Sunday, 12 October 2014

Lahirkan generasi sihat & genius dari peringkat awal lagi.


Anak adalah anugerah yang terindah dikurniakanNYA,kehadirannya umpama penyeri dan pelengkap pasangan bahagia di alam rumahtangga.Anak ibarat kain putih bersih,dan ibu bapalah pelukis pencorak  utama peribadinya.Memilikki anak yang comel,sihat dan bijak menjadi kedambaan setiap ibu bapa.
 Harus diingat keluarga yang bahagia terbina di atas tapak ibu bapa yang beragama dan berakhlak mulia.Ibu dan bapa adalah teladan yang paling dekat dengan anak-anak.Keharmonian ibu bapa dan anak-anak yang
wujud atas dasar kasih sayang seperti yang dituntut oleh agama,akan dapat membina kehidupan yang
berbahagia.
Kaum ibu,semasa mengandung (khususnya yang beragama islam) perlu mengerjakan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan melakukan amalan-amalan baik ketika mengandung iaitu:

1.Banyak bertaubat>  atas segala dosa dan kesalahan kepada Allah S.W.T agar zuriat yang dilahirkan
                                     nanti menjadi insan yang bertaqwa.

2.Menutup aurat>Sesuai dengan ajaran islam>agar hidup lebih berkat.

3.Banyak membaca ayat-ayat suci al Quran:
   *Membaca surah al fatihah dan ayat kursi
   *Membaca surah yasin hingga akhir
   *Membaca surah al-taubah hingga akhir,
   *Membaca surah yusuf hingga akhir,agar memperolehi anak yang soleh,sihat,cantik dan sempurna.
   *Membaca surah Luqman hingga akhir,agar memperoleh anak yang taat.
   *Membaca surah Maryam hingga akhir untuk memperolehi anak yang sabar dan taat.
   *Membaca surah An-nahl ayat 78
   *Membaca surah Al A'raf ayat 189

4. Banyakkan membaca doa setiap kali selepas solat @ sambil mengusap-usap perut.
    >Mendoakan kebaikkan untuk anak:
   *Doa mendapat anak/zuriat yang soleh
   *Doa mendapat anak yang cerdik/pintar

Amalan baik untuk ibu semasa mengandung:
1.Menjaga adab dan perlakuan.
   >melatih diri agar banyak bersabar/mengawal emosi.

2.Menjaga kesihatan>:
  * pemakanan berkhasiat>anak sihat/cerdas
  *digalakkan ambil pemakanan sunah semasa mengandung>untuk kesihatan ibu dan dipercayai dapat
    membantu perkembangan minda/otak janin.
3.Melakukan aktiviti berfaedah.
   >Minat membaca semasa mengandung> dipercayai dapat mempengaruhi sikap anak setelah ia lahir(sedang
     membesar)
   >Jangan terlalu memanjakan diri(tidur)>kurang pergerakkan menyebabkan,badan kehilangan stamina
     ia juga boleh menyebabkan kenaikkan berat badan melampau.
      -dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan seperti GDM Ketika hamil.
      -kurang keregangan otot>menyebabkan ketegangan urat/betis/kekejangan otot,kesukaran untuk bersalin
        normal.
      -Gaya hidup yang kurang aktif/malas,boleh mempengaruhi sikap anak setelah lahir nanti, (nasihat/
        pengalaman orang tua.

Banyak lagi perkara-perkara yang harus diamalkan oleh sesorang isteri yang sedang hamil.Amalan-amalan  dan nasihat ini merupakan bimbingan kepada wanita yang mengandung agar keadaan fizikal dan emosi tetap stabil.Di samping itu ia membawa kebaikkan untuk dirinya dan terhadap anak yang dikandungnya.

Amalan yang baik,patut diamalkan juga oleh kaum bapa,banyakkan bertaubat,membaca al quran,berdoa(mendoakan kebaikkan untuk isteri dan anak),serta menjaga adab/perlakuan semasa isteri hamil mahupun selepas kelahiran anak.

Makanan untuk ibu mengandung;
Seiring dengan pertumbuhan bayi yang semakin membesar dalam kandungan,wanita hamil memerlukan pertambahan zat makanan.Makanan yang dimakan sepanjang hamil mempunyai fungsi penting dalam menjaga
kesihatan ibu dan janin.Keadaan janin semakin membesar memerlukan sumber protein yang cukup,seperti daging,ikan,telur dan kekacang.Penambahan protein dapat membantu pembentukkan baru jaringan baru anggota tubuh janin dan persediaan ibu menghadapi masa bersalin dan menyusukan bayi nanti.
Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral seperti sayur-sayuran dan juga sumber karbohidrat .
Kalsium pula diperlukan untuk pembentukkan tulang dan gigi.Penambahan zat besi juga diperlukan supaya ibu tidak mengalami masalah kurang darah ketika bersalin.
Makanan tambahan diperlukan seperti menambahkan sumber protein,kalsium,kalori dan vitamin agar
bersesuaian dengan tumbesaran janin.
Tambahan vitamin diperlukan utuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh ibu yang mengandung.Vitamin B complex dari sumber kekacang,Vitamin A yang banyak terdapat dalam kuning telur,susu,hati,sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau serta kuning kemerahan,dan Vitamin C dari sumber seperti buah dan sayuran .
 Protein susu mengandungi lemak,kalsium,fostat,zat besi,sodium,potassium serta vitamin c juga amat penting untuk ibu mengandung,sebaiknya pilihlah susu segar atau susu tepung tanpa krim.

# Haruslah dipastikan makanan "dari sumber yang halal" dan diredhai Allah,kerana barang yang haram yang masuk ke dalam tubuh akan menjadi darah daging.Ini akan mempengaruhi sikap dan fikiran kita,dan juga akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan janin di dalam kandungan.

