Thursday, 27 October 2016

GARLIC COMPLEX;Bawang putih membantu mengekalkan tekanan darah normal.

Garlic Complex

Tahukah anda dalam masakkan cina banyak mengunakan bawang putih dan juga halia.Begitu juga dengan orang "putih"/Amerika.

Bawang putih merupakan bahan @sebagai herba buat mereka untuk mengimbangi diet mereka serta meningkatkan tahap kesihatan mereka.Contoh,sering kita dengar makanan yang diilhamkan oleh orang 'Amerika"iaitu "roti bawang putih".

Tidak semua bawang putih diestrak dan dijadikan herba atau sebatian campuran ke dalam makanan,tetapi
dengan penemuan/kajian menunjukkan yang bawang putih berupaya meningkakan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolestrol apabila diambil sebahagian daripada harian yang sihat.
Kajian makmal menunjukkan yang Alicin sebatian yang terdapat dalam bawang putih mempunyai banyak manfaat termasuk dalam memberi sokongan bagi mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma lain.

Perbezaan Garlic Shaklee:

Formula estrak dari bawang putih iaitu Garlic Complex adalah yang terpilih kerana dibuat dari bawang putih jenis premium ianya bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di Califonia,USA diwaktu musim panas.Dihasilkan secara eklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif.
Ini kerana tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Alllicin aktif.
Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic.Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 estrak herba iaitu rosemarry dan spearmint.Ia mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkakan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya didalam tubuh kita.Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg estrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Manfaat utama Garlic Complex;

*Mengandungi spearmint>Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.

*Antibiotik yang selamat dan semulajadi>Garlic antibiotik semulajadi.Ianya selamat untuk kegunaan jangka masa  panjang untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh,menghalang penyakit berjangkit seperti 
selsema,kulat,kuman,virus dan yis candida.

*Memoderatkan tekanan darah tinggi>Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

*Mempertingkatkan kesihatan sisem penghadaman>Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan sistem penghadaman seperti kembung perut,gastrik,ketidakhadaman.Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori dan menghalang ulser gastrik.

*Menurunkan kolestrol>Menurunkan kolestrol,LDL,trigliserid dan kelikatan darah,mengurangkan bekuan darah:meningkatkan HDL,melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

*Mencegah kanser>Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetusan kejadian kanser-Nitrosamine.

*Menstabilkan Glukos>Menolong menstabilkan glukos didalam tubuh kita.

Tahukah anda>Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri dari bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser.


**Hidup sentiasa ada pilihan**

Berminat dengan produk berasaskan semulajadi dan organik,,
Hubungi saya:

Pn Zurina Binti Mohd Noor,SID shaklee1092799,Puchong Selangor.
NO telefon untuk call/whatsapp:019 3518 273.

Monday, 24 October 2016

NutriFeron:Penemuan Hebat Dalam Sistem Imun.


NUTRIFERON


Penemuan terhebat dalam bidang Immunologi:

Penemuan hebat dalam meningkatkan sistem imun badan oleh Dr.Yasuhiko Kojiyama dari Universiti Tokyo 
pada tahun 1954.
Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakkan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan,Dr Kojiyama telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia dikenali NutriFeron.Formulanya digunakan adalah semulajadi,selamat,tulin dan berkesan,iaitu berjaya menetapkan bahawa estrak dari 4 tumbuhan seperti biji labu,bunga safflower,honeysuckle Jepun dan biji Plantago.Keempat-empat jenis tumbuhan berkebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.
Penemuan dan rekaan beliau telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi
Honeysukle yang telah terbukti secara klinikal dapat menyokong dan meransang proses gerak balas imun semulajadi pada tahap selular.

Interferon adalh satu formula eksklusif dan dipaten oleh Shaklee dan tidak dijual di kedai2 biasa.Ianya hanya boleh di dapati melalui Shaklee.

Di dalam bidang perubatan,Suntikkan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis,kanser,hidrophobia(penyakit anjing gila),Herpes dan HIV.

Manfaat utama InterFeron:

1)Mengukuhkan Sistem Imun Dalam Masa 3 Hari.
Ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia.Kajian2 telah menunjukkan bahawa interferon mampu meransang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-cells,B-cells,dan makrofag.

2)Melawan Kanser Dan Tumor
Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang meransang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel-sel kanser.Selain itu juga,ia mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

3)Melindungi dari Influenza
Ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara,melindungi dengan berkesan daripada virus,mikrob termasuklah selsema,flu,alergi,inflamasi dan influenza.

