Wednesday 19 March 2014

Dilema Wanita Dengan Pil Perancang Keluarga




alisha safiya
Anak bongsu(Alisha Safiya)











Sebagai wanita pastinya menghadapi dilema dalam memilih pil perancang yang terbaik tanpa memberi kesan sampingan kepada kesihatan pada masa akan datang,mahupun kepada baby yang disusui.Mahupun kaedah pengambilan pil perancang yang berbeza-beza mengikut jenis dan kesesuaian serta jumlah pusingan haid yang tidak sama bagi seseorang wanita.
Di sini ingin kongsikan sedikit pengalaman saya mengambil pil perancang jenama"Noriday".
Setelah mempunyai 6 orang anak,saya berhasrat menghalang kehamilan lagi,,sebab sebelum ni saya tak pernah rancang kehamilan,,kerana suka baby..Atas nasihat doktor,pil Noriday sesuai untuk saya,kerana full
breastfeeding.Pada permulaan tempoh 2 bulan penggunaan,saya mengalami gangguan kitar haid(tiada haid).
Pertama kali haid,,didatangi darah yang banyak dan tempoh yang panjang iaitu selama 2 minggu,,tak datang period orang cakap normal sebab breastfeeding,dan muka berjerawat.Saya fikir,mungkin badan sedang alami proses hormon untuk menerima ubat.Namun,hati rasa resah dan keliru ,kerana ada orang terpaksa lakukan pembedahan untuk membuang pil perancang yang tidak hancur dalam usus perut,,ada orang beri cadangan agar mengunyah pil perancang dan telan,saya ikutkan sahaja>kunyah pil.Apa result yang saya dapat,ialah ulser mulut,di mana bahagian gusi ditumbuhi ulser/mata ikan(bahagian kanan sebelah kunyahan)kerana mengunyah disebelah kanan sahaja.Saya hairan,,ingat sebab tak cukup air dalam badan,tapi saya kuat minum air kosong,,tambahan pulak rasa pelik,macam mana pil perancang tak boleh hadam,fikir punya fikir,,mungkin orang tu,,banyak lemak kat perut,,boroi..wallallahualam.
Ok,berbalik kepada isu pil perancang...

Apa itu Pil Perancang Keluarga?

Pil perancang dikenali sebagai oral contraceptive pil(OCP) yang menggunakan hormon sintetik untuk
mencegah kehamilan.Terdapat 3 jenis utama pil perancang iaitu;

1.Pil Berhormon Tunggal>mempunyai hormon progestron sahaja,contoh Noriday,pil ini sesuai untuk wanita
   yang menyusukan anak.
2.Pil Berkombinasi Estrogen &Progestron>contoh Marvelon,Mercilon,Nordette,Regividon,Loette,Minulet 
  & Meliane.
3.Pil yang tidak mengandungi hormon progestron>contoh Yasmin;Agak mahal kerana dianggap tidak memberi efek kepada kenaikkan berat badan.

**Terbaru Pil Perancang Oral>Pil Perancang Oral(COC),;Pil ini mengandungi 2 hormon wanita sintetik
        iaitu progestron dan estrogen,dikenali Drospicenone.di jelaskan oleh Prof Dr Jamilah Hassan,
        mempunyai kandungan semulajadi dan selamat dan memberi kebaikkan kepada kesihatan manusia.Pil
        perancang oral  dinafikan memberi kesan sampingan kepada kesihatan,,kata Perunding Pakar Perbida-
       nan dan Sakit Puan,Dr.K.K Iswaran.Menurut beliau Pil COC dihasilkan bersesuaian dengan kitar
       hormon tubuh manusia.
     *Pil COC membantu meredakan sengugut,mengurangkan gangguan emosi,kanser ovari,endometrium dan
       merawat masalah jerawat.
     *Pil COC digunakan untuk mencegah gangguan berkaitan haid seperti haid tidak menentu,endometriosis
       dan simdrom prahaid (PMS)
**Ahli Majlis Perancang Keluarga Asia Pasifik Prof Dr Jamilah Hassan berkata kajian mengenai memang
    diperdebat  mengeni pil COC ini penyebab kanser payudara,tetapi tiada bukti yang dapat mengesahkan.
Menurut sumber kajian oleh Woman Contraseptive and Reproductive Experience antara 1994-1998,pil COC tidak menyebabkan risiko peningkatan kanser payudara,walaubagaimanapun,seseorang itu berisiko
mengalami kanser payudara,sekiranya dia pembawa genetik BRCA 1 dan BRCA 2,melalui sejarah keluarga.