Firman Allah S.W.T;
    
    "Hai orang-orang yang beriman,makanlah di antara rezeki yang baik-baiknyang kami berikan kepadamu dan bersyukur kepada Allah,jika benar-benar kepadaNYA sahaja kamu menyembah"

Melahirkan anak yang sihat dan cerdik bermula dengan amalan-amalan baik sejak awal kandungan lagi ,
Malah dalam islam,menyokong saranan menyusukan anak seharusnya sehinga bayi berumur 2 tahun setengah.Dan kajian membuktikan,bayi yang diberi susu badan (susu ibu),jauh lebih sihat daripada bayi yang diberi susu tepung serta bebas dari risiko penyakit @alahan-alahan kulit,serta jangkitan paru-paru.
Selain itu,susu ibu juga menjadikan anak lebih bijak dan cepat berlajar.

Sumber rujukkan:

Abu bakar jabir Al, jaza'iri,Keperibadian Muslimah

Dr Hamid Arshad,Kesihatan Wanita Masa Kini
Amalan-amalan semasa mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata.

oleh; Pn Zurina bt Mohd Noor,,
         SID Shaklee,ID 1092799 Puchong Selangor
         No telefon:019 3518 273(call/whatsapp)


   

Thursday, 9 October 2014

kenapa gagal menurunkan berat badan setelah mengambil pil diet?



Kebanyakkan pengguna produk diet/slim,kecewa apabila gagal mencapai berat badan ideal dan menyalahkan produk yang digunakan semata-mata.Seharusnya anda perlu faham,kehadiran produk slim/diet hanya membantu proses penurunan berat badan.Oleh itu jangan terlalu bergantung produk semata-mata,kerana cara pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang di ambil pada masa yang tepat,tabiat/rutin harian yang sihat,di samping pengambilan air dan serat buah-buahan dan sayuran yang mencukupi mempengaruhi amalan berdiet anda untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.

Banyak sebab kenapa anda gagal mencapai berat badan ideal walaupun mengambil pil diet antaranya:

1)Tidak mengikut jadual pengambilan pil diet/tidak mengikut arahan @skip.
2)Gagal mengambil sarapan pagi atau sengaja tidak makan bertujuan untuk menurunkan berat badan.
3)Kegagalan menahan nafsu makan>Makan banyak dan kerap.
4)Tabiat pemakanan tidak sihat> Suka ambil makanan berkalori tinggi(makanan segera),snek,makanan manis(air bergas)
6)Malas melakukan aktiviti fizikal@ kekangan daripada melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.
   >Akibat kesibukkan kerja @ situasi kerja yang membuatkan anda tidak aktif bergerak.
7)Tidak mengamalkan cara pemakanan yang sihat dengan betul
   >mengambil makanan berat ketika sarapan dan makan lewat malam.
8)Kurang/tidak gemar mengambil air kosong,buah-buahan dan sayuran.

Tips menurunkan berat badan dengan berkesan:

Formula untuk turunkan berat badan dengan cepat dan selamat dikongsi bersama YM Tengku Norihan(Pengasas/pemilik:Bodypower Fitness Centre):
*menitikberatkan hal pengambilan makanan,amat sesaui dengan istilah"makan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit"iaitu:

1)Makan pagi>hendaklah diambil selepas sejam bangun dari tidur.
>Ini kerana badan kita memerlukan bahan makanan untuk membakar bagi meningkatkan metabolisme erti kata lain(makanan diperlukan untuk ditukar menjadi tenaga)agar kita lebih fokus dan bertenaga.
>Pentingnya sarapan pagi untuk meningkatkan oksigen di dalam badan,paling penting adalah otak kita .Kecerdasan otak membuatkan kita berasa cergas,lebih fokus dan bertenaga dalam melakukan aktiviti harian.

2)Waktu rehat pukul 10 pagi:
   >Jika sarapan pagi anda di awal pagi iaitu jam 6.00 pagi @7.00pagi.makan diperlukan selepas 3-5 jam.
     size makanan yang ringkas cukup sekadar sebiji buah bersama segelas air kosong.Ia akan membuatkan
    badan anda bersedia untuk menerima makanan tengahari yang berat.Malah membuatkan rasa kenyang
    dan tidak terlalu lapar dan gelojoh mengambil makanan tengahari.

 3)Makan tengahari:
    >Digalakkan anda mengambil lebih lauk-pauk berbanding nasi,kerana nasi mempunyai kanji yang banyak.
      Sumber protein seperti ikan amat penting untuk pembinaan otot.
   >Size hidangan mengikut keperluan anda contoh lauk sebesar tapak tangan(dada ayam),dan nasi antara
     7-12 suap mengikut size tangan masing-masing.
   >Pastikan mengambil sayuran pelbagai warna kerana setiap sayuran mempunyai vitamin yang berbeza-
     beza,iaitu antara 10-16 sudu sayuran.

4)Makan petang>pukul 4-5 petang;
   >Mesti makan,kerana jarak makan tengaharidan makan malam adalah panjang,cukur sekadar sebiji buah
     bersama segelas air kosong.

5)Makan malam:
   >Jika makan petang,pastikan jarak antara3-4 jam untuk makan malam.
   >Cara yang berkesan lebih kurang sama dengan makan tengahari iaitu lebihkan lauk-pauk dan sayuran.

Tips-tips pemakanan sihat yang perlu diamal:

*Pastikan tidak mengambil makanan manis terlalu kerap>contoh minuman "3 in 1",minuman tin/bergas,kerana kebiasaannya mengandungi gula yang tinggi.