4)Meringankan Stress & kelesuan
Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan,stress,kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

5)Melambatkan Penuaan
Formula unik Nutriferon meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas,virus dan kuman.Justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

6)Mengurangkan Infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B&C.
Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimunkan ketidakselesaan seperti kembung perut,rasa,mual dan lain-lain kepada pesakit hepatitis B&C.

7)Melambatkan Menopouse(mempertingkatkan kesihatan wanita)
Hypertensi,tahap kolestrol yang tinggi,kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopouse akan menjadi lebih baik.

8)Mempertingkatkan kesihatan PMS
Terbukti secara klinikal mengurangkan simpton yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid,sakit belakang,sakit payudara,masalah jerawat,kegelisahan,insomnia dan mood swing.

#INAAGENSHAKLEE
SID,Puchong Selangor

CALL/WHATSAPP:019 3518 273

iiiianya dalama
I


i>
>

Saturday, 22 October 2016

Detoks@menyahtoksin menjana kearah jantung yang sihat.

DTX Complex

Kajian/penyelidikkan menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex mempunyai estrak biji benih pokok susu tisel  yang berupaya menyokong keupayaaan badan menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel hati.

DTX Complex mengandungi bahan estrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik seperti:
>Estrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi(herba yang kaya dengan anti-oksida)
>Estrak daripada dandelion,kunyit dan articok(herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Mengapa perlu detoks?

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula.Contoh serangan jantung akan merosakkan otot dan jantung.Tetapi serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati.Namun hati mampu membaikki organnya sendiri.Hati boleh dianggap sebagai industri pemprosesan dalam tubuh manusia,menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaikkinya.
Selain pengambilan alkohol yang berlebihan,hati boleh rosak disebabkan pengambilan rokok yang kronik,pengambilan ubat-ubatan berunsur dadah tanpa kawalan dadah.

Adakah anda pernah dengar"kanser hati" dan seangkatan dengannya seperti pankreas dan hempedu.

Fungsi Hati:

1.Rembesan Hempedu
   Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika pengha-
   daman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak.iaitu ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih
   kecil(small globule)
  Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak A,D,E,F,K dan membantu mengasimilasi-
  kan kalsium.
  Hempedu juga menukar Beta Karotena kepada vitamin A.

2.Bertindak sebagai detoksifikasi
   Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifi-
   kasi oleh hati.Hati mengawal metabolism protin.Untuk detoksifikasi amonia ,hati juga menggabungkan
   bahan-bahan toksik termasuk sisa metaboik,sisa racun serangga,dadah,alkohol, dan bahan kimia dengan
   bahan-bahan lain yang kurang toksik.Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
   Oleh itu dalam usaha untuk mempunyai fungsi yang betul anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang
   yang betul.

3.Mengawal Paras Gula Dalam Darah.
   Dengan menukarkan tiroksina(hormon tiroid) ke dalam bentuk yang lebih aktif.Penukaran yang tidak men-
   cukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.Hati mewujudkan GTF(faktor tolenrasi glukosa) dari
   kromium dan lutation.GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah denan betul.
   Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian ditukar kembali kepada
   gula apabila diperlukan untuk tenaga.Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin.

4.Penting dalam metabolisma lemak
   Fungsi hati penting dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolestrol,
   lipoprotein dan phospholipid dan ketika pengoksidaan lemak untu menghasilkan tenaga.Di mana makanan
   berlebihan akan ditukar kepada lemak di dalam hati yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk
   penyimpanan.

Bagaimana formulasi yang dipaten bertindak?

A)Estrak biji benih pokok susu tisel(milk thistle seed)
    Proses estrak ini mendapatkan 80% silymarin kaya dengan bahan antioksida:
a.Melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah,racun dan bahan kimia.
b.Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis.
c.Mengurangkan kadar kerosakkan hati akibat lebihan alkohol.
d.Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
e.Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema.

B)Dandelion
 a.Membantu fungsi hati,sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati(hepatitis) dan jaundis.
b.Membantu penghadaman denga meransang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu seterusnya 
   membantu mencegah batu karang.
c.Membantu merawat endometriosis.Ia bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit.
d.Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi>dapat mencegah anemia.
e.Melawan tumor dan kanser.
f.Merendahkan paras gula dalam darah.
g.Baik juga untu masalah kekembungan dan lebihan air dalam badan.

Reishi mushrooms(ling zhi)

a.Membina imun>Membantu dalam mencegah atau merawat kanser.
b.Mengurangkan masalah bronkitis,sinusitis.
c.Merawat sindrom keleihan yang kronik.
d.Membantu mencegah penyakit jantung.