Kenapa hormon progestron dan Estrogen dikata penyebab kanser?
*Sebenarnya pil berkombinasi  ini diperlukan untuk merawat gangguan  berkaitan haid,melancarkan peredaran darah haid ,sengugut dan simptom prahaid (PMS).
Menurut sumber DR Zubaidi Hj Ahmad(drzubaidi.vom/blog/kesan-mengambil-pil-perancang kehamilan,
pil perancang mercilon(jenis kombinasi)sememangnya haid menjadi sempurna iaitu kitarnya tetap setiap 28-30 hari.Dan ramai doktor cadagkan sebagai rutin untuk membetulkan kitaran haid yang tidak menentu.
Walaubagaimanapun pil perancang kehamilan adalah sebahagian dari rawatan hormon,tetapi harus dipantau
doktor kerana terdapat kemudaratan pengambilan pil-pil hormon.Ini kerana pil-pil menganggu fungsi kalenjar ovari dan ia mengambil masa yang lama untuk pulih.
 Sekiranya haid  sebelum ini normal,pengambilan hormon berpanjangan boleh menyebabkan gangguan pada ovari dan seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan hormon apabila berhenti ambil pil perancang.Seperti diterangkan,sekiranya ingin haid teratur kebanyakkan doktor cadangkan pengambilan semula pil mercilon.
Tetapi harus di ingat Mercilon boleh sebabkan sukar hamil kembali.Cadangan Dr zubaidi agar ambil suplemen berupa estrak kacip fatimah untuk kesihatan rahim dan kawal kitar haid.

Bagaimana pil perancang berfungsi?
1. Mencegah ovulasi setiap bulan>dengan cara menukar lelehan di bahagian servik supaya sperma supaya
    tidak dapat melepasinya
2.Pil perancang menyebabkan servik menghasilkan mukus yang kurang tebal supaya sperma tidak boleh
   memasuki rahim dengan mudah.
3.Pil perancang menyebabkan lapisan rahim menjadi nipis supaya telur disenyawakan lebih sukar menempel di dalam dinding rahim.

Bagaimana guna Pil perancang?
1. Perikripsi doktor.
2. Kebiasaan 1pek pil perancang mengandungi sebanyak 21 pil hormon.Anda digalakkan untuk mengambil
    pil pada masa yang sama setiap hari,selama 21 hari dan berehat selama 7 hari.Anda boleh menggunakan
    pek baru selepas habis haid .
  >sesetengah pakar perancang keluarga menasihatkan mengambil pil perancang bermula pada hari ke-5
    haid.Ini kerana setiap wanita mempunyai tarikh kitar haid yang sama,kemungkinan kesuburan boleh
    berlaku awal terutama bagi mereka yang mempunyai kitar haid yang sedikit dan terus mengadakan
    hubungan selepas haid.

**Contoh guna pil perancang Noriday;sumber:
1.Mula makan pil Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek.
2.Ambil pada masa yang sama,setiap hari,cth jika ambil pagi,,maka ambil pada waktu pagi setiap hari.
3.Pada permulaan mengambil pil Noriday,pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil pada 14 hari
   pertama.
4.Selepas habis pek pertama,teruskan pek ke-2 tanpa berhenti ,tidak kira ada haid atau tidak.