*Elak pengambilan ais semasa makan.
  >ada pendapat mengatakan ais boleh mengemukkan>kerana lemak makanan yang diambil semasa makan
    menjadi tepu dan sukar dibakar atau dicerna.Lama kelamaan lemak akan berkumpul dengan banyaknya.
  >hal ini hasil kajian yang dibuat ke atas mereka yang mengalami buncit/boroi yang gemar minum ais.

*Makan makanan yang dibakar/dipanggang,direbus/dikukus.
  >Adalah lebih baik dan mempercepatkan penurunan berat badan.
  >JIka perlu mengoreng,hendaklah memilih minyak yang kurang kandungan kolestrol.

*Makan lebih banyak buah dan sayuran>3-5 kali sehari.

*Minum air kosong yang banyak mengikut size badan anda:
>Berat badan 50-60 kg = minum air sebanyak 2.5 liter sehari.
>Berat badan 61-70 kg = minum air sebanyak 3 liter sehari.
>Berat badan 71-80 kg =minum air sebanyak 3.5 liter sehari
>Berat badan 81-90 kg ke atas = minum air sebanyak 4 liter sehari.

Harus ketahui:
## pengambilan buah-buahan dan sayuran yang banyak,digalakkan kerana ia mempunyai protein dan serat yang tinggi .>ia amat penting untuk kesihatan sistem penghadaman,dan membantu proses detoks.
>buah-buahan dan sayuran juga membantu kesihatan kulit disaat anda kehilangan berat badan dan penyusutan berat badan sering memperlihatkan kekenduran dan kekeringan kulit.Bertujuan agar kesan penyusutan berat badan kepada kulit tidak ketara dan agar sentiasa tegang/anjal.

##Pengambilan air dalam kuantiti yang banyak dan mencukupi juga amat penting dalam membantu sisitem penghadaman berjalan lancar>mempercepatkan proses detoks.
>juga bertujuan mengantikan jumlah air yang hilang akibat proses/amalan penurunan berat badan.
>untuk mengelakkan keletihan @ gejala dehidrasi.
>air yang juga,bertindak untuk elak kekeringan pada kulit.

6)Lakukan senaman 4 hingga 5 kali seminggu:
   >Lakukan selama 30 minit ke atas tanpa henti dengan intensif sederhana dan juga tinggi.
  >Kenapa 30 minit?<kerana lemak baru terbakar selepas 30 minit dan selepas 45 minit hingga sejam baru
    protein jahat dapat dibakar.Jika intensif secara perlahan,boleh dilakukan sampai 2 jam.

7)Lakukan senaman yang berlainan setiap hari;
   >Kerana setiap senaman tertumpu kepada bahagian -bahagian tertentu sahaja.Bertujuan untuk membina
     otot yang mantap.Ini kerana otot-otot badan jika dilakukan dengan pelbagai aktiviti yang berlainan akan
     mempercepatkan proses pembakaran kalori dan penurunan berat badan secara stabil.

8)Sila mengambil makanan tambahan/Vitamin ;
   >kerana di dalam masakkan dan jenis makanan yang kita makan belum mencukupi zat yang diperlukan
     sebenar oleh badan.

Adalah penting mendisiplinkan diri dalam mencari berat badan yang ideal,segala tips @ langkah menjadi panduan anda.Tidak ada jalan yang mudah yang cepat"short cut".
Jika berat badan anda turun secara mendadak dengan banyaknya dalm tempoh 1 minggu,2 minggu atau sebulan,anda mungkin akan kehilangan "muscle"(otot),kulit lembik dan kendur.Malah menyebabkan anda tidak bermaya,kurang fokus,pucat,cepat letih,kulit menjadi kering serta sistem ketahanan badan menjadi lemah.

##take note:Anda mungkin mengalami kegemukkan/pertambahan berat badan semula setelah menjalani program menurunkan berat badan.Ini kerana anda telah berhenti mengamalkan program diet secara sihat serta berhenti melakukan senaman
 >Tips-tips di atas amat berguna dipraktikkan secara berterusan agar kegemukkan tidak kembali yang dikenali "Gemuk yo-yo".Dan penting membina otot dan memelihara keanjalan kulit agar lemak/kolestrol tidak mudah terperangkap dalam kolon dan bawah tisu kulit.

## Anda mungkin berminat mengetahui rencana di bawah;

KLIKS>Berpuasa ke arah kesihatan yang baik
KLIKS>Kenapa dehidrasi menyebabkan anda gemuk dan sakit
KLIKS>Bagaimana omega-3 yang kaya dengan EPA dan DHA boleh membakar lemak dan kolestrol
KLIKS>Cara jadual makan Set Slim Bajet(Alfalfa +Lecithin)

Nukilan:Pn Zurina bt Mohd Noor
SID shaklee,ID 1092799
*No,Telefon:019 3518 273(call/Whatsapp)
*COD area Puchong Selangor
*Consultasi Percuma




Thursday, 2 October 2014

Kesan kehilangan kolagen terhadap badan.





Apa itu kolagen?
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia.Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan.Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur,kekuatan dan keanjalan kulit dan tisu badan.Kolagen disusun kepada 3 rantai polipeptida (monomer
protein) yang terpilih membentuk rangkaian Triplex Helix (pilihan ganda 3).Segmen kecil dari tiap-tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak1000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada kornea mata,salur darah,keratin(rambut,kuku)tulang rawan,sendi,gigi,hati,sum-sum tulang dan tisu seperti pada buah pinggang,jantung serta sistem limfatik.