Articok(artichoke)

a.Membina semula sel-sel hati
b.Meransang pengaliran hempedu

Kunyit(tumeric)

a.Mengandungi curcumin;bahan antioksida
b.Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan.
c.Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV..

Schizandra

Estrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida.Ia juga berkait rapat dalam meransang
sintesis protin,meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi dan memperlahankan pem-bentukkan toksin.

# Produk ini bukan bertujuan mendiagnos dan merawat penyakit.
>membantu ke arah kesihatan lebih baik.

#INAAGENSHAKLEE
PUCHONG,SELANGOR.
Call:019 3518 273
Whatsapp:013 3158 377.



Friday, 21 October 2016

Bagaimana minyak ikan omega boleh melindungi kesihatan kardiovaskular dan menyokong kesihatan otak.

Omega Guard

Kebiasaan yang sering kita dengar,minyak ikan mengandungi omega-3 bagus untuk kesihatan otak kerana mengandungi EPA & DHA.

Tahukah anda,bagaimana untuk memilih minyak ikan yang terbaik?

Mengapa harus Omega?

Shaklee berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu.Omega Guard shaklee adalah ultrapure/ultratulen dan bergred farmaceutical dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat kebanyakkan jenis ikan.

Minyak ikan tulen diproses dari ikan laut dalam(lautan sejuk),bukan dari hati ikan yang boleh beri kesan toksid.

Minyak ikan terbaik di dunia

OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA,ALA dan lain-lain lagi.EPA menyihatkan jantung dan sendi,manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.Satu hidangan omega guard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.

Pengambilan minyak ikan omega membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Satu penyelidikkan yang menyokong fakta tersebut,menunjukkan bahawa pengambilan asid -asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
Penyelidikkan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaikki paras trigliserida yang normal.
Omega-3 dapat memelihara kesihatan otak,penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Omega-3 memelihara kesihatan otak dan funsi sendi.

Omega-3 mengandungi  Asid Elkosapentanoik(EPA) Asid Dokosaheksanoik(DHA) ,asid lemak ini ditemui dalam ikan laut dalam.Asid lemak omega-3 juga boleh didapati dalam tumbuhan tertentu seperti walnut,flaxseed yang mengandungi ALA.ALA ini akan dihuraikan kepada EPA& DHA,jadi ia bergantung kepada tubuh seseorang.Kalau enzim dalam badan tidak berapa bagus,tak banyak ALA dihuraikan.
Walaubagaimanapun Omega Guard shaklee mengandungi semua ini EPA,DHA dan ALA.

Tahukah anda,asid lemak omega-3 yang mengandungi EPA,DHA & ALA tidak mampu dihasilkan sendiri oleh badan?

EPA dan DHA mampu mengurangkan keradangan sendi,menggalakkan fungsi otak,sistem saraf dan fungsi mata yang perlu kita perolehi melalui pemakanan..

Faedah dan kepentingan Omega-3.

>Merendahkan tahap trigliserida dalam darah.
>Mengurangkan risiko serangan jantung
>Mengurangkan ritma jantung yang tidak normal
>Mengurangkan stroke
>Melambatkan pembentukkan plak atheosclerotic
>Merendahkan tekanan darah
>Mengurangkan kekejangan/melembutkan sendi
>Mengurangkan risiko jantung koronari.

^^^ produk ini bukan bertujuan mendiagnos /merawat penyakit..

#INAAGENSHAKLEE
CALL:019 3518 273
Whatsapp:013 3158 377

Wednesday, 29 April 2015

Hamil tapi tak pernah datang haid,disebabkan suplement yang diambil?

Mengambil nutrisi tambahan merupakan langkah bijak,untuk menampung keperluan nutrien yang sepatutnya diambil oleh seseorang individu,apatah lagi faktor ekonomi,kekangan masa dan sebagainya secara tidak langsung menganggu diet harian anda,serta menganggu kesihatan.
Pengambilan nutrisi yang berkualiti serta disahkan selamat dari segi ujian klinikal amat digalakkan,namun pengambilannya harus mengikut spefikasi yang ditetapkan .Keberkesanan sesuatu produk bukan sahaja bergantung kepada kualitinya ,malah cara pengambilan yang betul(tidak lupa),disamping pengambilan air yang mencukupi.

Apa yang patut anda tahu tentang kenyataan DR Ray D.Strand,MD di atas sama seperti kenyataan metro di bawah.


