Sunday 21 September 2014

Kekurangan enzim G6PD dan kaitan dengan penyakit kuning(jaundice)



Kekurangan Enzim G6PD'

Menurut sumber :Portal Myhealth KKM.gov.my,G6PD merupakan singkatan nama Glucose-Phosphate Dehrogenose,yang terdapat dalam sel darah merah.G6PD ialah enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifa(inactivatioan)kompoun oksidan.Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah(hemolisis) bila terdedah kepadaubat-ubatan tertentu ,makanan @jangkitan kuman.Jika kekurangan enzim G6PD menyebabkan sel darah merah pecah @ rosak.

Diagnosa:
Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia.Di negara kita,semua bayi wajib disaring untuk mengesan tahap kesihatan,sekiranya wujud masalah kekurangan enzim,mahupun mengesan punca kehadiran jaundis pada bayi yang baru lahir.Ujian saringan dilakukan dengan mengambil sample darah dari tali pusat.
Kekurangan enzim ini adalah keadaan diwarisi melalui keturunan.Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom "X".Oleh itu kebanyakkan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki,manakala kaum perempuan adalah pembawa.Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan.

Gejala/Tanda-tanda;
Kebanyakkan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD tidak mempunyai tanda khusus.Bayi yang baru lahir ,perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning(jaundice)yang tinggi dengan cepat akibat daripada hemolisis.Bayi yang kuning(jaundice)
perlu diletakkan di bawah lampu "fototerapi"untuk menurunkan bilirubin dalam badan.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah(hemolisis) termasuk,akibat kekurangan darah.:
*Kelihatan pucat
*Tidak bermaya(atau keletihan yang teramat)
*pening
*degupan jantung yang laju
*sukar bernafas
*sakit dada.

Akibat hemolisis jaundis(kekuning)boleh dilihat pada mata putih @kulit,warna air kencing seperti air teh @ coca-cola.
Jika ini berlaku,dapatkan rawatan,dapatkan rawatan di hospital dengan segera,Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup,walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkan G6PD,ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubatan dan makanan yang patut dielakkan;
Bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD,mereka perlu tahu keadaan ini agar dapat memahami dengan jelas.Mereka perlu jauhi daripada terdedah kepada ubat-ubatan serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.
Bagi ibu yang menyususkan bayi antara senarai yang perlu dielakkan agar tidak menganggu,zat semulajadi(kualiti)susu badan.Atau ibu itu sendiri mengalami kekurangan enzim G6PD.:

1)Makanan yang perlu dielakkan:
  * Kacang parang(fava beans)
  * Ubatan cina> Chuen Lin,San chi,13 herba,12 herba.
  * Ubat tradisi lain,(dapatkan nasihat doktor)
2)Bahan-bahan yang mesti dielak :
  * Ubat gegat(moth balls)
  * Ubat nyamuk yang mengandungi prethium

3)Ubat-ubatan yang mesti dielakkan:
    * Acetanilide
    *  Doxorubicin
    *  Furazolidene
    *  Methylene Blue
    *  Nalidixic acid
    *  Niridazole
    *  Nitrofurantion
    *  Phenozopyridine
    *  Primaquine
    *  Sulfamethoxazole 
    batrium

4)Ubat yang boleh diberi dalam dos Terapeutik:
    * Paracetamol                   * Phenytoin
    * Ascorbic acid                 * Probenecid
    * Aspirin                           * Pyrimethamine
    * Chloramphenicol            * Quinidine
    * Colchicine                      * Streptomycin
    * Diphenhyramine              * Sulfisoxasole
    * Isoniazid                         * Trimethoprim
    * Phenacetin                      * Tripelennamize
    * Phenylbutazone               * Vitamin K
    * Mefloquine  

Sumber dipetik:www myhealth.gov.my/index.php/kekurangan-enzim-G6PD
Penulisan oleh: Dr Fazila Kutty.

Menurut sumber di atas,langkah berjaga-jaga terhadap makanan yang di ambil dan ubat-ubatan oleh para ibu hamil untuk mengelak/mengatasi G6PD terhadap bayinya.
Semasa hamil ibu  digalakkan mengambil asid folik @ vitamin B complex.Ia penting untuk pembangunan sel dan mencegah spina bifida terhadap bayi..asid abcorbic @ vitamin C untuk menguatkan sistem imun.

Anda mungkin ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keperluan/kepentingan Vitamin B dan C(asid abcorbik) ..sila klik pada tajuk tersebut:

vitamin b Complex
asid abcorbik
    
Pn Zurina Binti Mohd Noor,
SID Shaklee,Puchong Selangor.
NoTelefon:019 3518 273(Call/whatsapp)
Cod sekitar Puchong.

Penghantaran melalui poslaju dan gedex keseluruh malaysia termasuk Singapura Dan Brunei.

                     
                     
 


No comments:

Post a Comment