Kesan kekurangan kolagen dalam badan:
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun.Kesan pengurangan mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudianSelepas umur 45-50 tahun badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada,Jadi semakin meningkat usia(tua),semakin banyak kolagen berkurang dalam badan.Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan,kesan kekurangan kolagen seperti dalam gambarajah diatas dan mencegah pelbagai jenis penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi),osteoporosis,arteiosclerosis.Malah kolagen juga digunakan dalm produk kosmetik dan pelembap kulit.
kesan kekurangan kolagen,jelas menunjukkan penuaan sedang berlaku akibat faktor usia yang semakin meningkat.Walaubagaimanapun beberapa faktor lain boleh mempercepatkan badan kehilangan kolagen atau mengalami kerosakkan kolagen dan seterusnya mempercepatkan penuaan berlaku.Antara faktor lain yang boleh merosakkan kolagen badan dan kulit seperti pancaran matahari,penggunaan bahan kimia(produk kosmetik),kekurangan air,kekurangan zat makanan(vitamin B dan C) ,pencemaran alam sekitar lain-lain.

Tanda-tanda penuaan;
*Kulit kusam 
*Tidak bermaya/tidak bertenaga
*Tiada seri
*Kulit berkedut dan kendur
*Pigmentasi/bintik hitam
*Sakit badan dan sendi
*Mudah lupa
*kurang penglihatan/penglihatan semakin kabur
*Otot badan/kulit hilang keanjalan(payudara kendur)
*Rambut rosak/pecah,mudah gugur.
## tanda-tanda penuaan berlaku jelas menunjukkan persamaan yang berlaku akibat kesaan kekurangan kolagen.

Mengapa kita perlukan kolagen?
*Kerana kolagen berfungsi:
1.Menghasilkan asid amino penting seperti:
   *Lysin,prolm dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu 
     penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.
   *Hyroxprolin>memberikekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin disamping 
     melembapkan kulit.
   *Alami,prolin dan asparagin> Menstabilkan struktur,melembap,menegang,dan menganjalkan kulit,lantas 
     mengekalkan kecantikkan kulit serta menghalang penuaan.
   *Arigin>memudahkan tidur yang nyenyak dan menghasilkan pola tidur.
2.Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
3.Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dam kerosakkan oksidatif.
4.Menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
5.Menampung air dalam tubuh.
6.Meningkatkan penyerapan kalsium.
7.Meningkatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.
8.Meningkatkan isyarat induksi.
9.Menguatkan,menyihatkan rambut dan kuku.

Kesan kolagen ke atas badan;
*Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
*Memelihara kelembapan kulit
*Menyokong baikpulih tisu dari kecederaan oto dan tulang
*Menguatkan otot dan tulang
*Memelihara/mencegah kelenturan sendi
*Mengurangkan keradangan/Inflammation
*Memberi tenaga
*Membantu pola tidur
*Memulih penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf.

## Terdapat banyak sumber kolagen dipasaran bagaimana  untuk memilih kolagen terbaik?

Kolagen terbaik diambil sebagai suplemen makanan.Kajian klinikal awal,pengambilan kolagen pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaikki penuaan kulit sebanyak 80%.Antara kolagen yang terbaik ialah:
*KOLAGEN IKAN DIHIDROLISIS.kerana:
*Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah ,selamat dan ideal bagi membantu meransang pertumbuhan 
  kolagen dalam kulit.
*Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan 
  pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal.
*Berat molekul daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap  berbanding kolagen  kompleks  yang lain seperti kambing,lembu,dan babi seberat 400 000.
*Menyediakan Predigested Collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
*Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian"Triple Helix",struktur bentuknya sama terdapat pada kolagen manusia.Ini merupakan penemuan penting pada abab ini.
*Memperbaikki konsentrasi hydropoxyproline(hypro)
* Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungin20 asid amino 
  termasuk 8 daripada 9 asid amino essential(tidak ada tryptophan)
*Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukkan kolagen dalam badan.Menyediakan 
  asid amino bebas dan peptida.
*Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu dan untuk 
  mengekalkan fungsi sel.
*Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan.
*Mengandungi asid aminoyang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukkan otot.Lebih banyak 
  otot tanpa lemak,meningkatkan kadar metabolisme.Ini akan mempercepatkan pembakaran lemak.
*Lemak yang terbakar menyebabkan orang merasai peningkatan tenaga .
*Mengadungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tisu penyokong pada 
  sendi.
*Menyediakan penampungan air dalam badan dan mengoptimunkan penghidratan.Kesannya melembapkan 
  dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
*Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ia penting untu memulihkan kadar protein selepas 
  latihan.
*Mempercepatkan proses pemulihan kecederaan.
*Membentuk dan menegangkan otot badan.
*Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk penuruan berat badan.
*Memelihara dan menguatkan kuku dan rambut
*Membantu menegangkan kulit disamping melambatkan penuaan.Ia memberi keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakkan tulang rawan.
*Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.

Sumber;Klinik keluarga

Formula baru yang ditemui dan penting dalam mengatasi penuaan berlaku degan cepat iaitu KOLAGEN IKAN DIHIDROLISIS dan gabungan asid amino penting,telah berjaya membuka mata pakar nutrisi SHAKLEE,menciptakan produk yang dapat memberi manfaat terhadap kolagen badan  iaitu:
1)Collagen Powder>kolagen dari sisik ikan merah bersama 7 bahan  organik utama.
2)ESP>Soy Energy Protein>kaya dengan asid amino penting,dan juga berfungsi sebagai kolagen/protein kepada badan.

Kliks> Shaklee Collagen Powder
 
 Kliks>ESP(Soy Energy Protein)


Nukilan:Pn Zurina bt Mohd Noor,,ID 1092799.
Dstributor shaklee,Cod area Puchong dan Shah Alam.
No telefon(call/whatsapp);)013 3158 377.
*Penghantaran keseluruh Malaysia,termasuk Brunei Dan Singapura.
* Khidmat Poslaju dan Gedex
*Konsultasi percuma.