Matlamat/saranan adalah tidak berlebihan dalam mengambil apa-apa produk kesihatan,serta harus mengikut jadual pengambilan yang ditetapkan.

Ok,berbalik isu "hamil" tapi tak datang haid..Iya masalah ini sedang berlaku kepada saya.Urine test itu saya punya,,alhamdulillah i,m pregnant..berapa lama ?,,takpasti lagi.
 Kenapa?

Bila di imbas balik,hampir 2 minggu saya tidak berselera makan,lemah jerr.saya tekad ambil urine test.
Kebiasaan,kehamilan yang terdahulu biasa berlaku semasa baby berusia setahun ,baru didatangi haid dalam 2 kali(bermakna 2 bulan).Sekiranya saya gagal merancang,akan berlaku kehamilan.
Mungkin biasa,menurut kata doktor,jika menyusukan baby sepenuh masa.Berlaku akibat perubahan hormon dalam badan.

Masalahnya sekarang baby telah berusia1 tahun 6 bulan,haid tak datang.Walaubagaimanapun,haid pernah datang sekali semasa baby berusia 4 bulan kerana mengambil pil perancang keluarga,kemudian bulan seterusnya haid menjadi tidak normal berlaku sedikit pendarahan dalam tempoh 2 @ 3 hari sahaja.Urine test dibuat,result (-).Semenjak itu saya tekad,ingin biarkan berlaku proses pemulihan semulajadi,oleh itu saya tidak mengambil apa-apa ubat kecuali mengambil "set menyusu Shaklee"hanya ESP dan Alfalfa(sekali sekala)serta Vitamin C, sehinggalah baby berusia 1 tahun 5 bulan.

Sebulan yang lalu,banyak kerja yang perlu dilakukan,,penuh tekanan.Badan letih ,Emosi terganggu,stress.
Dalam masa yang sama saya sedar akan keperluan/manfaat asid folik serta keperluan nutrisi lain sepertimana yang disyorkan DR ray dan Dr zubaidi.Oleh itu saya mengambil asid folik atau dikenali B complex dan GLA complex.Seperti yang kita tahu asid folik amat penting untuk badan kita,bukan sahaja orang yang hamil sahaja boleh ambil,malah orang ingin hamil,orang tua,kanak-kanak dan sesiapa sahaja.
Alhamdulillah selama pengambilan asid folik,badan berasa ringan bertenaga.Walaubagaimanapun pengambilan B complex tidak lama(tak sampai separuh botol),saya berkongsi dengan ibu,sewaktu bercuti di kampung,ekoran terlupa membelikan untuknya.Saya tahu ibu lebih memerlukan,kerana paras  HB nya selalu rendah,sentiasa pening dan pitam,Malah selalu memdapatkan pil asid folik di klinik.Tapi saya juga HB rendah terutama time hamil.

Ok,berbalik pada cerita "adakah disebabkan oleh pengambilan nutrisi"..Pada pendapat anda?.Mungkin Iya bagi saya,ini buktinya saya hamil.dengan pengambilan ESP,Vitamin C ,Asid folik(B complex) dan GLA Complex.
Pada masa yang sama,saya mengambil GLA Complex ,bertujuan untuk mengembalikan hormon ke paras normal,memandangkan baby sekarang dah mencecah 1 tahun setengah,malah bimbang akan kesihatan badan,terutama rahimku..oh,,lamanyatidak didatangi "period".Dan sekarang terpaksa sambung lagi kerana"im pregnant"..licin 1 botol GLA,,
di
Apa perubahan yang dirasakan:
Perubahan yang ketara,sudah tentulah berat badan maitain(45 kg),malah banyak lagi susu badan,kulit lembap tidak kering bersisik seperti dahulu.Kulit muka normal,(tidak kering) walaupun sekadar cuci dengan pencuci biasa tanpa memakai apa-apa kering atau pelembap cuma pada permulaan mengambil B complex dan GLA,keluar sebiji 2 jerawat dalam semingggu kemudian normal.Rambut tak banyak gugur serta kuku yang cantik.Begitu juga kulit siku dan tumit tidak kasar/merekah.

Apa kaitan Asid folik dan GLA Complex dengan kesuburan:

Kedua-dua nutrisi amat baik untuk menampung keperluan nutrien yang tidak mencukupi dalam badan manusia,begitu juga dengan vitamin C.Asasnya asid folik penting untuk pembinaan sel serta memberi tenaga manakala GLA Complex untuk proses pertumbuhan dan perkembangan manusia dan secara tidak langsung dapat mengembalikan paras normal hormon badan.GLA Complex adalah sejenis asid lemak omega-6 yang banyak ditemui di dalam minyak berasaskan tumbuhan dan tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia.Selain membantu proses pertumbuhan dan perkembangan,ia bertindak sebagai kolagen ke atas badan,rambut,kuku dan kulit yang sihat,malah mengawal metabolisme badan dan mengekalkan sistem peranakkan.Kandungan Gla mampu menolong wanita mengekalkan pusingan haid.

