Wednesday, 27 August 2014

CYSTS & PCOS penyakit reproduksi,akibat ketidakseimbangan hormon.

CYSTS
OVARI CYSTS

OVARI CYSTS;
Ovari Cysts adalah penyakit biasa dihadapi oleh wanita muda,kebanyakkan mereka di dignosis mengalami Ovarian Cysts apabila mereka melakukan ujian ultrasound/pemeriksaaan ultrasound ketika mengalami masalah kesuburan seperti ketidakhadiran haid,mahupun kitaran haid tidak menentu apabila dirujuk kepada pakar.
Ovarian Cysts sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada di dalam kilang telur ovari.Cecair ini boleh jadi cair seperti air pekat likat dan adakalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.
Ovarian Cysts yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi.Cysts yang pecah ini dinamakan follicle .Jika Cysts ini tidak pecah,saiznya akan bertambah besar dan dinamakan Functional Ovarian Cysts i,ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar(melebihi 5 cm)@ mengganggu masalah kesihatan reproduksi.

Terdapat beberapa faktor jenis Ovari Cysts yang boleh mengganggu kesuburan antaranya ialah:

1)ENDOMETRIOSIS>Cysts yang disebabkan oleh Endometriosis
2)POLIYCSTS OVARIAN CYSTS>Terdapat beberapa Cysts yang kecil pada kilang telur ovari,kehadiran haid yang tidak teratur dan kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.

Adakah Ovarian Cysts menganggu kesuburan?
## jawabnya: tidak semua.

Terdapat beberapa jenis ovari Cysts yang tidak menganggu kesuburan antaranya:
1)Functional Cysts>Iaitu cysts yang terjadi secara normal semasa kitar haid,ini menunjukkan seseorang wanita itu masih subur.
2)Cystadenomas>Cyst ini bukan berlaku dalam kilang telur ovari,tetapi berlaku dipermukaan lapisan luar kilang telur ovari,jadi ia tidak mengganggu kesuburan.
3)Dermoid Cysts>Cysts ini mengandungi beberapa tisu seperti kulit ,rambut,malah gigi,Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak mengganggu kesuburan.

Adakah pembedahan perlu untuk CYSTS;
Pembedahan bukanlah cara rawatan yang mesti dillakukan ke atas setiap penyakit.Jadi setiap penyakit ovarian Cysts tidak semestinya dibuang melalui pembedahan.
 Pembedahan hanya dilakukan dengan 3 tujuan utama:
1)Untuk melakukan biopsy>Jika di dignosis/disyaki kanser,contoh tisu diambil untuk diuji bagi pengesahan.

2)Membuang Cysts >Jika mendatangkan masalah teruk kepada pesakit seperti sakit perut,ketidakhadiran haid dan jika saiz diameternya membesar melebihi 5 cm kerana bimbang akan pecah dan kesan-kesan lain.

3)Melakukan pembuangan Ovari>Jika ketumbuhan ovari cysts disangka ovarian biasa telah disahkan sebagai ovarian kanser.

Walaupun tidak semua kes ovarian Cysts mesti dibuang,namun semua kes ovarian kanser mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari.Bagi ovarian Cysts yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit,doktor akan mempertimbangkan antara risiko dan kebaikkan pembedahan itu jika berlaku perkara-perkara seperti:
1)Ovarian Cysts itu berlaku di kedua-dua buah ovari.
2)ovarian Cysts itu melebihi saiz 5 cm(3 inci )
3)Ovarian Cysts itu masih kekal(tidak berkurang saiznya)selepas 2 hingga 3 kali kitar haid.
4)Pemeriksaan Utrasound menunjukkan Ovarian Cysts itu bukan jenis yang biasa(functional ovarian cysts)
5)Pesakit mempunyai ketumbuhan ovari disamping tidak pernah mengalami kitar haid langsung atau:
> pesakit adalah gadis remaja,
>pesakit telah menopouse,
>pesakit menggunakan pil perancang.

Walaupun terdapat beberapa kriteria tersebut,namun tidak semua pesakit  yang mempunyai ovarian cysts harus dibedah,ia bergantung kepada pertimbangan doktor.Doktor akan mempertimbangkan kebaikkan dan keburukkan pembedahan itu.
Sebelum membuat keputusan untuk melakukan pembedahan doktor selalunya akan membuat pemeriksaan CT SCAN abdomen supaya dapat mengesan dengan lebih jelas imej ovarian cysts itu.

*Doktor mengesyaki pesakit mengalami ovarian kanser berdasarkan:
1)Imej CT SCAN abdomen dan
2)Laporan Pathology tisu diambil atau
3)Jika salah seorang anggota keluarga pernah mengalami kanser ovari atau
4)wanita itu sudah mengalami menopouse atau
5)Saiz Ovarian Cysts itu tidak menjadi kecil walaupun setelah 2 hinnga3 kitar haid .
6)Pemeriksaan darah CA-125 juga membantu mendiagnosis sama ada pesakit menghidap penyakit Ovarian Kanser atau tidak.
   
 PCOS

Ketidakseimbangan hormon boleh menyebabkan kitar haid kita menjadi tidak teratur atau dipanggil"Sindrom Ovari Polistik"(PCOS).Punca lazim yang biasa menyebabkan seseorang itu kurang subur.

PCOS adalah satu keadaaan penyakit reproduksi yang berlaku akibat ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitar haid dan ovulasi.
Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% wanita yang tidak mengalami haid langsung di dapati juga menghidap PCOS.PCOS boleh menganggu proses ovulasi dan penghasilan telur yang berkualiti dari ovari dan seterusnya menyebabkan wanita berkenaan mempunyai kitar haid yang tidak menentu dan boleh mengganggu sistem badan yang lain seperti metabolisme dan sistem kardiovaskular yang lain.
Kajian antarabangsa menunjukkan kira-kira 20% daripada wanita yang berusia melebihi 20 tahun mengalami masalah ini dan lebih 40% wanita yang mempunyai masalah kesuburan adalah disebabkan PCOS.

:sumber:MyMetro,,klinik DRZubaidi,

Kepada wanita diluar sana yang mengalami "Cysts",jangan panik dan terus membuat keputusan sendiri atau pembedahan ,seeloknya harus berbincang dengan doktor.Dan sebagai alternatif,bagi anda yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon atau hair tidak teratur boleh mencuba mengambil suplemen.
Ini kerana badan memerlukan nutrisi yang cukup,tanpa ketidakcukupan nutrisi  akibat punca pemakanan tidak seimbang boleh mengganggu hormon anda..
## klik di sini jika ingin mengetahui:GLA COMPLEX

Pn Zurina Bt Mohd Noor
No telefon:013 3158 377(call/whatsapp)
Distributor Shaklee,ID 1092799,,

No comments:

Post a Comment