Monday, 29 September 2014

SLE(Sytemic Lupus Erythematosus)


GANgGUAN SLE TERHADAP ORGAN BADAN

Pengenalan:
SLE satu keadaan di mana berlakunya gangguan kepada sisitem pertahanan badan seseorang individu.Badannya akan mengeluarkan antibodi yang akan memusnahkan sel badannya sendiri.Ini akan mengakibatkan organ-organ tubuh seperti buah pinggang,otak,paru-paru,jantung,kulit,sendi dan sistem darah menjadi rosak..Penyebab sebenar penyakit ini tidak diketahui,tetapi penyakit ini bukanlah penyakit berjangkit.

Genjala/tanda-tanda mengalami penyakit SLE:
1.Demam berpanjangan
2.Turun berat badan
3.Sakit sendi
4.Ruam kulit terutama bahagian yang terdedah kepada cahaya matahari.
5.Kudis/luka pada mulut
6.Bengkak muka dan kaki.
7.Rambut gugur.

Komplikasi SLE;
1.kegagalan buah pinggang,
2.jangkitan kuman,
3.muka merah(flare)
4.kesan sampingan ubat-ubatan.

Rawatan:
 Rawatan kepada seseorang yang mengalami penyakit ini bergantung kepada keadaan penyakit dan organ sistem badan.
ubat-ubatan yang digunakan:

*STEROID(contoh;Prednisolone)
ubatan ini mempunyai kesan sampingan seperti penambahan berat badan,bengkak muka,jerawat ,lambat besar(pertumbuhan lambat),tulang yang lembut dan katarak.Jika kesan ini serius,doktor akan berbincang untuk rawatan gantian lain.

*UBAT SAITOTOKSID(cytotoxic drugs) contoh;Cyclophosphamide.
Ia adalah rawatan lain yang mengantikan ubat Steriod dengan dos yang tinggi dan digunakan juga untuk mengurangkan dos ubat Steroid dan kesan sampingannya.

*KESAN SAMPINGAN UBAT:
Kesan sampingan ubat boleh merosakkkan sum-sum tulang dan meningkatkan risiko kejadian kanser dan mandul.Doktor akan berbincang dengan anda bagaimana untuk menyeimbangkan antara faedah dan risiko rawatan ini.

*STEROID DAN KRIM PENAHAN CAHAYA MATAHARI
> bertujuan untuk mencegah ruam pada kulit. 

*UBAT RAWATAN DARAH TINGGI 

Kaedah Mencegah SLE menjadi lebih teruk:
>mengikut arahan doktor/nasihat mengenai rawatan.Aspek penting yang perlu tahu:
1.Mengambil ubat mengikut arahan doktor .
2.Menjalani uijan air kencing bila perlu.
3.Mematuhi jadual temujanji rawatan susulan.
4.Mengikut arahan,mengelak terdedah kepada cahaya matahari @ menggunakan bahan/krim pelindung  cahaya matahari. 
5.Rehat yang cukup bagi mengelakkan tekanan

Pemulihan:
*Mendidik(bergantung kepada umurdan keupayaannya)berkenaan penyakit,rawatan,kesan sampingan dan langkah-langkah mengurangkan kesakitan.
*Amat penting memaklumkan perihal kesihatan anak kepada guru/pihak sekolah,ia bertujuan diberi pengecualian melakukan aktivit ko-kurikulum bersukan dan sebagainya.

Sumber:
* Myhelath portal.gov.com.
*Persatuan SLE Malaysia.   

   
  

Friday, 26 September 2014

Kenapa rambut gugur?






Menurut Dr zubaidi,rambut gugur dianggap fenomena biasa yang tidak perlu dirisaukan.
Apa yang membimbangkan ialah keguguran secara berlebihan sehingga menyebabkan rambut menipis dan alami kebotakkan sama ada keguguran buat sementara atau tetapdinamakan"Alopecia"
Dr zubaidi menyokong pendapat Dr Sorya A.Aziz,bahawa rambut mempunyai kitaran sendiri,di mana ia akan gugur dan tumbuh semula setelah melalui beberapa peringkat atau fasa tertentu.Setiap bulan rambut akan tumbuh atau panjang sebanyak 1 cm dan tumbuh ditempat rambut gugur.
Menurut Dr Sorya A.Aziz,setiap hari rambut harus gugur dan tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:
1)FASA PERTUMBUHAN(Anagen) berakhir sehingga 2-6 tahun.
2)FASA SEGENERASI SPERA(catagen) berakhir sehingga2-6 tahun
3)FASA REHAT(Telogen)  berakhir sehingga 2-3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya.
*jangka hayat rambut adalah lebih kurang 5 tahun.  

Setiap hari rambut gugur kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan,manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat.Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran iaitu lebih kurang 100 helai rambut sehari.
Walaubagaimanapun keguguran rambut boleh menjadi teruk dan tidak normal sehingga boleh menyebabkan boleh menyebabkan(Alopecia) boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1)Selepas melalui keadaan tertekan/stress.
   Kemungkinan seseorang individu mengalami keguguran rambut kerana tertekan apabila mengalami penyakit yang serius,melalui pembedahan besar ataupun tekanan selepas bersalin(meroyan) atau mengalami perubahan hormon selepas melahirkan anak.Keadaan ini berlaku diantara 3-4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasukki Fasa rehat,ini dipanggil Teloger Effluvium.
Menurut Dr zubaidi,gangguan emosi dan stress dihadapi oleh orang yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup contohnya seperti stress di tempat kerja atau komflik yang berpanjangan.Keadaan ini menyebabkan
semua otot dikulit kepala dan leher mengecut,sehingga menyebabkan peredaran darah ke kulit kepala terganggu.Akhirnya follikel rambut(akar rambut) tidak mendapat bekalan nutrien dan oksigen yang mencukupi.
Tekanan/stress juga mendorong seseorang individu bertindak menarik rambutnya sendiri ,sehingga gugur,keadaan ini dinamakan individu yang mengalami keguguran rambut disebabkan mengalami masalah"Trichotillomania".