Pil perancang biasa juga diguna untuk merawat gangguan kitar haid dikalangan remaja pada peringkat awal
kedatangan haid dan merawat masalah jerawat akibat masalah ketidakstabilan hormon,punca dari stress/tekanan,faktor pemakana dan sebagainya,serta merawat simdrom(PMS)@menopouse.
Tetapi pil perancang juga turut memberi kesan sampingan seperti;

1.Mengalami kitar haid yang tidak teratur>hanya berlaku pada peringkat awal-awal bulan sahaja(2@3bulan)
   penggunaan pil dan akan kembali normal,ini kerana pil bertindak balas dengan hormon badan dan sedang menyesuaikan dengan hormon badan seseorang.
2. Masalah jerawat >juga berlaku kerana tindakbalas pil hormon(pil perancang) dengan hormon badan.
3.Kegemukkan>pengambilan pil perancang,mungkin juga boleh meningkatkan selera maka,walaubagaimanapun banyak lagi faktor lain yang menyebabkan wanita cepat gemuk selepas bersalin,
antaranya;
      *tidak menjaga berat badan selepas hamil(kurang pantang)
      *Gemar minum ais>urat saraf cepat kembang
      *Kurang melakukan aktiviti/senaman fizikal,
       *tidak amal diet seimbang>gemar ambil makanan berkalori & berkolestrol tinggi.
      *tidak menyusukan anak:,

Kenapa Pil Petancang gagal berkesan?

Ia boleh terjadi atas beberapa sebab:
1.Sikap lupa mengambil pil
2.Muntah dan cirit birit akan mengurangkan penyerapan dalam perut,jika alaminya anda dinasihatkan meneruskan dengan guna kaedah alternatif seperti penggunaan komdom selama 14 hari.
3.Pil perancang berinteraksi dengan antibiotik,ubat sawan,ubat tidur dan ubat arthritis.Pastikan
   beritahu doktor,jika ambil pil perancang.
4.Anda tidak boleh boleh ambil,jika ada penyakit gangguan hati,gatal ,penyakit darah beku(angin ahmar,strok,serangan jantung),bimbang implikasinya.
5.Pil perancang boleh sebabkan darah tinggi bagi sesetengah wanita
**ini kerana pesakit tersebut mungkin telah mengambil dos @ ubat yang telah diberi oleh pakar/doktor untuk penyakit yang di alami,menyebabkan pil perancang sukar berkesan,malah mungkin juga boleh membawa implikasi yang lebih teruk akibat tindakbalas ubat-ubatan dengan pil perancang dalam badan.
Oleh itu penggunaan pil perancang perlu nasihat pakar,agar ia sesuai dengan badan anda

Alternatif Untuk kesihatan Wanita(SET KESIHATAN WANITA BASIC)
**Rawatan pengambilan suplemen>membantu kawal paras hormon yang tidak stabil akibat pengambilan pil perancang.

>menstabilkan hormon>mengalakkan peredaran darah
>melegakan sakit ketika haid
>mengelakkan muka/badan ditumbuhi jerawat
>bersifat anti oksidan/penuaan>mengatasi sindrom PMS@menopouse
>menguatkan fungsi imun badan

**GLA(Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitar haid setiap bulan.GLA 
merupakan sejenis Asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk proostagladin>bahan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yangnormal.
GLA mengandungi minyak benih matahari(Borage oil) dan juga 
mengandungi vitamin E yang membantu melindui dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara intergriti sel.

ALFALFA COMPlEX;

Bertindak sebagai kacip fatimah kepada wanita,menyihatkan rahim
dengan membuang lendir2 yang berlebihan(mukus) kesan daripada pengamilan pil perancang/hormon dan mengelakkan keputihan.Alfalfa juga bertindak mengawal tekanan/kitar haid agar menjadi normal.Dan merupakan agen membuang toksin dan lemak yang tidak diingini,menghalang pembentukkan lemak dan kolestrol.Dan memberi tenaga segera,serta mengurangkan nafsu makan,ekoran pengambilan pil hormon yang mungkin menaikkan selera makan anda.







