sebagai vitamin C.Keperluan minima yang digariskan oleh USRDA(United Stated Recomemmede Daily Allowance) ialah 60mg sahaja sehari.Walaubagaimanapun untuk kesan yang lebih optimun harus mengambil banyak sumber vitamin C .

Vitamin C sangat tidak stabil maka ia mudah musnah kerana sering terdedah kepada pencemaran,oksidasi(terdedah kepada udara),merokok,penyediaan makanan(memasak sumber makanan vitamin C terlalu lama),penyakit dan sebagainya.Ia menjadi punca kekurangan asid askorbik dalam badan,walaupun telah mengambil banyak sumber vitamin C.

Vitamin C,tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita,oleh itu pengambilan sumber luaran amat penting
Vitamin C mudah larut air,oleh itu ia mudah dibuang melalui kumuhan seperti perpeluhan dan pembuangan najis/airkencing.Pengambilan Vitamin C yang berterusan adalah amat penting untuk memastikan kandungannya di dalam badan tidak menjadi rendah.

Manfaat asid askorbik:
1)Sebagai penguat fungsi imuniti badan.
    Vitamin C menyebabkan fungsi sel darah putih dijalankan lebih efektif.Sel-sel darah putih bertindak melawan bakteria dan virus  yang menyerang badan kita.Dan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi.

2)Membentuk kolagen.
   Vitamin C @asid askorbik meransang pembentukkan kolagen.Kolagen adalah sebatian asas    otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.Oleh itu ia mampu mencegah/menghalang kedut terjadi dengan cepat dan menghalang otot menjadi lembik

3)Mencegah kanser
   Ia penting untuk mencegah penyakit di mana vitamin C membantu pengeluaran interfron yang sangat penting untuk melawan sel-sel kanser.Vitamin C juga menghalang pembentukkan nitrosamines yang menyebabkan kanser.
#Perlu di ingat Vitamin C bukanlah ubat untuk kanser,tetapi ia membantu memperlahankan pertumbuhan tumor daripada menjadi lebih teruk,di samping menguatkan sistem imunisasi.

4)Mengekalkan kolestrol sihat dan menyokong kesihatan jantung.
   Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.Mengekalkan kapilari darah yang sihat.
   Ia dapat menghindarkan arteriosclerosis,thrombus .
 
5)Mempercepatkan pemulihan luka/memperbaikki simptom pendarahan.
   kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah,lebam ,kecederaan yang lambat sembuh,kulit kering
   dan kasar.
   Vitamin C akan meningkatkan kadar pengeluaran kolagen,oleh itu luka boleh sembuh dengan cepat.

6)Mengurangkan simpton alergi/alahan.
   Alahan seperti asma,lelah,batuk selsema dan kegatalan kulit.

7)Sebagai anti-oksidan.
   Vitamin C bertindak membentuk kolagen,malah juga sebagai anti-penuaan hebat.Pengambilan vitamin C
   setiap hari dapat mencerahkan kulit dan melambatkan penuaan berlaku,serta menyekat pembentukkan
   pigmentasi.

8)Mengurangkan Stress.
   Vitamin C penting dalam pengeluaran hormon corticosteroid,adrenalin dan noradrenalin.Stress
   menyebabkan pengeluaran hormon-hormon lebih daripada biasa.Oleh itu keperluan kepada vitamin C
   akan meningkat.Dalam hal ini,pengambilan bersama B kompleks adalah penting.

Kesan akibat kekurangan asid Askorbik:
*Mudah terkena demam,jangkitan virus,batuk,selsema
*luka lambat sembuh.
*penyakit skurvi
*pencernaaan tidak sihat>masalah sembelit,buasir dan lain-lain.
Menurut kajian,pengurangan vitamin c dalam jangkamasa panjang akan menyebabkan antherosclerosis, di mana pertambahan kolestrol dan lemak yang kemudiannya melekat dan menyekat saluran darah.Pengurangan asid juga boleh menyebabkan dindin.g saluran darah mudah dirosakkan oleh enzim.

Kumpulan yang mengalami cepat pengurangan /kehilangan asid askorbik/vitamin C;
1)Perokok
    Sebatang rokok mampu melupuskan 50-100mgvitamin C.Kajian ke atas air kencing perokok yang menghisap lebih 20 batang rokok sehari,tiada @ hanya sedikit kandungan vitamin C yang ada.

2)Pesakit diabetes.
   Pesakit ini banyak kehilangan vitamin C kerana mengalami kencing yang kerap,walaubagaimanapun mereka yang ambil masih mempunyai kandungan vitamin C ,tetapi dalam kadar yang sedikit.Ini kerana kerana kandungan gula yang tinggi menyebabkan berlaku persaingan gula dan vitamin c.
Pesakit kencing manis di dapati mengalami kurang kolagen,maka proses penyembuhan luka terjejas.
Perubahan yang yang terjadi pada protein dan"free radical"menyebabkan pesakit kencing manis lebih terdedah kepada komplikasi seperti katarak antherosclerosis,kerosakkan buah pinggang.Pengambilan vitamin c boleh membantu keadaan ini.

3)Pesakit kanser
    Kesan terdedah dengan rawatan kemoterapi.
4)Peminum arak/alkohol
5)Pesakit rheumatoid arthritis
6)Atlet
   Atlet banyak melakukan aktiviti lasak dan sering terdedah dengan cuaca panas,maka banyak mengeluarkan  banyak peluh.Keadaan ini menyebabkan berkurangnya vitamin C dalam badan.
  

 Pn Zurina binti Mohd Noor 
 Pengedar sah Shaklee,ID 1092799.
 No telefon:019 3658 769@013 3158 377
 Penghantarn keseluruh Malaysia termasuk Singapura dan Brunei.
 Menggunakan khidmat poslaju dan Gedex,
 Cod Sekitar Puchong ,Shah Alam.  

No comments:

Post a Comment