2) Masalah hormon/ketidakstabilan Hormon.
 Ketidakstabilan hormon adalah punca utama keguguran rambut yang serius,disebabkan oleh kehamilan,melahirkaan anak pengambilan pil perancang dan menopouse.
  Kebiasaan masalah ketidakstabilan hormon merujuk kepada wanita yang telah melahirkan anak.Keguguran rambut agak ketara selepas 4 bulan melahirkan anak dan berterusan selama 2 bulan kerana mengalami perubahan hormon secara tiba-tiba,selepas melahirkan yang mana semasa kehamilan aktiviti hormon berada diperingkat optimun.
  Pengambilan pil perancang,memberi kesan yang berbeza kepada seseorang individu.Bagi wanita yang sihat,mmepunyai berat badan yang sesuai dengan ketinggian,mempunyai kitar haid yang teratur,disamping makan makanan berkhasiat tetapi menggunakan pil perancang  mendorong ketidakstabilan hormon dan mengakibatkan keguguran rambut.Berlainan pula dengan wanita yang mempunyai haid yang tidak teratur,Mengambil pil perancang untuk menstabilkan hormon kerana pil ini juga dikenali pil hormon.Kestabilan hormon menyebabkan rambut individu ini kekal sihat dan lebat.
  Menopouse pula satu keadaan badan seseorang wanita tidak lagi mengeluarkan hormon wanita.Akibat faktor usia dan penuaan saling berkaitan yang mana menyebabkan rambut menjadi lemah,mudah gugur dan rapuh/kering.

3)Faktor usia/umur
  Faktor usia juga memainkan peranan dan saling berkaitan dengan tindakkan hormon normal badan.
Semakin umur meningkat ,semakin kurang hormon dihasilkan sama ada lelaki atau wanita.Proses penuaan berlaku,contohnya seperti wanita yang telah menopouse mengalami keguguran rambut yang ketara,dalam lingkungan umur 40 hingga 50 tahun ke atas.
 Wanita yang berumur 40 hingga 50 tahun selalunya akan kehilangan 20% dari rambutnya,namun kadar keguguran rambut lambat berbanding lelaki.

4)Penyakit.
  Keadaan seseorang  mengalami penyakit outo-imun contoh penyakit SLE(penyakit Sistemik Lupus Erythetosus),keadaan rambut gugur di sebabkan penyakit dipanggil Alopecia Areata.
 Penyakit auto-imun di mana liang rambut di musnahkan oleh sel pesakit itu sendiri.Keadaan ini boleh  
 menyebabkan tompokkan botak pada kepala atau mungkin botak pada keseluruhan rambut di kepala.
 Penyakit ini juga boleh menyebabkan botak pada keseluruhan rambut yang ada pada badan seperti kepala,
 ketiak dan kemaluan,ia dikenali Alopecia Universallis.
Penyakit sistemik seperti Diabetes Mellitus dan kalenjar thyroid menyebabkan keguguran yang banyak disamping kadar pertumbuhan kurang.

5)Jangkitan kulat.
   Jangkitan kulat/kuman,virus atau fungal sering berkait dengan penyakit sistemik seperti diabetes mellitus.
   Kebiasaannya akan menyebabkan satu kawasan yang dijangkiti kuman botak.jangkitan kulat juga biasa 
   terjadi pada kanak-kanak kerana kurang menjaga kebersihan diri atau disebabkan penyakit kulit.

6)Kesan ubat-ubatan(sampingan)/alah terhadap ubat seperti:
   *Ubat Antilogulasi(warfarin)
   *Ubat merawat kanser/kesan kemoterapi.
   *Pil perancang keluarga.
   *Ubat anti-kemurungan
   *herba
Faktor-Faktor diatas adalah merupakan faktor utama keguguran rambut yang serius.Namun terdapat juga beberapa faktor lain yang mendorong keguguran rambut antaranya seperti:

1)Keturunan
   >Jenis ,warna rambut.
2)Kekerapan Dandanan,>mewarnakan rambut,pengayaan.
3)Bahan kimia(shampoo)
4)Keadaan rambut>rambut panjang(wanita),lebih kerap gugur berbanding rambut pendek.
5)Kekurangan Nutrien>Seperti tulang memerlukan kalsium yang cukup,untuk memastikan pertumbuhan tulang yang kuat,agar tidak rapuh serta elak osteoporosis.Zat makanan /nutrien amat penting untuk kesihatan dan kekuatan tulang, gigi, gusi serta kuku dan rambut.

Cara Mengatasi jika mengalami keguguran rambut yang serius:

1)Dinasihatkan berjumpa doktor/pakar untuk dapatkan nasihat dan rawatan:
>Kebiasaan ujian penyiasata diperlukan untuk mengesahkan sama ada kegugguran rambut disebabkan oleh 
  penyakit lain.

2)Jangkitan kuman/bakteria boleh dirawat/dikawal menggunakan ubat anti-kulat.

