Monday 10 February 2014

Rinduku Pada Ayah(2)

Tinggal kenangan

Sejak dari kecil,aku hidup berdikari..berlatarbelakang dari keluarga yang susah.,,ibuku penoreh getah,manakala ayahku seorang buruh kasar.Aku punya 6 orang adik beradik,aku adalah anak ke 4.
Kesusahan,timbul ibarat sudah jatuh di timpa tangga,pemergian ayahku ketika aku berusia 15 tahun.Kematian akibat kemalangan jalan raya.Lantaran kesian melihat ibu membanting tulang,aku sanggup menolong ibu,sebelum pergi ke sekolah mahupun setelah pulang dari sekolah,adakalanya aku mengambil ape sahaja kerja,asal dapat upah untuk wang saku,disamping menambah keperluan yuran yang diperlukan oleh pihak sekolah.Ibu sentiasa sakit,namun dia tetap gagah mencari rezeki untuk kami,adikberadik.
 Selepas 2 tahun bergelar ibu tunggal,ibu berkahwin lagi..terima lamaran dari kalangan kaum sanak saudara,di kg asalnya iaitu Kg Kubang Telaga,Pasir Puteh Kelantan.hidup kami biasa aje selepas itu,tapi kehadiran ayah tiri banyak membantu ibu mencari rezekidan memudahkan aku pergi sekolah,.kalau dulu aku kerap berjalan kaki ke sekolah yang jaraknya hampir 5km.
 Selepas tamat spm,aku sambung ke tingkatan 6,dapat result 4p..aku rasa tidak boleh pergi jauh lagi,mak ayah ade bertanya'mau sambung ke?aku kata" tak".sebenarnya aku kesian melihat mereka,tambahan pulak kakak ,atas padaku sedang berlajar di" U".adik masuk sekolah vokasional dan adik bongsu waktu itu dia tahun 6,masih berada di rumah kebajikkan anak yatim(PERKAYA),terengganu.tak lama kemudian ikut kakak ke K,lumpur, curi2 menginap kat hostel UPM,orang lain pergi kelas, aku pergi kerja.
 Tak lama kemudian,.dah jodoh aku agaknya..asyik keluar dating,..mak ayah dapat tau,,dari mulut si kakak la,akhirnya disuruh kahwin...aaa muda lagi,akhirnya aku akur..kahwin usia 21 tahun,
Bermacam dugaan ku alami,,ku redah jua..anak demi anak bertambah,segalanya kutanggung sendiri ,tanpa bantuan mak,mahupun mertua...ye la dah tua ,,tak larat n tak reti jaga cucu,,pantang sendiri jaga laa.

No comments:

Post a Comment