"Kalau aku kaya,hari-hari raya"
Bait-bait lagu dari sebuah band ultimate dan Awie Rafael.,itulah dua rangkap lagu yang sering di dendangkan oleh anak ke2 bongsu,seakan mahu memancing semangat kami,walaupun dia tidak mengerti apa2.
Budak2 ni asal naik je kereta milik pakciknya ini,kereta ini dipinjam sementara menanti kereta terbaru kami keluar.Asal pergi jalan2,shopping barang dapur ,lagu ni la yang disiulkan.Mahu tergelak kami semua,apatah lagi si kecik tu menyanyi dengan pelatnya percakapanya.Dalam masa yang sama si abang dan kakaknya mencelah,"kalau kita kaya kan"ma,,abah,hari-hari kita pergi jalan 2,macam ni,naik kereta besar,sambil pergi shopping dan lepas tu makan KFC,,kan seronok,dan orang tak boleh kata kita miskin lagi,a..aa,bunyi sahutan mengiyakan di belakang.Kami berpandangan sambil tersenyum antara satu sama lain,dalam masa yang sama,mahu je nak menangis depan mereka,kalau setakat itu impian mereka,tapi perkataan miskin tu membuat kan kami tersentuh dan teringat kembali kata2 nista,seseorang,ku ingatkan mereka tidak ambil kisah tentang hinaan orang tu suatu masa dulu.Alkisahnya tidak jadi,mengambil barang yang diniagakan,bukan ada apa sangat,duit deposit dah bagi,tengok2 indah khabar dari rupa,rasa seperti ditipu kita berhak menolak dan bawa berbincang,ingatkan dah settle,akhirnya kata2 nista dihamburkan,,.lupakan ajelah.Padaku biarlah apa orang nak kata,susah senang aku selama ini,kutanggung sendiri,dan tak minta bantuan sesapa,mahupun adik beradik,,takde hutang kat sesapa,aku bahagia milkki harta dari titik peluh sendiri bersama suami,biarpun sekadar cukup makan dan orang tua jua tidak dilupakan..Orang kata berbakti kepada ibu,makin bertambah pahala dan rezekinya,,,alhamdulillah syukur,kini aku dikurniakan 6 cahaya mata,dapat tinggal di rumah milik sendiri dan aku tidak perlu penat2 kerja ,just jaga anak,,dengan gaji suami purata Rm 3000 ke bawah..percaya tak,,ramai orang tak percaya kan.Anak dah 4 orang bersekolah,masing2 dua sesi dalam 1 hari,bermakna jika dikampung seorang anak bersekolah hanya 1 sesi,tapi seorang anak kami bersekolah,ibarat 2 orang anak orang kampung bersekolah,,besarkan belanja kami macam 8 orang anak bersekolah terpaksa ditanggung.Tambahan pula,2 lagi anak kecil masih perlukan pampers dan susu...Alhamdulillah cukup,rezeki dari Allah s,w,t.
Rezeki dari Allah s.w.t.Tak bermakna kita tak perlu berusaha/bekerja mencari rezeki,Sesunguhnya Allah maha adil,pengasih dan penyanyang,dengan hati yang ikhlas dan sabar,serta mencari keberkatan rezeki dengan bersujud kepadaNya.Dalam rukun islam sendiri,Allah mewajibkan keatas seseorang muslim menunaikan 5 perkara .Menunaikan solat lima waktu dengan penuh khusyuk dan tawaduk,di ikuti solat2 lain seperti Solat hajat,solat dhuha,dan mintalah dengan Allah agar diberi kelimpahan rezeki,,.insyaallah allah maha mengasihani," mengadu,menangis,meminta-minta pertolongan/kemurahan rezeki,"setelah berusaha dan bertawakal.Jangan menangis kecewa jika kita tidak diberi rezeki yang mudah seperti orang lain,mungkin bukan sekarang,mungkin esok @lusa atau digantikan dengan rezeki yang lain,.contohnya saya la,dapat anak ramai,.lepas tu berhempas pulas si suami berusaha nak sara,aku hanya mampu berdoa dan meminta dari Allah ,,alhamdulillah ada di antara anak kami yang bersekolah mendapat bantuan,ringan sikit.Perbelanjaan kami melebihi pendapatan,Allah memberi kelapangan/kemudahan rezeki dalam meniti hari tanpa kusedari.
Mengenai Impian kami