3)Mendapatkan ubat .
   >Dapat membantu dalam beberapa situasi contohnya ubat minovidil dalam bentuk topikal ,2% hingga 5% dapat memperlahankan @ mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita.
   >Tablet finastreride dapat membantu masalah botak pada lelaki.

4)Jika masalah stress,usah bimbang kerana ia bersifat sementara dan rambut akan tumbuh semula.

5)Terapi Psikologi>diperlukan untuk rawatan "Thrichotillomania".

6)Amal pemakanan sihat dan seimbang;
   >Mengurangkan pengambilan berkolestrol/berminyak,Menurut kajian sebum minyak pada liang roma akan lebih aktif mengeluarkan minyak serta keringat peluh,setelah  melakukan aktiviti luar atau terdedah kepada cuaca panas.Keadaan kering dan lembap pada kulit kepala serta penggunaan minyak rambut yang tidak sesuai boleh merosakkan rambut di samping mengalakkan kelumumur pada kulit kepala.
kelumumur yang banyak bukan sahaja menyebabkan kegatalan malah menyebabkan follikel rambut lemah dan secara tidak langsung mendorong keguguran rambut.

7)Penggunaan/herba @ petua;
  Contoh campuran daun inai dan herba,dikatakan mampu melebatkan rambut.

8)Mencuci dan merawat dengan cara yang sesuai
  >rambut yang sihat tidak akan gugur begitu banyak disebabkan oleh rambut yang kering dan rosak .
  >Menggunakan minyak rambut yang sesuai

9)Mengurut kulit kepala secara kadar yang sesuai.
   Urutan dipercayai boleh menyebabkan saluran darah akan
   bertambah baik,meningkatkan pengaliran darah seterusnya membekalkan oksigen dan nutrisi kepada kulit 
   kepala dan rambut.Mengurut juga meransangkan follikel rambut yang sedang keadaaan rehat untuk 
   menggalakkan pertumbuhan dan memanjangkan rambut.

Sumber dipetik daripada Dr Zubaidi dan Dr Sorya A.Aziz(portal Myhealth.gov)"Rambut gugur".

* Anda mungkin berminat mengetahui set asas Keguguran Rambut,Atau  ingin menstabilkan hormon anda.
 >Boleh rujuk:
1)Set Kesihatan Wanita.
2)Set keguguran Rambut(ESP +Zink Complex + Vitalea ) & + Prosante Syampu
     

Nukilan:Pn Zurina Bt Mohd Noor,
             ID 1092799,Distributor Shaklee.
             Cod area Puchong ,
             No,Telefon:019 3518 273(Call/whatsapp)


 
     
 
  


Wednesday, 24 September 2014

Hormon tidak stabil punca utama" Keguguran Rambut"

Rambut gugur
Kenapa hormon tidak stabil berlaku dan menjejaskan kesihatan wanita khususnya

Hormon wanita tidak stabil adalah punca utama keguguran rambut yang serius.Ketidakstabilan hormon ini selalunya disebabkan oleh kehamilan,melahirkan anak,pengambilan pil perancang dan menopouse.

Ketika kehamilan,keadaan rambut berada diperingkat terbaik kerana aktiviti hormon di peringkat optimun.
Keguguran rambut bermula setelah melahirkan anak,ini kerana hormon wanita berubah secara tiba-tiba dan menyebabkan ketidakstabilan.Selalunya keguguran rambut ini bermula setelah 4 bulan melahirkan anak dan berterusan selama 2 bulan.

Bagi wanita yang sihat,mempunyai berat badan yang sesuai,mempunyai kadar haid yang tetap dan makan makanan yang berkhasiat ,tetapi menggunakan pil perancang keluarga boleh memberi kesan ,menyebabkan hormon badannya menjadi tidak stabildan seterusnya mengakibatkan keguguran rambut.Hal ini berlainan pula bagi wanita yang mengalami kitar haid yang tidak teratur dan mengambil pil perancang keluarga untuk menstabilkan hormon,tetapi menyebabkan rambutnya sentiasa sihat dan lebat.

Faktor menopouse boleh menyebabkan keguguran rambut kerana tidak lagi mengeluarkan hormon wanita,yang mana menyebabkan rambut menjadi lemah,mudah gugur dan rambut kering serta rosak.

Faktor lain seperti tekanan"stress" ,juga mendorong ketidakstabilan hormon.Tekanan akibat bebanan kerja
atau komplik yang berpanjangan di alami.Keadaan ini menyebabkan semua otot di kulit kepala dan leher mengecut dan seterusnya peredaran darah ke kulit kepala terganggu.Maka follikel rambut menjadi lemah(akar rambut).Malah tekanan yang dialami,mendorong seseorang individu mengambil ubat penenang,untuk meredakan tekanan dan kemungkina seseorang itu mungkin alah kepada ubat-ubatan atau mengalami gangguan penyakit yang tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil ubat tertentu seperti penyakit gangguan kalenjar thyroid dan SLE.Perasaan "stress",juga mendorong seseorang individu menarik rambut dengan kuat dan lama-kelamaan ,jika berpanjangan rambut menipis seta alami kebotakkan.

Faktor pemakanan dan gaya hidup tidak sihat turut mempengaruhi kestabilan hormon seseorang individu.
Seperti tulang dan gigi,perlukan kalsium yang mencukupi untuk elak gejala osteoporosis,rambut juga memerlukan nutrisi daripada pemakanan seharian.Oleh itu adalah amat penting mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang..Kekurangan gizi/nutrisi bukan sahaja memberi kesan terhadap keguguran rambut ,malah boleh menganggu sistem normal badan dan seterusnya mempengaruhi hormon serta kesuburan wanita.Kebiasaannya,dapat dikesan oleh para remaja yang mengalami"masalah senggugut".kesakitan ketika menstrual disebabkan oleh kekejangan pada otot perut,apabila  otot bertindak memaksa darah keluar haid keluar.Kekurangan pengambilan kalsium,menyebabkan kekejangan pada abdomen perut(otot perut)
Amalan gaya hidup yang tidak sihat sepeti merokok,pengambilan arak akibat tekanan bukan sahaja membahayakan kesihatan,malah boleh mempercepatkan lagi proses penuaan berlaku seperti rambut gugur dan beruban.