Alhamdulillah,rezeki ku telah ditetapkanNYA..Mungkin harapan untuk "KUMBANG",sedangkan selama ni hanya dihiasi "BUNGA"

Persoalanya,bila saya kongsikan berita gembira ini,ada isu berbangkit yang di utarakan.Bagi saya Pihak shaklee ada jawapan untuk tuduhan yang kukira sengaja disensasikan atau dimanipulasikan untuk tujuan tertentu,Jelas sekali Shaklee tidak pernah melantik orang untuk menjadi duta produk sehingga menyebabkan ovari dibuang".Ia lebih kurang sama dengan kenyataan "GLA menyebabkan PCOS"...
Pihak Shaklee membidas kenyataan,malah sedia melakukan pemeriksaan percuma ke atas pesakit yang didakwakan,mengalami masalah kesihatan dan sedia menarik balik produk sekiranya tidak selamat di pasarkan.

Kesimpulanya apa yang disensasikan dahulu BUKAN DISEBABKAN OLEH PRODUK SHAKLEE,TETAPI MASALAH KESIHATAN DALAMAN YANG dialami.

Jelas sekali hasil,pengambilan nutrisi yang berkualiti secara tidak langsung meningkatkan tahap kesihatan.Disamping merawat masalah dalaman,membantu kecantikkan luaran..
Merasakan diri wanita lengkap"sempurna"..

ANDA INGIN TAHU ATAU INGIN CUBA>SILA hubungi saya:

Pn Zurina Binti Mohd Noor
Distributor Shaklee SAH:ID 1092799
kawasan Puchong,Selangor
No telefon:0193518273
Khidmat penghantaran secara pos keseluruh Malaysia,termasuk Singapura Dan Brunei.
Atau cod untuk kawasan sekitar.  

Thursday, 23 April 2015

Berpuasa,ke arah diet kesihatan yang baik disamping membersihkan usus kita.



 Seringkali sepanjang bulan puasa pelbagai juadah yang disediakan ibarat pesta makanan,dan merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh para peniaga.

Dek kerana dorongan mata dan nafsu makan yang membuak-buak ditambah pula disaat perut kosong,letih dan lapar kerana menjalankan ibadah puasa,ini mendorong mengambil kuatiti makanan dalam jumlah yang banyak.
Amalan berpuasa bukan sahaja sebagai ibadah malah ia bertujuan untuk memelihara kesihatan manusia,walaubagaimanapun tidak ramai manusia boleh berpuasa mengikut sunnah nabi,bersederhana dalam setiap perbuatan.Maka tidak hairanlah,hadirnya masalah kesihatan seperti sakit perut,gastrik dan secara tidak langsung menganggu amalan ibadah yang sepatutnya dilaksanakan.

Berpuasa merupakan jalan terbaik yang boleh menolong kita meningkatkan kesihatan yang baik.Seringkali berpuasa dilihat peluang untuk mengurangkan berat badan tau sengaja menahan makan.Jika kita tidak berhati-hati,walaupun dengan sendiri menahan lapar dan dahaga dan kemudian tidak perlu menambah berat badan.
Selepas berpuasa dalam tempoh yang panjang,tenaga yang tersimpan di dalam badan anda akan digunakan selepas semua nutrien dapat diserap sempurna daripada makanan yang terakhir diambil.Kebiasaan glukos yang tersimpan di dalam hati dan otot akan kehabisan tenaga terlebih dahulu kerana glukos merupakan salah satu sumber tenaga kita.Jadi badan kita mempunyai lebih masa untuk proses pengulangan ,oleh itu lemak yang disimpan akan diguna sehingga habis dan lebih kerap,akhirnya akan mengurangkannya.