*Set kesihatan Wanita Basic lebih kurang sama kegunaan set senggugut,ia bertujuan mengawal kitar haid dan mengelakkan kesakitan ketika haid,cuma tambah Vitamin B complex untuk meredakan tekanan dan kekejangan perut.Penggunaan pil hormon/pil perancang juga digunakan untuk merawat  senggugut dan jerawat di kalangan remaja dan PMS/sindrom menopouse.Tetapi,menurut sumber Dr Zubaidi penggunaan pil perancang(mercilon)dalam tempoh  yang lama kemugkinan wanita yang mengambil pil perancang,tidahk boleh hamil langsung.Pengambilan pil hormon boleh mengganggu fungsi ovari dan seterusnya masalah berkaitan kesuburan wanita(kemandulan,endometrium).
*Atas sebab ini Doktor Zubaidi mencadangkan mengambil suplemen untuk kesihatan wanita.

**hai saya adalah ibu kepada 6 cahaya mata,usia perkahwinan selama 13 tahun berpengalaman menjaga sendiri baby dalam pantang tanpa,bantuan ibu mahupun sesiapa,Anda mugkin berminat mengetahui masalah berkaitan "morning sickness",penjagaan kesihatan semasa mengandung,
masalah menjaga baby dalam pantang,masalah penyakit yang sering di alami oleh baby seperti exzema,muntah,cirit birit,keguguran janin,dan pelbagai lagi,boleh ikuti ,catatan blog saya seterusnya@ ingin berkongsi,mahupun berminat dengan suplemen2kesihatan ;

*Boleh hubungi saya direct/whatsapp 013 3158 377.
Distributor Shaklee,ID 1092799.
Pn Zurina Bt Mohd Noor,Cod area Puchong & Shah Alam.
*Penghantaran keseluruh Malaysia,termasuk Singapura & Brunei.





   




6 comments:

  1. Pil gugur wanita bagi yg belum bersedia unk menerima cahaya mataSYTOTEC,MISOPROSTOL,SYTOLOG original packing telah diluluskan oleh kementerian kesihatan.Harga berpatutan HUBUNGI CALL/WSPP 019-6328745

    ReplyDelete
  2. Pil gugur SYTOTEC,MISOPROSTOL,SYTOLOG CALL/WSPP 0196328745 dan pil perancang keluarga

    ReplyDelete
  3. Saya mahu bertanya, bagaimana ingin mendapat preskripsi doktor untuk pil perancang keluarga. Adakah saya perlu masuk ke klinik dan memberitahu saya mahukan preskripsi doktor untuk pil tersebut atau perlu berkata saya mahu membuat pemeriksaan? Saya ini jenis yang pemalu dan ingin tahu cara yang betul sebelum saya menyusahkan doktor nanti.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah ambil pil perancang selama 3 bulan..saya datang haid semasa mengambil pil perancang, selepas berhenti mengambil pil perancang, haid saya tidak datang lagi.

    ReplyDelete
  5. Sya dh mkn pil prancang almost 6years..sbb msih mrancang dan keadaan kewangan yg blm stabil..so xbersedia lg nak ada baby..bru2 ni sya dapati slps menghabiskan pil dan rehat 7 hari haid sy msih blm kluar..masuk hri ni dh 2mgg haid sy blm kluar..sblm ni xprnah lg terjadi mcm ni..adakah possible sy pregnant d dlm pengambilan pil perancang? Mohon pencerahan..tQ

    ReplyDelete
  6. Sy dah mkn pil perancang noriday dkat 9bln dah.. tp kebelakangan ini sy ada loya,pening n kerap angin (sendawa,kentut)... ada kh normal.. mohon pencerahan tq

    ReplyDelete