Banyak lagi faktor lain selain hormon yang tidak stabil yang boleh menyebabkan keguguran rambut iaitu"
*keturunan/baka
*kesan ubat-ubatan
*jangkitan kulat/bakteria
*penyakit seperti thyroid dan SLE
*keadaan seperti selepas mendapat rawatan kemoterapi kanser,pembedahan.

 Rambut yang sihat tidak akan gugur begitu banyak,disebabkan oleh rambut yang lemah,kerig dan rosak.

Cara mengelakkan rambut gugur secara banyak dari segi rawatan:

1.Mencuci dan merawat dengan cara yang sesuai.Rawatan yang membantu rambut kering dan kasar menjadi lembap dan lembut semula iaitu dengan menggunakan minyak yang sesuai.

2.Mengurut>Mengurut kulit kepala secara kadar yang sesuai,diprcayai boleh menyebabkan saluran darahakan bertambah baik,di samping meningkatkan pengaliran darah seterusnya membekalkan oksigen dan nutrisi kepada kulit kepala dan rambut .Mengurut juga boleh meransangkan folikel rambut yang sedang keadaan rehat untuk mengalakkan pertumbuhan agar memanjangkan rambut.

Cara mencegah keguguran rambut dari segi pemakanan:
1.Mengamalkan pemakanan seimbang dan cara sihat.
  >pengambilan nutrisi yang cukup,gizi seimbang .Mengambil sumber kalsium yang lebih,seperti susu dan bijirin,di samping sumber protein yang lain.
2.Menambahkan  zat makanan/suplemen sebagai pelengkap,
  >Kerana kesukaran mengambil pemakanan yang sihat,boleh mengambil suplemen kesihatan yang difikirkan perlu.Dipercayai kerang-kerangan,amat baik untuk kesihatan sendi tulang dan otot mata,malah ia juga memberi kolagen semulajadi kepada badan dan juga kepada kesihatan rambut (kajian klinikal Shaklee,estrak kerang-kerangan dalam Collagen Powder)


Sumber rujukkan :Dr Zubaidi (kenapa rambut gugur) dan Dr .Sorya A.Aziz(portal Myhealth.gov.my/index php.penjagaan-rambut-gugur:

Anda mungkin mengalami masalah ketidakstabilan hormon yang menganggu emosi atau sedang mengalami krisis keguguran rambut dan berminat mengetahui lebih lanjut mengenai suplemen Shaklee berjaya mempertingkatkan tahap kesihatan/fungsi normal badan.Antaranya KLIK:

punca ketidakseimbangan kepada wanita
GLA Complex Shaklee
## atau ingin mengatasi gangguan hormon anda serta keguguran rambut yang di alami dengan Set-set kesihatan berikut"
*SET KESIHATAN WANITA(OSTEMATRIX,GLA COMPLEX &OMEGA GUARD)
*SET KEGUGURAN RAMBUT(ESP,ZINK COMPLEX &VITALEA)

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut hubungi saya:
 *PN ZURINA BT MOHD NOOR.
 *ID 1092799/DISTRIBUTOR SHAKLEE PUCHONG SELANGOR
 *NO,TELEFON:019 3518 273
 *COD AREA PUCHONG SELANGOR.
 *PENGHANTARAN KESELURUH MALAYSIA MENGGUNAKAN KHIDMAT POSLAJU DAN GEDEX. 


  



Tuesday, 23 September 2014

Kulit Muka cantik berseri dengan Collagen Powder.

Testimoni Collagen Powder

Collagen Powder bukan sebarang kolagen,kerana bukan diperolehi dari tisu haiwan/gelatin yang meragukan status halal.Ianyanya berfungsi lebih daripada kolagen biasa,kerana mengandungi 4000 mg proprietari RSS(Red Snapper Scale)kolagen, diestrak dari sisik ikan merah dan ditambah dengan 7 bahan aktif yang utama iaitu estrak biji camellia japonica,estrak pfaffia,,kolagen ikan,estrak kulit kekerangan laut,lactobacillus acidophilus,vitamin dan vitamin B2 dan B6.Sumber kolagen dari sisik ikan merah amat lasak  dan mudah diserap berbanding kolagen haiwan lain.

Ramai pengguna,berjaya dan sudi berkongsi testimoni dengan kami antaranya:
                                                 Cik Sya Pengguna Shaklee Collagen Powder.


Pastinya pengguna ini gembira melihat hasilnya,sekali guna terus jatuh cinta dengan kolagen shaklee,,mmm jangan tak percaya,beli dan pakai terus jadi SID Shaklee macam cik Wani tuhit .
Dah jadi ahli bukan Wang semata-mata ,tapi mula seronok berkongsi benefitnya,,kolagen bukan sekadar kolagen,tapi banyak manfaatnya :






Anda ingin mencuba collagen hebat ini @ berminat menjadi sebahagian daripada ahli Group kami,boleh hubungi saya:

*Pn Zurina Bt Mohd Noor,Id 1092799,
*No telefon:019 3518 273
*Cod area Puchong Dan Shah Alam.
*Penghantaran Melalui Poslaju dan Gedex 
** kepada yang berminat jadi ahli>bimbingan akan diberi sepenuhnya.