Bagaimana berpuasa menolong mengurangkan berat badan:

Dalam jangka waktu yang panjang,badan kan mula menggunakan protein sebagai tenaga,yang mana ia tidak menyihatkan kerana apa yang kita makan digunakan untuk bina otot.Malah kehilangan berat badan boleh membuatkan badan lemah,
Kekurangan berat badan 5-10% dari berat badan biasa khususnya kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan,penting untuk mengawal diabetes,menururnkan paras kolestrol dalam darah dan boleh mengurangkan tekanan darah.Puasa membenarkan proses detoks dan ini akan meningkatkan kesihatan mental.
Melatih diri untuk berpuasa dengan sihat,tidak seharusnya berbeza kerana banyak makanan berkhasiat sepanjang bulan puasa.Pada masa yag sama ia dapat menyeimbangkan diet sepanjang bulan puasa/berpuasa kerana ia seharusnya sama dengan jadual pemakanan harian.Seharusnya mengikut piramid makanan.
1.Nasi,roti,bijirin
2.Buab-buahan dan sayuran
3.Daging.ikan.telur,dan soya
4.Susu/Produk tenusu
5.Folik mengandungi lemak dan gula.

Berpuasa merupakan satu jalan yang sihat  kerana pengabungan lebih kompleks karbohidrat di dalam diet anda.Karbohidrat melepaskan tenaga perlahan-lahan,bertujuan untuk memastikan glukos dilepaskan secara
perlahan dan stabil masuk ke dalam badan.Yang mana .ia amat penting untuk mereka yang mengalami diabetes.Contoh karbohidrat kompleks iaitu beras perang,beras basmati,oat,barli ,tepung gandum dan bijirin.
Karbohirat kompleks ini sangat baik,kerana banyak serat diet.

Buah-buahan dan sayuran juga kaya dengan serat amat berguna untuk mengaktifkan sistem penghadaman,tetapi ia lebih penting dalam melengkapkan size keperluan dalam diet,ia membuatkan anda rasa kenyang selepas makan.Karbohidrat yang mudah adalah mudah dihadam dan menyerap dengan cepat.Ini menyebabkan anda berasa lapar dengan cepat.
Secara kesimpulannya sediakan serat dalam diet anda.Nutrien akan menyerap dengan perlahan-lahan dan kenyang dalam tempoh lama/panjang,Dengan menambahkan buah-buahan dan syuran dapat membekalkan vitamin dan mineral.
Proses pemakanan yang berat dan mengandungi karbohidrat tertapis @ gula seharusnya dielakkan kerana akanmembakar lemak denga cepat. Ini sebabnya kenapa seseorang mudah berasa lapar selepas mengambil "mee segera",lemak makanan seharusnya dielakkan kerana ia tidak menyihatkan dan mendorong/menyebabkan pedih ulu hati(terutama makan ketika perut kosong/puasa).

Pengambilan kafein tidak digalakkan kerana banyak meransang perkumuhan/pembuangan air kencing.Ini bermakna anda kan kehilangan banyak air dengan cepat melalui pembuagan air kencing,Malah iajuga menyebabkan dehidrasi.Antara miniman yang mengandungi kafein adalah seperti tea,kopi,cola.

Sahur,dijadikan hidangan pertama,dan seharusnya menarik dan seimbang.Cuba menyeimbangkan lebih banyak karbohidrat kompleks dan serat diet membuatkan lebih puas/lebih kenyang dan melengkapkan tenaga berterusan sepanjang hari berpuasa.Hidangan sahur yang seimbang memastikan nutrien mencukupi terutamanya dalam "mikronutrien"
Mengambil protein yang cukup boleh menolong menghalang kekenduran otot.Elak makanan bergoreng lama semasa sahur,ia cenderung menyebabkan pedih ulu hati dan lemak boleh memburukkan lagi kesihatan.Sebagai pilihan makan yang sihat ialah seperti membakar,memanggang,mengrill,mengukus dan merebus.
Mengamalkan pemakanan sunnah@ tradisi Nabi Muhaammad ianya telah lama dipraktikkan.Ia terdiri daripada"Simple karbohidrat"memberi tenaga segera.Jus buah dan pencuci mulut memberi kesan sama.
Tetapi harus diambil perhatian,kerana "diabetes",mengambil masa yang lama untuk berhenti dengan cepat dan boleh menyebabkan tahap gula dalam darah bercampur dan berperanan mengawal gula keseluruhannya.
Merehatkan diri sejak berpuasa untuk menggantikan kehilangan air dan pada masa yang sama,ia membuatkan anda rasa kenyang dan elak terlampau menurut nafsu makan.Ia sangat kritikal,terutama mengambil terlampau banyak makanan selepas berpuasa.Berpuasa bukan alasan untuk makan lebih daripada biasa,kerana ia boleh menyumbang kepada berat badan yang tidak di ingini.
Tidak mustahil makan dalam jumlah/kuantiti yang kecil dan kerap boleh memberi tenaga segera dan meningkatkan metabolisme badan anda.
Samada berpuasa dibulan ramadhan atau tidak pada masa yang sama,ia mendekatkan diri agar makan cara sihat.Ia sepatutnya seimbang dengan variati dan tenaga .Amalan berpuasa,sepatutnya telah lama  diamalkan,bukan menanti tibanya bulan puasa untuk anda perbaiki diet/kesihatan diri anda.

sumber:Mr Brian Liang Ding(BHSC),Dietetic.

