Saturday, 20 September 2014

Punca bayi kuning/jaundis dan bagaimana mengenalinya.


bayi kuning


Punca bayi jadi kuning;

Ramai ibu menyataka anak mereka kuning ketika minggu pertama selepas kelahiran.Tidak kurang pula rawatan  tradisional @alternatif yang digunakan seperti memberi bayi minum susu kambing,menjemur bayi di awah pancaran matahari di pagi hari,menggunakan ubat tabib cina dan sebagainya,Walaubagaimana perubatan moden adalah pilihan terbaik untuk mengatasi masalah jaundis.Malah sejak awal kelahiran bayi lagi ujian saringan dilakukan ke atas bayi,untuk mengesan tahap kesihatan bayi iaitu dengan mengambil sampel darah dari tali pusat bayi.Ini kerana bayi yang mengalami "kuning"/jaundis,mungkin disebabkan oleh penyakit kekurangan enzim G6Pd.

Apakah Penyakit Kuning dan bagaiman ia berlaku?
Penyakit kuning adalah bukan penyakit .Ia adalah disebabkan oleh sel darah merah pecah ,"lebih banyak sel darah merah pecah,lebih tinggi kadar jaundis".Bayi terbabit mempunyai najis berwarna kuning dan air kencing jernih.
Terdapat beberapa keadaan dimana sel darah merah pada kadar lebih tinggi seperti:
*Pendarahan di bawah kulit kepala iaitu"subaponeurotic haemorrhago"
*Darah bayi yang pekat,ini biasa berlaku pada bayi dilahirkan ibu yang dilahirkan ibu mengalami masalah ini>.
>*Kencing manis
>*Jangkitan kuman
>*Jenis darah yang berbeza antara ibu dan anak.Biasanya risiko lebih tinggi sekiranya salah seorang mempunyai darah jenis O.Dalam keadaan ini,jaundis mungkin bermula dalam 24 jam pertama selepas lahir dan tahapnya mungkin melebihi 340 micromol @ liter.

Bagaimana Mengenali Jaundis?
Jaundis dikenali dengan warna kulit yang kuning.Ia biasanya bermula dari muka dan turun ke perut dan kemudian ke kaki.Untuk mengenalpasti sama ada bayi anda mengalami jaundis,kulit bahagian yang ditekan akan kelihatan kuning.
Sekiranya jaundis itu fisiologikal @ berpungca daripada salah satu sebab diatas,air kencing menjadi jernih ,manakala najis menjadi kuning.

Rawatan Jaundis;
1)mengambil sampel darah untuk ujian
2)Jika perlu(jaundis tinggi),diletakkan  dibawah lampu "fototerapi"
 >diletak di bawah cahaya lampu tanpa pakaian dan dipakaikan cermin mata khas untuk elak kerosakkan retina.
3)Pemberian susu badan yang banyak dan kerap untuk elak dehidrasi.
4)Pertukaran darah>jika tahap jaundis terlalu tinggi.

Rawatan tradisional;
Rawatan memberi susu kambing atau ubat mandian walaubagaimanapun,tiada bukti saintifik yang menunjukkannya berkesan.Menjemur di bawah cahaya matahari kurang efektif,kerana pendedahan pada matahari yang terlalu lama menyebabkan kulit mengelupas dan menjadi gelap.Walaupun kuning hilang,tetapi ia boleh muncul semula.

Risiko tahap kuning yang tinggi;
1)Kecacatan pendengaran
2)Choreothetoid cerebral palsy akibat daripada bilirubin(bahan yang menyebabkan kuning)melekat pada bahagian otak.

Apa akan berlaku sekiranya jaundis berpanjangan?
Jaundis fisiologi biasanya hilang pada hari ke-10 untuk bayi yang dilahirkan cukup bulan.Sekiranya berpanjagan,beberapa perkara perlu diteliti seperti warna najis dan air kencing adalah normal,sekiranya warna najis pucat dan warna air kencing gelap menandakan masalah hati @salur hempedu.
Kanak-kanak yang menyusu badan sepenuhnya mungkin mengalami jaundis lebih lama,walaubagaimanapun warna najis tetap normal dan jaundis tidak tinggi,jaundis disebabkan susu ibu tidak membahayakan kesihatan.bayi.
Sekiranya doktor mengesyaki bayi mempunyai masalah hati dan hempedu,bayi akan dihantar membuat pemeriksaan ultrasound untuk mengenalpasti punca penyakit kuning.Masalah ini terdiri daripada masalah seperti biliary atresiadan choledochal cyst di mana hati dan hempedu tersumbat dan memerlukan pembedahan sebelum keadaan menjadi teruk.

sumber:portal,Myhealth.gov dan Klinik Dr Zubaidi.
Nukilan:Pn Zurina Bt Mohd Noor,,,ID 1092799(Distributor Shaklee)
No telefon:019 3518 273.




No comments:

Post a Comment