Bagaimana mengatasi kelaparan terlampau sekiranya tidak sempat bersahur atas beberapa faktor atau tidak berselera menikmati makanan pada awal pagi:

1)Sahur dengan kurma
Bersahur adalah sebahagian tempoh persediaan berpuasa di siang hari,untuk mengelakkan perut kosong dan memberi tenaga sepanjang hari. Makan dalam jumlah yang banyak pada waktu sahur,bukanlah diharuskan.
Malah memadai dengan air kosong bersama kurma,macam sunnah nabi.Kerana kurma mempunyai serat protein yang cukup untuk keperluan diet anda.

2)Disiplin
   Sentiasa melatih diri agar tidak mengambil makanan dalam jumlah yang banyak.Ini kerana,mengambil makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan badan mudah letih ,berat,malas dan mendorong untuk tidak aktif/ suka tidur.

3)Melatih minda
   Sentiasa bertenang,berfikiran positif serta tidak memikirkan"makanan" sekiranya terasa lapar dan sentiasa mengingatkan diri bahawa anda sedang berpuasa.

4)Nikmati juadah ringan semasa sahur seperti sup atau sekadar minum minumam tenaga seperti susu ataupun dalam bentuk suplimen kesihatan.

>lihat contoh apa yang saya amalkan setiap pagi walaupun dalam keadaan berpuasa di samping meneruskan "breastfeeding",,ESP +Milo.


Kenapa saya pilih ESP:

Sudah tentulah mempunyai elemen2 seperti di atas di samping memberi tenaga segera disaat ketidaksempatan makan sahur atau tidak berselera makan di pagi hari dan menggalakkan pengeluaran susu badan di saat berkongsi protein dengan si manja.Malah banyak lagi manfaat yang diperolehi dengan Esp Ini seperti mencegah gastrik,melawaskan pembuangan najis,sebagai kolagen terhadap badan,mencegah rambut gugur,kulit kering bersisik ,mempercepatkan penyembuhan luka dan sebagainya.

Bulan puasa adalah bulan untuk menurunkan berat badan:
Amalan berpuasa memang bagus untuk menurunkan berat badan,namun sekiranya makan dalam jumlah yang banyak dan kemudian tidur sepanjang hari amatlah tidak wajar ,kerana protein yang disimpan tidak cepat membakar untuk tenaga,maka lambatlah proses menurunkan berat badan mahupun mengatasi perut buncit @ singkirkan kerak najis berupa toksin dalam usus.

Dengan mengantikkan minuman tenaga disampingkan dapat menurunkan berat badan dengan cepat,kerana pendapat pakar menurunkan berat badan dengan cepat melalui makanan yang mengandungi  "leucine",seperti Cinch.


Selamat berpuasa....

Pn Zurina binti Mohd Noor
Distributor Shaklee,ID 1092799
Pengedar shaklee sah,penghantaran keseluruh Malaysia termasuk Singapore dan Brunei
No telefon:0193518273

Friday, 23 January 2015

Kebaikkan dan keburukkan asid askorbik(vitamin C)



Pengenalan

Asid askorbik juga merupakan vitamin C.Vitamin C terdapat dalam sumber tumbuhan seperti buah -buahan dan sayuran.Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia,oleh itu vitamin c perlu diambil dari luar melalui pemakanan.Vitamin C beserta "boflavanoid" mampu meningkatkan keberkesanan penyerapan vitamin C.
Vitamin C/asid askorbik penting untuk kesihatan badan manusia,terhadap fungsi imun tubuh dan mengalakkan pembentukkan sel,serta membantu proses pemulihan/penyembuhan lain-lain.

Vitamin C mudah rosak kerana sifatnya yang mudah larut air dan mudah dicernakan.Ia juga mudah musnah akibat beberapa faktor seperti terdedah kepada udara(oksidasi),penyediaan makanan iaitu vitamin C musnah kerana makanan di masak terlalu lama di atas api.
Tabiat merokok dan minum alkohol memusnahkan vitamin C dalam badan.Sebatang rokok boleh memusnahkan 50-100mg vitamin c.
Malah keadaan seseorang yang sentiasa "Stress" menyebabkan pengeluaran hormon lebih daripada biasa.Vitamin C penting untuk meransang pengeluaran hormon corticosteroid,adrenalin dan noradrenalin.Oleh itu keperluan untuk vitamin c meningkat,pengambilan bersama Vitamin B kompleks amat penting.
Pesakit kencing manis banyak kehilangan vitamin C kerana masalah kencing yang kerap.Ia berlaku akibat kecelaruan antara gula dan vitamin C.
Terdedah kepada cahaya matahari dan aktiviti yang meransang pengeluaran peluh yang banyak seperti atlet.Ia juga mudah musnah/kurang berkesan apabila mereka yang mengambil ubat-ubatan lain contohnya.
*Pengambilan ubat perancang
*Pengambilan ubat penahan sakit
*Pesakit yang sedang mengalami pemulihan seperti pesakit kanser.
 Di mana vitamin C bertindakbalas dengan ubat -ubatan menyebabkan kandungan vitamin c dalam tubuh berkurang.

#Pengambilan vitamin C bersama vitamin-vitamin lain seperti Vitamin B kompleks dan vitamin E digalakkan untuk memberi kesan yang lebih baik.
*vitamin C + vitamin B>meransang pengeluaran hormon corticosteroid,adrenalin dan noradrenalin berupaya menanggani "stress"
*vitamin C+ vitamin E>berupaya memberi kesan lebih synergik dalam proses penyembuhan luka,parut dan lain-lain aktiviti seperti bertindak sebagai agen anti-oksida/anti-penuaan.

Kebaikkan
1)Vitamin C tidak menyebabkan ulser gastrik,walaupun mempunyai enzim,tetapi ia boleh membantu
    Penyembuhan ulser.
2)Membantu pengeluaran toksin
3)Membentuk kolagen>meransang pembentukkan kolagen. di mana kolagen adalah sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.oleh itu ia mampu menghalang kedutan berlaku dengan cepat dan tisu otot dan kulit menjadi lembik.

4)Memperbaikki simptom pendarahan
5)Memerangi kanser
6)Mencantikkan kulit
7)Meningkatkan sistem imun badan.
8)Memperbaikki Insomnia
9)Mengekalkan kolestrol sihat
   >Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,mengekalkan kapilari darah yang sihat,menghindarkan arteriosclerosis,thrombus,menghalang pendarahan dalaman,hidung berdarah pendarahan serebral dan skurvi.

Keburukkan;
#tidak digalakkan di ambil dalam kadar yang tinggi kerana:

1)Dikhuatiri mendatangkan cirit -birit.
    Walaubagaimanapun,pengambilan vitamin C pada masa yang betul boleh mencegah berlakunya najis terlalu lembut atau cirit-birit,iaitu mengambil vitamin C selepas makan atau elak ambil sumber vitamin C bersama air,kerana serat buah-buahan telah mengandungi banyak air.

2)Boleh menjejaskan bacaan Ujian Darah.
   >Elak pengambilan vitamin C sebelum melakukan ujian.

3)Pengambilan Vitamin C yang tinggi tidak digalakkan iaitu sehingga 400mg sehari tidak digalakkan untuk mereka yang menghidap batu karang.Begitu juga pesakit buah pinggang.

4)Boleh bertindak ba;las dengan ubat-ubatan lain.
   >Menyebabkan vitamin kurang berkesan.Ubat-ubatan yang berinteraksi dengan vitamin Cseperti Aspirin,antibiotik dan pil perancang.
  >Ubat-ubatan seperti warfarin yang mencegah pembekuan darah.dan ubat-ubatan dari kumpulan tricylin anti-depress.


Anda mempunyai pilihan>> Banyak manfaat pengambilan sumber Vitamin C untuk kesihatan keseluruhannya mahupun pengambilan pil Vitamin C.Ia tidak memberi kesan mudarat apabila mengambil bersama ubat-ubatan lain kecuali diambil secara berlebihan.Ia cepat meneutralkan atau ubatan yg diambil kurang berkesan kerana buahan-itu sendiri mempunyai banyak air dan asid.Vitamin c juga pentig untuk proses pemulihan,mempertingkatkan sistem imun badan,sebab itulah kita perlukan Vitamin C.

Pn Zurina Binti Mohd Noor,
Distributor Shaklee Sah,ID 1092799.
SID Puchong Selangor.
No telefon:0193518273.(call/whatsapp)